.

.

31 July 2010

DAKWA LIONG SIK SATU LAGI DALIL PRU DAH DEKAT

Tindakan Najib dan kerajaan BN mendakwa Ling Liong Sik merupakan satu lagi tanda Pilihanraya Umum ke 13 sudah hampir. Dengan lakonan pendakwaan ini BN menyangka bahawa rakyat akan yakin dengan kerajaan Najib akan serius dalam menangani rasuah. Namun bagi saya sangkaan ini meleset kerana rakyat sudah masak dan muak dengan skrip drama seperti ini yang sudah di'filem'kan sejak sekian lama.

Besar kemungkinan 'pelakon' ini akan dilepaskan setelah dibicarakan seperti juga dalam kes Eric Chia. Lihat sahaja bagaimana hebat dan istimewanya layanan kepada Liong Sik semasa ditahan. Beliau langsung tidak digari dan belum senyum lebar tanpa ada rasa takut dan bersalah.

Senyuman Liong Sik penuh makna kerana di dalam otak dan minda serta ingatannya penuh dengan maklumat siapa antara menteri dan pembesar BN yang juga terlibat dengan rasuah. Saya yakin Liong Sik boleh menceritakan semuanya dan sudah tentu ceritanya tidak akan tamat dalam masa sehari semalam kerana terlalu ramai yang terlibat.

Nasihat saya kepada BN carilah kaedah dan taktik lain jika ingin menipu rakyat janganlah diulangi taktik lapuk dan kuno ini kerana sekarang zaman IT dan dunia tanpa sempadan, maklumat boleh diperolehi sepantas kilat di hujung jari.

PEMUDA JUMPA POLIS NEGERI

Walaupun sudah 2 kali Ketua Polis negeri membatalkan pertemuan dengan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, namun DPPNM tetap mahu bertemu dengannya bagi membincangkan masalah provokasi Umno terhadap ceramah-ceramah PAS di Kawasan Bukit Katil sejak akhir Jun lalu.

Pertemuan seterusnya dijadualkan berlangsung pada Jumaat depan setelah 2 kali tertunda atas alasan Ketua Polis Negeri mempunyai tugasan lain.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS, Yusof Wahab dalam kenyataannya hari ini kesal dengan sikap Polis yang jelas tidak tegas dalam menangani isu berkaitan dengan gangguan dan provokasi Umno terhadap PAS di mana mereka mengadakan ceramah bersebelahan dengan ceramah PAS bagi tujuan menganggu konsentrasi pendengar dan juga cuba memprovok pimpinan dan penyokong PAS.

"Pihak polis sepatutnya menghalang Umno dari mengadakan ceramah tersebut bukannya membiarkan ceramah itu terus diadakan"

"Jelas sekali Polis bersikap double standard dalam hal ini, andainya PAS yang melakukan demikian sudah tentu kita akan dihalang dan tidak dibenarkan mengadakan sebarang program yang boleh mencetuskan insiden tidak sihat" kata Yusof.

PAK ALI DIMALUKAN PENYOKONG SENDIRI

Sekali lagi penyokong Umno memalukan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam apabila hanya kira-kira 30 orang penyokong mereka hadir pada ceramah Pak Ali di Bukit Baru Dalam malam tadi.

Ceramah Umno yang diadakan untuk menganggu ceramah PAS itu ternyata memalukan diri mereka sendiri apabila penyokong mereka sendiri tidak sanggup untuk datang mendengar ceramah kerana malu dengan tindakan pimpinan mereka yang macam budak-budak menganggu ceramah PAS.

Lebih memalukan akibat tidak ada penceramah, program mereka terpaksa dimulakan kira-kira jam 10 malam. Penceramah mereka pula terpaksa berceramah 2 kali kerana hendak 'cover' sebelum Pak Ali datang. 'Ustaz' Tajudin terpaksa ceramah 2 kali kerana tidak ada yang pandai ceramah.

Kepada pimpinan Umno kalau tidak ada penceramah bolehlah pinjam penceramah PAS bagi untuk memenuhkan slot tersebut.

Akibat tiada penceramah maka terpaksalah Pak Ali sendiri memalukan dirinya sendiri turun berceramah. Ceramah Pak Ali pula merapu sahaja kerana tiada isi dan fakta. Beliau sering tergelak ketika berceramah kerana tiada fakta dan jawapan hendak diberikan kepada hujah pimpinan PR. Kasihan Pak Ali kerana menjatuhkan imej dan maruah dirinya sendiri sebagai Ketua Menteri.

POLIS GAGAL TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB - MAT SABU

AJK PAS Pusat, Haji Mohd Sabu kesal dengan kegagalan Polis menghalang ceramah BN yang dianjurkan bersebelahan dengan ceramah PAS sehingga ianya boleh menyebabkan perselisihan dan pergaduhan.

"Saya kesal dengan kelemahan dan kegagalan Ketua Polis Melaka yang gagal mengambil tindakan terhadap Umno yang sengaja mengadakan ceramah di sebelah ceramah PAS yang boleh mencetuskan keadaan tidak baik".

"PAS mengadakan ceramah di perkarangan Pejabat kita, tetapi Umno mengadakan ceramah di kawasan umum dan lebih teruk bertujuan menganggu ceramah kita, mengapa Polis tidak bertindak menghalang ceramah Umno" tambah Mohd Sabu.

Beliau berkata kegagalan membuktikan Polis bertindak berat sebelah dan tidak professional.

"Saya mencatat semua kegagalan Polis ini dan kalau kita perintah Malaysia nanti kita akan ambil tindakan kepada anggota yang gagal memainkan peranan mereka dengan bertanggungjawab dan professional" ujar beliau.

Mohd Sabu berkata demikian pada ceramah anjuran Majlis Tindakan DUN Bukit Baru di perkarangan Pejabat PAS Bukit Baru malam tadi.

Umno seperti 3 program ceramah di kawasan Bukit Katil sebelum ini, sekali lagi menganggu ceramah tersebut dengan mengadakan ceramah kira-kira 50 meteri sahaja di tapak ceramah PAS. Namun ceramah mereka dihadiri oleh kira-kira 30 orang sahaja sedangkan ceramah PAS di hadiri oleh lebih dari 1000 orang.

Ini memberikan tamparan hebat kepada Umno kerana Ketua Menteri Ali Rustam sendiri turut berceramah di pihak Umno malam tadi.

TANGKAP LION SIK : SKRIP LAMA TIPU RAKYAT DIULANG KEMBALI

Kerajaan BN pimpinan Najib Tun Razak sekali lagi menggunakan skrip lama untuk menipu rakyat kononnya BN bersungguh-sungguh ingin membasmi rasuah. Kali ini mereka menggunakan 'pelakon' handalan mereka bekas Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik untuk memegang watak penting ini.

Ingatkah kita semua bagaimana Pak Lah menangkap Jutawan Eric Chia dan bekas Menteri Kasitah Gadam di awal pemerintahan beliau. Dengan bangga Pak Lah berkata kerajaan BN tidak memilih bulu dalam isu rasuah sehingga bekas menteri pun ditangkap kerana rasuah. Tidak lama selepas itu Pak Lah mengumumkan pembubaran parlimen dan rakyat memberikan sokongan jitu kepada Pak Lah. Akhirnya selepas dibicarakan Eric Chia bebas. Rakyat ditipu dengan lakonan Pak Lah dan Eric Chia.

Kali ini Najib dan Muhyiddin sekali mahu menggunakan skrip yang sama cuma pelakonnya sahaja yang lain iaitu Ling Liong Sik. Ramai menjangkakan Liong Sik akan dibebaskan selepas dibicarakan dan BN mendapatkan 'political mileage' dengan menggambarkan bahawa mereka bersungguh-sungguh mahu menentang rasuah. Mungkinkah rakyat akan tertipu sekali lagi.

Selain itu kita juga sedar bahawa setiap kali ada perkara besar seperti ini Perdana Menteri acap kali akan bercuti ke luar negeri. Nampaknya skrip ini juga diulangi dengan Najib mengumumkan beliau bercuti sehingga 10 Ogos.

Kita semua yakin taktik kuno dan lapuk ini tidak akan menjerat rakyat sekali lagi kerana rakyat sudah faham dan matang dengan penipuan dan permainan sandiwara BN kali ini.

30 July 2010

LING SIONG MENIPU ? : MENTERI-MENTERI YANG TAK CERDIK WAJIB LETAK JAWATAN

Kerajaan Malaysia termasuk Perdana Menteri dan jemaah menterinya kena tipu! Itu tuduhan yang didakwa dilakukan oleh Bekas Menteri Pengangkutan Ling Liong Sik.

Semalam media melaporkan bahawa bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang.

Isu ini menunjukkan bahawa :-

i) Perdana Menteri dan sekelian jemaah menterinya tidak cerdik sehingga boleh ditipu oleh seorang Menteri Kabinetnya sendiri. Ini merupakan sesuatu yang serius kerana negara kita mempunyai jemaah menteri yang TIDAK CERDIK dan LEMBAP. Jadi sekelian menteri-menteri yang masih menjadi menteri dan wakil rakyat WAJIB MELETAKKAN JAWATAN untuk mengelakkan mereka ini ditipu lagi. Alangkah malunya kita mempunyai menteri yang begitu sifatnya.

2) Menteri yang menipu dan yang kena tipu datang dari parti yang sama dan mereka semuanya pemimpin utama parti-parti komponen BN. Jadi ini menunjukkan BN penuh dengan pemimpin kaki penipu dan orang yang lembap ditipu hidup-hidup.

3) Kalau pemimpin kena tipu maka semua rakyat yang memilih mereka juga kena tipu kerana mereka mengundi pemimpin tersebut semasa pilihanraya sedangkan pemimpin itu lembap dan ditipu dengan mudah.

4) Kalau kerajaan sebuah negara seperti Malaysia boleh ditipu oleh seorang menteri alangkah bahayanya negara kita kerana sudah tentu kerajaan kita boleh ditipu oleh pemimpin-pemimpin negara luar yang cerdik dan pandai.

29 July 2010

GURU : ANTARA DUA DARJAT?

Wajarkah golongan guru dibenarkan aktif dalam politik Negara kita? Suatu persoalan yang pastinya akan merunsingkan semua ibubapa sama ada arahan ini boleh membawa kebaikan ataupun keburukan kepada sistem pendidikan Negara terutamanya dalam usaha untuk melahirkan generasi berpendidikan ,berilmu, serta berakhlak tinggi sepertimana yang tercatat dalam falsafah pendiikan Negara yang telah digariskan sejak merdeka lagi.

Pegumuman oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan menyatakan bahawa bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik akan mengubah lanskap poltik serta proses pengembangan tamadun pendidikan Negara sejak merdeka. Menurutnya lagi bahawa langkah ini adalah berlandaskan hakikat bahawa golongan guru ini adalah orang yang memainkan peranan penting memimpin masyarakat suatu masa dahulu didalam senario politik Negara kita.

“Masanya sudah tiba mereka dibenarkan aktif semula didalam politik” , menurut beliau lagi semalam.

Berdasarkan kata-kata beliau, keputusan membenarkan para guru kembali aktif didalam politik ini disamping memegang jawatan politik adalah bersandarkan kepada beberapa keadaan iaitu antara lainnya perlulah mendapatkan kebenaran bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu disamping tidak menjejaskan atau menganggu tugas mengajar di sekolah masing-masing.

Persoalan mudah yang akan ditanya oleh pelbagai pihak dengan kenyataan KSN ialah, adakah kebenaran ini hanya bagi guru-guru yang menyokong UMNO sahaja atau adakah KSN tidak kisah parti apa pun yang dipilih untuk disokong oleh para guru yang cerdik pandai tersebut? Adakah kebenaran ini telah dibuat kajian tidak akan menganggu tugasan hakiki guru tersebut?

Mampukan guru yang berceramah politik di malam hari bagi suatu parti akan menjadi guru yang baik di sekolah pada siang hari jika anak-anak murid yang diajar ialah anak murid parti pembangkang kepada mereka? Atau guru tersebut mengajar matapelajaran berkenaan dasar-dasar Negara walhal pada malam harinya mereka jugalah yang berceramah menentang semua dasar kerajaan tersebut? Mampukan guru ini bertindak professional dalm suasana politik kepartian yang mereka ceburi? Akan terlahirkah generasi pendidikan dalam Penyata Rahman Talib atau akan terhakislah sifat-sifat kemurniaan dan amanah dalam diri seorang pendidk bergelar guru yang sememang berada dalam dilema untuk melepaskan diri dari kehendak politik kepartian mereka maka tidak mustahil pada tahap ini tugasan mengajar di sekolah hanyalah batu loncatan mendapatkan pendapatan tetap sedangkan hati dan perasaan mereka hanyalah terdorong sepenuhnya kepada politik kepartian yang penuh seninya.

Bilangan yang bergelar guru mencecah 390,000 orang dan hampir 280,000 adalah yang mempunyai kelulusan ijazah yang juga berada dalam kumpulan A yang dibenarkan berpolitik, maka dengan bilangan penjawat awam sebanyak ini mampukah kita untuk memperjudikan nasib perjuangan memartabatkan tamadun pendidikan Negara sejak merdeka dulu? Jika dulu Kementerian Pendidikan telah menjadi tempat bahan uji dengan pelbagai sistem pengajaran oleh pihak atasan seumpama Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Subjek Matematik dan Sains dan kini pula dalam usaha menghapuskan sistem peperiksaan di peringkat UPSR dan PMR, maka kini tiba pula bagi golongan guru pula dijadikan bahan ujikaji yang pastinya akan mengundang risiko yang maha dahsyat pada masa akan datang. Bersediakan kita untuk menggoyang malah membocorkan kapal bahtera yang sedang tenang menghadapi lautan bergelora?

Memang terdapat suara pelbagai pihak yang bersetuju dengan kebanran ini, persoalannya bersediakan mereka untuk mendalami seni tipu helah dalam politik kepartian dengan tugasan hakiki mereka untuk menjadi pendidik kepada generasi masa depan di sekolah-sekolah?

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GURU BERPOLITIK

Menyorot kepada pendapat kebaikan golongan guru berpolitik ini boleh disandarkan kepada citarasa kerajaan sendiri yang mahukan guru-guru ini berpolitik dengan harapan untuk melihat semua guru terbabit untuk menyokong kerajaan yang memerintah. Menurut kata seorang Menteri kanan, kebenaran kerajaan ini menunjukkan sikap keterbukaan kerajaan yang tidak pernah menghalang penjawat awam daripada berpolitik malah dikatakan juga sebagai mengiktiraf jasa guru serta pengorbanan mereka dalam arena pendidikan dan politik. Jika guru tersebut cenderung dan selari dengan parti memerintah mungkin betul jawapannya tetapi bagaimana andaikata guru tersebut memilih untuk menyokong dan menjadi penyokong tegar parti pembangkang? Adakah ungkapan kata Menteri tersebut mempunyai pelbagai maksud yang boleh ditafsirkan oleh penggiat politik kelak.

Profesion perguruan akan menjadi pertaruhan serta galang-ganti kerana peranan guu adalah suatu bidang yang suci dalam melahirkan generasi bangsa yang berilmu, maka selama ini guru-guru dipandang mulia oleh masyarakat setempat. Apa akan jadi jika guru yang dikenali oleh masyarakat setempat menjadi sebahagian golongan parti yang tidak sehaluan dengan masyarakat setempat? Tentulah guru tersebut akan dihina,dicaci dan dihina dengan pelbagai kata yang pastinnya akan mengguris hati golongan pendidik tersebut, maka apakah hasilnya nanti apabila guru yang merasa kerendahan wibawa dan maruah ini akan mengajar pula anak-anak kepada masyarakat setempat yang menghina mereka tadi? Suatu suasana yang tidak sihat pasti akan tercipta maka yang akan menjadi mangsa kelak ialah generasi akan datang yang sememang perlu dididik oleh golongan guru yang amanah dan professional terhadap tugasan mereka sendiri. Mampukah untuk kita melihat anak-anak kita pada masa akan datang akan terabai menjadi mangsa keadaan kepada guru-guru yang terheret dalam kancah permainan serta tekanan politik sehingga menjejaskan mutu perkhidmatan mereka?

Dakwaan sesetengah pihak yang menyokong kebenaran berpolitik dikalangan guru ini dengan hasrat untuk menambah mutu kepimpinan seseorang guru memang ada baiknya tetapi disebalik kebaikan tersebut lebih banyak kecelaruan yang pasti timbul. Persoalannya, tidak cukupkah segala macam pengurusan di peringkat Kementerian Pelajaran,negeri dan daerah malah di setiap sekolah pun sentiasa menanjurkan kursus kepimpinan melibatkan guru dan pelajar. Adakah peningkatan kepimpinan seseorang guru akan meningkat setelah menceburi politik? Apa akan terjadi jika seorang guru yang aktif berpolitik akan pula datang lewat ke sekolah, mengambil cuti untuk menyertai program anjuran parti, berkempen dikalangan guru-guru lain sehingga mencetus perbalahan dikalangan pendidik, maka akan terhasillah segolongan guru yang menjadi mabuk kepeningan tanpa ilmu dalam dunia politik yang akan menyebabkan mutu perkhidmatan mereka akan terjejas dan akan memberi kesam sampingan kepada generasi muda akan datang.

Bagi pemimpin politik dalam UMNO pula, penyertaan guru ini adalah sangat dinantikan mereka dengan harapan golongan guru akan menyokong UMNO. Hasrat ini sebenarnya lahir sejak zaman Datuk Seri Hishammuddin menjadi Menteri Pelajaran dahulu kerana berdasarkan sejarah perjuangan UMNO memang terlahir dengan sokongan kuat dikalangan guru. Masih adakah semangat guru di zaman sebelum dan semasa merdeka dalam era kemodenan abad ke 20 ini dengan perledakan sistem maklumat yang canggih, jika adapun mereka akan membuat perhitungan yang terbaik berdasarkan maklumat yang ada untuk memilih corak parti yang mereka akan sokong. Untung sabut timbul untung batu tenggelam. Memang tidak dinafikan pada zaman era 70an hingga 80an golongan guru memang akrab dan sinonim dengan UMNO kerana segala penglibatan khidmat masyarakat sama ada di masjid, kenduri kendara, dan sebagainya akan melibatkan ahli parti yang dihormati kerana mereka adalah guru yang dianggap berpengaruh pada masa tersebut. Tetapi dengan harapan kebenaran ini untuk memaksa golongan guru menyokong serta menyertai UMNO seumpama membina benteng atau empangan dilaluan air yang deras yang akhirnya akan pecah jua empangan tersebut.

Bagi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pula tentulah berada dalam dilema, hendak ditolak ini adalah arahan kerajaan hendak disokong pula umpama menarik rambut dalam tepung. Menurut NUTP biarlah arahan tersebut pada tahap guru dalam Gred DG41 dan DG48 sahaja tanpa melibatkan pemegang jawatan tertinggi dalam profesion perguruan yang sememangnya terpikul dibahu mereka beban dan tanggungjawab dalam mentranformasikan system pendidikan Negara kerana dibimbang mereka juga akan terbeban di tempat kerja diarahkan juga memegang jawatan dalam parti ataupun diarah menyertai mana-mana parti politik yang ada kelak. Apa yang penting NUTP dan warga pendidikan mestilah dikawal dengan garis panduan yang terbaik supaya tidak akan wujud konflik serta pertembungan budaya poltik dam perkhidmatan perguruan mereka. Walaupun susah terpaksa jua diharungi demi menjaga mutu pendidikan generasi akan datang.

Persoalan menarik yang perlu dijawab ialah kenapa baru sekarang KSN membuat pengumuman yang berani seperti ini? Adakah ada campurtangan politik dalam pembuatan keputusan tersebut? Kenapa perlukan golongan guru dalam politik Negara pada masa kini? Adakah ini menggambarkan semua ahli politik terutamanya dalam parti kerajaan gagal menjalankan tugas mereka? Perlu dingatkan kepada ahli politik, guru mempunyai tanggungjawab yang diamanahkan dalam melaksanakan dasar pendidikan Negara dan bukan sebagai benteng terakhir mempertahankan agenda politik Negara yang diterajui oleh UMNO yang telah nazak kini.

Ayuh para cerdik pandai para guru, jika inilah masa yang paling sesuai menunjukkan kecerdikkan dirimu maka inilah peluang terbaik untuk menzahirkan sokongan secara terbuka kepada Pakatan Rakyat, biarkan Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri menjadi tenat dalam derita,sesal dalam kepayahan berdasarkan arahan terbaru KSN tersebut. Janganlah jadi guru yang sentiasa dicucuk hidung,diarah ke sesuatu majlis perasmian apa-apa jua program sang menteri dan ahli politik dengan taat tanpa membantah, diberi makan nasi bungkus,berbaris panjang melambai bendera,bermain kompang dan sebagainya semata-mata untuk menjadi guru yang taat pada manusia, maka inilah masanya untuk menjadi guru sejati, tunjang negara dalam profesion perguruan serta menjadi diri yang merdeka dalam setiap keputusan yang dibuat.

Jika pengumuman KSN berkuatkuasa secara sah mulai 1 Ogos 2010, maka akan bermulah zaman politik untuk golongan guru yang berijazah. Jika guru telah boleh berpolitik maka tidak mustahil kesatuan atau persatuan perkhidmatan seperti Bomba,Kastam,Imigresen,Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Peguam Negara, SPR, SPRM, dan sebagainya untuk memohon menyertai para guru berpolitik walau diri adalah penjawat awam. Maka akan bercemparalah suasana perkhidmatan negara kita dengan sepak terajang dan seni helah dalam politik umpama yang dikejar tidak dapat yang dikendong jua akan keciciran.

Apa yang pasti, golongan guru kini menjadi perhatian semua pihak. Apakah agenda kerajaan berdasarkan pengumuman ini diluar pengetahuan rakyat. Membujur lalu melintang patah, maka disaat inilah para guru perlu menjadi insan yang berjiwa merdeka, manusia yang berwibawa serta beramanah, ahli politik yang berani,telus dan bertanggungjawab, juga menjadi guru yang mampu membina negara dengan sifat-sifat keikhlasan, keluhuran budi, amanah, juga menjadi guru bersifat rabbani dengan penuh kataatan dan pengabdiannya hanya kepada Allah SWT. Percayalah dengan memiliki ciri-ciri tersebut maka akan menjadi mudahlah usaha mencapai matlamat tarbiyah Islamiyah dikalangan para pelajar. Firman Allah SWT di dalam Surah Ali-Imran Ayat 79 yang bermaksud:-

Tidaklah patut bagi seorang manusia yang Allah berikan kepadanya kitab dan kenabian,kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai :"Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan dengan perbuatan menyembah Allah".Tetapi (sepatutnya ia berkata):"Hendaklah kamu menjadikan orang-orang rabbani (orang yang hanya menyembah Allah S.W.T dengan ilmu dan amal yang sempurna),kerana kamu sentiasa menjadi insan Allah itu,dan kerana kamu selalu mempelajarinya".

PUTERA MELAKA.

PAS BUKIT KATIL CABAR KETUA MENTERI BERDEBAT

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab mencabar Ketua Menteri untuk berdebat dengan wakil PAS atas apa juga isu dan masalah yang berlaku di Negari ini. Cabaran ini merupakan cabaran kedua yang ditawarkan oleh PAS Kawasan Bukit Katil kepada Ketua Menteri sejak tercetusnya insiden Umno mengacau ceramah PAS sejak kebelakangan ini.

“Saya mencabar Ketua Menteri atau sesiapa juga wakil Umno Bahagian untuk berdebat atas apa juga tajuk yang dikirakan sesuai oleh Umno”.

“PAS Kawasan bersedia untuk mencari tempat dan masa yang sesuai bagi Ketua Menteri dan wakilnya” kata Yusof yang juga merupakan Penyelia DUN Bukit Baru.

Yusof berkata tidak ada gunanya Umno menjawab isu yang dibangkitkan oleh PAS dan PR dari jauh lebih baik kita berdebat di atas satu pentas supaya rakyat tidak kira penyokong PAS atau Umno dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada hujah-hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

Katanya, oleh kerana Ali Rustam dan pemimpin Umno tidak mendengar isu yang dibangkitkan oleh penceramah PAS mereka tidak dapat menjawabnya dengan tepat. Jadi adalah lebih baik kita duduk sepentas supaya kedua-dua pihak dapat menumpukan perhatian kepada hujah masing-masing bagi memudahkan kedua-dua pihak menangkis hujah masing-masing.

Menurutnya antara isu yang boleh dijadikan tajuk perdebatan ialah Melaka Maju 2010, isu maksiat, isu anak luar nikah, isu sekolah mengandung, isu banjir, isu pembaziran, isu rasuah di kalangan pemimpin negeri dan sebagainya.

“Insya Allah kita akan hantar surat rasmi kepada Ketua Menteri dan Umno Bahagian Bukit Katil untuk mencabar mereka berdebat”

“Kita boleh gunakan format debat yang digunakan sebelum ini dengan seorang moderator, dan 2 orang wakil pendebat untuk bertanya soalan, malah kita boleh juga membuka soalan kepada hadirin-hadirat yang hadir” ujar Yusof.

Sementara itu Yusof juga melahirkan kekesalan kerana Umno Bahagian Bukit Katil terus menganggu program ceramah penerangan PAS di mana malam tadi Umno secara sengaja mengadakan ceramah kurang dari 100 meter jaraknya dari ceramah PAS di Paya Dalam, Ayer Molek.

Menurut Yusof, ini kali ketiga Umno menjatuhkan imejnya sendiri dengan mengadakan ceramah bersebelahan dengan ceramah PAS di mana sebelum ini pada 29 Jun di Bukit Baru dan 10 Julai lalu di Bukit Pulau.

Beliau berkata sekiranya Umno tidak mahu berdebat mereka dipelawa untuk berceramah di atas pentas PAS di mana 2 ceramah terdekat akan dijalankan iaitu pada 30 Julai di Bukit Baru dan 3 Ogos di Bukit Beruang. Ceramah pada 30 Julai akan menampilkan AJK PAS Pusat, Haji Mohd Sabu sementara ceramah pada 3 Ogos akan disampaikan oleh Bendahari PAS Pusat, YB Dr Hatta Ramli.

28 July 2010

BENARKAH MELAKA MAJU 20:10 20 10 2010

20:10, 20 10 2010

Angka itu memang cantik dan unik. Semua orang mungkin mahu mengabadikan angka itu untuk sesuatu majlis yang akan tetap diingati hingga akhir hayat. Kerajaan negeri Melaka juga memilih masa dan tarikh tersebut untuk mengisytiharkan Melaka sebagai sebuah negeri maju serba serbi samada dari segi fizikal dan spiritual.

Sebagai rakyat negeri ini memang semua orang akan bergumbira (gembira) dengan kemajuan negeri ini lebih-lebih lagi jika kemajuan itu dikecapi dalam erti kata sebenar.

Namun begitu nun di sana masih banyak perkara yang terbuku di dalam lubuk hati rakyat negeri Melaka terutama dalam hal yang berkaitan dengan agama, social, hak asasi rakyat dan sebagainya.

Saya hanya ingin mengajak tuan-puan menilai dan mencongak akan perkara di bawah ini, apakah kita benar-benar akan maju dalam erti kata sebenarnya:-

1)Kegiatan maksiat semakin parah dan kronik. Buktinya seramai 393 anak luar nikah dilahirkan di negeri ini pada 2009. Malah Ketua Menteri sendiri mengakui perkara sehingga mencadangkan satu cadangan mengarut iaitu membina sekolah murid mengandung. Pusat-pusat pelacuran, rumah urut tempat maksiat lain terus beroperasi bukan semakin berkurang malah semakin bertambah.

2)Pusat-pusat perjudian, kedai menjual arak (antarnya 7 Eleven) dan sebagainya semakin bertambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

3)Kelas-kelas pengajian agama di masjid dan surau semakin berkurangan di mana ada kelas-kelas agama yang diberhentikan atas alasan tenaga pengajar tidak bertauliah sedangkan mereka adalah lulusan IPTA dan Universiti terkenal seperti Al-Azhar, Madinah dan lain-lain.

4)Institusi-institusi masyarakat seperti JKKK, AJK Masjid, AJK Surau dan sebagainya terus dipolitkkan. Akibatnya perpaduan di kalangan masyarakat semakin parah kerana dasar kerajaan negeri yang meminggirkan mereka yang tidak sehaluan dengan Umno. Ada AJK yang dilantik tidak layak tetapi dilantik atas dasar kronisme dan politik. Buktinya berlaku pergaduhan di dalam Masjid di Kampun Bukit Pegoh, perletakkan jawatan semua AJK Surau An Najihin Taman Merdeka Jaya dan sebagainya.

5)Sekolah-sekolah agama Rakyat dan Pusat Asuhan Tunas Islam terus dianaktirikan di mana tiada bantuan diberikan malah ada yang disaman di mahkamah.

6)Sikap Ketua Menteri yang kebudak-budakan dan tidak professional yang tidak melayakkan beliau semakin pemimpin sebuah negeri maju. Buktinya beliau sendiri menganggu ceramah PAS pada tahun 2004 dan pada 29 Jun di Bukit Baru Dalam serta 10 Julai di Bukit Pulau. Selain itu cadangan beliau untuk menubuhkan sekolah mengandung juga adalah mengarut dan pelik di mana Timbalan Menteri Pelajaran sendiri menyatakan demikian.

7)Hutang negeri Melaka semakin meningkat akibat pembaziran dan keborosan kerajaan negeri membelanjakan duit rakyat.

Saya mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah tersebut sebelum jam 20:10. 20 10 2010.

Perancangan yang rapi dan konkrit serta gerakerja yang istiqamah mesti dibentangkan kepada umum bagi meyakinkan kita semua bahawa Melaka akan menjadi sebuah negeri yang benar-benar maju dari segi fizikal dan spiritual.

Secara ringkas kerajaan mesti mengambil langkah berikut :-

1)Menutup semua pusat pelacuran dan maksiat, pusat judi dan menghadkan penjualan arak

2)Menggalakkan kelas pengajian agama khasnya berkaitan ilmu tafsir, hadir, siasah Islam dan sebagainya yang mencakupi semua bidang ilmu. Selain itu program keagamaan untuk menyedarkan anak-anak muda mesti dipertingkatkan.

3)Bebaskan institusi masyarakat dari pengaruh politik dengan memastikan semua lapisan masyarakat terlibat dengan program kemasyarakatan.

4)Berikan bantuan kepada semua SAR dan sekolah-sekolah persendirian.

5)Ketua Menteri sendir mesti bersikap professional dan berusaha meningkatkan karismanya supaya dihormati oleh semua rakyat

27 July 2010

CADANGAN SUPAYA NEGERI PR UMUM BUBARKAN DUN PADA FEB/MAC 2013

BN takut dengan idea PR untuk mengadakan pilihanraya berasingan. Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya kepada media hari ini seolah-olah menidakkan hak dan autoriti Kerajaan PR untuk membubarkan DUN masing-masing secara berasingan.

Muhyiddin berkata jika negeri-negeri berkenaan enggan mengadakan pilihan raya secara serentak di seluruh negara berikutan masalah dalaman yang melanda parti-parti pembangkang, itu adalah masalah mereka.

Katanya, bagi Barisan Nasional (BN), mereka mempunyai pengalaman yang lebih lama dalam menghadapi pilihan raya dan faham mengenai perjalanannya.

Jelas sekali bahawa BN tidak sedar bahawa mereka berhak membubarkan parlimen tetapi tidak berhak untuk membubarkan semua DUN kerana 4 negeri sekarang ini dikuasai oleh PR.

Saya mencadangkan negeri-negeri kesemua negeri PR mengadakan pilihanraya pada tahun ke lima selepas PRU 12 iaitu pada tahun 2013. Adalah lebih baik Ketua Menteri dan Menteri Besar negeri –negeri PR membuat kenyataan akhbar bersama sekarang ini dengan menyatakan bahawa Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang akan membubarkan parlimen pada bulan Febuari atau Mac 2013.

Jika kita melakukan perkara sedemikian maknanya kita membuktikan bahawa negeri-negeri PR adalah anak jantan kerana berani menyatakan tarikh bila Pilihanraya Umum akan diadakan di negeri-negeri PR.

TUTUP PUSAT MAKSIAT UNTUK BASMI ZINA BUKAN TUBUH SEKOLAH MENGANDUNG

Cadangan dan Idea Ketua Menteri Melaka mahu menubuhkan Sekolah untuk murid mengandung sebagai jalan untuk mengatasi gejala zina dan maksiat merupakan cadangan yang jauh tersasar dari Islam.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata di dalam Amar Makhruf dan Nahi Mungkar merupakan satu langkah yang diperintah oleh Allah dalam mengatasi masalah maksiat di kalangan manusia.

"Islam menganjurkan kita berbuat baik dan mencegah semua perkara mungkar dengan kuasa yang kita ada, di mana hadis Nabi ada menyebut yang antara lain bermaksud 'Barang siapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia dicegah dengan tangan tangan (kuasa), jika tidak berdaya dengan kuasa cegah dengan lisan, tidak berdaya dengan lisan maka benci dalam hati, itu adalah selemah-lemah iman'

"Masalah zina dan maksiat ini adalah berpunca dari banyaknya kegiatan maksiat yang berlaku di negara kita dan di Melaka ini, selagi punca-punca maksiat ini tidak ditutup dan dibasmi selagi itulah ianya tidak akan berkurang atau terhapus".ujar Yusof

Yusof berkata semua orang tahu di Melaka ini pusat-pusat maksiat seperti pusat pelacuran, rumah urut, kelab malam, dangdut, Disko dan sebagainya tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan, pusat-pusat ini yang menjadi sarang dan punca maksiat di mana pengunjung bebas minum arak, bergaul bebas sehingga ada yang terlanjur melakukan zina.

Selain itu program-program seperti konsert dan program yang melibatkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita juga terus digalakkan oleh kerajaan negeri dan agensi-agensinya. Ini menyebabkan pemuda dan pemudi bebas bergaul dan akhirnya terlanjur.

"Selagi kerajaan Melaka dan Ketua Menteri tidak berusaha untuk menutup semua punca-punca maksiat ini selagi itulah zina dan kelahiran anak luar nikah ini akan terus meningkat"

"Kita amat kesal dengan kenyataan yang menyatakan dalam media semalam bahawa kita tiada pilihan lain bagi mengatasi masalah zina dan maksiat selain dari menubuhkan sekolah murid mengandung. Ternyata beliau tidak dapat memikirkan penyelesaian yang diperintah Allah"

"Hanya dengan penyelesaian Islam sahajalah kita dapat menyelesaikan masalah manusia di mana sebagai sebuah kerajaan negeri yang berkuasa mereka wajib mengamalkan undang-undang Islam bagi mengatasi semua masalah manusia".tegas Yusof.

Menurutnya cadangan Ali Rustam ini jelas membuktikan bahawa kerajaan BN terus 'istiqamah' menggalakkan maksiat di negeri ini di mana tiada langsung cadangan untuk menutup semua pusat maksiat ini.

Sudah sampai masanya rakyat membuat penilaian tentang keikhlasan Ketua Menteri dan Kerajaan BN dalam melaksankan amar makhruf nahi mungkar. Selagi BN terus memerintah Malaysia dan negeri ini selagi itulah rakyat akan terpalit sama dengan dosa menggalakkan maksiat di negara dan negeri kita.
Reply Forward

26 July 2010

Menanti kelahiran ‘anak sulung’ PAS di DUN Melaka.

Sejak pilihanraya umum pertama pada tahun 1955 PAS tidak memenangi sebarang kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka. Namun doa dan harapan PAS Melaka untuk menduduki kerusi di DUN Melaka walaupun dengan satu kerusi belum dimakbulkan Allah.

Sebagai pejuang Islam pimpinan dan ahli PAS Melaka terus istiqamah menjalankan kerja dakwah menyeru rakyat Melaka supaya menyokong perjuangan Islam demi masa depan Islam dan umat Islam Melaka. Pelbagai kaedah dan strategi di atur untuk memberikan kefahaman kepada rakyat Melaka, betapa pentingnya memberi sokongan kepada PAS, tetapi nampaknya semangat Hang Tuah dalam jiwa dan pemikiran orang Melaka terus menebal seolah-olah mentaati BN dan kerajaan BN merupakan suatu kewajipan yang tidak boleh diubah.

Ketaatan dan wala’ kepada pemimpin kerajaan seolah-olah ketaatan total yang tidak boleh ditukarganti. Amat susah PAS maupun parti pembangkang lain untuk merobohkan semangat ketaatan membuta tuli ini.

Hang Tuah terus menjadi idola orang Melaka, di mana seolah-olah menyokong pembangkang merupakan satu ‘dosa’ yang tidak boleh dimaafkan. Orang Melaka merasakan bahawa menyokong pembangkang merupakan suatu perkara pelik.

Majoriti orang Melaka terutama orang Melayu merasa hairan mengapa masih ada juga segelintir rakyat yang menyokong pembangkang sedangkan semuanya ada terbentang di hadapan mata. Jalanraya besar, pekerjaan yang banyak, ‘cari makan’ mudah, negeri yang seolah-olah ‘aman’ dan sebagainya.

Keputusan PRU lalu

Kepimpinan PAS sejak Pilihanraya Umum 1999 lagi melaungkan slogan melahirkan ‘anak sulung’ di DUN Melaka. Semangat reformasi pada musim pilihanraya itu seolah-olah memberikan sinar baru kepada perjuangan PAS. Namun apabila keputusan pilihanraya 1999 diumumkan PAS sekali lagi gagal memenangi sebarang kerusi walaupun terdapat pertandingan yang sengit di beberapa DUN.

PAS memenangi beberapa peti undi di dalam beberapa DUN contohnya Peti Undi Bukit Lintang dan Paya Dalam dalam DUN Ayer Molek dan peti undi Pernu di DUN Alai (sekarang DUN Telok Mas). Namun kemenangan di beberapa peti undi belum cukup untuk memberikan kemenangan di DUN tersebut.

Antara DUN di mana PAS memberikan saingan sengit pada PRU 1999 adalah DUN Durian Tunggal, Serkam, Alai (kini Telok Mas), Ayer Molek dan Sungai Rambai. Kesemua DUN ini dimenangi oleh BN dengan majoriti kurang dari 2.000 undi di mana DUN Alai dan Sg Rambai PAS kalah dengan majoriti kurang dari 1,500 undi.

‘Post Mortem’ yang dilakukan selepas PRU 1999 menunjukkan bahawa sokongan pengundi Melayu kepada calon PAS meningkat dengan mendadak jika dibandingkan dengan keputusan PRU 1995. Hampir semua DUN menunjukkan bahawa sokongan pengundi Melayu adalah diantara 40 – 52 %. Ini bermakna pengundi Melayu boleh memberikan undi kepada PAS dalam keadaan tertentu yang melibatkan isu-isu semasa. Tetapi bagi pengundi Cina mereka tetap sangsi dan ragu untuk memberikan undi kepada PAS sehingga banyak DUN menyaksikan sokongan pengundi Cina kepada PAS hanyalah disekitar 15-25 % sahaja.

Namun begitu keputusan Pilihanraya Umum 2004 memberikan tamparan hebat. Imej ‘baik’ Pak Lah bukan sahaja ‘mencairkan’ pengundi Melaka malah pengundi satu Malaysia pun tertipu dengan imej ‘baik’ Pak Lah tersebut. Sokongan pengundi Melayu merudum teruk di semua DUN di mana PAS dilihat hanya mendapat sokongan pengundi Melayu di sekitar 28 – 35 % sahaja. Sokongan pengundi bukan Melayu kekal seperti PRU 1999 yang akhirnya menyaksikan PAS kalah teruk di kebanyakan DUN. Semua calon PAS tewas dengan majoriti lebih dari 3,000 undi kecuali Ustaz Minghat Mamut yang tewas dengan majoriti 2,660 undi di DUN Durian Tunggal.

Sebaliknya PRU 2008 menyaksikan sinar baru kepada PAS. Rata-rata undi calon PAS melonjak naik dengan sokongan pengundi Cina dan India yang ketara jika dibandingkan dengan PRU sebelum itu. Rata-rata calon PAS memperolehi antara 40-53 % undi pengundi bukan Melayu, suatu peningkatan yang jauh lebih baik berbanding dengan PRU 2004 dan 1999. Tetapi ianya masih jauh jika dibandingkan dengan undi bukan Melayu yang diberikan kepada calon PAS di Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan di mana calon-calon PAS mendapat 55-75 % undi pengundi bukan Melayu. Walaupun begitu kesediaan kira-kira 40-55 % pengundi Bukan Melayu mengundi PAS memberikan harapan baru kepada pimpinan PAS Melaka untuk melahirkan anak sulung di DUN Melaka.

Perlu diingat bahawa sebelum ini termasuk PRU 2008 PAS Melaka dan DAP Melaka tidak hubungan secara langsung samada secara sulit atau terang-terangan. Keadaan ini menyebabkan PAS sukar untuk meyakinkan pengundi Cina, lebih-lebih dilabelkan sebagai pengganas dan ektrimis Islam. Dalam keadaan tiada hubungan antara PAS-DAP menjelang PRU 2008, PAS mampu memperolehi undi bukan Melayu sekitar 40-50 %, maka besar kemungkinan pada PRU akan datang PAS akan mampu meraih sokongan pengundi Bukan Melayu sehingga 75 %.

Melahirkan anak sulung

Kejayaan PAS untuk melahirkan ‘anak sulung’ di DUN Melaka amat dinantikan bagi memastikan Islam dan umat Islam terbela di negeri Melaka. Kerapkali kita dengar pada Sidang DUN Melaka DAP ditempelak oleh Ketua Menteri dan Exco kerana menyuarakan isu-isu berkaitan dengan Islam. Ketua Menteri dan Exco seringkali menyatakan bahawa DAP tiada hak untuk bertanya dan menyuarakan pandangan tentang isu Islam antaranya isu zakat, isu JAIM, isu perlantikan AJK Masjid, isu maksiat, isu tanah wakaf, kelas pengajian agama dan sebagainya.

Jelas sekali kelahiran anak sulung amat penting demi ‘survival’ umat Islam dan kepentingan syiar Islam itu sendiri. Sekiranya selepas PRU ke 13 nanti ‘anak sulung’ PAS tidak dapat dilahirkan di DUN Melaka maka sudah tentu kerajaan BN akan terus bermaharajalela melakukan apa sahaja tanpa boleh diberikan nasihat dan teguran secara formal di DUN Melaka.

Peluang dan perancangan

Mengikut status ‘quo’ sebelum ini (PRU 12) PAS diperuntukan 13 kerusi DUN dan 1 kerusi Parlimen manakala DAP bertanding 8 kerusi dan PKR 7 kerusi. Besar kemungkinan format ini akan terus digunapakai bagi menghadapi PRU ke 13. PAS Melaka sudah lama merancang dan mengerakkan jentera pilihanraya bermula dari Unit Peti Undi, Majlis Tindakan DUN hingga ke Jentera Pilihanraya Negeri. Jentera ini telah diberikan kursus secara teori dan praktikal dari segi undang-undang pilihanraya, aspek teknikal dan praktikal.

Gerakerja banyak ditumpukan kepada beberapa buah DUN yang telah dikenalpasti berpotensi untuk dimenangi. Gerakerja asas seperti ‘survey’, pemetaan, pengukuhan organisasi, penculaan dan pendaftaran pemilih baru telah digerakerja secara agresif.

Program mendekati pengundi berupa program kebajikan dan kemasyarakatan juga sedang dirancak dilaksanakan di semua peringkat. Satu perkara yang menarik sejak akhir-akhir ini ialah sambutan hebat yang diterima dari pengundi bukan Melayu. Antara program terbaru yang membuktikan bahawa pengundi Cina terus memberikan sokongan kepada PAS dan PR ialah Majlis Sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini di mana kira-kira 200 penduduk di sekitar DUN Bukit Baru hadir meraikan program tersebut. Minggu lalu sekali lagi masyarakat Cina menzahirkan sokongan terbuka mereka kepada PAS Melaka apabila program jamuan rakyat di Taman Harta Pertama Bukit Baru dihadiri kira-kira 100 orang Cina di taman tersebut. Tidak syak lagi tembok pemisah antara pengundi Cina dan PAS yang sebelum ini sukar untuk dipecahkan berjaya dirobohkan walaupun pada PRU 2008 dahulu pengundi Cina di Melaka masih takut untuk mengundi PAS.

Perkembangan baru ini memberikan impak yang baik kepada PAS di mana di atas kertas jika sokongan pengundi Cina ini melebihi 70 % PAS dijangka akan memenangi sekurang-kurangnya 2 DUN. Di tambah lagi dengan sokongan pengundi baru dan banyaknya isu yang mencengkam rakyat maka peluang untuk PAS melahirkan anak sulung pada PRU ke 13 nanti semakin cerah.

Isu-isu semasa

Isu-isu semasa juga sudan tentu akan mempengaruhi pola sokongan pengundi di seluruh negara termasuk di Melaka. Banyak isu-isu nasional yang memberikan kesan besar kepada rakyat seperti isu kenaikan harga minyak, gas dan gula yang sudah pasti akan menyebabkan kenaikan harga barangan lain tidak lama lagi.

Rakyat juga cukup terkesan dengan tindakan BN meng’infak’kan wang rakyat sebanyak RM78 juta kepada APCO semata-mata untuk menggajikan syarikat Yahudi bagi mencari jalan menaikkan imej BN. Tindakan ini disifatkan sebagai tindakan yang jelas mengguris hati umat Islam di samping terbukti cukup membazir.

Isu-isu lain seperti pengkhianatan Umno/BN terhadap rakyat dan negara juga akan sedikit sebanyak memberi kesan kepada sokongan rakyat. Mereka masih terkesan dengan tindakan kerajaan menfaraidkan ‘lombong’ minyak blok L dan M kepada Berunai, ‘penggadaian’ tanah KTM kepada Singapura dan lain-lain. Sebenarnya banyak lagi isu nasional lain yang terbuku di hati rakyat. Mereka Cuma menanti masa untuk menghukum kerajaan BN pada PRU ke 13 nanti.

Rakyat negeri Melaka juga amat terkesan dengan isu tempatan yang semakin merimaskan mereka. Pembaziran demi pembaziran dilakukan oleh kerajaan BN Melaka di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Oleh kerana terlampau boros berbelanja hutang kerajaan negeri Melaka semakin meningkat, entah bila akan langsai.

ISU PEMBAZIRAN

a) Eye On Malaysia disita.

Fitraco NV memfailkan saman pada Eom dan MST Ad Suria Sdn Bhd (MST Ad Suria) pada 15 September tahun lalu, selepas syarikat terbabit gagal melunaskan hutang pinjamannya sebanyak RM17 juta bagi menyewa dan membawa roda berkenaan ke Malaysia pada 2006.

Sebelum itu Kerajaan Negeri Melaka bersetuju untuk mengambil alih roda berkenaan setelah sebelum ini ianya beroperasi di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dari 1 Januari 2007 hingga 31 Ogos 2008.

Kerajaan Negeri Melaka mempunyai kepentingan di dalam Eye On Malaysia ini menerusi Eom, sebuah syarikat usahasama yang ditubuhkan bersama MST Ad Suria. Kerajaan negeri diwakili Kumpulan Melaka Berhad (KMB). RM8 juta duit rakyat Melaka hangus disebabkan kelemahan dan kelalaian kerajaan negeri Melaka pimpinan Ali Rustam.

Eye On Malaysia yang dipindahkan ke Melaka pada tahun 2008 dahulu di sita oleh Mahkamah Januari 2009 kerana kegagalan syarikat tersebut membayar hutang kepada pemilik asalnya iaitu syarikat dari Belgium, Fitraco NV.

Pada 8 Februari 2010, MST Ad Suria Sdn Bhd (Syarikat usahasama agensi kerajaan negeri) diperintahkan membayar kos RM35,000 dan defendan kedua, Eye On Malaysia Sdn Bhd membayar RM10,000 kepada Fitraco NV.

Syarikat dari Belgium itu juga dibenarkan memindah keluar roda gergasi 'Eye of Malaysia' dan boleh memasuki tanah milik syarikat "Eye On Malaysia Sdn Bhd. Mahkamah juga memerintahkan tanah itu dibaikpulih seperti sedia kala selepas roda itu dibuka.

Ini bermakna roda gergasi, Eye On Malaysia dan tapaknya ini akan hanya tinggal nama dan menjadi bahan sejarah. Mungkin ianya boleh dimasukkan sebagai destinasi pelancongan terbaru Melaka.

b) Pusat Bowling Antarabangsa Melaka (MIBC) yang dirasmikan pada 1Ogos 2009, yang terletak berdeketan MITC, Ayer Keroh yang mempunyai 52 lane telah menelan duit rakyat sebanyak RM15 juta.

c) Projek Pulau Melaka terdiri dari 4,387 unit rumah kediaman dan 4,180 unit separa perniagaan termasuk pusat pelancongan mewah, hotel serta pelbagai aktiviti pantai dengan kos yang bernilai RM1.46 bilion dan dilaporkan telah terjual sebanyak RM195.3 juta iaitu sebanyak 1,419 unit sehingga 31 Januari 2005. Malangnya projek ini akhirnya menjadi projek gajah putih apabila sebahagian besar banguan yang dibina tidak siap dan tidak berpenghuni. Masjid yang tersergam indah tidak digunakan secara maksimum kerana tidak ramai orang Islam tinggal di kawasan tersebut. Walaupun kerajaan negeri cuba menukarkan projek ini menjadi ‘Pulau Arab’ namun hasilnya sehingga kini belum diketahui.

d) Kincir air berharga RM1.47 juta di Sungai Melaka juga merupakan projek yang membazir. Tambahan pula kincir air ini rosak dan tidak dapat berfungsi.

e) Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam yang dirasmikan oleh Perdana Menteri baru-baru ini masih tidak berfungsi kerana tidak ada satu pun syarikat penerbangan baru yang menggunakan lapangan terbang ini. Kos menaiktaraf lapangan terbang tersebut mencecah sehingga RM 131.5.

Idea awal menaik taraf adalah untuk menjadikan lapangan terbang ini sebagai hub tambang murah dengan mensasarkan syarikat seperti Air Asia dan FireFly serta MAS. Namun sehingga ini syarikat-syarikat tersebut masih tidak sudi untuk memulakan operasi di sini. Terbukti bahawa kerajaan negeri tidak melakukan kajian yang teliti dari segi komersil sebelum meluluskan projek ini.

f) Projek Monorel yang menelan belanja sebanyak RM210 juta sedang dalam pembinaan. Stesyenny akan dibina di Tol Ayer Keroh bagi menghubungkan laluan tersebut ke pusat bandar sejauh 30 kilometer. Tujuan pembinaanny adalah untuk masalah kesesakan jalan raya yang sering berlaku terutamajalan masuk ke Banda Hilir. Sistem monorel ini akan disambung dari Stesen Tuah melalui Jalan Tun Ali dan Jalan Tun Mutahir sebelum bersambung semula dengan Stesen Taman Rempah bagi melengkapkan satu pusingan. Persoalannya adakah projek ini bernilai komersil dan menguntungkan.???

Projek-projek lain yang harganya tidak masuk akal dan membazir!!

g) Dataran Klebang. Segalanya telah musnah samada struktur pantai, ekosistem laut, spesies hidupan laut, tempat tumpuan pelancong menikmati keindahan laut, membunuh para peniaga di pantai Klebang dan hilangnya satu indentiti Melaka iaitu belacan dan cencaluk kerana di sini merupakan tempat yang banyak menghasilkan penangkapan udang geragau yang diperlukan untuk membuat belacan dan cencaluk.

Kerajaan hanya mementingkan keuntungan yang diperolehi dari pemaju saja tanpa memikirkan kelansungan hidup para nelayan.

Selain itu projek-projek lain yang jelas membazir dan tidak munasabah harganya ialah :-

• Projek Lebuhraya Sungai Udang Ke Durian Tunggal berharga RM 280 juta sepanjang 21 km atau RM 14 juta sekilometer di mana hanya separuh adalah 4 lorong kereta;
• Menara Taming Sari berharga RM23 juta
• Projek Hang Tuah Mall berharga RM 8.5 juta;
• Projek air terjun Bukit Beruang berharga RM 1.7 juta;
• Projek pintu gerbang MBMB berharga RM 2.7 juta;
• Jeti Parameswara berharga RM 13 juta;
• Satu unit tandas awam berharga RM 125,000/-
• Bandaraya Mall(Taj Mahal di Bangunan MBMB) berharga RM 4.5 juta;
• Projek pesiaran kaki Jonker Walk sepanjang 600 meter berharga RM 1.8 juta atau RM 300 sekaki;
• Bunga pasu berharga RM800 sebuah di sepanjang Jalan Bendahara;
• Air pancut dan pesiaran kaki di depan Mahkota Parade berharga RM 2 juta dan jalan berbatu yang rosak sebaik ia disiap berharga RM 2.5 juta.
• Projek mencantikkan Sungai Melaka telah makan belanja hamper RM 100 juta dan akan memakan belanja tambahan RM 100 juta lagi. Pihak kerajaan telah berjanji bahawa banjir kilat akan diatasi kerana air pasang tidak akan melimpah keluar dan air Sungai Melaka akan sebersih sehingga boleh cuci mata. Semua janji ini hanya omong-omong kosong

Isu-isu lain

1) ISU KEPINCANGAN PENGURUSAN KEWANGAN DAN PENTADBIRAN AGENSI KERAJAAN NEGERI MELAKA


Laporan Ketua Audit 2009 bagi negeri Melaka menjelaskan ketempangan dan kelemahan kerajaan negeri dalam pengurusan kewangan mereka.

Antara perkara yang dibongkar di dalam laporan itu ialah :

a) Pengurusan Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) yang tidak mengikut prosedur. Contohnya dalam urusan perlantikan guru-guru; kurikulum yang tidak mematuhi dasar; akaun amanah KAFA tidak mengikut prosedur; bantuan perka pita yang diberikan oleh pusat tidak dibelanjakan mengikut tempoh dan matlamat pemberian; guru berlebihan dan sebagainya.

b) pengurusan pembayaran emolumen guru kontrak di bawah skim Gred S11 Kerajaan Negeri adalah tidak memuaskan kerana Kerajaan Negeri telah terlebih berbelanja sejumlah RM17.83 juta bagi bayaran elaun guru KAFA.

c) elaun 20 guru masih dibayar ke akaun bank walaupun telah meletakan jawatan mulai tempoh tahun 2005 hingga 2007. Mengikut perkiraan audit, elaun yang perlu dibayar balik oleh guru adalah berjumlah RM120,000 setahun dan usaha belum diambil bagi menuntut elaun yang terlebih dibayar.

d) JAIM tidak dapat mengesan elaun terlebih bayar kepada seorang guru sehingga guru berkenaan membuat bayaran balik secara sukarela sejumlah RM6,932.
e) Semakan Audit terhadap pembayaran ganjaran guru mendapati berlaku kelewatan antara lima hingga 41 bulan bagi menjelaskan ganjaran berjumlah RM378,774 kepada 395 guru walaupun perkhidmatan guru tamat semenjak bulan Disember 2004.

f) Bayaran ganjaran berjumlah RM114,051 bagi 123 orang guru kontrak Kerajaan Negeri yang ditawarkan lantikan semula masih belum dijelaskan walaupun tempoh kontrak perkhidmatan tamat sejak awal bulan Januari 2005.

g) Perbelanjaan berjumlah RM3.11 juta dari tempoh bulan Januari hingga Jun 2008 telah dijelaskan bagi pembelian perabot, komputer dan membaiki bangunan sekolah dengan menggunakan wang akaun amanah KAFA tanpa kelulusan JAKIM.

h) Lawatan Audit ke enam SRA JAIM dengan pegawai Unit Pembangunan JAIM mendapati pembayaran bagi sembilan kerja pembaikan di enam SRA JAIM berjumlah RM0.39 juta dijelaskan kepada kontraktor tanpa lawatan dan pengesahan JAIM. Selain itu enam kerja pembaikan bagi lima SRA JAIM berjumlah RM0.30 juta telah dijelaskan pembayarannya kepada kontraktor walaupun tidak mengikut spesifikasi kerja.

i) Sejumlah RM0.50 juta untuk SRA JAIM Paya Rumput, Masjid Tanah yang diterima sejak Februari 2007 untuk pembinaan bangunan baru tidak digunakan sebaliknya dilabur dalam simpanan tetap.

j) Bantuan projek untuk SRA JAIM Ramuan China Besar sejumlah RM0.39 juta yang diterima pada November 2006 hanya bermula pada Julai 2008. Ini berpunca daripada masalah perebutan pelaksanaan projek antara pihak LEKAS dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong. Kelewatan projek pembinaan telah mengakibatkan suasana pembelajaran yang tidak selesa.

k) SRA JAIM Bukit Tembakau mempunyai seramai 281 murid tiada bilik darjahyang mencukupi sehingga tempat letak kereta telah disusun dengan kerusi meja untuk dijadikan kelas

l) Semakan Audit mendapati sejumlah RM12,720 telah dibayar kepada oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada penama terlibatmelalui akaun bank mereka walaupun status penerima bantuan telah meninggal dunia.

m) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 13Tahun 1999, mensyaratkan Agensi pelaksana boleh memasukkan item bagi pengangkutan dan kemudahan peralatan untuk pengurusan projek melalui kontrak kerja. Item yang dibenarkan ialah kemudahan komputer jenis desktop dan telefon jenis atur bagi projek yang melebihi RM0.50 juta.

n) Semakan Audit mendapati Jabatan Parit dan Saliran Negeri Melaka telah menetapkan beberapa keperluan Pegawai Penguasa Projek di dalam Fasal 110 spesifikasi dokumen kontrak seperti desktop, telefon bimbit dan kamera. Adalah didapati satu projek bernilai kurang daripada RM0.50 juta telah dibekalkan dengan Notebook dan telefon bimbit yang mana projek ini tidak kelayakkannya. Manakala lima projek dibekalkan dengan telefon bimbit yang mana hanya layak dibekalkan telefon jenis atur.

o) Semakan Audit mendapati bayaran bulanan secara pukal telah dipinda pada akhir November 2008 kepada kadar sewa RM20 sepetak mengikut bilangan petak dan waktu operasi atas permohonan Syarikat Konsesi.

p) Keputusan ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kewangan dan mesyuarat Majlis Penuh masing-masing mengikut Bil. 1 Tahun 2008 dan Bil. 11 Tahun 2008. Bagaimanapun bayaran ini dikuatkuasakan oleh MBMB secara mengebelakangkan tarikh (back date) sejak mula penswastaan iaitu pada awal bulan Mei 2006 walaupun tarikh kuat kuasa ini bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Majlis Penuh Bil. 12 tahun 2007 yang menetapkan tarikh kuat kuasa mulai awal bulan Mei 2007.

q) Mengikut perjanjian penswastaan sehingga akhir Julai 2008, hasil yang sepatutnya diterima berjumlah RM8.10 juta berbanding sejumlah RM5.64 juta selepas pindaan kadar sewa. Pengurangan bayaran bulanan ini menyebabkan MBMB telah kehilangan hasil berjumlah RM2.46 juta dan keputusan ini tidak menjaga kepentingan MBMB. Selain itu, daripada sejumlah RM5.64 juta, sejumlah RM2.19 juta atau 38.8% masih tertunggak.

r) Pendahuluan Emolumen - Klausa 4.1.12 kepada surat perjanjian menetapkan gaji, PERKESO, KWSP dan elaun anggota MBMB yang bertugas dengan Syarikat Konsesi secara pinjaman bagi menjalankan tugas penguatkuasaan dibayar oleh Syarikat Konsesi.

s) Semakan Audit mendapati dari mula penswastaan sehingga bulan Julai 2008 seramai 33 anggota penguatkuasa MBMB yang bertugas dengan Syarikat Konsesi telah dibayar emolumen secara pendahuluan sejumlah RM2.89 juta melalui sistem gaji MBMB di mana RM0.63 juta masih tertunggak. Amalan ini bertentangan dengan syarat surat perjanjian dan pembayaran pendahuluan ini menjejaskan aliran tunai MBMB kerana jumlah tunggakan adalah tinggi.

t) Semakan Audit mendapati, sehingga akhir bulan Julai 2008 hasil pembahagian kompaun yang telah diterima oleh MBMB adalah berjumlah RM2.81 juta berbanding sejumlah RM2.25 juta selepas kelulusan pindaan kadar kompaun berbayar. Kesan dari kelulusan pindaan secara kebelakangan, MBMB perlu membayar kepada Syarikat Konsesi pembahagian kompaun tambahan sejumlah RM0.56 juta. Selain itu, tiada bukti perjanjian tambahan dibuat dan kelulusan daripada Jawatankuasa Penswastaan Negeri tidak diperoleh bagi memperakukan keputusan ini.

u) Perintah 8, Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (MBMB), 2005 menetapkan kawasan tempat letak kereta yang telah di warta boleh dikenakan caj dan kesalahan boleh di kompaun mengikut perintah 46(1) dalam Perintah yang sama. Perbandingan telah dilakukan antara 118 kawasan tempat letak kereta berkupon yang diswastakan dengan 132 kawasan tempat letak kereta yang diwartakan. Semakan Audit mendapati empat kawasan yang menyediakan 1,092 petak telah mengenakan caj letak kereta dan kompaun terhadap kesalahan, namun kawasan ini tidak di senarai dalam kawasan yang diwartakan. Ini bermakna kawasan tersebut telah beroperasi sebelum pewartaan menyebabkan caj dan kompaun yang dikeluarkan tidak sah di sisi perundangan. (Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008, Negeri Melaka)

v) Sehubungan dengan laporan audit diatas maka pihak MPMBB sewajarnya memulangkan wang kompaun yang telah dibayar oleh rakyat. Kawasan yang terlibat adalah Taman Bachang Mall, Semabok Perdana, Lorong Kg.Jawa, Taman Bukit Piatu Mutiara. Jumlah kompaun yang terlibat dari Januari hingga Julai 2008 adalah berjumlah RM38,320.00.
2) ISU ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI MELAKA MENGALAMI KERUGIAN

Sebilangan besar anak-anak syarikat kerajaan negeri Melaka mengalami kerugian disebabkan pentadbiran dan pengurusan kewangan. Ini juga disebabkan kerana amalan kronisme di mana individu yang dilantik ke jawatan tinggi di dalam syarikat terbabit tidak berkelayakan dan tidak kompeten. Sebagai contoh pada tahun 2007 21 anak syarikat kerajaan negeri Melaka mengalami kerugian di mana MITC mencatatkan kerugian paling tinggi iaitu RM9,980,207, Pertam Construction (RM5,444,102), Perbadanan Melaka Holding Sdn Bhd (RM5,184,168) dan lain-lain.
3) ISU PENDIDIKAN

a) PASTI terus dizalimi

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di seluruh negeri Melaka terus ditekan oleh kerajaan negeri Melaka sehingga kini kes ini belum selesai.

13 PASTI diseluruh kawasan di dalam negeri Melaka telah menerima surat amaran dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang mengarahkan kesemua PASTI tersebut berdaftar di bawah JAIM. PASTI-PASTI ini dituduh melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam (Melaka) 2002.

Surat (JAIM/6/(S) 223/1-34 (4) yang ditandatangani oleh bekas Pengarah JAIM Abdul Halim Tawil antara lain memberi amaran bahawa jika kesemua PASTI tersebut enggan mendaftar dengan JAIM dalam masa 14 hari dari tarikh surat itu tindakan akan di ambil mengikut enakmen tersebut.

Antara PASTI yang menerima surat amaran tersebut ialah dari Kawasan Alor Gajah iaitu PASTI Munawwaarah 2 & 3; Kawasan Bukit Katil - PASTI Jaya Insan(Bukit Katil), PASTI Ar-Rahmah (Solok Gaung), PASTI Darul Islam (Bukit Beruang); Kawasan Jasin - Ar-Roudhah, Al-Istiqamah, Al-Amin, As-Syakirin, As-Solihin; Kawasan Kota Melaka - As-Syarifah, Al-Hidayah; Kawasan Tangga Batu - PASTI An-Nuriah.

Tidak ada keputusan rasmi dan muktamad yang jelas tentang isu ini.

b) Sekolah Agama negeri diserah kepada pusat

Lapan buah Sekolah Menengah Agama termasuk Sekolah Menengah Agama Tahfiz JAIM telah diserahkan kepada kerajaan Pusat.

Sebelum ini Kolej Al Dirasat Al Islamiah Al Arabiah iaitu Pusat Pengajian berkembar dengan Universiti Al Azhar Mesir yang ditadbir oleh JAIM telah diserahkan kepada Kolej Islam Melaka yang terletak di Kuala Sungai Baru walaupun mendapat bantahan daripada para pelajar dan kakitangan kolej tersebut.

Tidak syak lagi isu-isu ini memberikan kesan yang mendalam kepada rakyat dalam menentukan parti mana yang mereka sokong pada PRU ke 13 nanti. Adalah diharapkan mereka akan dapat menilai dan membuat keputusan yang tepat dengan tidak mengulangi kesilapan lama mereka menyokong BN sejak lebih 50 tahun dahulu.

KERAJAAN BARU PR MELAKA

Walaupun ramai yang berpendapat hasrat PR untuk melahirkan anak sulung bagaikan mimpi di siang hari namun tidak kurang juga yang berpendapat bahawa PAS bukan sahaja mampu untuk menghantar wakilnya di DUN Melaka malah mungkin akan berjaya membentuk kerajaan baru PR di Melaka. PR Melaka sudah mempunyai 5 ADUN dan hanya memerlukan 10 kerusi DUN sahaja lagi untuk membentuk kerajaan negeri dengan ‘simple majority’ 2 kerusi. Jika PR menang 15 kerusi maka BN akan memenangi bakinya dari jumlah semua kerusi sebanyak 28 kerusi.

Perkara ini tidak mustahil berlaku berdasarkan kepada senario semasa yang jelas memihak kepada PR. Kerusi-kerusi seperti DUN Klebang, Paya Rumput, Duyong, Bemban, Machap, Durian Tunggal, Telok Mas dan lain-lain dilihat amat berpotensi untuk dimenangi oleh PR pada PRU ke 13 nanti.

Sejak akhir-akhir ini bahang kepanasan amat dirasakan oleh BN. Buktinya BN mula memainkan isu yang disifatkan mereka amat mustajab kepada pengundi Melayu. Isunya adalah berkaitan siapa yang akan menjadi Ketua Menteri Melaka andainya PR menang nanti. BN melaka melancarkan gerak saraf dengan menamakan Ketua Pembangkang, YB Goh Leong San sebagai Ketua Menteri Melaka kerana menurut mereka DAP akan memenangi paling banyak kerusi jika dibandingkan dengan PAS dan PKR. Bagi kita serangan BN ini tidak munasabah kerana andaikata PR menang penentuan siapa Ketua Menteri ini akan ditentukan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan PR negeri dengan ‘endorsement’ dari Majlis Presiden PR di peringkat pusat. Jadi masalah siapa Ketua Menteri andai PR menang di Melaka tidak berbangkit langsung. Parti yang mempunyai majoriti di DUN tidak semestinya menjadi Ketua Menteri atau Menteri Besar seperti yang berlaku di Perak dan Pulau Pinang sebelum ini.

Umno pernah mempunyai kerusi majoriti di DUN Pulau Pinang sejak sekian lama tetapi kerusi tersebut disedekahkan oleh Umno kepada Gerakan di mana Wakil Rakyat Umno tidak pernah menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang.

Kita melihat serangan gerak saraf Umno berkaitan isu Ketua Menteri PR Melaka ini membuktikan bahawa Umno/BN sebenarnya semakin berasa tergugat dengan kedudukan mereka kini. Jika mereka yakin yang PR langsung tidak mempunyai peluang untuk merampas kuasa kita yakin isu ini tidak akan dibangkitkan.

30 PENGKHIANATAN UMNO

Kini nada perpaduan Melayu dipalu sekali lagi. Apa salahnya, Islam juga yang untung, kata mereka. Buat sebahagian generasi muda yang mungkin tidak mengingati, mari kita ikuti sejarah pengkhianatan Umno terhadap bangsa Melayu :

1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri dari tangan BN dalam PRU 1999?

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95%Melayu menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri2 seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT?

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempasan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain2?

19..Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

Senarai pengkhianatan Umno terhadap orang2 Melayu memang panjang. Ia tidak habis untuk ditulis dalam sehari. Apa yang penting, ia sudah terakam dalam sejarah. Khalayak yang memalu gendang perkauman ini patut malu pada diri sendiri, pada saat mereka di puncak kuasa tidak pernah pula terdengar retorik Islam dan Melayunya. Kini menyedari kuasa semakin jauh dari genggaman, tidak perlu lah lagi umat Melayu yang selama ini diperbodoh dan diperkuda semahunya, memberi bantuan talian hayat dan oksigen.

Kalaulah Umno hidup ribuan tahun yang lalu, mungkin epik Yunani Homer, Illiad and Oddysey atau pun Hikayat 1001 Malam tidak akan mendapat tempat di sisi penglipur lara, penulis buku, pemikir sastera-sejarah, pemikir sosiologi mahu pun pembuat filem. Demikian banyaknya yang dikisah dalam hikayat dari Parsi itu, mengikut lagenda, sesiapa yang membaca seluruh koleksi cerita ini akan menjadi gila.

Alahai, kalau membaca hikayat sepanjang ini menjadi gila, siapa pula yang mampu mengingati ratusan pengkhianatan Umno terhadap Melayu. Besar kemungkinan anda akan jadi 'mereng'.

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Belajar sejarah Umno beri alasan

Dihantar oleh Teratai Liar melalui email

25 July 2010

JANGAN LUPAKAN RAKYAT YANG SEDANG SENGSARA

Mari kita fikirkan sejenak apa nasib rakyat yang fakir dan miskin yang masih ramai di bumi Malaysia ini. Lebih memilukan mereka disengsarakan lagi dengan pengumuman kenaikan harga minyak, gas dan gula baru-baru ini. Tidak lama lagi dijangkakan penderitaan mereka ini akan bertambah dengan kenaikan barangan keperluan dan perkhidmatan akibat dari kenaikan harga minyak, gas dan gula ini.

Kuih-muih, makanan dan barangan lain sudah tentu akan naik disebabkan semuanya menggunakan gula, gas memasak dan minyak untuk 'transport'. Siapa yang boleh memastikan semuanya tidak naik. Pengalaman lampau sudah cukup mengajar kita walaupun pelbagai janji manis dibuat bahawa harga barang tidak akan naik, semua itu bagaikan menanam tebu di bibir mulut sahaja. Yang parah, menderita, sengsara dan melarat adalah rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Apakah pemimpin kerajaan dan orang kaya terasa bahang kenaikan ini jawapannya sudah tentu tidak. Sebab itulah mereka tidak kisah dengan kenaikan itu semua, tidak berbekas bagi mereka.

Malangnya isu ini terus ditutup oleh media sebaliknya isu politik perpaduan dan isu lain dimuatkan di dada akhbar dan corong radio dan TV. Gunanya ialah untuk melarikan pemikiran rakyat dari isu kenaikan harga minyak.

Ayuh rakyat Malaysia jangan kita terjebak dengan permainan kotor media arus perdana kaki pengampu ini yang saban hari menjadi hamba kepada BN untuk mengelirukan minda rakyat dari mengingati masalah sebenar rakyat.

Jangan kita berdiam diri membiarkan isu kenaikan harga minyak, gula, gas dan barangan ini hilang begitu sahaja yang akhirnya menyebabkan kerajaan BN akan bertindak lebih baik seperti menghapuskan terus subsidi minyak dan makanan ini seperti yang diwar-warkan oleh mereka bahawa rakyat mesti berkorban untuk masa depan negara.

Kita mesti menyedarkan rakyat bahawa tindakan zalim dan kejam kerajaan BN menaikkan harga minyak, gas dan gula ini wajar di balas dengan kita menumbangkan BN pada PRU ke 13 akan datang dan digantikan dengan kerajaan yang sanggup menjadi 'hamba' rakyat yang siang malam memikirkan kebajikan rakyat bukan kerajaan yang hanya mengenyangkan kroni dan wak yek mereka sahaja.

CADANGAN KETUA MENTERI MELAKA MENGARUT

Blog ini setuju benar dengan pendapat Timbalan Menteri Pelajaran, Puad Zakarsyi bahawa Ketua Menteri Melaka mengarut dan pelik dalam isu berkaitan dengan sekolah untuk anak zina.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa Puad menyifatkan cadangan Ketua Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam yang ingin menubuhkan sebuah sekolah khas untuk pelajar perempuan yang mengandung akibat terlanjur disifatkan sebagai cadangan mengarut dan pelik.

Puad berkata, cadangan tersebut sebenarnya amat tidak praktikal untuk dilaksanakan kerana ia seolah-olah menggalakkan lagi pelajar perempuan untuk mengandung pada usia muda.

“Saya hairan dan pelik bagaimana cadangan ini boleh dikeluarkan oleh beliau, sepatutnya untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan memberi motivasi, kaunseling dan kesedaran kepada semua pelajar.

“Bagi saya jalan penyelesaian yang terbaik adalah dengan mendidik pelajar-pelajar ini bermula dari rumah dan sekolah mengenai moral,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan Sri Osman Mohd Saat di sini, semalam.

Bagi blog ini yakin cadangan Puad itu belum cukup kerana salah satu punca utama kejadian maksiat ialah disebabkan pergaulan bebas, tumbuhnya pusat-pusat maksiat seperti pusat pelacuran, kelab malam, rumah urut dan sebagainya yang bagaikan cendawan lepas hujan. Selagi pusat-pusat maksiat dan program-program pergaulan bebas ini tidak dibenteras selagi itulah maksiat ini akan terus berleluasa.

Namun langkah paling penting yang mesti diambil perhatian sekarang ialah melaksanakan undang-undang Islam yang pasti mendapat keberkatan dari Allah. Dengan undang-undang Allah ini Insya Allah manusia akan gerun dan takut untuk melakukan maksiat. Selain itu undang-undang ini akan mendapat pertolongan dari Allah dengan pencegahan dariNya.

Selagi Kerajaan BN berdegil tidak mahu kembali kepada Islam selagi itulah masalah maksiat dan sosial ini tidak akan selesai.

ALI RUSTAM CADANG SEKOLAH UNTUK ANAK ZINA

Semalam disiarkan bahawa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri ALi Rustam mencadangkan ditubuhkan sekolah khusus untuk anak zina atau anak tiada bapa.

Banyak respon yang kita perolehi dari pembaca dan pengunjung facebook tentang isu ini.

Agaknya pada pandangan tuan-tuan pengunjung blog ini adakah ianya baik atau tidak baik????? Boleh beri respon di ruangan komen.

PENGUNDI TIONGHUA DI MELAKA BERSAMA PAKATAN

Program Jamuan Rakyat anjuran Majlis Tindakan DUN Bukit Baru semalam mendapat sambutan hebat apabila kira-kira 150 pengundi Cina di sekitar Taman Harta Pertama menghadiri majlis jamuan tersebut.Kehadiran mereka pada jamuan tersebut menggambarkan bahawa masyarakat Cina terus memberikan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat walaupun pelbagai momokan dan fitnah dilemparkan kepada PR.

Program tersebut yang bermula jam 7.00 malam berakhir pada 9.30 malam.Pengerusi DHPP, Hu Pang Chaw dalam ucapannya menyifatkan kesediaan masyarakat Cina Melaka menghadiri program ini menggambarkan bahawa PAS semakin mendapat tempat di hati rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Katanya, PAS sudah tidak ditakuti lagi malah menjadi tempat bergantung dan mengadu nasib semua lapisan masyarakat.

(Gambar-gambar program sila klik di sini).

Ketua Pembangkang DUN Melaka, YB Goh Leong San yakin bahawa PR akan berjaya membentuk kerajaan negeri Melaka selepas PRU ke 13 nanti memandang penerimaan rakyat yang semakin meningkat dari sehari ke sehari.

Antara pimpinan PR yang hadir pada program tersebut ialah Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chaw, Ketua Pembangkang DUN Melaka YB Goh Leong San; ADUN Bachang, YB Lim Jak Wong; Timbalan Ketua Penerangan PKR Negeri, Freddie Lim, Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil yang juga Penyelia DUN Bukit Baru, Yusof Wahab.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter