BENARKAH MELAKA MAJU 20:10 20 10 2010

20:10, 20 10 2010

Angka itu memang cantik dan unik. Semua orang mungkin mahu mengabadikan angka itu untuk sesuatu majlis yang akan tetap diingati hingga akhir hayat. Kerajaan negeri Melaka juga memilih masa dan tarikh tersebut untuk mengisytiharkan Melaka sebagai sebuah negeri maju serba serbi samada dari segi fizikal dan spiritual.

Sebagai rakyat negeri ini memang semua orang akan bergumbira (gembira) dengan kemajuan negeri ini lebih-lebih lagi jika kemajuan itu dikecapi dalam erti kata sebenar.

Namun begitu nun di sana masih banyak perkara yang terbuku di dalam lubuk hati rakyat negeri Melaka terutama dalam hal yang berkaitan dengan agama, social, hak asasi rakyat dan sebagainya.

Saya hanya ingin mengajak tuan-puan menilai dan mencongak akan perkara di bawah ini, apakah kita benar-benar akan maju dalam erti kata sebenarnya:-

1)Kegiatan maksiat semakin parah dan kronik. Buktinya seramai 393 anak luar nikah dilahirkan di negeri ini pada 2009. Malah Ketua Menteri sendiri mengakui perkara sehingga mencadangkan satu cadangan mengarut iaitu membina sekolah murid mengandung. Pusat-pusat pelacuran, rumah urut tempat maksiat lain terus beroperasi bukan semakin berkurang malah semakin bertambah.

2)Pusat-pusat perjudian, kedai menjual arak (antarnya 7 Eleven) dan sebagainya semakin bertambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

3)Kelas-kelas pengajian agama di masjid dan surau semakin berkurangan di mana ada kelas-kelas agama yang diberhentikan atas alasan tenaga pengajar tidak bertauliah sedangkan mereka adalah lulusan IPTA dan Universiti terkenal seperti Al-Azhar, Madinah dan lain-lain.

4)Institusi-institusi masyarakat seperti JKKK, AJK Masjid, AJK Surau dan sebagainya terus dipolitkkan. Akibatnya perpaduan di kalangan masyarakat semakin parah kerana dasar kerajaan negeri yang meminggirkan mereka yang tidak sehaluan dengan Umno. Ada AJK yang dilantik tidak layak tetapi dilantik atas dasar kronisme dan politik. Buktinya berlaku pergaduhan di dalam Masjid di Kampun Bukit Pegoh, perletakkan jawatan semua AJK Surau An Najihin Taman Merdeka Jaya dan sebagainya.

5)Sekolah-sekolah agama Rakyat dan Pusat Asuhan Tunas Islam terus dianaktirikan di mana tiada bantuan diberikan malah ada yang disaman di mahkamah.

6)Sikap Ketua Menteri yang kebudak-budakan dan tidak professional yang tidak melayakkan beliau semakin pemimpin sebuah negeri maju. Buktinya beliau sendiri menganggu ceramah PAS pada tahun 2004 dan pada 29 Jun di Bukit Baru Dalam serta 10 Julai di Bukit Pulau. Selain itu cadangan beliau untuk menubuhkan sekolah mengandung juga adalah mengarut dan pelik di mana Timbalan Menteri Pelajaran sendiri menyatakan demikian.

7)Hutang negeri Melaka semakin meningkat akibat pembaziran dan keborosan kerajaan negeri membelanjakan duit rakyat.

Saya mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah tersebut sebelum jam 20:10. 20 10 2010.

Perancangan yang rapi dan konkrit serta gerakerja yang istiqamah mesti dibentangkan kepada umum bagi meyakinkan kita semua bahawa Melaka akan menjadi sebuah negeri yang benar-benar maju dari segi fizikal dan spiritual.

Secara ringkas kerajaan mesti mengambil langkah berikut :-

1)Menutup semua pusat pelacuran dan maksiat, pusat judi dan menghadkan penjualan arak

2)Menggalakkan kelas pengajian agama khasnya berkaitan ilmu tafsir, hadir, siasah Islam dan sebagainya yang mencakupi semua bidang ilmu. Selain itu program keagamaan untuk menyedarkan anak-anak muda mesti dipertingkatkan.

3)Bebaskan institusi masyarakat dari pengaruh politik dengan memastikan semua lapisan masyarakat terlibat dengan program kemasyarakatan.

4)Berikan bantuan kepada semua SAR dan sekolah-sekolah persendirian.

5)Ketua Menteri sendir mesti bersikap professional dan berusaha meningkatkan karismanya supaya dihormati oleh semua rakyat

Comments

angkasanuri said…
Betullah...cuba tengok pemimpin Umno kat Melaka ni makin kaya raya. Bukti Melaka maju lagi kat Melaka ada Perkampungan Artis ada sekolah Murid Mengandung, selalu banjir kilat, eye on Malaysia tak berpusing kat tempat lain mana ada?
Anonymous said…
UMNO memang nak bela puak-puak yang macam tu, begitu juga mengekalkan puak yang tidak dapat berfikir dengan baik, puak yang tak berapa nak cukup duit dan puak yang suka terima sehelai T-shirt & teh secawan atau rokok sebatang atau puak-puak yang meminta-minta...semua tu stok mereka kononnya nak pastikan UMNO dapat sokongan puak yang sedemikian..wallalwa'lam