TUTUP PUSAT MAKSIAT UNTUK BASMI ZINA BUKAN TUBUH SEKOLAH MENGANDUNG

Cadangan dan Idea Ketua Menteri Melaka mahu menubuhkan Sekolah untuk murid mengandung sebagai jalan untuk mengatasi gejala zina dan maksiat merupakan cadangan yang jauh tersasar dari Islam.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata di dalam Amar Makhruf dan Nahi Mungkar merupakan satu langkah yang diperintah oleh Allah dalam mengatasi masalah maksiat di kalangan manusia.

"Islam menganjurkan kita berbuat baik dan mencegah semua perkara mungkar dengan kuasa yang kita ada, di mana hadis Nabi ada menyebut yang antara lain bermaksud 'Barang siapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia dicegah dengan tangan tangan (kuasa), jika tidak berdaya dengan kuasa cegah dengan lisan, tidak berdaya dengan lisan maka benci dalam hati, itu adalah selemah-lemah iman'

"Masalah zina dan maksiat ini adalah berpunca dari banyaknya kegiatan maksiat yang berlaku di negara kita dan di Melaka ini, selagi punca-punca maksiat ini tidak ditutup dan dibasmi selagi itulah ianya tidak akan berkurang atau terhapus".ujar Yusof

Yusof berkata semua orang tahu di Melaka ini pusat-pusat maksiat seperti pusat pelacuran, rumah urut, kelab malam, dangdut, Disko dan sebagainya tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan, pusat-pusat ini yang menjadi sarang dan punca maksiat di mana pengunjung bebas minum arak, bergaul bebas sehingga ada yang terlanjur melakukan zina.

Selain itu program-program seperti konsert dan program yang melibatkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita juga terus digalakkan oleh kerajaan negeri dan agensi-agensinya. Ini menyebabkan pemuda dan pemudi bebas bergaul dan akhirnya terlanjur.

"Selagi kerajaan Melaka dan Ketua Menteri tidak berusaha untuk menutup semua punca-punca maksiat ini selagi itulah zina dan kelahiran anak luar nikah ini akan terus meningkat"

"Kita amat kesal dengan kenyataan yang menyatakan dalam media semalam bahawa kita tiada pilihan lain bagi mengatasi masalah zina dan maksiat selain dari menubuhkan sekolah murid mengandung. Ternyata beliau tidak dapat memikirkan penyelesaian yang diperintah Allah"

"Hanya dengan penyelesaian Islam sahajalah kita dapat menyelesaikan masalah manusia di mana sebagai sebuah kerajaan negeri yang berkuasa mereka wajib mengamalkan undang-undang Islam bagi mengatasi semua masalah manusia".tegas Yusof.

Menurutnya cadangan Ali Rustam ini jelas membuktikan bahawa kerajaan BN terus 'istiqamah' menggalakkan maksiat di negeri ini di mana tiada langsung cadangan untuk menutup semua pusat maksiat ini.

Sudah sampai masanya rakyat membuat penilaian tentang keikhlasan Ketua Menteri dan Kerajaan BN dalam melaksankan amar makhruf nahi mungkar. Selagi BN terus memerintah Malaysia dan negeri ini selagi itulah rakyat akan terpalit sama dengan dosa menggalakkan maksiat di negara dan negeri kita.
Reply Forward

Comments

JEBAT TAK DERHAKA said…
APA LA NAK KECOH... BIAR LA DIA NAK BUAT SEKOLAH TU..
LEPAIH PRU 13 BOLEH GAK JADI TUKANG KEBUN KAT SEKOLAH TU...RAHIM BOLEH JADI JAGA...

DAHI LICIN WOO...
azman kamarul said…
Salam perjuangan.

Menjilat air liur lah kontraktor kroni umno kaalau "sekolah mengandung" tu tak jadi buat!!!!
Meroyan pulak lah ....
Anonymous said…
Kalau tutup semua pusat maksiat pun belum tau masalah ni selesai walaupun itu boleh dikatakan punca kepada masalah tu.
Banyak faktor yg menyumbang kepada keruntuhan akhlak org2 sekarang.
Memang perlu jalan seiring antara tackle punca masalah dengan menangani masalah sedia ada.
Budak2 yg dah terlanjur tu pun jadi tanggungjawab kita semua untuk kembalikan mereka ke pangkal jalan..

FJ