LING SIONG MENIPU ? : MENTERI-MENTERI YANG TAK CERDIK WAJIB LETAK JAWATAN

Kerajaan Malaysia termasuk Perdana Menteri dan jemaah menterinya kena tipu! Itu tuduhan yang didakwa dilakukan oleh Bekas Menteri Pengangkutan Ling Liong Sik.

Semalam media melaporkan bahawa bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang.

Isu ini menunjukkan bahawa :-

i) Perdana Menteri dan sekelian jemaah menterinya tidak cerdik sehingga boleh ditipu oleh seorang Menteri Kabinetnya sendiri. Ini merupakan sesuatu yang serius kerana negara kita mempunyai jemaah menteri yang TIDAK CERDIK dan LEMBAP. Jadi sekelian menteri-menteri yang masih menjadi menteri dan wakil rakyat WAJIB MELETAKKAN JAWATAN untuk mengelakkan mereka ini ditipu lagi. Alangkah malunya kita mempunyai menteri yang begitu sifatnya.

2) Menteri yang menipu dan yang kena tipu datang dari parti yang sama dan mereka semuanya pemimpin utama parti-parti komponen BN. Jadi ini menunjukkan BN penuh dengan pemimpin kaki penipu dan orang yang lembap ditipu hidup-hidup.

3) Kalau pemimpin kena tipu maka semua rakyat yang memilih mereka juga kena tipu kerana mereka mengundi pemimpin tersebut semasa pilihanraya sedangkan pemimpin itu lembap dan ditipu dengan mudah.

4) Kalau kerajaan sebuah negara seperti Malaysia boleh ditipu oleh seorang menteri alangkah bahayanya negara kita kerana sudah tentu kerajaan kita boleh ditipu oleh pemimpin-pemimpin negara luar yang cerdik dan pandai.

Comments

azman kamarul said…
Salam perjuangan.
Ini sebenarnya bukan isu Liong Sik menipu ini adalah isu untuk menunjukkan KUNUNNYA umno dan penguasa di bawah ketiak umno nak tunjuk bahawa MEREKA TAK PILIH KASIH!!!.

Liong Sik hanya dikambing hitamkan mungkin untuk "sementara waktu" bagi menyelamatkan kapal umnobngok yang dah hampir tenggelam!.

Mengapa baru sekarang mereka lakukan...mengapa tidak sewaktu isu ini hangat dikatakan oleh DSAI dulu...adakah begitu lama masa untuk menyiasat perkara ini?......MEREKA SEDANG MENGATUR SIRI PENIPUAN KEPADA RAKYAT SUPAYA RAKYAT KEMBALI PERCAYA KEPADA KECELAKAAN YANG MEREKA TELAH LAKUKAN KEPADA RAKYAT!

Pergi jahanam dengan permainan busuk puak celaka ini!
sakariya said…
sebagai rakyat biasa hari-hari kita kena tipu!!!