.

.

24 September 2009

BN MESTI KEMUKA CALON BERSIH

BN mesti memilih calon yang bersih dan berakhlaq bagi memberikan peluang kepada rakyat DUN Bagan Pinang mendapat wakil rakyat terbaik. Ini kerana PAS sudah tentu akan memilih calon terbaik yang bersih dari segala kontroversi dan skandal.

Semua orang tahu bahawa criteria pemilihan bakal calon PAS sangat ketat di mana ianya akan mengambilkira latarbelakang pendidikan, keluarga, akhlaq, rekod perkhidmatan, rekod peribadi, rekod-rekod jenayah, tidak melakukan dosa besar dan lain-lain.

Malah calon PAS akan melalui tapisan dari 2 badan iaitu Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama’. Sekiranya Jawatankuasa PAS Pusat menerima calon tersebut, maka Majlis Syura Ulama akan menapisnya dan memberikan keputusan samada seseorang itu layak menjadi calon atau tidak.

Malangnya bagi Umno/BN perkara ini tidak berlaku di mana kita melihat ramai dari kalangan calon Umno/BN mempunyai rekod peribadi yang buruk seperti pernah terlibat dengan rasuah, skandal wanita, melakukan penipuan, akhlaq yang buruk dan ada antara mereka berterusan melakukan dosa besar seperti berjudi, minum arak dan lain-lain.

Sepatutnya BN dapat mengelakkan sesiapa sahaja yang didakwa pernah ditangkap berkhalwat dan berzina di hotel, pecah amanah dan sebagainya. Malangnya ada antara pemimpin BN yang sedang memimpin kita sekarang didakwa pernah ditangkap kerana melakukan perkara tersebut.

Jadi kali ini di Bagan Pinang kita harap BN dapat memilih calon yang baik tidak seperti yang mereka lakukan di Permatang Pasir baru-baru ini.

Sesungguhnya tugas seorang Wakil Rakyat amat penting kerana ianya merupakan amanah besar yang memerlukan seseorang yang berintegriti, beriman, beraklaq dan lain-lain sifat mahmudah.

Saya sangat berharap BN melupakan Isa Samad sebagai calon DUN Bagan Pinang kerana beliau terbukti telah disabitkan dengan kesalahan rasuah sehingga di gantung keahliannya dalam Umno. Malangnya Umno dan pemimpinnya tidak pernah melaporkan kedurjanaan Isa kepada SPR (dulunya BPR) yang menyebabkan beliau tidak didakwa dan dihukum. Mungkin BN merasakan bahawa rasuah adalah halal disisi undang-undang dan agama Islam.

F1 LEBIH PENTING DARI RAKYAT

Keputusan Kerajaan 1Malaysia menaja program F1 negara yang berjumlah ribuan juta ringgit membuktikan slogan rakyat diutamakan hanyalah slogan kosong untuk menipu rakyat.
Bukankah masih ramai rakyat :-
1) Tiada rumah sendiri,
2) masih ramai anak-anak bangsa yang tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana kesempitan hidup
3) Masih ramai yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang
4) Masih ramai anak-anak yatim dan ibu tunggal yang merana dan tiada pendapatan tetap
5) Masih ramai rakyat yang sakit kronik tidak mampu membayar kos pembedahan dan perubatan
6) Masih ramai rakyat yang tiada bekalan air dan elektrik
7) Masih ramai pengemis jalanan melarat dan merempat
8) Masih banyak jalanraya tanah merah dan becak
9) Masih ramai rakyat yang perlukan bantuan dalam segenap segi.
10) dan lain-lain.
Mengapa kerajaan tidak nampak semua itu tetapi melihat F1 lebih penting dari rakyat ................fikirkan!!!!

SOKONG KECAM MASJID DIPOLITIKKAN

Saya menyokong kecaman blogger Nadarakyat yang kesal dengan tindakan seorang jawatankuasa di salah sebuah masjid di Cheng, Melaka yang mana dalam ucapannya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri berbau politik dan perkauman sempit dibidas kerana boleh memecahbelahkan umat Islam di pagi raya.

Blogger Nadarakyat menukis di dalam blognya bahawa pemimpin masyarakat terbabit di dalam ucapannya menyeru supaya orang melayu bersatu setelah berpecah kepada beberapa kumpulan sementara pula orang bukan Islam telah bersatu.

Nadarakyat mempertikaikan tindakan pemimpin terbabit yang menggunakan masjid untuk kepentingan politik sempit perkauman melayu.
"Adakah disebabkan pada PRU yang lepas DAP dan PKR menerusi calon bukan Islamnya telah menang banyak kerusi sementara calon MCA,Gerakan,MIC telah tewas teruk membawa maksud orang bukan Islam telah bersatu?"

"Adakah disebabkan Umno kehilangan banyak kerusi kepada PAS dan PKR (calon melayu) bererti orang melayu berpecah?" soal Nadarakyat.

Menurut Nadarakyat tindakan jawatankuasa masjid tersebut yang jelas pro-Umno telah cuba memainkan politik sempit di dalam masjid dan ingin mempengaruhi rakyat lebih-lebih lagi di pagi raya amat-amat dikesali.

"Tidakkah beliau sedar orang melayu ketinggalan adalah hasil pemerintahan Umno/BN yang memerintah semenjak merdeka? "

"Tidakkah beliau sedar orang bukan melayu lebih banyak kumpulan politik seperti Gerakan,MCA,MIC,DAP,PKR dan ada juga yang penyokong kuat Pas tetapi mereka terus maju." tambah Nadarakyat lagi.

Faktanya sekarang bukan masalah orang melayu berpecah kepada Umno,Pas dan PKR, tetapi kerana penyelewengan wang rakyat dan khazanah negara oleh pemimpin Umno yang telah mentadbir Malaysia dari merdeka hingga kini yang telah menjadikan orang melayu jauh ketinggalan, sementara pemimpin Umno, ahli keluarga dan kroni kaya raya.

Sepatutnya, jawatankuasa masjid tersebut menyeru supaya orang melayu kembali kepada Islam, dan menolak kemungkaran, kezaliman dan ketidakadilan, menolak pemimpin rasuah dan haprak seperti Ali Rustam (jika perlu) serta menyatakan hanya dengan kembali kepada Islam orang melayu akan mampu bangkit dan maju, bukannya dengan mengapikan semangat perkauman sempit yang tidak berasas.

PERBAIKI PROSES UNDI POS UNTUK YAKINKAN RAKYAT

Saya menggesa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Kementerian Pertahanan membaiki proses pengundian Pos pada pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

Selagi SPR gagal meyakinkan rakyat dan parti politik tentang ketelusan dan keadilan dalam pengendalian undi pos ini selagi itulah rakyat akan terus sangsi dan syak terhadapnya »

Terlalu banyak cerita-cerita yang menggambarkan berlakunya penipuan, penyelewengan, ugutan, penyalahgunaan kuasa dilakukan dalam pengendalian undi Pos ini yang menyebabkan segala penjelasan SPR tidak diterima rakyat ».

Ada kawan-kawan bekas anggota tentera yang menyatakan mereka tidak pernah mengundi namun dari laporan yang diterima nama mereka disenaraikan sebagai pengundi yang telah membuang undi.

Selain itu ada juga bekas anggota tentera yang mendakwa bahawa terdapat undi-undi pos yang ditukarkan di saat akhir bagi memberikan kelebihan kepada pihak tertentu.

Parti-parti lawan BN juga tidak pernah dibenarkan berkempen kepada pengundi-pengundi pos ini sedangkan Kementerian Pertahanan dan menterinya sentiasa keluar masuk kem berkempen kepada mereka. Ini merupakan suatu penyalahgunaan kuasa yang melampau tanpa rasa segan dan malu.

Lebih malang lagi bukan sahaja anggota tentera yang menjadi pengundi pos, ahli keluarga mereka juga dikategorikan sebagai pengundi pos sedangkan mereka adalah orang awam yang sepatutnya dikategorikan sebagai pengundi biasa.

Saya konsisten menggesa undi pos ini dimansuhkan dan semua pengundi pos dibenarkan mengundi bersama-sama dengan pengundi biasa.

Jika sekiranya SPR berdegil tidak mahu memansuhkan undi pos ini maka SPR mesti melakukan ‘improvement’ kepada proses pengundian pos ini. Antaranya :-

1) Memberikan peluang seluas-luasnya kepada parti-parti politik untuk berkempen kepada seluruhh pengundi pos. Sediakan tempat khususnya untuk aktiviti kempen ini.

2) Polling Agent diberikan kuasa seluas-luasnya untuk memantau perjalanan pengundian pos ini bermula dari awal sebelum pengundian sehingga kotak-kotak undi di’seal’kan.

3) Kotak-kotak undi mestilah sama-sama seperti kotak undi biasa bukannya beg-beg kain seperti sebelum ini.

4) Anggota-anggota keluaga tentera mestilah dibenarkan mengundi di peti-peti undi biasa bukannya di kem-kem bersama-sama dengan suami atau isteri mereka

5) Pengundian secara pos mestilah dijalankan serentak dengan pengundian biasa kecuali bagi pengundi-pengundi pos yang tinggal di luar kawasan yang perjalanan pernghantaran undi pos tersebut melebihi 3 jam.

6) Poster-poster, bahan-bahan kempen dan sebagainya dibenarkan untuk digantung di tempat-tempat khas di kawasan penempatan pengundi-pengundi pos.

7) Dan lain-lain

Jika SPR dan Kementerian Pertahanan dapat melaksanakan perkara di atas sekurang-kurangnya rakyat hati rakyat akan terubat dan sedikit gembira dengan pengundian pos ini jikapun SPR berdegil untuk meneruskan pengamalan undi pos ini.

PAS SEDIA TAWAN DUN BUKIT BARU

PAS yakin akan merampas DUN Bukit Baru pada pilihanraya akan datang. Timbalan Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Baru, Ramli Dalip berkata berdasarkan kepada perkembangan terbaru kita melihat PAS semakin diterima oleh masyarakat di sekitar DUN Bukit Baru di mana beberapa cawangan baru akan ditubuhkan di DUN ini.

“Kita akan menubuhkan beberapa cawangan baru di sekitar DUN ini dalam masa terdekat, di mana kita telah mengenalpasti kawasan terbabit dan penyokong-penyokong PAS di kawasan tersebut telah menyatakan persetujuan untuk menubuhkan cawangan tersebut.”

“MTD Bukit Baru juga sedang giat mengenalpasti kawasan-kawasan lain yang berpotensi untuk ditubuhkan cawangan baru kerana permintaan dari masyarakat setempat untuk menubuhkan cawangan PAS amat menggalakkan” kata Ramli.

Ramli berkata MTD Bukit Baru yakin dalam masa terdekat kita akan dapat menubuhkan semua cawangan PAS di setiap Peti Undi dan menambahkan bilangan cawangan yang sedia ada di peti undi-peti undi tertentu.

Menurutnya setakat MTD Bukit Baru telahpun mempunyai pejabat dan markas di setiap peti undi ini merupakan perkembangan terbaik yang menunjukkan bahawa PAS telah lama bersedia untuk bertanding di DUN Bukit Baru ini.

“PAS juga telah menggerakkan program bersama Wakil Rakyat DAP bagi mendekati pengundi-pengundi bukan Melayu dan aktiviti ini telah kita jalankan sejak dari awal tahun lagi”.

“Penerimaan masyarakat bukan Melayu kepada PAS amat menggalakkan di mana mereka memberikan isyarat jelas akan menyokong PAS pada pilihanraya akan datang” ujar Ramli.

Ramli berkata kerjasama ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong dan ADUN Bachang, YB Lim Jak Wong dalam semua program PAS setakat ini cukup berkesan sehingga pengundi Cina mula memahami objektif dan matlamat penubuhan Pakatan Rakyat di peringkat negeri Melaka.

Selain itu Ramli juga menegaskan bahawa Kelab Penyokong PAS kawasan akan ditubuhkan tidak lama di mana beberapa penyokong PAS di kalangan masyarakat India dan Cina telahpun menyatakan kesediaan untuk bersama-sama dengan kelab ini.

“Lawatan Pengerusi Kelab Penyokong PAS kaum India Pusat, En Subramaniam baru-baru ini benar-benar menyedarkan masyarakat India dan Cian tentang hala tuju perjuangan PAS yang merentasi kaum sesuai dengan slogan “PAS For All”, kata Ramli.

Tidak syak lagi dengan perkembangan ini DUN Bukit Baru dan lain-lain berpotensi untuk ditawan oleh PAS apatah lagi BN sendiri sekarang berada dalam keadaan yang terumbang ambing akibat masalah dalaman parti-parti komponen BN.

23 September 2009

BEBASKAN MELAKA DARI BELENGGU BN

Bukit Katil : Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman menyeru seluruh anak-anak Melaka yang tinggal di perantauan supaya bersama-sama berganding bahu dengan PAS Negeri Melaka untuk menyelamatkan rakyat Melaka dari belenggu pemimpin rasuah yang sedang memerintah negeri Melaka sekarang.

“Anak-anak Melaka yang tinggal di luar Melaka mesti memberi kefahaman kepada ibu bapa dan sanak saudara mereka di Melaka ini agar sedar tentang kepincangan dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional negeri Melaka sekarang”.

“Kerajaan negeri Melaka sekarang dipimpin oleh Ketua Menteri yang melakukan rasuah dan jelas terbukti apabila beliau disabitkan kesalahan melakukan rasuah pada pemilihan Umno yang lalu” kata Ustaz Ghani.

Beliau berkata demikian pada program sambutan Hari Raya Aidil Fitri anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka bagi meraikan anak-anak Melaka yang pulang berhari raya di kampong mereka. Program tersebut dijalankan dengan kerjasama PAS Kawasan Bukit Katil sebagai tuan rumah. Ianya diadakan di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil di sini Selasa lalu.

Ustaz Abdul Ghani juga mengharapkan mereka dapat menyumbangkan bantuan dalam bentuk idea dan wang ringgit bagi membantu PAS Melaka membebaskan rakyat negeri ini dari belenggu penjajahan pemikiran bentuk baru yang masih merasakan bahawa hanya BN yang mampu memberikan kesenangan dan kemudahan kepada rakyat negeri ini.

Menurutnya Pakatan Rakyat negeri Melaka sudah bersedia untuk mengambilalih tampuk pemerintahan negeri Melaka pada pilihanraya umum ke 13 akan datang.

“Setakat ini Pakatan sudah memperolehi 5 kerusi DUN maka kita hanya perlu 10 kerusi sahaja lagi pada pilihanraya akan datang”.

“Saya yakin dengan sokongan dan dokongan anak-anak perantauan dan ahli-ahli PAS serta penyokong Pakatan Rakyat yang lain kita akan dapat membebaskan rakyat negeri ini dari kekejaman dan kebongkakan Barisan Nasional yang sedang bermaharajalela sejak lebih 50 tahun dahulu”.

Ustaz Ghani juga menggesa anak-anak Melaka di perantauan supaya mencontohi anak-anak Kelantan di perantauan yang berjaya mempengaruhi keluarga mereka di kampong memilih PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya 2008 lalu.

Sementara itu Presiden Persatuan Anak-Anak Negeri Melaka di perantauan (PERAWAN), Syah Mohd Bashir menyeru seluruh para hadirin yang hadir pada majlis tersebut agar memberikan maklumat tentang keluarga dan kawan-kawan yang tinggal di luar Melaka untuk mereka daftarkan menjadi ahli PERAWAN.

“Kita mempunyai beberapa objektif yang jelas iaitu membantu PAS Melaka dari segi idea dan tenaga dalam usaha kita mencapai hasrat dan tujuan PAS Melaka pada pilihanraya akan datang.”

“Sebab itulah pentingnya kita mendaftarkan seramai mungkin anak-anak Melaka di perantauan kerana tenaga yang ramai sudah tentu kita dapat menggabungkan tenaga mereka untuk menyumbangkan apa bentuk bantuan yang mereka boleh salurkan” kata Syah Mohd Basyir.

Program tersebut mendapat sambutan yang hangat dari rakyat setempat dan anak-anak Melaka di perantauan. Kira-kira 1,000 orang pengunjung membanjiri perkarangan tempat sambutan tersebut yang bermula dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang.

Antara tetamu yang hadir ialah pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri dan kawasan serta pimpinan PERAWAN.

DUN BAGAN PINANG : UMNO SERBA SALAH?

Umno/BN yang sangat yakin akan menang pada PRK Bagan Pinang terus berada dalam dileman untuk memilih siapa calon yang sesuai untuk menjadi ayam sabung mereka.
Bagi Menteri Besar, Mat Hassan beliau sudah tentu tidak mahu Isa Samad menjadi calon kerana beberapa faktor antaranya kedudukan beliau akan tergugat jika Isa dipilih dan keduanya rekod buruk Isa sedikit sebanyak sudah tentu akan mencemaskan BN.
Bagi Najib dan Muhyiddin pula mereka sudah tentu akan memilih calon-calon yang boleh menjadi 'kuda tunggangan' mereka kerana masing-masing sedang bersaing untuk mengukuhkan kedudukan.
Muhyiddin sudah tentu akan terus mengasak Najib yang penuh dengan kontroversi supaya Najib cepat-cepat turun bagi menyelamatkan Umno dari kontroversi yang tidak pernah padam akibat beberapa yang dikaitkan dengan Najib.
Najib pula akan memainkan jarum dan strategi bagi mematikan perancangan dan 'planning' Muhiyddin yang mula dilihat memasang angan-angan untuk naik dengan cepat sebelum sampai masanya.
Kini Isa Samad giat menjalankan kempen secara senyap supaya beliau dipilih menjadi calon. Beliau dikatakan menggunakan ahli Umno akar umbi dan AJK Bahagian Telok Kemang untuk melobi. Jikapun Isa tidak dipilih sekurang-kurangnya Isa akan ditawarkan dengan habuan lain seperti Pengerusi Felda atau lain-lain jawatan Lubuk Emas.

UMNO : SUSAHNYA MENCARI CALON BERSIH

Dr Mahathir menyarankan supaya Umno mencari calon bersih untuk diketengahkan mewakili BN pada Pilihanraya Kecil Bagan Pinang 11 Oktober ini.
Saya faham bahawa Mahathir menyindirkan Umno kerana akar umbi Umno di Teluk Kemang mahukan Isa Samad menjadi calon mereka. Samada benar atau tidak keputusan AJK Bahagian mahukan ISA bertanding tidaklah saya ketahui. Mungkin semua mereka telah dipengaruhi Isa.
Namun bagi amat sukar untuk Umno mencari calon yang benar-benar bersih kerana kebanyakan pimpinan mereka memang tidak bersih kerana Umno sendiri adalah parti yang tidak bersih penuh dengan rasuah dan penyelewengan. Maka bagaimana hendak mencari calon bersih.
Oleh kerana Umno tidak bersih dan penuh dengan kebejatan, maka Umno/BN ditolak sebanyak 7 kali pada pilihanraya kecil di Semenanjung sebelum ini.
Kali ini saya yakin jika tiada undi pos Umno/BN sudah pasti tersungkur dengan mudah.

JAMUAN RAYA PAS NEGERI MERIAH

Majlis jamuan Hari Raya PAS Negeri Melaka, semalam dikunjungi kira-kira 1000 tetamu yang terdiri dari masyarakat setempat dan anak-anak perantauan.
Majlis tersebut bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang. Ianya diadakan di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil.
Antara tetamu undangan yang hadir ialah pimpinan Pakatan Rakyat dan Presiden Persatuan Anak-Anak Melaka di Perantauan (PERAWAN) serta AJKnya.
Turut hadir pimpinan PAS Negeri terdiri dari Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan AJK perhubungan lain.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter