Umno/BN yang sangat yakin akan menang pada PRK Bagan Pinang terus berada dalam dileman untuk memilih siapa calon yang sesuai untuk menjadi ayam sabung mereka.
Bagi Menteri Besar, Mat Hassan beliau sudah tentu tidak mahu Isa Samad menjadi calon kerana beberapa faktor antaranya kedudukan beliau akan tergugat jika Isa dipilih dan keduanya rekod buruk Isa sedikit sebanyak sudah tentu akan mencemaskan BN.
Bagi Najib dan Muhyiddin pula mereka sudah tentu akan memilih calon-calon yang boleh menjadi 'kuda tunggangan' mereka kerana masing-masing sedang bersaing untuk mengukuhkan kedudukan.
Muhyiddin sudah tentu akan terus mengasak Najib yang penuh dengan kontroversi supaya Najib cepat-cepat turun bagi menyelamatkan Umno dari kontroversi yang tidak pernah padam akibat beberapa yang dikaitkan dengan Najib.
Najib pula akan memainkan jarum dan strategi bagi mematikan perancangan dan 'planning' Muhiyddin yang mula dilihat memasang angan-angan untuk naik dengan cepat sebelum sampai masanya.
Kini Isa Samad giat menjalankan kempen secara senyap supaya beliau dipilih menjadi calon. Beliau dikatakan menggunakan ahli Umno akar umbi dan AJK Bahagian Telok Kemang untuk melobi. Jikapun Isa tidak dipilih sekurang-kurangnya Isa akan ditawarkan dengan habuan lain seperti Pengerusi Felda atau lain-lain jawatan Lubuk Emas.
Comments
Orang UMNO jangan marah pada andaian ini. Sebaliknya kena 'check' dengan rapi kalau nak transform parti anda. Jangan asyik menerjah kata-kata lunak sahaja. Nanti UMNO diulik mimpi khayal sepanjang zaman.
Melayu suka sangat jadi 'Mat Jenin' kuat khayal.
Dalam UMNO kalau kamu tidak anak 'mantan' cerdik tinggi langgit pun tak mungkin dapat jadi PM. UMNO sekarang parti orang-orang bangsawan. Bukan lagi untuk marhein.
benar sekali andaian itu. PAS perlu menjadi alternatif. Tapi alternatif yang menguasai bukan dikuasai. Malangnya pemimpin yang berani menyatakan pendirian Islam/Melayu dihentam disepak terajang oleh pimpinan sendiri. Bagaimana kita menjelaskan perkara ini?