.

.

30 December 2009

SPR 'BENGONG' DAN BUTA KAYU

Tempoh bertenang selama 24 jam dan proses penamaan calon selama tiga hari merupakan antara cadangan kepada pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 bagi membendung kekecohan dan keganasan yang ditimbulkan oleh penyokong-penyokong parti bertanding.

Jika cadangan itu diluluskan maka tempoh bertenang akan bermula sehari sebelum hari pembuangan undi berbanding bermula pada pukul 12 tengah malam sebelum hari pengundian sekarang ini.

Cadangan supaya tempoh penamaan calon dipanjangkan selama tiga hari pula untuk mengelakkan pertembungan penyokong parti-parti bertanding yang datang secara serentak.

Bercakap kepada media semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, kedua-dua perkara itu sedang diteliti secara serius untuk dimasukkan dalam cadangan pindaan tersebut yang akan dibentangkan di Parlimen pada tahun depan.

Terbukti SPR dan pimpinannya 'bengong' dan buta kayu. SPR langsung tidak berusaha untuk meminda perkara yang lebih penting di mana jika ianya dilaksanakan sudah tentu dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap ketelusan dan professionalisme SPR.

4 perkara yang sepatutnya diambil berat oleh SPR ialah :-

1.Penggunaan Dakwat Kekal
2.Pembersihan Daftar Pemilih
3.Pemansuhan Undi Pos
4.Akses Kepada Media


Namun jelas sekali SPR tetap berdegil, bengong dan buta kayu tidak mahu meminda undang-undang pilihanraya bagi merealisasikan 4 perkara di atas.

Saya yakin SPR bukannya tidak tahu dan tidak faham akan pentingnya perkara tersebut namun di sana kemungkinan adanya tangan-tangan ghaib yang sudah tentu menjadi penghalang kepada SPR untuk membuat perubahan.

Sebab itu satu lagi perkara yang sangat penting ialah SPR mesti diletakkan di bawah parlimen bagi memastikan ia benar-benar bebas.

HENTIKAN SEGERA POLEMIK DAN PERDEBATAN TENTANG ISU KELANTAN

Saya mengharapkan semua pihak samada pimpinan, ahli serta penyokong PAS supaya menghentikan segera polemik dan perdebatan tentang isu Kelantan yang dilihat semakin mendapat tempat di media pengampu, portal harian dan blog-blog peribadi.
Saya tetap konsisten dengan pendapat saya bahawa semua perkara yang melibatkan parti dan kerajaan PR mesti diselesaikan secara dalaman iaitu secara musyawarah dan perbincangan bukannya dihebah dan dihebohkan di dalam media, web dan blog-blog peribadi.
Jangan kita terjerat sama dalam kancah mainan politik pihak musuh yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk melemah dan menghancurkan kita. Apa guna kita menulis di dalam blog atau membuat kenyataan media jika ianya menikam PAS dan kerajaan Kelantan sendiri.
Jangan kita ulangi kesilapan lama. Mengapa di saat Umno/BN berada dalam keadaan nazak kita pula mahu bergasak sesama sendiri sedangkan semua ini agenda musuh. Satu demi satu keburukan dan keaiban pimpinan PAS atau orang-orang yang berkaitan dengan PAS ditelanjangi oleh media jahat ini. Semua ini tidak lain tidak bukan adalah untuk memburuk-burukkan PAS dan melaga-laga kita semua.

STOP! STOP! STOP! JANGAN CUBA HENDAK MENJADI JUARA DAN MENCARI PUBLISITI MURAHAN DENGAN MEMBERIKAN APA JUGA KENYATAAN AKHBAR BERKAITAN ISU DALAMAN LEBIH BAIK BERDIAM DIRI. BIARKAN PIMPINAN SELESAIKANNYA SECARA MUSYAWARAH.

KESIHATAN NIKMAT YANG MESTI DISYUKURI

Hari ini saya dimasukkan ke wad di Hospital Pantai Ayer Keroh kerana sakit ujian dari Allah. Saya bersyukur kerana sakit saya tidaklah kronik tetapi perlu dipantau lebih lanjut.

Terima kasih kepada Azmi, Taufik, Kak Mas, Jauhar dan Abu Khir serta Haji Yassim yang sudi melawat saya.

Isteri tersayang juga tidak jemu memberikan perangsang dan semangat untuk tabah menghadapi ujian Allah ini.

Saya mendoakan supaya semua kita diberikan kesihatan oleh Allah bagi meneruskan khidmat kita semua untuk menegakkan Islam dan keadilan di bumi Allah ini.

29 December 2009

PAS BUKTIKAN IANYA BUKAN PARTI PERKAUMAN

PAS membuktikan bahawa perjuangannya adalah untuk semua kaum sesuai dengan slogannya PAS FOR ALL apabila Kelab Penyokong PAS akan diserap menjadi Dewan Himpunan Penyokong PAS bertaraf sayap parti.

Dasar-dasar yang telah diderafkan sebagai legitimasi kepada dewan ini memberi kelansungan kepada sinar politik dan pengharapan masyarakat bukan Islam dalam meneruskan sokongan kepada PAS.

PAS jauh lebih terkehadapan berbanding Umno/BN yang baru sahaja mencanangkan slogan 1Malaysia. Namun Umno masih lagi tebal dengan semangat perkauman Melayunya, MCA dengan ke'Cinaan'nya dan MIC dengan ke'Indiaan'nya. Terbukti BN masih tebal semangat perkauman sempitnya kerana itu sahajalah modal bagi mereka untuk mendapat sokongan dari kaum-kaum tersebut.

PAS tidak lama akan mengumumkan secara rasmi penubuhan Dewan Perhimpunan Penyokong PAS yang terdiri dari kaum bukan Melayu yang belum beragama ISlam. Penubuhan sayap ini membuktikan komitmen PAS untuk berjuang tanpa batasan agama, kaum dan ideologi.

UMNO PENGKHIANAT MELAYU

Semalam akhbar Sinar Harian menyiarkan temubual bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari yang antara lain beliau menuduh bekas 'boss'nya itu pengkhianat Melayu.

Bagi saya pengkhianat Melayu sebenar ialah Umno dan pimpinannya bukan Anwar Ibrahim dan parti-parti komponen PR.

Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr. Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib.

Sewaktu zaman pentadbiran Dr. Mahathir lagi, imuniti raja-raja Melayu telah dihapuskan, padahal institusi Raja Melayu merupakan simbol ketuanan orang Melayu,nyatalah Umno sendiri telah merosakkannya.

Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua terbesar yang dibuat Mahathir ketika itu ialah dengan merosakkan sistem kehakiman negara.

Campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara, dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

Kemudian, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS. Walhal majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan.

Dasar pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu juga dilakukan oleh Dr. Mahathir. Pengkhianatan yang dibuat ini, secara langsung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu :-

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya oada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani – 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

Jadi siapa sebenarnya pengkhianat Melayu??????

MEDIA TERUSKAN PERANGAI JAHATNYA

Media terus meneruskan memainkan berita-berita sensasi yang belum dipastikan kesahihannya. Semalam dan hari ini media membuat spekulasi bahawa Setiausaha Akhbar dan Politik Tuan Guru Nik Aziz iaitu Anual Bakhri dan Saiba akan ditamatkan perkhidmatan masing-masing. Apa tujuan ianya dilaporkan? Sudah tentu ada 'udang' disebalik mee.

Mungkin mereka merasakan tindakan membesar-besarkan berita spekulasi ini akan memperokperandakan kerajaan Kelantan dan Tuan Guru Nik Aziz sendiri.

Bukankah ianya perkara biasa. Tok Guru pernah menukarkan setiausahanya beberapa kali sebelum ini, mengapa ianya tidak diheboh-hebohkan.

Semua laporan ini bertujuan tidak baik dan kita jangan terjebak dengan mainan media jahat ini.

KEMALANGAN BAS : HANGAT-HANGAT TAHI AYAM

Kemalangan bas ekspres yang mengorbankan 10 orang baru-baru ini memang menyayatkan hati semua orang.

Pelbagai pihak membuat cadangan masing-masing. Namun bagi saya pihak berkuasa sebenarnya tidak serius dalam menangani masalah ini.

Masih ingat lagikah suatu ketika dahulu kerajaan mewajibkan bas menggunakan alat amaran kelajuan yang dipasang di atas atap bas. Kini mana perginya alat tersebut. Penguatkuasaannya hanya 'hangat-hangat tahi ayam'.

Begitu juga dengan langkah-langkah lain yang di lihat tidak konsisten. Malah penguatkuasaannya boleh dipersoalkan.

Jadi selagi kerajaan dan pihak berkuasa tidak serius dalam menanganinya selagi itulah kita akan menuding jari satu sama lain bila kemalangan berlaku.

28 December 2009

KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN BETUL

Bukan hebatnya Khir Toyo mengkritik kerajaan PR Selangor dalam media hari ini. Macam-macam kecaman yang beliau buat.

Dipendekkan cerita Khir Toyo mempertikaikan keupayaan kerajaan negeri menguruskan kewangannya, kegagalan menarik pelaburan dan juga kurangnya hasil negeri Selangor semenjak PR memerintah.

Khir Toyo juga mengkritik dasar kerajaan PR yang mengutamakan kebajikan rakyat. Antaranya Khir Toyo berkata langkah memberikan air percuma sebanyak 2o meter padu kepada rakyat membebankan kerajaan negeri di mana kerajaan menanggung kos RM100 juta. Inilah mentaliti pemimpin BN, mereka sanggup membantu korporat dan kroni tetapi tidak sanggup mengurangkan beban rakyat. Sebab itu mereka menkritik kerajaan PR yang membantu rakyat.

Nampaknya kritikan Khir Toyo ini umpama ketam mengajar anak berjalan betul sedangkan semasa beliau menjadi Menteri Besar dahulu terlalu banyak kepincangannya cuma semuanya ditutup dan tidak disiasat dan tidak diadili.

ISU GUAN ENG : SIASAT PERKARA LEBIH PENTING


  • Lim Guan Eng tiada kaitan dengan kematian Teoh Beng Hock
  • Polis mahu menyiasat beliau kerana beliau membangkitkan sebab kematian Teoh, semasa berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat.
  • Memang polis dah tak ada kerja.
  • Rakyat Malaysia bebas menyatakan punca kematian Teoh Beng Hock. Punca kematian Teoh masih belum terjawab.
  • Tidak salah sekiranya rakyat Malaysia menyatakan bahawa kemungkinan Teoh mati kerana dibunuh.
  • Kajian Pakar Malaysia dan Thailand menyatakan bahawa kemungkinan Teoh dibunuh itu wujud, cuma peratusnya saja yang berbeza. Ada 20 % ada 70%.
  • Kalau kita menyatakan bahawa kemungkinan Teoh mati dibunuh, mungkin kita percaya analisa yang 70% tadi.
  • Lebih baik percaya bahawa kemungkinan Teoh mati dibunuh daripada percaya kemungkinan Teoh mati terjun tingkap.
  • Paling tidak, kalau kita disiasat oleh SPRM, kita cari ruang yang jauh dari tingkap, atau bilik yang tiada tingkap.
  • Paling baik ditepi tingkap Ground Floor, terjun pun kita selamat, dihumban pun kita selamat.
  • Pergi le siasat benda lain. Banyak lagi kepentingan rakyat dan negara yang perlu disiasat.

  • Adly Zahari - TPJ PAS Melaka

    HIBURAN : SELITKAN 'MESSAGE' DAN PENGAJARAN DALAM HIBURAN

    Oleh Chin Lebaiman dihantar melalui email.

    Ini merujuk tentang topik perbincangan di Fenomena Seni malam ini (Sabtu: 26 Disember2009) dgn tajuk "Lemah Semangat"...... dengan panel jemputan pengarah/pelakon Ahmad Idham, Erma Fatima & seorang wartawan hiburan (maaf tak ingat pula namanya)...... dimana seperti biasa Rosyam Nor sebagai moderatornya.

    Namun isu yang dibangkitkan oleh Erma yang bercanggah dgn Ahmad Idham akan peranan yang dimainkan oleh filem atau drama Melayu kita sama ada memberi pendidikan atau semata2 commercial (dalam ertikata semata2 untuk mengaut untung sahaja).

    Kita semua tentu sudah sedia maklum akan maksud dan tujuan kita pergi menonton filem atau menghabiskan masa menonton drama2 TV (yg merupakan hiburan percuma). Hiburan percuma pun kalau tidak menghiburkan hanya akan dapat cemuhan dan kutukan dari penonton sahaja. Jadi, itulah dia yang dikehendaki oleh penonton ...... 'hiburan' yg betul2 hiburan yg sebenar2nya .... untuk menghiburkan hati.

    Hiburan yang disajikan kpd penonton kalau sekadar memperbodoh2kan .... atau secara ala kadar .... main 'tangkap-muat' saja ..... atau sajian secara 'cincai' ......persembahan yg tak senonoh pada pandangan khalayak umum ......yg merosak akhlak anak2 muda ...dgn memberi contoh2 teladan yg buruk (negatif) untuk mereka mudah diikuti ... serta disulami dgn persembahan yang mengada2, melampau2, yang terhegeh-hegeh mcm kera beruk sarkas ..... yang tidak punyai idea sendiri atau banyak memaparkan persembahan yang 'stereotype' ..... balik2 "the same old thing" ....... asyik2 itu saje ...... Itulah sebabnya ramai yang beranggapan filem2 dan drama2 tempatan kita banyak yang sesuai untuk di'bakul-sampah' saja.
    Kalau dah ditempatkan di bakul-sampah .... jawabnya hasil2 karya tu hanya umpama 'sampah' sajalah? Bukanlah semua .... ada juga yang bagus .... tapi hanya satu dua aje ... tak banyak.
    Overall - secara menyeluruh - satu contoh yg amat ketara ialah drama tv baru2 ini iaitu 'Nur Kasih' ..... cukup mendapat sambutan begitu popular sekali ......mengapa ya?

    Walau apa pun ..... penonton2 sama ada yang menonton filem ataupun drama2 Melayu boleh dikatakan kesemuanya (99.99%) hendak menghiburkan diri mereka dgn menonton sajian dari filem2 atau drama2 ..... itu memang tidak boleh dinafikan. Mereka akan rasa terhibur jika sesuatu filem atau drama yang mereka tonton itu tidak 'dry' dan membosankan. Oleh itu filem atau drama adalah alat yang memainkan peranan sebagai 'media entertainment' ..... iaitu alat media hiburan - disamping ada juga diselit unsur2 pengajaran (pelajaran/pendidikan)....... dimana selalu diperkatakan ....."disebalik persembahan dari filem atau drama2 ada 'message' yang dibawanya."

    'message' yang dimaksudkan itulah 'pengajaran' atau 'pendidikan' pada hakikatnya.
    Justeru, disamping berhibur - penonton2 juga sedikit sebanyak dapat manfaat dari 'message' atau 'pengajaran' yang dibawa melalui filem atau drama2 itu. Jadi, filem dan drama2 yang mungkin berunsur hiburan semata2 hiburan itu sekurang2nya memberi juga pengajaran (pendidikan).. Hanya kita sebagai penonton harus pandai menggunakan akal fikiran yang dianugerah Tuhan dalam hal2 perkara seperti ini.

    Cuba kita ambil contoh.... back to the good old days.... semasa kita masih dibangku sekolah dulu...

    Kalau cikgu kita hanya pandai mengajar semata2 mengajar kita dlm kelas secara serious tanpa menyelit sebarang jenaka & kelakar .... akan membuat murid2 semua bosan dan mengantuk .... itu sebab ramai juga yg tertidur dlm kelas semasa cikgu dok serious sangat mengajar .... (too dry lah tu .... sampai murid2 naik bosan akhirnya mengantuk hingga tertidur dalam kelas). Dan kesannya .... ajaran dalam apa subjek apapun tidak sampai kepada sasaran (iaitu murid2) .... dan dengan itu menyebabkan mereka tidak berminat akan belajar subjek yg disampaikan secara 'strict & serious' tanpa ada unsur 'humour' yg boleh memberi rangsangan.

    Macam tu jugalah jika filem2 dan drama2 kita berperanan seperti cikgu2 yang sebegitu. Penonton tidak akan berminat disebabkan kesan2 atau 'effect' yang membosankan.
    Begitu jugalah dgn hal filem2 dan drama2 kita kini ..... pembelajaran atau pendidikan melalui filem & drama2 kita boleh disampaikan secara tidak langsung atau secara selit menyelit (seperti sindir menyindir, kiasan, perbandingan dan sebagainya) secara persembahan yang punyai tema berunsurkan hiburan. Barulah sampai kepada matlamat dan tujuan akan sesuatu 'message' yang hendak disampaikan.

    Itukan biasanya orang cakap tentang 'message' ....... apa message kita dapat dari filem atau sesuatu drama itu?

    Pandangan&pendapat dari,
    Chin Lebai Man

    UMNO/BN GILA TALAK

    Bagai orang gila talak Umno/BN menggunakan apa juga cara untuk menggoyangkan perpaduan dan kestabilan kerajaan negeri Selangor. Mereka tidak kisah samada tindakan yang mereka lakukan itu halal atau haram di sisi Islam atau demokrasi. Mereka tidak kisah samada tindakan itu bijak atau bodoh, yang penting apa juga cara digunakan untuk tujuan memporak perandakan PAS dan PR.

    Sebab itulah mereka sanggup mengadakan 'demonstrasi sarkas' semalam di perkarangan Pejabat PAS Selangor. Para demonstran mengaku mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor yang mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat negeri ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.

    Desakan mereka ini samalah dengan hujah dan serangan Umno/BN kepada PAS dan PR selama ini. Jadi tidak perlulah mereka menamakan diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS lebih baik mereka mengaku sendiri mereka adalah penyokong Umno/BN atau mungkin juga ahli Umno yang diupah dan diarahkan oleh Umno/BN.

    Jika mereka benar-benar penyokong dan ahli PAS mereka tidak akan melakukan perbuatan 'sarkas' seperti itu kerana ahli PAS dan penyokongnya ada harga diri dan maruah serta tidak mudah dicocok hidung oleh orang tertentu yang mempunyai kepentingan politik.

    Sebenarnya Umno/BN benar-benar tersepit dan gusar dengan perpaduan PR yang semakin erat dan mantap selepas kejayaan PR mengadakan konvensyen PR yang bersejarah minggu lalu. Harapan mereka yang mahu melihat PR berpecah menjadi lebur kerana PR semakin mantap dari masa ke semasa.

    Jadi mahu tidak mahu mereka terpaksa mencipta tindakan-tindakan yang melucu dan menggelikan seperti yang mereka lakukan semalam.

    Ibarat duda yang GILA TALAK, apa sahaja akan dilakukan bagi membolehkan jandanya rujuk semula kepadanya hatta menggunakan CINA BUTA. (Maaf gunakan istilah ini).

    JANGAN ANAKTIRIKAN KAKITANGAN AWAM

    Keputusan Jabatan kerajaan tertentu yang mengenakan syarat tambahan untuk kenaikan pangkat penjawat awam yang berkhidmat lebih 15 tahun dan luluskan peperiksaan PTK amat dikesali.

    Mengapa perkara ini terjadi sedangkan mereka mempunyai hak untuk naik pangkat.?

    Saya menyokong saranan Pengerusi Cuepacs Omar Osman yang menggesa kerajaan dan jabatannya menyiasat dakwaan berlakunya masalah dalam kenaikkan pangkat penjawat awam yang disiarkan oleh media hari ini.

    Perkara ini tidak patut berlaku dalam keadaan mereka sudah benar-benar layak untuk memperolehi kenaikan pangkat tersebut.

    MASJID DAN SURAU TERUS DIPOLITIKKAN

    Keputusan semua Imam dan Pegawai Surau An Najihin Taman Merdeka Jaya (bertaraf masjid) meletakkan jawatan serta merta selepas Solat Jumaat baru-baru membuktikan bahawa Umno terus mencampuri urusan masjid dan surau di Melaka sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pegawai dan kariah surau tersebut.

    Jumaat lalu, Imam 1 Surau tersebut, Soieb Salleh, bangun sebaik sahaja selepas solat Jumaat dan mengumumkan perletakkan jawatan semua Imam dan Pegawai-pegawai surau tersebut serta merta kerana tidak berpuas hati dengan Pengerusi Surau dan Pengerusi Masjid Kariah Taman Merdeka yang dilihat cuba mengagalkan hasrat surau tersebut untuk dinaikkan taraf menjadi masjid.

    Jawatankuasa Surau tersebut yang telah sekian lama dibenarkan mendirikan solat Jumaat telah menghantar permohonan kepada pihak berkenaan untuk dinaikkan taraf menjadi masjid namun ianya tidak diluluskan kerana terdapatnya tangan-tangan ghaib yang cuba menggagalkan hasrat murni tersebut.

    Kemuncak kepada masalah berlaku apabila hampir semua jawatankuasa surau tersebut ditamatkan perkhidmatan dan digantikan dengan individu-individu yang disifatkan tidak layak menjadi jawatankuasa surau keran jarang datang ke surau dan sebagainya. Hanya beberapa orang sahaja AJK lama yang dilantik.

    Surau ini adalah antara surau yang diaktif dengan pelbagai program ilmu dan kemasyarakatan sebelum ini. Majoriti AJKnya juga dilihat tidak cenderung kepada mana-mana parti politik dan tidak tunduk sepenuhnya kepada desakan dan arahan Umno sebelum ini.

    Peristiwa perletakkan jawatan ini membuktikan bahawa Umno sering campurtangan dalam urusan masjid dan surau sehingga menimbulka suasana tidak sihat dan memecahbelahkan perpaduan penduduk setempat.
    Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
    Join Our Newsletter