.

.

13 September 2008

PAK LAH SEMAKIN DITEKAN : LAGI SOKONGAN TERHADAP PANDANGAN NAJIB ~ Ref Malaysiakini

Pak Lah terus ditekan. Nampaknya akar umbi semakin membuak-buak kemuakan dan kemeluatan mereka kepada Pak Lah. Mungkin semua ini adalah perancangan Najib untuk menjatuhkan Pak Lah.

Malah pembodek Pak Lah nombor 1, Ali Rustam dan Mat Taib (Tyson) juga tidak berani menyanggah kenyataan Najib. Sudah tentu kedua-dua pembodek Pak Lah ini tidak berani menyokong Pak Lah dan menyahggah Najib kerana mereka bimbang Najib akan dipilih sebagai Presiden pada pemilihan Disember ini. Kalau mereka terang-terang menyokong Pak Lah mereka sudah tentu akan di'sembelih' oleh Najib dan kemungkinan hilang jawatan dalam Umno. Kedua-duanya akan bertanding jawatan Naib Presiden sudah tentu mereka memerlukan sokongan orang-orang Najib dan pada masa yang sama tidak mahu kehilangan sokongan pembodek-pembodek Pak Lah.

Sebab itulah MaT Taib (Tyson) hari ini membuat kenyataan bahawa (Umno) Bahagian boleh bermesyuarat berpandu kepada keputusan yang dibuat. Terpulang kepada mereka untuk membuat pendirian masing-masing, kata Mat Taib di Pekan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang menyerahkan kepada ahli Umno untuk memutuskan tarikh peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara.

Dengan berhati-hati Mat Taib juga berkata bahawa apa yang diputuskan di peringkat MT (sebelum ini) adalah keputusan di peringkat tertinggi dan apa yang disebut Datuk Seri Najib (semalam) itu perkara ini (peralihan kuasa yang telah dipersetujui itu) hendaklah mendapat "endorsement" di peringkat akar umbi, bulan Oktober ini.

Kenyataan beliau ini dipetik dari BERNAMA.

Ditanya sekiranya terdapat bahagian Umno yang tidak bersetuju peralihan kuasa seperti yang diputuskan peringkat tertinggi itu, Muhammad berkata:

"Kita juga ingin dapatkan pandangan peringkat akar umbi tentang peralihan kuasa, peralihan kuasa telah diterima oleh kabinet dan Barisan Nasional, sekarang ialah (kita) berdepan dengan peringkat akar umbi, setiap orang ada pandangan masing-masing, tapi apa yang diputuskan nanti, kita kena terimalah.

Sementara itu Naib Ketua Umno Bahagian Temerloh, Saifuddin Abdullah juga membuat kenyataan yang menempelak Abdullah hari ini. Beliau berkata ahli akar umbi mempunyai tiga permintaan utama iaitu mereka mahu suara mereka didengar, peranan mereka diiktiraf dan isu-isu ditangani dengan cara yang berorientasikan mereka.

Saifuddin, yang juga Timbalan menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, menjelaskan demokrasi yang matang ialah apabila anggota parti berperanan aktif dalam membuat keputusan.

Beliau secara terbuka memberikan sokongan kepada kenyataan AlNajib dengan berpendapat bahawa kenyataan Najib supaya Umno bahagian menilai keputusan peralihan kuasa yang telah dibuat Majlis Tertinggi adalah tepat dan perlu disokong.

Nampaknya Saifuddin begitu yakin Najib akan menang dalam pertarungan ini sebab itulah beliau secara tegas menentang pelan peralihan kuasa ini walaupun mungkin tidak secara terang-terang tetapi kenyataan beliau jelas menjuruskan ke arah itu.

Saya menjangkakan selepas ini lebih pemimpin Bahagian akan membuat kenyataan terbuka menentang pelan peralihan ini.

Adalah dijangkakan dengan tekanan demi tekanan dikenakan kepada Pak Lah, akhirnya Pak Lah akan membuat keputusan untuk memberikan sepenuh-penuhnya ruang kepada Bahagian membuat pencalonan siapa yang layak dicalonkan untuk jawatan Presiden pada persidangan tahunan Umno Bahagian yang akan dijalankan tidak lama lagi.

NAJIB TUNJUKKAN KEHEBATANMU, BEBASKAN TEBUSAN LANUN DI SUDAN ~ Ref Malaysiakini

Najib tunjukkan kehebatanmu yang dikatakan luarbiasa itu. Jangan hanya berlagak menjadi jaguh kampung yang berkokok ke sana ke mari memperbodohkan rakyat dengan pelbagai janji.

Pada setiap kali pilihanraya umum atau kecil kamu menunjukkan kehebatan seolah-olah tiada perkara yang tidak dapat diselesaikan. Mengapa kes penahanan anak kapal MISC di Teluk Eden ini kamu kelihatan terkulat-kulat tidak dapat bertindak untuk membebaskan tebusan lanun tersebut.

Kini sudah hampir sebulan rakyat Malaysia itu ditahan di sana mengapa kerajaan dan Najib seolah-olah buntu untuk melepaskan tahanan tersebut. Jangan kamu menjadi Jaguh Kampung tetapi menikus dan kecut perut berhadapan dengan lanun. Di mana 'negotiation skill' dan 'convincing skill' kamu yang kononnya begitu hebat dapat menyelesaikan segala kerumitan di dalam negeri baik dalam isu politik atau pentadbiran negara.

Tidak kesiankah kamu sebagai Menteri Pertahanan kepada keluarga tebusan tersebut. Apa perasan kamu wahai AlNajib jika kamu adalah keluarga tebusan tersebut.

Jangan nanti tebusan tersebut terus menjadi mangsa kerakusan lanun tersebut sehingga ke hari raya. Sudah tentu kepiluan dan kesedihan akan lebih dirasakan apabila Aidil Fitri menjelang tiba tidak lama lagi.

Kapal Bunga Melati Dua dan Lima milik MISC yang membawa 80 anak kapal termasuk 65 rakyat Malaysia ditahan lanun pada 19 dan 29 Ogos lalu di perairan Teluk Aden, di Asia Barat.

ANWAR BAKAL UMUM KERAJAAN BARU SEDIKIT MASA LAGI ~ Ref Malaysiakini

Zublizainordin menulis.........tranungkite

Dari Pematang Pauh sudah ke Parlimen. Dari Parlimen pula kita ke PutraJaya. Ya, PutraJaya dikembalikan dari kuasa elit Barisan Nasional kepada hak mutlak Rakyat Malaysia.

Dari gelap kembali terang. Dari terang menjadi gemerlapan. Gemersembilan pun tidak mengapa. Apa yang penting, Rakyat Malaysia akan harmoni dan Negara Malaysia akan makmor kembali.


Di antara awal nikmat yang kita seluruh Rakyat Malaysia kecapi bersama selepas 16 September, 2008, ialah harga minyak petrol dan diesel akan turun mendadak.

Semua tahanan ISA akan dibebaskan.

Oh banyak lagi...nikmat demi nikmat demi nikmat berganda untuk kita semua, Rakyat Malaysia apabila kerajaan ditukar dari Barisan Nasional kepada kerajaan baru Pakatan Rakyat.

Rasanya biarlah pemimpin politik sebenar, yakni Perdana Menteri Malaysia yang baru, mengumumkan ini semua.

Kita sekadar mahu merasakan cubitan nikmatnya sahaja sebelum semua ini menjadi kenyataan belaka.

Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan secara rasmi, pembentukan Kerajaan Baru Pakatan Rakyat, sedikit masa lagi.

Jumlah Ahli Parlimen yang diperlukan sudahpun mencukupi. Ahli Parlimen yang ingin berpindah platform, semua sudah pun bersetuju.

Persiapan mutaakhir sedang disiapkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengadap D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

InsyaAllah Raja-raja Melayu akan turut bergembira bersama Rakyat jelata di tarikh penuh bersejarah ini.

Sama-sama kita raikan susutnya kerajaan Barisan Nasional, dan pembentukan kerajaan baru Pakatan Rakyat yang lebih mantap.

Terkini, dari Taipeh, Taiwan, Timbalan Ketua Pilihanraya PKR, Fuziah Salleh melaporkan diblognya, bahawa misi "tawan" di Taiwan sudahpun berjaya dicapai.

Tidak pula beliau maklumkan sama ada verbal Tai Chi telah digunakan, namun kejayaan telahpun tercapai.

Sedikit lucu, bila Ahli Parlimen BN-BBC pukul 3:30 pagi, check-out Sheraton Hotel, dan dengan 20 buah kereta, telah bergegas dan berlepas ke Hong Kong pula.

Benarlah, lawatan sambil belajar sebahagian Ahli BN-BBC ini tidak ada kena mengena dengan 16 September, 2008, pembentukan kerajaan baru Pakatan Rakyat. (ehem!)

Tidak mengapalah, sebab walaupun dibawa lari ke Artartica kah, atau ke Timbaktoo pun, misi ini tetap berjaya juga. Doa Rakyat Malaysia yang teraniaya telah dikabulkan-Nya.

Ini disebabkan Abdullah Ahmad Badawi tidak dirasai konfiden lagi untuk memimpin, sedangkan UMNO semakin parah, dan Barisan Nasional tidak relevan lagi.

Setakat ini semakin tidak ramai yang mahu mendengar Abdullah Ahmad Badawi, dari dalam mahupun di luar parti, gabungan, dan kerajaan.

Selama ini Abdullah Ahmad Badawi memingirkan kita semua, kini dia pula mula dipinggirkan.

Pakatan Rakyat adalah potensi kerajaan yang jauh lebih baik daripada kerajaan Barisan Nasional. Sedangkan untuk menggantikan Abdullah Ahmad Badawi, terkini Anwar Ibrahim ialah pemimpin terbaik.

Apa yang penting sekarang, pakatan lebih dimantapkan dalam Pakatan Rakyat. Satu kerajaan satu suara, sekurang-kurangnya untuk selama setahun.

Kemudian, dari setahun itu, PRU 13 boleh dilangsungkan pada 16 September, 2009. Mandat baru diperolehi, masing-masing bolehlah ketika itu membuat tuntutan sewajarnya berdasarkan prestasi pemimpin dan parti masing-masing dalam satu Pakatan Rakyat, sebagaimana disuarakan oleh Rakyat Malaysia melalui PRU 13 tersebut.

Bajet yang lebih mampan bakal dibentangkan oleh kerajaan baru Pakatan Rakyat, demi manfaat dan faedah semua Rakyat Malaysia.

InsyaAllah kejayaan ini sekali lagi adalah kejayaan kita bersama.

Sementara menanti detik bersejarah ini, saksikanlah video hebat dan menarik, laluan Anwar Ibrahim dari Permatang Pauh ke Parlimen dan di PutraJaya.

TANGKAP ORANG SEBAGAI 'IBADAT' DALAM ISLAM HADHARI ? ~ Ref Malaysiakini

Bulan Ramadhan AlMubaraq bulan penuh keberkatan dan kemuliaan nampaknya dicemari dengan peristiwa penangkapan zalim ke atas 3 orang rakyat Malaysia termasuk seorang pemimpin kerajaan negeri.

Bulan ini yang sepatutnya dihiasi dengan amal kebajikan dijadikan bulan untuk menunjuk-nunjuk kuasa dan pangkat yang ada. Mungkin juga menangkap orang tanpa bicara adalah amalan mulia dalam Islam Hadhari sebab kerajaan Islam Hadhari nampaknya ghairah benar untuk menangkap rakyatnya sendiri tanpa dibenarkan membela diri dan tidak dibicarakan. Memang sah Islam Hadhari sesat dan menyesatkan. Malah kerajaan Islam Hadhari juga tidak mengamalkan salah satu dari 'rukun' Islam Hadhari 'Rakyat yang merdeka'.

Malang sekali di bulan baik yang sepatutnya digunakan untuk berbaik-baik dan bermaaf-maafan Kerajaan Islam Hadhari mencemarkannya dengan penggunaan ISA untuk menangkap musuh politik mereka. Mengapa begitu angkuh dan bongkak mereka ini.

Saya juga kesal dengan jawapan Menteri Dalam Negeri, Hamid Albar yang menyatakan bahawa Ahmad Ismail telah dihukum iaitu dengan pergantungan keahlian Umnonya. Katanya, oleh kerana Ahmad Ismail adalah ahli parti maka ia wajar dihukum oleh Parti. Inilah seoarang menteri yang bingung lagi tidak cerdik. Beliau berkata demikian semasa disoal oleh wartawan pada sidang media beliau di Bukit Aman hari ini.

Bukankah parti lain dan undang-undang negara lain. Rupanya selama ini penganut Islam Hadhari ini bengong dan tidak cerdik, tidak dapat membezakan hukuman parti dan hukuman di bawah undang-undang negara. Mereka merasakan hukuman Umno lebih tinggi dari undang-undang negara.Patutlah dalam kes Isa Samad dulu beliau hanya dikenakan hukuman oleh Umno sahaja bukan di bawah hukuman mengikut akta rasuah.

Jadi selepas ini ahli Umno bebas melakukan kesalahan, dimana mereka diperlukan dihukum di bawah undang-undang cukup sekadar hukuman yang dikenakan oleh Umno.

Jika amalan ini diteruskan saya yakin negara kita akan hancur disebabkan kerakusan Umno dan BN.

SAPP KELUAR BN RABU INI? ~ Ref Malaysiakini

Parti Maju Sabah (SAPP)akan keluar dari BN Rabu ini?. Adakah ini keputusan yang bakal dibuat oleh parti tersebut setelah sekian lama tidak berpuashati dengan BN. Ianya akan diputuskan pada mesyuarat tertinggi parti tesebut Rabu ini.

Kenyataan ini dibuat oleh Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee dipetik dari Mstar hari ini.

Sesungguhnya rakyat memang sedang menunggu-nunggu keputusan SAPP kerana ramai menjangkakan SAPP akan menjadi parti pertama merintis jalan keluar dari BN dan menyertai Pakatan Rakyat sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sejak sekian lama.

Jika benar SAPP akan keluar BN dan menyertai PR ini bermakna PR akan mendapat 2 kerusi tambahan di Parlimen itu pun jika kedua-dua ahli parlimen SAPP bertindak mengikut partinya masuk PR.

Namun ramai pemerhati politik menjangkakan yang SAPP akan keluar dari BN sejak 3 bulan lalu ekoran tindakan SAPP yang mengeluarkan kenyataan sudah tidak yakin dengan kepimpinan Pengerusi BN, Pak Lah Badawi.

Pada 6 Ogos lalu, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) memutuskan bahawa ia akan mengkaji dan memperhalusi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Sapp dalam surat tunjuk sebabnya sebelum membuat keputusan seterusnya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ketetapan akan dibuat selepas proses kajian dijalankan dan sama ada wajar atau tidak untuk memberikan respons kepada Sapp.

"Jawatankuasa telah mengesyorkan kepada Majlis Tertinggi (BN) perkara-perkara yang dibangkitkan akan dikaji dan dihalusi secara mendalam," kata beliau.

Pada akhir Jun lalu, BN mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada SAPP bagi mendapatkan penjelasan berhubung pendirian parti itu menyokong usul tidak percaya terhadap Abdullah.

Dalam jawapan bertarikh 30 Julai, Sapp juga menggesa kepimpinan BN untuk meneliti sebab-sebab kenapa parti itu akan menyokong usul seperti itu.

Di antara permintaan yang dibuat oleh parti itu dalam deklarasi lapan perkara itu yang diputuskan Majlis Tertingginya ialah Sabah memiliki autonomi politik, peningkatan 20 peratus bagi royalti petroleum, Wilayah Persekutuan Labuan dipulangkan kepada Sabah dan ditadbir sebagai wilayah khas.

SAPP menyertai BN pada 1994.

TAN DIBEBASKAN, DUA ORANG LAGI BILA NAK DIBEBASKAN? ~ Ref Malaysiakini

Wartawan Sin Chiew Daily, Tan Hoon Cheng, 33 yang ditahan dibawah ISA jam 8.30 malam tadi dibebaskan jam 4 petang tadi. Beliau diberitakan dihantar pulang ke Bukit Mertajam dari Bukit Aman oleh pasukan Polis.

Pembebasan ini menjadikan tinggal 2 orang tahanan yang ditahan semalam masih merengkok di penjara ISA.

2 orang tahanan tersebut di samping berpuluh-puluh lagi yang telah lama ditahan dibawah akta zalim ini masih menjadi mangsa kerajaan BN yang mabuk dan tamak kuasa.

Persoalaannya sekarang bila pula YB Teresa dan Blogger RPK serta juga tahanan-tahanan lain yang telah ditahan bertahun-tahun lamanya akan dibebaskan.

Nampaknya bulan Ramadhan Al Mubarak ini sedikitpun tidak menginsafkan pemimpin BN tentang pentingnya mereka memerintah dengan adil, telus dan saksama. Memang benarlah bahawa di dalam istilah taubat dan insaf dalam Islam Hadhari.

Undang-undang Islam yang memberikan kebebasan untuk tertuduh membela diri tidak diamalkan oleh pemimpin Islam Hadhari. Mereka lebih suka mengikut hukum nafsu mereka dengan menangkap sesiapa juga yang tidak sehaluan dengan mereka.

Sekali lagi saya tegaskan, bebaskan semua tahanan ISA dan kalau mereka bersalah bicarakan mereka di mahkamah terbuka.

SESUNGGUHNYA KEZALIMAN KERAJAAN BN YANG MEMERINTAH SEKARANG INI MEMANG TIADA TOLOK BANDINGNYA. KEJAHATAN DAN KERAKUSAN SERTA KEZALIMAN PEMERINTAH YANG BERTOPENGKAN ISLAM HADHARI INI SETARA DENGAN KERAJAAN ZALIM LAIN SEPERTI KERAJAAN JUNTA TENTERA MYANMAR DAN LAIN-LAIN YANG SEWAKTU DENGANNYA.

BANTAHAN SEKERAS-KERASNYA TERHADAP PENAHANAN RPK, TERESA DAN TAN ~ Ref Malaysiakini

Saya membantah sekeras-kerasnya penahanan 3 orang rakyat Malaysia yang ditahan di bawah ISA semalam. Sesungguhnya penahanan ketiga-tiga mereka merupakan pencabulan terhadap hak asasi manusia, kebebasan akhbar dan hak rakyat untuk bersuara.

Blogger terkenal Raja Petra Kamaruddin (RPK) ditahan dirumahnya pada jam 1.10 tengahari dan seorang lagi wartawan Sin Chiew Daily, Tan Hong Cheng ditahan di rumahnya di Bukit Mertajam jam 8.30 malam, manakala Ahli Parlimen Seputeh dan Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor, YB Teresa Kok ditahan pada jam 11.18 malam tadi semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya

Penahanan ketiga-tiga rakyat merdeka ini merupakan episod malang yang terus menambahkan rekod buruk Malaysia di mata dunia.

ISA adalah akta zalim yang mesti dihapuskan dengan segera. Ianya sering digunakan untuk kepentingan politik pemerintah.

Walau sebesar mana kesalahan seseorang itu, Islam memberikan peluang untuk yang dituduh membela diri. Tahanan tanpa bicara seperti ISA adalah zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Di dalam Islam orang Murtad sekalipun diberi peluang untuk bertaubat dan membela diri. Si murtad dinasihatkan kembali kepada Islam. Setelah semua prosesnya berjalan dan si murtad enggan bertaubat juga, barulah hukuman dikenakan.

ISA jelas bertentangan dengan Islam di mana tahanan ditahan tanpa bicara dengan tidak dibenarkan membela diri di mana-mana mahkamah terbuka.

Walau sejahat mana sekalipun, si tertuduh tidak dikira bersalah selagi beliau tidak dibicarakan di mahkamah dan dibuktikan kesalahan oleh hakim dan beliau dibenar untuk membela diri semasa perbicaraan dijalankan.

Saya juga kesal kerana penahanan wartawan Sin Chiew Daily dikatakan kerana melaporkan kenyataan berbaur perkauman yang dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail semasa kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Malangnya Ahmad Ismail yang membuat kenyataan berbaur perkauman itu tidak pula ditahan hanya dikenakan tindakan pergantungan keahlian Umno sahaja.

Apakah pemimpin Umno dan BN mempunyai imuniti dan kekebalan walaupun membuat kenyataan berbaur perkauman seperti yang dilakukan oleh Ahmad Ismail. Ahmad hanya dikenakan hukuman digantung keahlian Umno sahaja.Ini merupakan sikap double standard kerajaan BN yang membuat hukuman hanya kepada musuh politiknya sahaja.

Jika benar Ketiga-tiga mereka ini bersalah hadapkan mereka ke mahkamah kerana saya yakin masih banyak akta-akta lain selain dari ISA yang boleh digunakan untuk mendakwa mereka. Antaranya akta hasutan dan sebagainya. Mengapa digunakan akta zalim ini untuk menahan mereka.

Saya juga menggesa kerajaan supaya tidak menjadikan ISA sebagai senjata untuk menyelamatkan kerajaan BN yang sedang dilanda seribu satu masalah.

Saya agak sangsi, apakah siri tangkapan ini menjadi permulaan kepada Operasi Lalang 2 yang pernah menjadi penanda aras kezaliman kerajaan BN seperti yang dilakukan pada tahun 1997 itu. Pada masa itu pemimpin Umno bercakap berapi-api meniupkan semangat Melayu tetapi yang kena tahan adalah pemimpin PAS dan beberapa orang ahli Team B Umno.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Melaka

ALI RUSTAM SOKONG SIAPA PAK LAH ATAU NAJIB? ~ Ref Malaysiakini

Saya sedang menunggu kenyataan dari Imam No 1 Islam Hadhari Melaka, As Syeikh Ali Rustam tentang isu peralihan kuasa. Kita semua ingin mengetahui siapa yang beliau sokong.

Saya yakin As Syeikh ini sedang menilai siapa yang kuat dan akan memenangi 'game' ini. Setelah diketahui siapa yang menang saya yakin barulah As Syeikh ini akan membuat pendirian. Kita faham benar sikap dan mainan politik As Syeikh ini sebab beliau memang terkenal dengan sifat mulia beliau kaki pembodek. Sebab itu semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu As Syeikh kita setiap kali bertemu Mahathir sudah tentu bersalam sambil mencium tangan orang tua itu. Tetapi setelah Orang Tua itu tidak ada kuasa AS SYeikh kita buat tidak layan sahaja, malah banyak kali membuat kenyataan menghentam Mahathir kerana menentang Pak Lah.

Di dalam Blognya As Syeikh begitu berhati-hati membuat komen tentang isu peralihan kuasa ini. As Syeikh berkata seperti di dalam blognya, keputusan Majlis Tertinggi dan Kabinet bahawa peralihan kuasa daripada YAB. Perdana Menteri Pak Lah kepada YAB. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib pada Jun 2010 adalah munasabah.

Dalam masa peralihan, saya cadangkan pada masa masa tertentu YAB Dato Seri Najib memangku jawatan Perdana Menteri dan YAB. Perdana Menteri boleh menyerahkan kepada YAB. Dato Seri Najib untuk buat keputusan penting bagi beberapa dasar seperti ekonomi dan politik.

Menurutnya lagi apa yang disebut oleh YAB. Dato Seri Najib adalah sesuai berlandaskan perlembagaan UMNO. Cadangan Majlis Tertinggi berkenaan peralihan kuasa adalah munasabah tetapi ahli-ahli parti sememangnya mempunyai hak memutuskannya dalam mesyuarat agung bahagian masing-masing.

Nampak jelas As Syeikh begitu berhati-hati membuat komen. Beliau sengaja menunjukkan bahawa beliau tidak berpihak demi untuk masa depan politik. Memang licik permainan As Syeikh. Tetapi semua orang sudah kenal seiapa As Syeikh. Pemilihan kali ini ramai yang beranggapan As Syeikh akan tergolek kalau tidak main politik wang.

Kini As Syeikh kita mencium tangan Imam Hadhari pula. Apakah As Syeikh kita terus akan mencium tangan Imam HAdhari Wal Badawi atau selepas ini mencium tangan Imam AlNajib pula?. Sama-sama kita nantikan lakonan seterusnya yang penuh dramatik.

Inilah sikap pemimpin Umno yang mengintai peluang untuk terus dikekalkan di puncak kuasa dengan strategi MEMBODEK tidak tentu hala. Yang penting pangkat dan darjat mesti di jaga walaupun diri sendiri sebenarnya tidak layak dan tidak berkarisma.

Amalan inilah sebenarnya yang meruntuhkan banyak tamadun negara-negara di dunia kerana pemimpin dipilih bukannya berdasarkan akhlaq, ilmu, karisma, kepimpinan dan sebagainya tetapi dipilih kerana pandai membodek, kuat merasuah, kipas-mengipas, jatuh-menjatuh dan fitnah-menfitnah.

Akhirnya negara dan negeri dipimpin oleh orang bodoh, kaki perasuah, tidak berakhlaq dan yang sewaktu dengannya. Sebab itu sesetengah negeri di negara kita ini menanggung hutang sampai melebihi RM1 bilion ringgit.

PEMIMPIN BN TAK SALAH, WARTAWAN YANG BERSALAH ~ Ref Malaysiakini

Penahanan Wartawan Sin Chiew Daily, Tan Hong Cheng malam tadi membuktikan bahawa pemimoin politik BN yang membuat kenyataan berbaur perkauman tidak salah sebaliknya wartawan yang melaporkan kenyataan pemimpin Politik BN yang bersalah.

Pemimpin BN khususnya Umno bebas berkata apa sahaja kalau dihukum pun setakat digantung keahlian parti bukannya ditahan di bawah ISA atau didakwa di bawah akta-akta lain.

Inilah sikap double standard Kerajaan BN yang dipertahankan sejak dahulu demi survival politik Umno dan BN.

Dalam kes Hong Cheng itu serupa juga di mana wartawan tersebut menjadi mangsa sedangkan orang yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman bebas ke sana ke mari.

Apakah kenyataan Ahmad Ismail tidak salah sehingga beliau langsung tidak disabitkan dengan apa-apa akta. Persoalaannya kalau Ahmad Ismail tidak bersalah mengapa pula beliau digantung keahlian Umnonya.

Apakah ini yang dikatakan pemimpin Umno mempunyai IMUNITI dan kebal dari sebarang undang-undang manakala rakyat marhaen pantang salah sedikit terus dikenakan tindakan. Inilah siri KEZALIMAN Umno/BN yang mesti dihentikan segera. Nampaknya Kerajaan BN langsung tidak serik dengan penolakan rakyat pada PRU ke 12 dan PRK Permatang Pauh baru-baru ini.

Kepada rakyat Malaysia marilah kita mendoakan kerajaan ini ditumbangkan menjelang 16 September dengan penyeberangan beramai-ramai ahli-ahli parlimen BN atau selewat-lewatnya pada PRU ke 13 nanti. Sesungguhnya kami rakyat Malaysia sudah tidak tahan lagi berada di bawah pemerintahan kerajaan Zalim BN yang mabuk kuasa ini.

Gambar di atas : Ketiga-tiga tahanan ISA yang dizalimi kerajaan BN semalam. YB Teresa Kok, Blogger Raja Petra Kamaruddin dan Tan Hong Cheng.

PERALIHAN KUASA : PAK LAH AKUR KEHENDAK RAMAI? ~ Ref Malaysiakini

Atas desakan dan pandangan ramai pemimpin Umno Pusat dan Bahagian mungkinkah Pak Lah terpaksa akur dengan kehendak ramai. Mungkin Pak Lah tidak mahu dimalukan pada persidangan tahunan Bahagian-bahagian yang mungkin tidak mencalonkan beliau untuk jawatan Presiden parti seperti yang dirancang di dalam pelan peralihan kuasa.

Hari ini sudah ada tanda-tanda bahawa Pak Lah terpaksa akur demi air muka dan maruahnya.

Ini berdasarkan kenyataan lelaki popular suatu ketika dulu, Rahim Thamby Chik dipetik dari Bernama yang menyatakan bahawa Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Khamis ini akan membincangkan pelan peralihan kuasa tersebut.

Lelaki Popular itu berkata mesyuarat itu akan membincangkan perkara itu secara lebih rasional dan terbuka, ikhlas dan jujur berasaskan fakta yang betul, tepat dan berasas untuk masa depan pemimpin Umno.

Baguslah Pak Lah jangan perasan dan angkat bakul sendiri bahawa semua orang suka kepada beliau. Hakikatnya bukan sahaja penyokong Pakatan Rakyat yang meluat kepadanya, penyokong dan pemimpin Umno juga sudah muak dan mual untuk berketuakan orang sepertinya.

Jadi demi negara, bangsa dan Islam berundurLAH segera jangan tunggu lama-lama orang kampung semua sudah tahu.

SYED HAMID : TIADA LAGI TANGKAPAN ISA, BOLEH PERCAYA KE? ~ Ref Malaysiakini

Menteri di Kementeian Menolak Hak Asasi Manusia (Kementerian Baru dibentuk), Hamid Albar berkata tidak ada lagi yang dijangka ditangkap di bawah ISA. Tetapi menyambung kenyataannya dengan berkata, ia bergantung kepada keadaan ketenteraman awam.

Jarang sekali kenyataan pemimpin-pemimpin BN seperti beliau ini benar kerana sudah banyak lagi mereka berbohong. Ibarat kata pepatah, Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong lama-lama Jadi Menteri.

Syed Hamid juga berkata wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, mungkin dibebaskan hari ini.

Menurut Star Online, Tan yang ditahan di bawah ISA malam tadi, telah dihantar ke Bukit Aman pada kira-kira jam 8.30 pagi ini.

Sebelum itu, ibubapanya telah dibenarkan menemui Tan di ibupejabat polis Pulau Pinang.

Turut ditahan di bawah ISA semalam ialah blogger Raja Petra Kamaruddin yang juga editor Malaysia Today serta ahli Parlimen DAP, Teresa Kok.

Kita tunggu dan lihat adakah menteri ini bercakap bohong atau bercakap benar....

PERALIHAN KUASA : PAK LAH SEMAKIN KUSUT DAN TAKUT ~ Ref Malaysiakini

Kasihan Pak Lah disaat dirinya diserang bertubi-tubi oleh Muhyiddin Yassin, Najib Razak, Hishamuddin Hussein, Mahathir, Ku Li, Sanusi,Mukhriz dan beberapa orang pemimpin Umno bahagian, tidak ada seorang pun pemimpin Umno yang menunjukkan simpati dan menyokongnya untuk meneruskan pelan peralihan kuasa.

Bermula dengan kenyataan 'biadap' Muhyiddin yang mempertikaikan jangka masa pelan peralihan yang terlalu lama di sambut pula dengan kenyataan Najib yang mahu menyerahkan kepada ahli Umno akar umbi samada bersetuju atau tidak dengan peralihan kuasa kini semakin ramai yang berani tampil mengkritik Pak Lah.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, saranan beliau berhubung pelan peralihan kuasa dalam pucuk pimpinan kerajaan dan parti adalah datang daripada suara rakyat yang harus disampaikan demi untuk mengukuhkan parti yang kini menghadapi pelbagai cabaran dari dalam dan luar.

Muhyiddin semalam tetap mempertahankan kenyataannya sebelum ini dengan berkata bahawa, apa yang disuarakan itu bukanlah satu perkara yang luar biasa, sebaliknya ia adalah luahan daripada mereka yang berada di luar termasuk ahli-ahli UMNO dan rakyat biasa yang melihat kerajaan Barisan Nasional (BN) kini berada dalam zon yang tidak selamat.

Beliau juga dengan berani menyatakan kesediaan beliau menerima apa juga hukuman dari Pak Lah atas kenyataan beliau itu.

Setakat ini sudah 2orang pemimpin Bahagian yang bersetuju supaya Umno Bahagian melalui mesyuarat agung bahagian menentukan siapa yang berhak menjadi Presiden Umno.

Semalam, Ketua Umno Bahagian Kampar Datuk Mohd Radzi Manan dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang dipetik dari Mstar Online menyokong saranan Najib supaya ahli Umno diberikan kebebasan memilih samada menerima atau menolak pelan peralihan kuasa tersebut.

Ku Li pula berkata perlembagaan Umno tidak ada peruntukan untuk mengadakan peralihan kuasa.

Jadi sekarang ternyata Pak Lah kian tersepit dengan keberanian pemimpin-pemimpin Pusat dan Bahagian yang sudah mula mempertikaikan pelan peralihan kuasa antaranya Najib.

Pak Lah 3 hari lepas kecewa dengan kenyataan Muhyiddin yang mempertikaikan pelan peralihan tersebut sedangkan menurutnya ianya telah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi Umno dan Kabinet. Menurutnya, Muhyiddin tidak sepatutnya mengkritik pelan peralihan tersebut kerana Muhyiddin juga sebelum ini turut bersetuju dengan pelan tersebut kerana Muhyiddin juga adalah Ahli MKT Umno dan kabinet.

Menurut Pak Lah dipetik dari Utusan Meloya, tumpuan utama beliau sekarang adalah untuk memastikan kestabilan politik dipertahankan supaya kerajaan dapat memberi perhatian kepada usaha menyelesaikan segala masalah rakyat.

Beliau berkata, maklum balas yang diterimanya mendapati rakyat sudah bosan dengan cerita-cerita politik yang tidak pernah selesai.

Beliau turut menjelaskan formula peralihan kuasa itu dicapai hasil perbincangan dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ketika itu wujud kegelisahan seolah-olah tiada kestabilan politik menyebabkan UMNO perlu menetapkan satu pendirian.

Tambahnya lagi pelan peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara dipersetujui Kabinet dan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Jun 2010 adalah muktamad dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

Kasihan Pak Lah terpaksa bersendirian mempertahankan dirinya di saat kekuasaannya bagaikan telur dihujung tanduk. Kalau ada yang menyokongnya hanya menantu kesayangannya Khairy Jamaluddin yang sudah tentu bermati-matian memastikan Pak Lah terus menjadi Presiden Umno demi survival politik kerajaan 3 beranak.

5 PEMIMPIN PKR KE TAIWAN BNBBC LARI KE HONG KONG DAN BALIK KAMPUNG ~ Ref Malaysiakini

Episod kejar-mengejar antara 5 pemimpin PKR dan ahli parlimen BN (BNBBC) belum tamat di mana diberitakan sebahagian mereka 'melarikan' diri terbang ke Hong Kong dan sebahagian lagi balik kampung.

Ketika lima pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba di Taiwan dengan mendakwa sekumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah pun bersetuju mengadakan perbincangan melompat parti, anggota BN-BBC terbabit dipercayai akan meninggalkan negara itu awal pagi esok.

mStar Online difahamkan sebahagian anggota BN-BBC akan berlepas ke Hong Kong manakala beberapa Ahli Parlimen akan kembali ke tanah air.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh ketika dihubungi sebentar tadi berkata, misi mengadakan perbincangan dengan beberapa Ahli Parlimen BN bermula malam ini.

Kata Fuziah, beliau akan menggunakan masa dengan sebaik mungkin bagi memastikan matlamat mereka 'menjejaki' Ahli Parlimen BN di sana mencapai sasarannya.

"Kami dimaklumkan mereka (Ahli Parlimen BN) telah tukar rancangan asal dan akan 'melarikan diri' ke Hong Kong esok pagi," kata beliau ketika dihubungi di Taipei malam ini.

Ditanya sama ada beliau dan empat lagi wakil PKR punyai masa yang cukup untuk mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen BN, beliau berkata perkara itu bukan satu masalah.

"Walaupun mereka nak 'lari' esok, tapi kita ada banyak masa untuk bincang. Tengah malam ini dan awal pagi esok selepas sahur pun boleh bincang lagi," katanya dengan yakin.

Malam ini wakil PKR akan menghadiri majlis makan malam bersama pejuang reformis Taiwan, Simyntec.

Fuziah berkata, tindakan Ahli Parlimen BN yang akan ke Hong Kong itu menunjukkan seolah-olah mereka mengiakan bahawa penubuhan kerajaan pada 16 September akan benar-benar berlaku.

"Kalau mereka kata lawatan mereka itu sebagai lawatan yang normal, mengapa perlu tukar rancangan di saat-saat akhir?," katanya.

Ditanya sama ada wakil PKR akan turut mengekori Ahli Parlimen BN ke Hong Kong beliau berkata: "Tidak perlu rasanya, kita mampu laksanakan tugas kita di sini."

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN-BBC), Datuk Bung Moktar Radin pula menafikan rombongan mereka akan menuju Hong Kong esok.

"Mana ada kita ke Hong Kong (esok). Lawatan kita sudah habis hari ini.

"Esok dan lusa sudah ada Ahli Parlimen kita yang mula pulang (ke Malaysia)," katanya.

Bung berkata, dua ahli Parlimen akan pulang esok namun enggan mendedahkan nama mereka.

Selain Fuziah, empat wakil PKR yang kini berada di Taiwan ialah Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution, Ketua Penerangannya, Tian Chua serta Ahli Majlis Tertinggi. Low Chee Chong dan Ketua Penerangan Wanita PKR, Elizabeth Wong

Tian berkata, sehingga kini Pakatan Rakyat berkeyakinan bahawa pada 16 September ini kerajaan baru persekutuan akan dibentuk.

“Hingga kini kami telah berjaya... langkah seterusnya berkaitan dengan perkara-perkara teknikal iaitu sama ada kita berjaya mengadakan pertemuan dengan Agung dan juga memastikan proses peralihan itu berlaku dengan aman dan teratur,” kata beliau ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang hari ini.

Tambah beliau, setelah wakil PKR pulang Ahad ini, kepimpinan PR boleh membuat satu rumusan dan membuat pengumuman bahawa "kita telah berjaya dalam agenda 16 September."

Dalam pada itu, beliau juga mengesahkan akan mengadakan perbincangan dengan sebahagian Ahli Parlimen BN mengenai pelan transfomasi kerajaan pada 16 September seperti yang dirancangkan.

Rombongan seramai 49 Ahli Parlimen iaitu anggota Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN-BBC) kini berada di Taiwan sempena lawatan sambil belajar pertanian berteknologi tinggi.

Mereka dijadual pulang ke tanah air pada 17 atau 18 September ini.

PKR, salah satu parti komponen Pakatan Rakyat, memutuskan untuk menghantar kumpulan lima wakil itu pagi semalam.

Samada perundingan berjaya atau tidak dapat dipastikan lagi. Namun dari kenyataan wakil PKR tersebut jelas terpancar keyakinan dari raut wajah mereka. Walaupun berkali-kali dinafikan oleh pemimpin-pemimpin BN, PKR tetap yakin kerajaan baru akan dibentuk selepas 16 September ini.

KERAJAAN BN TERUS MENGGANAS YB TERESA KOK JUGA DITAHAN ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan BN terus mengganas dengan menahan Ahli Parlimen Seputeh dan Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Teresa Kok pada jam 11.18 malam ini dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Nampaknya telahan pemerhati politik bahawa ISA akan digunakan untuk menyelamatkan kerjaan BN semakin menghampiri kenyataan.

Beliau merupakan orang ketiga ditahan hari ini di bawah ISA, selepas editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Beliau yang juga exco kerajaan Selangor ditahan ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur.

Teresa yang naib presiden DAP, ditahan selepas kenderaan yang dinaikinya dihalang oleh tiga kereta peronda polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar mengesahkan penahanan Teresa mengikut Seksyen 73 (1) ISA.

Di Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mengesahkan penahanan Teresa.

Menurutnya, parti itu akan mengadakan mesyuarat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut.

12 September 2008

ISA BAKAL DIGUNA UNTUK SEKAT KEMARAAN PAKATAN RAKYAT? ~ Ref Malaysiakini

Adakah Operasi Lalang 2 akan berulang?. Adakah ISA digunakan untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan?

Hari ini 2 orang rakyat Malaysia yang merdeka ditahan dibawah ISA. Pertama Blogger terkenal Raja Petra Kamaruddin (RPK) ditahan dirumahnya pada jam 1.10 tengahari dan seorang lagi wartawan Sin Chiew Daily, Tan Hong Cheng ditahan di rumahnya di Bukit Mertajam jam 8.30 malam.

Penahanan kedua-dua rakyat merdeka ini merupakan episod malang yang terus menjadi sejarah hitam negara kita.

Raja Petra dikaitkan dengan tulisan yang beliau yang penuh kontroversi manakala Tan dituduh menulis laporan berbaur perkauman berhubung dengan ucapan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail semasa kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Bagi saya penahanan kedua-dua penulis ini merupakan suatu kezaliman yang tiada taranya kerana mereka dinafikan hak untuk membela diri masing-masing. Mengapa kerajaan mengambil pendekatan begini?

Tidak cukupkan akta hasutan dan akta lain yang ada untuk mendakwa kedua-duanya.

Cuma yang saya sangsikan apakah siri tangkapan ini menjadi permulaan kepada Operasi Lalang 2 yang pernah menjadi penanda aras kezaliman kerajaan BN seperti yang dilakukan pada tahun 1997 itu. Pada masa itu pemimpin Umno bercakap berapi-api meniupkan semangat Melayu tetapi yang kena tahan adalah pemimpin PAS dan beberapa orang ahli Team B Umno.

MUHYIDDIN SEMAKIN BERANI, KRITIK PAK LAH SEKALI LAGI ~ Ref Malaysiakini

Naib Presiden Umno, Muhyiddin Yassin semakin berani. Hari ini beliau mengkritik Presiden Umno, Pak Lah dengan lebih pedas. Kritikan beliau ini benar-benar menjatuhkan imej Pak Lah yang sememangnya sudah sedia tercalar dan teruk.

Saya mengjangkakan Pak Lah tidak akan berdiam diri dengan kenyataan Muhyiddin ini. Kadang-kadang dalam tidur Pak Lah boleh membuat tindakan yang tidak dijangka. Muhyiddin mungkin menerima padah kali ini.

Muhyiddin hari ini dilaporkan berkata beliau sanggup menerima apa juga risiko berbangkit daripada kenyataan beliau menggesa agar Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memikirkan semula tempoh peralihan kuasa kepada timbalannya kerana ia terlalu lama.

Katanya beliau tidak gentar akan menerima padah daripada kenyataan yang beliau anggap perlu dinyatakan kerana ia adalah satu kebenaran dan ia mewakili kehendak bukan sahaja ahli-ahli Umno dan parti komponen Barisan Nasional, tetapi juga rakyat banyak.

"Ini satu kebenaran. Kadang-kadang, kebenaran itu pahit, tetapi ia mesti dinyatakan. Saya takut kalau ia tidak dinyatakan, kita tidak akan dapat mempertahankan kuasa Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang.

"Kerana itu ramai berpendapat eloklah Datuk Seri Najib diberi peluang lebih awal. Dia ada kekuatan, dia ada keupayaan, dan dengan sokongan pemimpin yang lain dan BN, maka bolehlah satu perancangan yang teliti dibuat untuk memulihkan keyakinan rakyat.

"Ini adalah soal keyakinan dan soal kredibiliti, bukannya saya hendak menjatuhkan maruah Perdana Menteri," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Persidangan Perdagangan China--Malaysia 2008 di sini.

Muhyiddin berkata sebagai seorang pemimpin dalam Umno beliau merasakan ia satu tanggungjawab bagi beliau menyatakan apa yang orang lain tidak mahu atau enggan menyuarakan, walaupun mereka tahu ia adalah satu kebenaran.

Sambil menegaskan bahawa beliau tidak pernah bersifat munafik dan hipokrit, Muhyiddin menyerahkan kepada pemimpin Umno dan keseluruhan majlis tertinggi Umno untuk mengambil apa sahaja tindakan yang difikirkan perlu terhadap kenyataan beliau itu.

"Saya rasa saya perlu nyatakan itu kerana saya terima banyak maklum balasa dari pelbagai pihak yang menyatakan kebimbangan tentang tempoh peralihan yang terlalu lama itu.

"Walaupun banyak usaha dibuat oleh pemimpin dan kerajaan, tetapi rakyat tetap tidak menerimanya, seolah-olah kita telah hilang kredibiliti dan sudah tidak berupaya meyakinkan rakyat.

"Ini satu perkembangan yang serius yang perlu difikirkan oleh pemimpin. Tetapi jika mereka berpendapat apa yang saya lakukan satu kesalahan, saya serahkan kepada mereka untuk menentukannya," katanya.

Menurutnya beliau telah diberitahu bahawa Perdana Menteri ingin bertemu beliau, dan bersedia berbuat demikian bila-bila masa kerana hubungan beliau dengan Abdullah adalah baik.

Muhyiddin berkata kenyataan yang beliau buat di Singapura itu berniat baik dan secara peribadi beliau tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi selain melahirkan kebimbangan rakyat terhadap situasi dalam negara yang tidak bertambah baik.

"Ini saya nyatakan bukan untuk muslihat peribadi atau kepentingan diri, jauh sekali menyinggung perasaan Perdana Menteri tetapi ia satu tanggungjawab sebagap pemimpin untuk menyatakan apa yang hak," katanya.

Selain itu, katanya, pelan peralihan itu bukan satu keputusan yang harus dibuat diperingkat MT Umno sahaja kerana ia bukan hanya melibatkan kepentingan pemimpin tertentu dalam parti, tetapi juga seluruh ahli dan yang lebih penting ialah penerimaan rakyat terhadapnya.

"Kalau rakyat tidak terima, kalau mereka rasakan ia tidak bermakna, maka itu sesuatu yang saya fikir kita perlu berikan perhatian serius.

"Sebenarnya pemimpin tidak dipilih oleh pemimpin. Pemimpin ditentukan oleh ahli. Kalau di peringkat negara kita dipilih oleh rakyat. Kalau pelan kita ditolak rakyat, besar bahayanya kepada parti dan BN," katanya lagi.

Ditanya sama ada beliau bersedia untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden Umno sekiranya bahagian-bahagian nanti mengambil keputusan mempercepatkan proses peralihan kuasa nanti, Muhyiddin menyerahkannya kepada ahli Umno untuk menetukannya.

Sebagai seorang pemimpin, katanya, beliau sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada parti dalam sebarang kapasiti.

"Saya mahu membantu mengembalikan kenyakinan rakyat pada Umno dan BN. Saya tidak tahu apa yang boleh saya lakukan, tetapi yang pasti rakyat mengharapkan satu perubahan. Saya hanya mahu melakukan apa yang saya fikir terbaik untuk parti," katanya.

Mstar

TARIK BALIK DAKWAAN KEPADA 3 AKHBAR ~ Ref Malaysiakini

Akhbar-akhbar bukan pembodek dan akhbar alternatif seringkali diugut dengan pelbagai akta bagi menakutkan mereka. Tidak cukup dengan penerbitan terhad mereka juga diugut dengan surat tunjuk sebab dan pergantungan permit.

Inilah kebebasan akhbar ala Malaysia, negara yang dikatakan mengamalkan kebebasan akhbar (masuk bakul angkat sendiri).

Hal ini tidak pernah dilalui oleh akhbar-akhbar pembodek seperti Utusan Meloya, Berita Hairan dan lain-lain. Asalkan kuat bodek semuanya selamat.

Hari ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menghantar surat tunjuk sebab kepada tiga akhbar iaitu akhbar berbahasa Inggeris, The Sun; akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily dan akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan atas alasan

Akhbar-akhbar dituduh dengan tuduhan tertentu di mana the Sun didakwa "memanipulasi dan memainkan banyak isu-isu sensitif".

Manakala Sin Chew pula diberi surat tunjuk sebab kerana melaporkan kontroversi kenyataan berbaur perkauman membabitkan pemimpin Umno, Datuk Ahmad Ismail.

Suara Keadilan pula menerima surat tunjuk sebab berhubung laporannya yang memetik sumber-sumber yang mendakwa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan lumpuh selepas menjalani pembedahan jantung.

Saya mengharapkan Menteri Dalam Negeri bersikap lebih rasional dan menarik balik semua surat tunjuk sebab itu jika benar-benar ingin mengamalkan kebebasan akhbar.

Saya hairan mengapa akhbar Sin Chew diambil tindakan kerana melaporkan kenyataan Ahmad Ismail yang disifatkan berbaur perkauman tetapi pada masa yang sama Ahmad Ismail tidak pula dikenakan tindakan undang-undang, cuma dikenakan hukuman parti sahaja. Inilah sikap double standard kerajaan Malaysia yang sentiasa melindungi kroni dan geng mereka.

NAJIB MULA TEKAN PAK LAH : BAHAGIAN BOLEH TENTUKAN PELAN PERALIHAN KUASA ~ Ref Malaysiakini

Umno bakal berkubur dengan lebih cepat. Dua kenyataan pemimpin tertingginya minggu ini menggambar keadaan perebutan kuasa dalam Umno semakin gawat.

Dua hari lalu Muhyiddin menghentam Pak Lah secara terbuka dengan menyatakan pelan peralihan kuasa antara Pak Lah dan Najib yang dijadualkan pada 2010 terlalu lama.

Hari ini Najib pula bercakap dalam nada yang agak berlainan dari sebelumnya.

Najib dipetik dari Mstar berkata bahawa tempoh pelan peralihan kuasa antara beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mesti ditentukan oleh bahagian-bahagian Umno dalam mesyuarat perwakilan masing-masing selepas hari raya nanti.

Kenyataan Najib merupakan suatu tempelak kepada Pak Lah yang begitu bersungguh-sungguh untuk bertahan sampai 2010. Dengan kenyataan ini, bermakna Najib meminta Bahagian menentukan samada pelan tersebut boleh diterima atau tidak.

Jadi jika Bahagian mencalonkan Najib dan mengenepikan Pak Lah maka Pak Lah akan berputih mata. Mungkin Najib telah mempersiapkan orang-orangnya berkempen di semua bahagian supaya mencalonkan beliau. Maka jika beliau mendapat banyak pencalonan sudah tentu Pak Lah akan mengundurkan diri dengan malu besar (Macam Allahyarham Tun Ghafar Baba naik kapalterbang bawa beg plastik selepas dikecewakan Anwar dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Umno dulu).

Bijak sungguh permainan politik Najib. Kemungkinan Najib, Muhyiddin dan Mahathir bersepakat untuk menumbangkan Pak Lah.

Pak Lah duduk tidor lagi. Mungkin beliau mengharapkan menantu kesayangannya membuat percaturan. Menantunya juga kelihatan sekarang mula ke hulu ke hilir berkempen. Dua hari lepas si Menantu ini bercakap di Segamat bahawa pertukaran pucuk pimpinan tidak diperlukan. Apa yang penting katanya, Umno mesti mendapatkan kembali sokongan Orang Melayu.

Saya menjangkakan Pak Lah akan tersungkur kali ini dek permainan kotor Najib, Muhyiddin dan Mahathir. Dari dua kenyataan Najib dan Muhyiddin ini saya merasakan kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama iaitu menggagalkan pelan peralihan itu dan menendang Pak Lah dengan lebih awal.

AHLI PARLIMEN BN AKUI LAWATAN KE TAIWAN BUANG DUIT ~ Ref Malaysiakini

Ahli Parlimen BN dari Mas Gading, Dr Tiki Lafe (gambar) mengakui lawatan Ahli-ahli Parlimen BN ke Taiwan membazir dan tiada manfaat.

Dr Tiki ketika ditanya mengapa tidak beliau tidak menyertai lawatan tersebut menjawab bahawa beliau tidak nampak manfaat yang banyak daripada lawatan itu. Kenyataan beliau disiarkan sebuah media internet hari ini.

Jelas sekali dakwaan Pemimpin Pakatan Rakyat bahawa lawatan itu diaturkan tergesa-gesa tanpa perancangan yang rapi adalah berasas. Lebih malang lagi lawatan tersebut memang sah dianjurkan untuk kepentingan politik BN bagi menggagalkan rancangan pembentukan kerajaan baru 16 September ini.

Kalau betul sebagaimana dakwaan BNBBC bahawa lawatan itu bertujuan untuk mengkaji industri pertanian Taiwan, mengapa ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak dijemput untuk menyertainya.

Beberapa hari lepas Presiden SAPP, Yong Teck Lee mendakwa bahawa setiap ahli parlimen yang menyertai lawatan itu diberikan wang saku RM50,000. Dakwaan Yong ini disiarkan di dalam sebuah akhbar arus perdana.

Berikutan dengan aduan tersebut Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah membuat laporan Polis supaya perkara ini disiasat kerana menurutnya mungkin ujudnya unsur-unsur rasuah.

BANTAH PENAHANAN RPK DI BAWAH ISA ~ Ref Malaysiakini

Jika benar Raja Petra Kamaruddin (RPK) ditahan di bawah ISA ...Saya bantah sekeras-kerasnya. Walau sebesar mana kesalahan seseorang itu, Islam memberikan peluang untuk yang dituduh membela diri. Tahanan tanpa bicara seperti ISA adalah zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Di dalam Islam orang Murtad sekalipun diberi peluang untuk bertaubat dan dinasihatkan kembali kepada Islam. Setelah semua prosesnya berjalan dan si murtad tidak mahu bertaubat juga, barulah hukuman dikenakan.

Dalam kes ini RPK tidak sepatutnya ditahan di bawah ISA (jika benar). Masih banyak lagi akta-akta lain yang boleh digunakan untuk mendakwa RPK. Kita ada akta hasutan dan berbagai-bagai akta yang sering digunakan untuk menyelamatkan survival kerajaan BN. Mengapa ia tidak digunakan untuk menahan dan mendakwa RPK.

Walau sejahat mana manusia sekalipun si tertuduh tidak dikira bersalah selagi beliau tidak dibicarakan di mahkamah dan dibuktikan kesalahan oleh hakim dan beliau dibenar untuk membela diri.

Jika benar RPK dituduh dibawah ISA, maka satu rentetan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia terhadap rakyatnya yang belum dibuktikan bersalah.

Malaysiakini melaporkan bahawa Raja Petra Kamaruddin telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA)> Berita ini dinyatakan oleh isteri RPK, Marina Lee Abdullah.

Menurutnya, 10 anggota polis datang ke rumah mereka di Sungai Buluh pada kira-kira jam 1.10 tengahari tadi untuk menahannya.

Ketika Malaysiakini menghubunginya pada jam 1.25 tengahari, anggota polis masih berada di rumahnya.

SEKALI LAGI SAYA TEGASKAN BAHAWA ISA ADALAH UNDANG-UNDANG ZALIM DAN KERAJAAN MALAYSIA MESTI MEMBICARAKAN SEMUA TAHANAN ISA DI MAHKAMAH TERBUKA.

PIMPINAN PAKATAN YAKIN TUBUHKAN KERAJAAN BARU ~ Ref Malaysiakini

Walaupun pelbagai halangan dan rintangan terpaksa ditempuh pimpinan Pakatan Rakyat terus menunjukkan keyakinan bahawa kerajaan Persekutuan yang baru akan ditubuhkan dalam masa terdekat.

Keyakinan ini diperkuatkan dengan kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh 3 pimpinan PR iaitu Setiausaha Agung PAS, Setiausaha Agung PKR dan Pengarah Pendidikan Politik DAP.

Ketiga-tiga pimpinan PR itu dalam kenyataan yang ditandatangani bersama menyatakan bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat yang bertemu hari ini yakin proses pembentukan kerajaan baru yang berlandasan Agenda Reformasi sedang berjalan secara lancar. Kami percaya kerajaan Barisan Nasional akan diganti dalam masa terdekat. Iklan

Pakatan Rakyat yakin mendapat bilangan ahli Parlimen yang mencukupi untuk mempunyai majoriti dalam Parlimen yang membolehkan penubuhan kerajaan baru. Bagaimanapun tarikh sebenar penubuhan kerajaan mungkin terpaksa dilewatkan dari 16 September sebagaimana rancangan awal akibat beberapa ahli Parlimen telah dipaksa ke Taiwan.

Inilah keyakinan yang ditunjukkan oleh PR kepada rakyat, menggambarkan bahawa ianya bukan omongan kosong yang mustahil.

Walaupun pimpinan BN berulang kali menyatakan tidak ada seorang pun Ahli parlimennya yang akan menyertai PR tetapi semua itu tidak boleh dipercayai 100 % kerana biasanya kenyataan akhbar digunakan sebagai strategi untuk mengukuhkan sesuatu parti sedangkan hakikatnya adalah berlainan.

Malah kita juga sudah cukup berpengalaman dengan tindak tanduk pucuk pimpinan tertinggi BN yang selalu membohongi rakyat dalam isu-isu besar seperti pembubaran parlimen dan tarikh kenaikan harga minyak. Apakah dalam isu ini mereka tidak sanggup berbohong. Bagi saya pemimpin BN akan sanggup melakukan apa sahaja hatta bertentangan dengan Islam dan undang-undang asalkan kuasa mereka tidak dirampas.

Prinsip Umno/BN kalau boleh mereka ingin 'mati berdiri dalam pejabat' namun untuk berundur jauh panggang dari api. Sebab mereka tahu masing-masing mempunyai seribu satu masalah. Andaikata BN hilang kuasa mereka khuatir satu per satu tembelang mereka akan dipecahkan dan kemungkinan akan dihadapkan pula ke muka pengadilan. Inilah yang sangat dibimbangi oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN ini.

Dalam keadaan ini sudah tentu bermacam helah, strategi dan taktik serta langkah yang telah, sedang dan akan dirancang untuk menafikan kehendak rakyat ini. Namun kuasa rakyat dan Allah S.W.T tiada siapa yang dapat menghalangnya.

Kita tunggu dan lihat.

MARAHKAN TULISAN JAWI BERERTI MARAHKAN BANGSA MELAYU ~ Ref Malaysiakini

Kita pernah melenting dan marah kepada kerajaan BN kerana meminggirkan tulisan jawi dari kurikulum sekolah. Kita juga begitu kesal ketika Utusan Meloya memberhentikan penerbitan akhbar tulisan jawi tidak lama dulu.

Sehari dua ini riuh tulisan jawi iaitu tulisan Al Qur'an sekali lagi dihina. Ada pihak yang menentang penggunaan tulisan jawi pada papan-papan tanda di sekitar Kuala Lumpur. Saya hairan mengapa begitu benci mereka ini kepada tulisan jawi sedangkan saya sendiri tidak pernah membenci tulisan cina, India dan Inggeris atau rumi yang sedang kita gunakan sekarang.

Apakah perjuangan kita setakat untuk menghapuskan tulisan jawi. Di mana keterbukaan kita dalam hal ini. Bukankah perjuangan Pakatan Rakyat untuk memuaskan hati semua pihak. Mengapa kita benci dan marah kepada tulisan sedangkan di sana untuk tentu ada yang sayang dan memperjuangkan kedaulatan tulisan jawi.

Mari kita bersikap lapang dada dan terbuka. Tidak ada masalah dengan tulisan jawi. Semua orang kena faham bahawa tulisan jawi adalah tulisan asal orang Melayu bukannya tulisan rumi yang digunapakai di Malaysia sekarang. Jadi jika ada yang marahkan tulisan jawi ini bermaksa seseorang itu marahkan bangsa Melayu. Sama juga jika ada marahkan tulisan cina dan tamil ini bermakna mereka marahkan bangsa itu sendiri.

Jadi saya ingin tekankan sekali lagi TULISAN JAWI ADALAH TULISAN ORANG MELAYU. MARAHKAN TULISAN JAWI BERMAKNA MARAHKAN BANGSA MELAYU.

Jika ada yang mahu menjadi orang Politik tetapi tidak tahu belajar dan tidak mahu faham adat resam dan budaya bangsa-bangsa yang ada di Malaysia tidak perlulah seseorang itu menjadi ahli politik lebih baik jadi pejuang bangsa atau jadi taukeh kedai.

Respon kepada komen di bawah :-

Memang tulisan jawi di ambil dari tulisan Arab. Tetapi ianya sudah dimelayukan dengan menambah beberapa huruf untuk disesuaikan dengan Bahasa Melayu.Seperti banyak perkataan Inggeris di'Bahasa Malaysia'kan.

Oleh itu tulisan ini diakui adalah tulisan Orang Melayu dan rumi adalah tidak ada kena mengena dengan Orang Melayu tetapi oleh kerana dasar negara yang tidak mengangkat martabat tulisan jawi maka ia diketepikan. Bagaikan melukut di tepi gantang.

MISI KE TAIWAN BERJAYA? ~ Ref Malaysiakini

Misi 4 orang pimpinan PKR yang diketuai oleh Pengarah Strateginya YB Saifuddin Nasution berjaya? Selain YB Saifuddin, 3 orang lagi pimpinan PKR yang membawa misi besar tersebut ialah YB Dr Lee Boon Chai, YB Chua Tian Chang dan YB Fuziah Salleh.

Persoalaannya mampukah 4 orang utusan ini membawa pulang berita gumbira (gembira) sedangkan kemungkinan semua ahli Parlimen BN ini sudah di'brainwash' dan dikuarantinkan macam ayam daging sakit.

Nampaknya 49 orang ahli Parlimen BN yang dikuarantinkan di Taiwan itu amat penting kepada misi pembentukan kerajaan PR sehingga terpaksa Anwar menghantar utusannya bertemu mereka.

Persoalannya?
1) Mampukah mereka yang terlibat (49 ahli parlimen) itu dihubungi dengan apa cara sekalipun?
2) Mahukah mereka bercakap atau berkomunikasi dengan 4 utusan tersebut?
3) Apakah misi ini untuk memujuk atau misi untuk mendapat kepastian?
4) Mengapa begitu terdesak sehingga terpaksa menghambat(mengejar) ahli-ahli parlimen BN ini?

Bagi saya usaha mesti dibuat dalam apa juga cara asalkan ianya tidak bertentangan dengan Islam dan undang-undang.

Misi pembentukan kerajaan baru ini AMAT PENTING kepada kita semua rakyat Malaysia demi untuk membebaskan rakyat dari kekejaman, kezaliman, penyalahgunaan kuasa, rasuah, pembaziran, tamak kuasa, kronisme dan nepotisme yang diamalkan oleh kerajaan bobrok BN selama lebih 50 tahun. Selain itu negara juga perlu diselamatkan dari penghakisan kedaulatan Islam, gejala kemurtadan, penghakisan tanah milik melayu, penghinaan kepada Bahasa Melayu, peminggiran tulisan jawi, penggadaian negara kepada kuasa luar,peminggiran bahasa Melayu,kelemahan pentadbiran, kegawatan ekonomi, kegawatan jenayah, kegawatan gejala sosial dan sebagainya.

Saya tetap menyokong penuh usaha untuk membentuk kerajaan baru semoga doa kita dimakbulkan Allah S.W.T sempena bulan Ramadhan Al Mubaraq ini.

11 September 2008

AYAHANDA HJ MOHD DIAH DIMASUKKAN KE HOSPITAL

Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Bukit Katil, Haji Mohd Diah Abdul dimasukkan ke Hospital Besar Melaka 3 hari lalu.

Beliau kini sedang berehat di Aras 4 Wad 4 Katil nombor 9 akibat sakit kencing berdarah.

Diharapkan tuan-tuan dapat menziarahi beliau untuk memberikan sokongan moral untuk menghadapi ujian Allah S.W.T.

Saya mendoakan ayahanda cepat sembuh dan kembali meneruskan perjuangan Islam yang kita cintai ini.

RM50,000 DUIT POKET : SIAPA BOHONG SIAPA CAKAP BENAR ~ Ref Malaysiakini

Sekali lagi kita dibentangkan dengan soalan dalam bentuk kata dua Ya atau Tidak? Dalam isu lawatan membazir 49 Ahli Parlimen BN ke Taiwan secara tergesa-gesa ada pihak yang mendakwa kerajaan memberikan wang poket RM50,000 kepada setiap Ahli Parlimen BN tersebut. Manakala pemimpin Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) menyatakan bahawa mereka menggunakan duit poket sendiri.

Siapa bercakap benar siapa yang bohong ini? Malang sekali kalau pemimpin kerajaan dan ahli-ahli parlimen bercakap bohong. Mana integriti dan akhlaq mereka apabila bercakap bohong di khalayak ramai. Kalau di luar negeri sudah tentu ahli-ahli parlimen yang berbohong akan malu dan meletakkan jawatan kerana bertanggungjawab di atas pembohongan mereka namun tidak tindakan sedemikian tidak pernah berlaku. Malah ada yang disabitkan dengan kesalahan politik wang pun masih mahu memegang jawatan ahli parlimen.

Hari ini sebuah akhbar internet tempatan melaporkan bahawa Angkata Muda Keadilan Sabah membuat laporang Polis mendakwa ahli-ahli parlimen BN menerima RM50,000 wang poket dari kerajaan BN. Dalam laporan tersebut Ketua Angkatan Muda PKR Sabah, Abdul Razak Jamil, membuat satu laporan di pejabat BPR pada 3.05 petang tadi dengan meminta supaya perkara itu disiasat mengikut Akta Pencegah Rasuah 1997 (Akta 575).

Beliau merujuk kepada kenyataan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP)Yong Teck Lee dalam sebuah akhbar yang mendakwa ahli parlimen yang menyertai lawatan itu diberikan wang saku sebanyak RM50,000. SAPP merupakan parti komponen BN di mana SAPP mempunyai 2 ahli parlimen. Bagaimanapun kedua-dua ahli parlimen SAPP tidak menyertai lawatan tersebut.

Persoalaannya sekarang siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong Yong Teck Lee atau BNBBC????

Saya ingin melontarkan soalan ini kepada pengunjung sekalian, SIAPA YANG SUKA BERBOHONG SEJAK AKHIR-AKHIR INI? BOHONG PASAL PEMBUBARAN PARLIMEN, BOHONG TENTANG TARIKH KENAIKAN HARGA MINYAK DAN LAIN-LAIN ........

APA KOMEN TAJOL ROSLI DAN KUNCU-KUNCUNYA TENTANG BANTUAN KEPADA SAR? ~ Ref Malaysiakini

APA KOMEN MENTERI BESAR PENCEN PERAK, TAJOL ROSLI DAN KUNCU-KUNCUNYA TENTANG PEMBERIAN BANTUAN PERKA PITA KEPADA SAR DI PERAK YANG DITARIK OLEH KERAJAAN BN DULU. MENGAPA SENYAP BERIBU BAHASA?

KALAULAH TAJOL MASIH MENJADI MENTERI BESAR JANGAN HARAPLAH SAR NAK DAPAT BANTUAN SEBEGINI. SYABAS DIUCAPKAN KEPADA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT (PR) YANG DIPIMPIN OLEH YAB DATUK SERI IR MOHD NIZAR JAMALUDDIN YANG SENTIASA PEKA KEPADA MASALAH RAKYAT TANPA MENGIRA AGAMA, BANGSA DAN IDEOLOGI.

SAYA NUKILKAN POSTING DARI BLOG SETIAUSAHA POLITIK MB PERAK USTAZ MISBAHUL MUNIR DI BAWAH INI

Perjuangan selama hampir 10 tahun menuntut hak bantuan perkapita dikembalikan semula kepada SAR, kini tuntutan perjuangan mereka menjadi satu kenyataan apabila kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mengembalikan semula hak mereka.

Suatu ketika beberapa buah SAR hampir kepupusan murid dan guru akibat tekanan dan penderaan ini.

Para guru berbulan-bulan tidak dibayar gaji, kalaupun dbayar pendapatan mereka hilang separuh, akibat tekanan ini, ada guru yang terus meninggalkan sekolah, mencari rezeki di tempat lain, akibatnya Ibubapa hilang keyakinan kepada SAR, anak-anak mereka ditukarkan ke sekolah. Mereka diugut dengan berbagai tekanan dan ancaman, SAR dilabel melahirkan manusia ganas, masa depan yang gelap dan berbagai lagi.

Saya sendiri pernah berkhidmat di SAR sejak tahun 2000 hingga 2004, dan turut merasai penderitaan ini, bayangkan SAR hanya mampu membayar gaji RM 350 sebulan selepas perkapita dibekukan, RM 350 sebulan itu pula bukan dibayar setiap bulan, dibayar setelah SAR dapat duit dari merata sumber. Begitulah nasib SAR ketika itu.

Kini Alhamdulilah, kerajaan PR yang suatu ketika dulu menjadi pembangkang yang menentang tindakan zalim ini, akhirnya setelah diberi mandat oleh rakyat bagi mengambil alih kuasa ini telah mengembalikan semula hak mereka bagi membolehkan SAR mengurus tadbir dengan baik dan mengembalikan semula zaman kegemilangan SAR.

Petang semalam, buat sekian lamanya penantian yang penuh penyeksaan ini diakhiri dengan penyerahan cek-cek bantuan perkapita kepada 14 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Rendah Agama Rakyat oleh ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah Raja Muda Perak Darul Ridhuan di Masjid Ehsaniah Kg. Kelan, Slim River sempena majlis Perasmian Masjid tersebut. Sebahagiannya akan diserahkan pada majlis yang lain.

Sekolah-sekolah tersebut ialah SMAR Abbasiah , Sungkai sebanyak RM 183,600, Taufiqiah, Behrang RM 35,700. Idrisiah, Kuala Kangsar RM 268,770, Al Hidayah, Ipoh RM 117,300, Darul Quran, Chenderong Balai RM10,200, Yusoffiah, Pengkalan Hulu RM91,800 dan Tahfiz Wal Qiraat Ad Din, Tualang Sekah RM 51,000.

Manakala SRAR pula ialah Sekolah Islam Pintar, Kinta RM 20,400, Tarbiyyah Islamiah (SRATI), Kinta RM 13,200, Al Furqan, Kuala kangsar RM 18,000, Al Hidayah, Kinta RM 45,780,Al Ummah, Kinta RM 25,260, Madrasah Ulumul Syariah Wal Quraniah, Kuala Kangsar RM 40,940, Madrasah Tarbiyyah Islamiah, Taiping RM 5,760 dan Madrasah Tarbiyyah Islamiah Tapah RM 2,106.

Malahan dalam ucapan YAB Dato’ Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin sewaktu berucap bagi mengalu-alukan majlis telah mengumumkan bahawa kerajaan PR akan turut menganugerahkan tanah seluas yang bersesuai kepada SAR untuk diusahakan bagi menjana pendapatan dan ekonomi SAR.

Sekarang terserlahlah bahawa segala tohmahan jahat dan sangkaan buruk kepada kerajaan PR hanyalah suatu dendam kesumat BN yang masih lagi tidak menerima hakikat kekalahan dalam PRU yang lepas.

KARIER POLITIK MUHYIDDIN BAKAL BERAKHIR ~ Ref Malaysiakini

Karier politik Naib Presiden Umno, Muhyiddin Yassin akibat kejujuran dan keterbukaan beliau membuat teguran kepada Pak Lah dan Najib. Di dalam Umno sesiapa yang berani mengkritik pemimpin secara terbuka orang itu tidak akan lama hayatnya di dalam Umno.

Lihatlah apa yang berlaku kepada Ku Li, Fahmi Ibrahim, Mazlan Harun, Fauzi Abdul Rahman dan ramai lagi yang sudah pasti dicantas oleh pucuk pimpinan yang merasakan diri mereka 100 % betul atau 'maksum' tidak melakukan kesalahan.

Hari ini Pak Lah mula menunjukkan reaksi terhadap kenyataan 'biadap' Muhyiddin semalam yang berani mengkritik program peralihan kuasa Pak Lah-Najib yang dikata mengambil masa terlalu lama oleh Muhyiddin.

Dari riak wajah dan kata-kata Pak Lah jelas beliau 'murka' dan marah kepada Muhyiddin. Dalam kenyataannya itu Pak Lah melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Muhyiddin Yassin yang mempersoalkan tempoh peralihan kuasa dengan mendakwa dua tahun adalah terlalu panjang.

Imam Hadhari yang juga Mursyidul Am Islam Hadhari itu berkata beliau pelik bagaimana seorang anggota Kabinet yang juga anggota majlis tertinggi Umno boleh berbuat demikian sedangkan perkara itu telahpun dipersetujui oleh Kabinet dan MT sebelum ini.

Bagi saya karier politik Muhyiddin bakal berakhir jika beliau tidak meminta maaf dan 'mengucup tangan' suci Imam Hadhari itu. Jika tidak, bye bye lah Muhyiddin dalam pemilihan Umno Disember ini. Kemungkinan besar segala jentera dan bala tentera Pak Lah akan dihalakan kepada Muhyiddin bagi menghalang Muhyiddin memenangi sebarang jawatan pada pemilihan itu nanti.

Selain dari Muhyiddin melutut dan mengucup tangan suci Pak Lah ada satu cara untuk meneruskan karier politiknya. Iaitu dengan berjuang habis-habisan menentang Pak Lah dan Najib pada pemilihan nanti. Muhyiddin boleh bergabung dengan Mahathir-Ku Li-Sanusi-Rafidah-Mukhriz-Khir Toyo dan lain-lain untuk berhadapan secara anak jantan dengan bala tentera Pak Lah-Najib yang sudah tentu bermati-matian mempertahankan kedudukan mereka.

Jika ini menjadi kenyataan kita boleh melihat satu pertarungan maha dahsyat yang sudah tentu akan menggunakan seribu satu taktik busuk, jahat, fitnah, ugut, rasuah, pujuk, tipu dan sebagainya akan digunakan berdasarkan fahaman Matlamat Menghalalkan Cara.

Dengan itu saya menjangkakan Umno akan lebih cepat masuk kubur dan ditalkinkan.

KERAJAAN NEGERI SEMBILAN GOYANG, AHLI-AHLI PARTI KOMPONEN BN SERTAI PAKATAN RAKYAT ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan BN Negeri Sembilan pimpinan Mat Hassan benar-benar terpukul hari ini apabila sekumpulan pimpinan parti-parti komponen BN mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Parti KeADILan Rakyat (PKR) hari ini.

Hari ini media melaporkan bahawa 29 pimpinan parti-parti komponen BN pelbagai peringkat mengisytiharkan keluar parti dan menyertai PKR. Mereka menyerahkan borang keahlian PKR kepada Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sembilan YB Datuk Kamarul Baharin di Pejabat PKR Negeri Sembilan di Seremban hari ini.

Antara pemimpin yang menyertai PR hari ini ialah Timbalan Ketua Bahagian PPP Teluk Kemang, S Karupusammy, tujuh pemimpin cawangan dan ahli jawatankuasa (AJK) MCA bahagian Seremban, Teluk Kemang, Jempol dan Kuala Pilah.

Selain mereka, tiga AJK cawangan Pemuda Umno di Rembau dan Kuala Pilah, turut berbuat demikian.

Perkembangan ini benar-benar memeritkan MB Negeri Sembilan, Mat Hassan yang baru semalam menafikan akan berlakunya perhijrahan beramai-ramai ahli-ahli BN kepada PR. Jelas sekali Mat Hassan cuba berbohong. Sekarang baru Mat Hassan tahu langit tinggi atau rendah.

Penghijrahan ini bukannya terhenti setakat ini sahaja kerana desas-desus begitu kuat sekarang ini bahawa ada ADUN-ADUN BN akan melompat menyertai PR tidak lama lagi. Jumlah ADUN ini dikatakan melebihi dari 4 orang. Jika benar ini berlaku maka satu lagi negeri akan jatuh ke tangan PR setelah 5 negeri sekarang ini ditadbir oleh PR.

PR hanya memerlukan 4 orang ADUN sahaja lagi untuk membentuk kerajaan negeri di mana dengan penambahan 4 kerusi ini PR mempunyai 19 kerusi dan BN tinggal 17 kerusi. Sekarang ini PR mempunyai 15 ADUN (10 DAP, 4 PKR dan 1 PAS) manakala BN mempunyai 21 kerusi.

Kedudukan kerajaan BN memang genting cuma ianya tidak diwar-warkan oleh media. Hal ini benar-benar merimaskan Mat Hassan. Malah kemungkinan besar Mat Hassan akan berhari raya kali ini sebagai Ketua Pembangkang bukan lagi sebagai Menteri Besar.

ISU AZAN : SAH KHIR TOYO BERBOHONG, HADAP BELIAU KE MAHKAMAH ~ Ref Malaysiakini

Saya postkan jawapan YB Teresa Kok yang dikirim oleh Kedahlanie di laman Tranungkite tentang isu azan yang digembar-gemburkan oleh Khir Toyo di dalam Utusan Meloya 9 September lalu. Sah bahawa tuduhan Khir Toyo adalah fitnah jahat yang mesti diambil tindakan.

Saya menggesa Khir Toyo disiasat dan dijatuhkan hukuman setimpal dengan fitnah jahat beliau. Sesungguh orang seperti Khir Toyo wajar diambil tindakan agar mulutnya dikunci dari membuat fitnah yang mungkin menyebabkan perasaan tidak senang dikalangan rakyat yang berbilang kaum.

Ini jawapan YB Teresa Kok, Exco Kerajaan Selangor yang juga Ahli Parlimen Seputeh.

Sejak kempen Pilihan Raya Permatang Pauh bermula, saya telah diberitahu bahawa terdapatnya satu email yang mengatakan saya membawa sekumpulan penduduk di Puchong mengadakan petisyen untuk membantah azan terhadap sebuah masjid di Puchong, dan saya dikatakan membentangkan petisyen ini kepada YB Satim, ADUN UMNO di Puchong.

Pada mulanya, saya tidak peduli khabar angin ini kerana saya amat sibuk dengan banyak urusan kerajaan.

Tetapi selepas itu, email yang diedarkan di internet ini telahpun dihantar kepada lebih ramai orang, termasuk wakil rakyat kaum Melayu dan wartawan di akhbar Bahasa Malaysia. Pada Ahad yang lepas, saya terima panggilan daripada YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan dua orang pemberita daripada Berita Harian dan Sinar Harian mengenai isu ini. Pada hari ini, saya juga terima panggilan daripada pemberita daripada Utusan Malaysia yang menyoal saya tentang perkara ini, beliau berkata Khir Toyo juga mendakwa saya berbuat demikian.

Tibalah masa bagi saya untuk menerangkan perkara ini dengan kenyataan yang saya telah ulangi kepada YB Khalid Samad dan pemberita pada Hari Ahad adalah seperti berikut:

i) Saya sendiri tidak pernah menerima aduan daripada penduduk di Puchong berkenaan dengan isu azan ini, jadi saya langsung tidak tahu tentang perkara ini dan saya amat hairan untuk mendengar tuduhan tersebut;

ii) Sekiranya saya terima aduan daripada penduduk di Puchong, adalah langsung tidak masuk akal bagi saya sebagai exco Kerajaan Selangor untuk mengadakan petisyen dan membentangkannya kepada YB Satim, seorang ADUN daripada parti pembangkang, kerana beliau bukannya kadi ataupun pengurus masjid, buat apa saya tulis surat kepada beliau yang tiada kuasa tentang perkara ini?

Sekiranya saya terima aduan daripada penduduk, saya akan minta bantuan daripada YB Datuk Dr Hasan Ali, iaitu exco yang menjaga Hal Ehwal Islam di Selangor, ataupun pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam di Selangor, dan bukannya Satim.

Satim Gagal Menunjukkan Bukti

Saya minta pemberita yang menanya komen saya tersebut untuk minta surat yang dikatakan ditulis oleh saya daripada Satim, tetapi pembantu Satim gagal menunjukkan bukti tersebut kepada pemberita akhbar Bahasa Malaysia tersebut. Kegagalan menunjukkan bukti tersebut menunjukkan kesemua tuduhan yang disebarkan dalam email dan pemimpin UMNO Selangor tersebut merupakan pembohongan yang besar.

Kes Aduan Tentang Azan di Kondominium di Bandar Tun Razak

Sebenarnya, pada dua tahun yang lepas, saya pernah menerima aduan daripada penduduk bukan Islam di sebuah pangsapuri di Bandar Tun Razak berkenaan dengan bunyi azan yang terlalu kuat pada awal pagi. Saya terpaksa bercampur tangan dalam isu tersebut kerana ia telah mencetuskan pergaduhan dan permusuhan yang agak serius di antara penduduk bukan Islam dan penduduk beragama Islam. Pada waktu itu, saya minta bantuan daripada pengarah Jawi di Wilayah Persekutuan dan kami pernah mengadakan satu dialog di antara penduduk yang beragama Islam dan bukan Islam di kondominium tersebut secara bersama. Akhirnya, isu di kondominium itu diselesaikan dengan bantuan daripada Pengarah Jawi di Wilayah Persekutuan.

Saya tidak memanggil sidang akhbar ataupun menggalakkan pengadu di kondominium berkenaan untuk membuat apa-apa petisyen, dan pergaduhan di kondominium tersebut diselesaikan secara "low key" sahaja.

Penduduk Yang Membuat Petisyen Hantar Faks Kepada Saya

iii) Selepas kenyataan saya disiarkan dalam surat khabar semalam, saya terima satu faks daripada seorang pengundi di kawasan Puchong di pejabat saya. Faks tersebut mengandungi satu surat dan juga petisyen daripada beberapa ratus penduduk di Puchong kepada Satim. Barulah saya sedar memang terdapat sekumpulan penduduk di Puchong membuat petisyen kepada Satim berkenaan dengan isu azan ini.

Selepas itu, saya diberitahu oleh bekas pembantu pejabat perkhidmatan Kinrara saya bahawa penduduk yang membantah tentang bunyi azan tersebut pernah menghantar salinan petisyen tersebut ke pejabat saya dan minta bekas pembantu saya untuk "acknowledge receipt" dengan cop pejabat saya dalam surat mereka. Tetapi adalah jelas bahawa surat petisyen mereka kepada Satim bukan dibuat atas surat kepala pejabat saya.

Perbuatan UMNO Selangor Sangatlah Keji

Adalah jelas bahawa Satim dan orang UMNO telah memutar-belitkan cerita tersebut. Satim dan Khir Toyo cuba menggunakan taktik kotor mereka untuk membangkitkan kemarahan orang Islam dan orang Melayu di Puchong dan Selangor terhadap saya dalam isu ini. Mereka cuba mewujudkan kesangsian orang Melayu terhadap pemimpin DAP dan cuba menggambarkan saya dan rakan saya dalam DAP sebagai orang politik yang anti Melayu dan anti Islam.

Perbuatan pemimpin UMNO Selangor ini adalah amat keji. Bukankah sekarang bulan Ramadhan, bulan suci? Bukankah mereka sebagai penganut agama Islam sepatutnya kuat bersembahyang dan bertaubat ke atas perbuatan mereka yang lepas? Apakah mereka masih mereka tuduhan yang bukan-bukan dan pembohongan terhadap saya ini bertentangan dengan ajaran Islam dan bulan Ramadhan?

Saya amat menghormati orang Islam yang berpuasa dan berpegang kuat ke atas ajaran agama mereka. Saya selalunya berdoa bersama dengan rakan kerja yang beragama Islam apabila membuat doa Al-Fatihah sebelum bermulanya mesyuarat dan sebelum makan, kerana saya juga percaya pada Tuhan yang Maha Kuasa dan Pencipta kita yang mengadili kita dalam dunia ini dan pada Hari Akhirat.

Peribahasa yang selalu digunakan oleh Orang Cina ialah "Tuhan ada mata". Saya percaya Tuhan yang maha kuasa ini tengah melihat dan memantau apa yang berlaku pada kita semua. Saya juga percaya balasan dan hukuman Tuhan tentu akan dijatuhkan ke atas mereka yang tidak bertanggungjawab dan orang yang bohong.

Adalah lebih baik bagi Satim dan Khir Toyo untuk insaf dan bertaubat dalam bulan yang suci ini!!


http://teresakok.com/2008/09/10/umno-selangor-memutar-belitkan-isu-azan-di-puchong

USAHA LARANG AZAN : MB PENCEN & DAKWAANNYA WAJAR DISIASAT~ Ref Malaysiakini

Menteri Besar Pencen, Khir Toyo tidak habis-habis menganggu kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Bermula dengan isu babi, isu air dan sebagainya kini timbul pula isu larangan azan. Khir mendakwa adanya usaha pihak-pihak tertentu menghalang azan dikumandangkan di Puchong dan Kota Damansara.

Saya yakin isu ini adalah isu yang bahaya kerana ianya melibatkan sensitiviti agama di kalangan rakyat negara ini yang berbilang kaum. Isu ini lebih bahaya dari isu yang dicipta oleh Ahmad Ismail yang hanya menyentuh soal bangsa sahaja bukan agama.

Mengapa Khir Toyo seorang pemimpin yang sepatutnya sudah matang dan ganyut berani menyentuh isu ini sedangkan beliau sudah tentu faham akan bahayanya menimbulkan isu ini. Adakah beliau ingin mencari publisiti murahan atau ingin menangguk di air keruh untuk mendapatkan sokongan orang Melayu kepada dirinya dan Umno?

Khir Toyo dilaporkan membuat kenyataan (tidak cerdik dan bahaya) ini dan ianya disiarkan oleh Utusan Meloya yang bertajuk 'Ada Usaha Larang Azan di Masjid-masjid Selangor' pada 9 September lalu..

Saya menyokong penuh tindakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, YB Dr Siti Mariah Mahmud yang membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Pencen itu yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman berhubung isu azan ini.

Laporan tersebut dibuat oleh Ahli Parlimen Kota Raja itu di ibu pejabat polis Dang Wangi pada jam 11.30 pagi tadi.

Saya menggesa Polis menyiasat Khir Toyo dengan telus, adil dan cepat agar isu ini tidak diperbesar-besarkan lagi. Andainya betul terdapat unsur hasutan dan membahayakan ketenteraman awam saya menggesa Khir Toyo dihadapkan ke muka pengadilan dan dihukum setimpal dengan kesalahannya itu. Kita tidak mahu pihak berwajib mem'bakulsampah'kan laporan Polis YB Dr Siti Mariah ini sebagaimana pihak berwajib telah mem'petisejuk'kan laporan terhadap Khir Toyo yang dibuat oleh Lutfi Othman dan Ezam Mohd Nor bertahun-tahun dahulu.

Selain itu saya juga menggesa pihak berwajib menyiasat samada benar dakwaan Khir Toyo bahawa adanya usaha untuk menghalang laungan azan di kedua-dua tempat tersebut. Sekiranya benar dakwaan Khir Toyo saya juga menggesa pihak berwajib mengambil tindakan terhadap individu-individu terbabit sejajar dengan peruntukan dan undang-undang yang ada.

Saya juga mengharapkan kerajaan Pakatan Rakyat menyiasat isu ini takut-takut nanti dakwaan Khir Toyo ini benar-benar berlaku. Kerajaan PR mesti bertindak pantas menghentikan usaha-usaha ini jika benar-benar berlaku. Malah jika didapati pegawai-pegawai kerajaan atau anggota kerajaan yang terlibat mereka itu mesti diambil tindakan. Tindakan pantas sangat penting bagi mematikan isu yang sangat merbahaya ini.

Jangan main-main dengan isu agama ianya boleh menyebabkan semua orang tidak senang duduk sedangkan kita sekarang berada dalam keadaan aman sejahtera dan sentosa. Tetapi kalau Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah hidup kita lebih aman sejahtera dan sentosa dari apa yang kita nikmati sekarang.

MUHYIDDIN AKAN DICANTAS ~ Ref Malaysiakini

Mungkinkah Naib Presiden Umno akan dicantas dari Umno andaikata Pak Lah dan Najib terus memegang tampuk kekuasaan dalam Umno selepas Disember ini. Kita melihat Keberanian Muhyiddin yang mengkritik secara terbuka Pak Lah sejak-sejak akhirnya ini benar-benar akan mengundang padah kepadanya. Mungkin juga Muhyiddin yakin bahawa Pak Lah dan Najib akan hanyut pada pemilihan kali ini menyebabkan beliau berani mengkritik Presiden Umno itu.

Terbaru beliau secara terbuka mencadangkan Pak Lah berundur lebih awal dari pelan peralihan kuasa Pak Lah-Najib iaitu pada menjelang 2010. Katanya masanya terlalu lama untuk menunggu pelan tersebut.

Menurutnya pelan peralihan kuasa yang diumumkan oleh Abdullah dua bulan lepas, dakwanya, telah "tenggelam" dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya, tahun 2010 adalah terlalu lama.

Kritikan Muhyiddin sudah tentu menyebabkan Pak Lah dan Najib 'murka'. Kemungkinan besar Muhyiddin akan tewas pada pemilihan kali ini ditangan calon 'tajaan' dua orang pemimpin Islam Hadhari yang sedang mabuk kuasa tersebut.

Malah Muhyiddin dilihat lebih intim dengan dua orang musuh ketat Pak Lah iaitu PM Pencen, Dr Mahathir dan Menteri Pencen, Ku Li.

Apakah Muhyiddin sedang merangka satu modus operandi besar-besaran untuk menumbangkan Pak Lah dan Najib, sama-sama kita tunggu dan lihat episod seterusnya.

Apa yang pasti Umno sebenarnya sudah tidak relevan dan wajarkan dikuburkan.

AKIBAT BERKATA BENAR, RAMLANG DITUKAR KE JAKIM ~ Ref Malaysiakini

Di Malaysia sejak beberapa lama dulu, timbul satu budaya baru iaitu sesiapa yang BERCAKAP BENAR atau BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH akan diambil tindakan. Sebaliknya sesiapa yang sanggup berbohong atau bersumpah akan mendapat ganjaran dan sanjungan. Budaya inilah yang sedang ditanam dan disuburkan oleh kerajaan Islam Hadhari hari ihi.

Inilah yang berlaku kepada Imam Masjid Wilayah Ramlang Porigi yang ditukarkan kepada JAKIM akibat berkata benar dalam isu sumpah Saiful. Ramlang yang mengaku dipaksa menghadirkan diri semasa sumpah Saiful di Masjid Wilayah Ogos lalu akhirnya menerima hukuman akibat berkata benar.

Bagi kerajaan hari ini, berkata benar dan memberitahu apa yang sebenarnya berlaku merupakan kesalahan besar, manakala berbohong dan membelit sudah pasti akan mendapat ganjaran seperti kenaikan pangkat dan sebagainya.

Inilah agaknya ajaran Islam Hadhari yang diasaskan oleh Mursyidul Amnya iaitu Pak Lah. Jika budaya ini diteruskan dan dibiarkan menular maka tunggulah saat kehancuran negara kita.

Oleh itu saya menyeru rakyat supaya insaf dan sedar akan bahayanya memberikan sokongan kepada BN yang memerintah negara kita sekarang. Diharapkan rakyat Malaysia dapat menolak BN secara total pada PRU ke 13 nanti.

Media melaporkan hari ini bahawa Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi telah ditukar ke bahagian pentadbiran dan kewangan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya, berkuatkuasa 9 September lalu.

Surat bertarikh 8 September itu ditandatangani oleh pengarah bahagian berkenaan, Abdul Murat Abdul Wahab.

Surat tersebut tidak menyatakan sebab-sebab Ramlang ditukar ke bahagian berkenaan.

Bagaimanapun, surat itu menyatakan Ramlang dikekal pada Gred 17.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Ahmad Nizam Hamid ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Pada 15 Ogos lalu, Ramlang adalah antara empat imam Masjid Wilayah Persekutuan yang diarahkan menghadiri majlis angkat sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan di masjid tersebut yang mendakwa dia diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun.

Ramlang kemudiannya muncul di tiga majlis anjuran Pakatan Rakyat pada 24 Ogos lalu - dua hari sebelum hari pengundian pilihanraya kecil Permatang Pauh - meminta supaya beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah laknat Saiful kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan.

Ramlang juga menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah Saiful itu tetapi tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.

HINA KAUM CINA KIAN REDA, ISU TEMBAK WARTAWAN KIAN PANAS ~ Ref Malaysiakini

Setelah sandiwara politik perkauman BN membabitkan aktor kacak ala MGR, Ahmad Ismail kian reda kini timbul pula isu mahu menembak wartawan. Kenyataan bahawa wartawan yang mensensasikan isu Ahmad Ismail ini patut ditembak dibuat oleh Exco BN Pencen, Azhar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang sekarang.

Nampaknya 'cenge' (Garang) betul orang Pulau Pinang sejak akhir-akhir ini. Tetapi inilah yang dikatakan garang tak bertempat. Setelah orang Melayu Pulau Pinang merempat, dihalau dan bagaikan melukut di tepi gantang akibat kedurjanaan Gerakan dan Umno sebelum ini barulah Umno hendak menunjukkan taringnya. Dah terlambat dah!!!

Semasa Gerakan dan Umno memerintah dulu habis tanah orang Melayu dikebas atas nama pembangunan sehingga rumah dalam laut pun Gerakan dan Umno sebat sehingga terpaksalah rakyat dhaif tersebut berpindah ke Flat atau terus berhijrah ke Kedah.

Kini Umno hendak menunjukkan kekuatan dan samseng mereka konon-kononnya membela orang Melayu. Tetapi sebelum ini mereka bukannya membela orang Melayu tetapi mereka buncit dengan projek-projek kerajaan yang disapu oleh mereka dan kroni-kroni mereka. Cuba periksa mana ada Ketua-Ketua Bahagian Umno di Pulau Pinang yang miskin dan hidup sederhana. Ahmad Ismail dan Azhar Ibrahim sendiri kaya raya tetapi rakyat Pulau Pinang terutama orang Melayu merempat dan dhaif di negeri sendiri.

Setelah Pakatan Rakyat menang barulah mereka hendak menunjukkan bahawa Umno membela orang Melayu dan bersandiwara bersama Gerakan untuk menagih simpati rakyat Melayu dan Cina.

Saya yakin isu tembak ini juga akan dibesar-besarkan oleh media untuk menaikkan semangat orang Melayu selain dari mengalihkan tumpuan rakyat kepada isu sebenar iaitu BN akan tumbang bermula 16 September ini.

Hentikan lakonan dan sandiwara kamu wahai Umno dan Gerakan. Rakyat sudah muak dan mual dengan kebobrokan dan kedurjanaan yang kamu lakukan. Sebab itulah rakyat Pulau Pinang bangkit menghukum BN pada PRU ke 12 dan PRK Permatang Pauh baru-baru ini.

Insaflah wahai pemimpin Umno dan BN.

MB NEGERI SEMBILAN PUCAT GIGI, BEBERAPA PEMIMPIN BN UMUM KELUAR PARTI HARI INI? ~ Ref Malaysiakini

Menteri Besar Negeri Sembilan, Mat Hassan berdebar-debar menanti saat 'bahagia' hari ini apabila diberitakan beberapa orang pemimpin Umno, MCA dan PPP Negeri Sembilan bakal mengumumkan keluar parti dan menyertai Pakatan Rakyat hari ini.

Agaknya denyutan jantung Mat Hassan semakin kencang kerana baru semalam beliau menafikan bahawa perkara ini akan berlaku. Nampaknya Cik Mat kita ini juga dah pandai berbohong belajar dari 'Mursyidul Am'nya Pak Lah yang sudah beberapa kali berbohong kepada rakyat. Tak baik berbohong di bulan Ramadhan ini nanti kurang pahala puasa Cik Mat oooi!!!!

Hari ini Insya Allah bakal berlakunya 'gempa bumi' di Negeri Sembilan dengan pengumuman beberapa orang pemimpin BN ini. Jika benar ini akan berlaku maka ianya merupakan permulaan kepada keruntuhan kerajaan BN di Negeri Sembilan.

Apo keno eh Jang, ekau cakap tak do lompek parti, tapi haghi ni ado plak, camno ni Jang. Ekau ini biar boto .......ekau tu MB bukan JKKK kampong

Ahli Majlis Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shaharin memaklumkan kepada Harakahdaily melalui SMS bahawa akan ada beberapa orang pemimpin BN yang akan membuat pengumuman keluar parti di Pejabat PKR Negeri jam 10.00 pagi ini.

Kita tunggu dan lihat samada ianya benar-benar berlaku. Sama-sama kita doakan ianya benar-benar berlaku.

UMNO SEMAKIN GAWAT : PECAT MEMECAT JADI AMALAN UNTUK SELAMATKAN JAWATAN ~ Ref Malaysiakini

Umno semakin gawat sekarang. Amalan tradisional pemimpin mereka untuk mengekalkan jawatan iaitu memecat sesiapa yang tidak menyokong mereka terus menjadikan Umno semakin gawat.

Di Hulu Terengganu semalam, Ketua Umno Hulu Terengganu, Timbalan Menteri Pencen dan YB Pencen, Tengu Putera Tengku Awang (Ku TTera) memecat dua orang AJK Bahagian yang didakwa tidak menyokongnya pada pemilihan kali ini. Dua orang AJK itu didakwa mencalonkan orang lain untuk jawatan Ketua Bahagian pada mesyuarat agung cawangan di dalam Bahagian tersebut.

Dua AJK tersebut, Mohd Fauzi Yusof dan Jalaluddin Ismail menjadi mangsa pemecatan tersebut yang jelas menjadikan Umno Bahagian tersebut semakin gawat.

Menurut sumber dalaman Umno Bahagian Tengku Putera bakal di cabar oleh salah ADUN yang sudah tentu menggunakan kedudukannya sebagai Wakil Rakyat untuk menumbangkan Tengku Putera yang dipencenkan oleh Pak Lah dan Derih Jusoh. Untuk menyelamatkan karier politiknya Tengku Putera mesti memenangi pemilihan kali ini jika beliau sudah pasti 'ghaibul ghuyub' terus dari politik tanahair.

Pemilihan kali juga menyaksikan Umno Bahagian-bahagian di Terengganu berada dalam keadaan tegang kerana akan berlaku pertanding merebut jawatan Ketua Bahagian diantara kem Menteri Besar sekarang, Ahmad Said dengan Kem Menteri Besar pencen, Derih Jusoh. Dilaporkan beberapa bahagian telah disahkan akan berlakunya pertandingan yang sengit dan hebat.

INILAH AKIBATNYA APABILA PERJUANGAN DIASASKAN KEPADA KEBENDAAN, PANGKAT, PROJEK DAN KEKAYAAN BUKAN BERDASARKAN AGAMA, KETELUSAN, KEADILAN DAN KEBAJIKAN. PEMIMPIN AKAN MENGGUNAKAN APA JUGA CARA UNTUK MENANG HATTA IANYA MELANGGAR HUKUM ISLAM, UNDANG-UNDANG DAN MORAL

Gempar: Saiful Bakal Buat Pengakuan Di Paksa Tuduh Anwar Ibrahim Liwat Dirinya? ~ Ref Malaysiakini

Berita panas lagi sensasi yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini ialah perihal "mangsa liwat", Saiful Bukhari Azlan yang kononnya sudah insaf kini.

Mungkinkah di bulan Ramadhan yang mulia ini beliau akhirnya bermuhasabah dan menilai akan dirinya, lantaran itu akhirnya mengambil keputusan "drastik" dan "pasti menggemparkan"!!. Saiful khabarnya akan membuat pengakuan bahawa beliau dipaksa oleh "pihak-pihak tertentu" untuk membuat tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apakah ini petanda baik yang "agenda 16 September" bakal terlaksana?. Jika Saiful mengaku beliau dipaksa maka beliau juga ada hal untuk menarik balik laporan polisnya dan pendakwaan yang dibuat terhadap Anwar juga bakal ditarik balik oleh mahkamah. Inilah saatnya yang paling mendebarkan. Siapakah yang telah memaksa Saiful? Kenapa beliau tergamak berbuat demikian? Apakah kerana tekanan ataupun kewangan?.

Maruahnya kini sudah tercalar dan seandainya beliau membuat pengakuan ini, maka Saiful akan kembali pulih semula dari "lamunan". Lokasi dan waktu untuk beliau berbuat demikian masih lagi dirahsiakan demi keselamatan. Semoga berita ini bakal menjadi satu suntikan semangat buat kita untuk terus berjuang menuntut perubahan dalam masa terdekat ini.

Apa yang pasti, mungkin keinginan Saiful untuk buat pengakuan ini ada kaitannya dengan tarikh 24 September, dimana kes liwat itu akan dibaca di Mahkamah Tinggi. Saiful mungkin tahu yang Anwar tidak bersalah dan segala bukti-bukti yang bakal dikemukakan bakal menemui kegagalan lantara perkara itu adalah rekaan semata. Saiful juga mungkin melihat yang beliau juga takut akan balasan yang bakal diterimanya di akhirat kelak gara-gara membuat fitnah terhadap Anwar.

Maka itulah akhirnya keputusan ini bakal diambil sedikit masa lagi. Jika perkara ini benar-benar terjadi, maka siapakah pula yang bakal berhadapan dengan hukuman selepas ini?. Sesungguhnya segala apa yang berlaku dalam kes ini nampaknya semakan "terbongkar". Imej Anwar akan kembali pulih, dan harapan untuk melihat Pakatan Rakyat ke Putrajaya semakin terasa kini.

[Dengan perkembangan terbaru ini, nampaknya semakin tidak dapat tidur lenalah agaknya "orang-orang tertentu" yang memaksa Saiful membuat tuduhan liwat terhadap Anwar itu. Maka ini juga bererti imej dan maruah Anwar akan meningkat. Keadaan ini bakal menyaksikan lebih ramai ahli parlimen BN akhirnya mengakui bahawa Anwar adalah calon yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 dalam masa terdekat ini]

Sumber : Pahangdaily

NAMUN KESAHIHAN BERITA INI TIDAK DAPAT SAYA PASTIKAN. TETAPI IANYA TIDAK MUSTAHIL BERLAKU KERANA JIKA SEBELUM INI BELIAU BERANI BERSUMPAH DILIWAT, TIDAK MUSTAHIL UNTUK BELIAU BERSUMPAH BAHAWA BELIAU DIPAKSA MENGAKU DILIWAT ANWAR.

KITA MENDOAKAN JIKA BETUL BELIAU DIPAKSA TAMPILLAH KE TENGAH MASYARAKAT UNTUK MEMBERSIHKAN NAMANYA DAN MEMOHON AMPUN KEPADA ALLAH S.W.T DAN KEMAAFAN DARI DATUK SERI ANWAR IBRAHIM.

PERAK BUKTIKAN JANJI KERAJAAN BERKEBAJIKAN ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan Negeri Perak terus membuktikan janji untuk menjadikan negeri itu negeri berkebajikan apabila mengumumkan untuk memberi bonus tambahan sebanyak RM100 - RM200 lebih dari yang bayaran minimum yang diberikan oleh kerajaan pusat iaitu RM1000 kepada kakitangan awam negeri. Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri IR Mohd Nizar Jamaluddin semalam.

Sebelum ini kerajaan negeri juga telah memberikan ribuan dan ratusan hektar tanah untuk SAR dan Sekolah Cina di Perak selain dari memberikan bantuan wang tunai kepada SAR tersebut.

Selain pemberian bonus ini kerajaan negeri juga mengumumkan bahawa Persatuan Bolasepak Perak (PFA) akan diberikan peruntukan RM300,000 untuk membantu beban kewangan Persatuan itu. Manakala Menteri Besar, Ir Nizar akan mengambilalihkan kepimpinan PFA pada Mesyuarat Agung PFA akan datang.

Sebelum itu kerajaan negeri juga telah memberikan geran tanah kepada rakyat yang mendiami kampung-kampung baru di Perak.

Inilah bukti janji Pakatan Rakyat untuk menjadikan negeri di bawah pemerintahan sebagai negeri berkebajikan, telus, adil dan bertanggungjawab.

Saya yakin selepas ini akan banyak lagi langkah dan perancangan kerajaan negeri untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat tidak sebagaimana kerajaan terdahulu yang gagal menjaga kebajikan rakyat.

10 September 2008

LAKONAN AHMAD ISMAIL, UMNO, GERAKAN DAN MCA TIDAK AKAN BERJAYA MEMPERDAYAKAN RAKYAT ~ Ref Malaysiakini

Lakonan mantap Ahmad Ismail, Umno, Gerakan dan MCA dalam isu perkauman tidak akan memperdayakan rakyat Malaysia. Ini kerana rakyat sudah faham dan masak dengan lakonan seperti yang sentiasa dijadikan senjata oleh BN untuk menarik sokongan orang Melayu dan Cina. Walaupun lakonannya nampak mantap namun di sana ia mudah dihidu oleh rakyat yang sudah celik dan cerdik di zaman ICT ini.

Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail berlakon dengan hebat apabila agak selamba sahaja selepas dihukum oleh Umno dengan pergantungan 3 tahun dan dilucut semua jawatan dalam Umno.

Mungkin sekali keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno merupakan sandiwara Umno untuk mengambil hati kaum Bukan Melayu yang sudah hilang kepercayaan kepada BN.

Semua rakyat faham akan sepak terajang dan strategi Umno pada setiap kali Umno tenat dimana Umno sudah tentu menggunakan isu perkauman untuk menagih sokongan semula.

Mungkin Ahmad mendapat habuan yang lebih besar dengan lakonan hebatnya bersama Gerakan dan MCA. Biasanya seseorang yang dihukum dengan sebegitu berat akan marah-marah dan tidak puashati. Namun Ahmad seolah-olah gembira mengucapkan terima kasih pula kepada Imam Hadhari. Syabas Ahmad di atas lakonan hebatmu. Boleh ganti P.Ramlee, hang pun satu kapai dengan P.Ramlee dari Penang.

Ahmad dalam respon terhadap hukuman itu selamba sahaja berkata keputusan itu telah ditetapkan oleh Allah sejak Azali. Yang berlaku rentetan daripada itu, adalah sebab dan musababnya saja. Beliau berkata demikian di Ibu Pejabat Parti Perkauman itu di Kuala Lumpur.

Ahmad berkata, walaupun beliau menerima keputusan MT itu, tetapi beliau tetap tidak akan memohon maaf.

"Saya tidak akan minta maaf, kalau saya kaki bodek, saya tak mai (tidak sampai ke) peringkat ini. Kerana ketegasan saya, yang saya kena (tindakan) ini. Saya kata, saya tanggung. Tiada masalah," katanya.

Ahmad berkata, ini kerana beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dan oleh itu tidak perlu memohon maaf.

Ahmad juga berkata, beliau tidak membenarkan 10 buah bas yang membawa penyokongnnya datang ke depan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk memberi sokongan kepadannya.

Katanya, beliau berbuat demikian bagi mengelak berlakunya keadaan kelam kabut jika mereka hadir di situ.

Dalam kenyataan yang disiarkan oleh Berita RTM malam tadi, Ahmad jelas menggunakan isu ini untuk menarik sokongan orang Melayu supaya berpadu.

"Marilah kita semua orang Melayu bersatu padu untuk menghadapi apa juga isu seperti ini" tegas Ahmad dengan semangat.

Bukankah kenyataan ini satu bukti bahawa isu perkauman cetusan Ahmad Ismail ini dijadikan sebagai senjata Umno untuk menarik kembali sokongan Melayu. Manakala di pihak Gerakan pula, sudah tentu mereka akan menjaja ke sana ke mari bahawa suara Gerakan masih hebat dan kuat sehingga berjaya memaksa Umno menghukum ahlinya yang menghina kaum Cina. Dengan itu Umno dan Gerakan mengharapkan isu ini akan menjadi senjata hebat untuk menagih simpati orang Melayu dan Cina.

SYABAS DAN TAHNIAH SEKALI LAGI KEPADA AHMAD ATAS LAKONAN INI. KEPADA UMNO, GERAKAN DAN MCA JANGAN INGAT RAKYAT BOLEH TERPEDAYA DENGAN LAKONAN DAN DRAMA YANG DILAKONKAN OLEH KAMU SEMUA. RAKYAT DI ZAMAN INI SUDAH CERDIK DAN BIJAK MENILAI YANG MANA KACA YANG MANA INTAN

TANDING KETUA PEMUDA : ADNAN TAKUT KALAH BUKAN TAKUT MENANG ~ Ref Malaysiakini

Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob hari ini mengumumkan keputusannya untuk tidak bertanding Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti Disember ini kerana bimbang tidak dapat memikul tanggungjawab jika menang. Beliau juga berkata beliau takut menang dan tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebab itu beliau tidak mahu bertanding.

Katanya beliau membuat keputusan itu selepas menimbang dengan teliti sejak dua minggu lepas.

Bagi saya tidak perlu Adnan memberikan alasan yang tidak berapa masuk akal. Kalau takut untuk bertanding katakan takut apa salahnya. Sebenarnya semua orang kenal siapa Adnan Yaakob. Peristiwa semasa pilihanraya kecil Sanggang dulu masing segar dalam ingatan saya.

Jadi kepada Adnan, lain kali kalau takut bertanding tidak perlu mengwar-warkan awal-awal. Jangan malukan orang Pahang yang dikatakan berjiwa pahlawan.

KEPULANGAN DR M KE PANGKUAN UMNO UNDANG PADAH ~ Ref Malaysiakini

Hasrat Dr Mahathir untuk kembali menyertai Umno bakal mengundang padah kerana Dr Mahathir mungkin mempunyai agenda tersembunyi yang disifatkan untuk kepentingan dirinya dan kelompok tertentu.

Dr Mahathir terpaksa kembali ke pangkuan Umno kerana beliau melihat tanpa masuk ke dalam Umno beliau tidak dapat membantu anaknya Mukhriz untuk merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

Selain itu Dr Mahathir juga sudah tentu tidak akan berperanan dengan lebih dalam mencorakkan kepimpinan Umno masa depan, lebih-lebih dalam usahanya untuk 'membuang' Pak Lah dari kerusi nombor 1 Umno. Beliau sudah pasti tidak akan dapat membantu sekutu-sekutunya berkempen menentang Pak Lah jika tidak menyertai semula Umno. Mana mungkin beliau dibenarkan berucap dan berjumpa ahli Umno jika beliau bukan ahli Umno.

Saya juga melihat bahawa Dr Mahathir terpaksa masuk semula ke dalam Umno dan bergabung dengan jentera Umno dalam usaha untuk menggagalkan hasrat Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan. Dr Mahathir sudah tentu tidak berdaya untuk menentang Anwar seorang diri tanpa bantuan jentera dan logistik Umno yang menggunakan segenap harta dan jentera kerajaan untuk kepentingan parti. Semua orang tahu Dr Mahathir lebih takut kepada Anwar daripada Pak Lah. Beliau sudah tentu tidak senang duduk jika Anwar ditakdirkan menjadi Perdana Menteri.

Malah dua hari lepas, Orang Kuat Mahathir, Sanusi Junid memberitahu bahawa Dr Mahathir menyokong Tengku Razaleigh untuk menentang Pak Lah bagi jawatan Presiden Umno.

Oleh sebab itu Dr Mahathir mesti masuk semula ke dalam Umno untuk meneruskan agenda peribadi beliau.

Kepada Pak Lah berhati-hatilah dengan Mahathir andaikata Pak Lah sayangkan kerajaan 3 beranaknya. Bagi kami di pihak pembangkang, sesiapa pun yang menyertai Umno tidak menjadi soal kerana rakyat semakin faham dan sedar siapa sebenar Umno dan pemimpin Umno.

RANCANGAN GAGALKAN 16 SEPT BERJAYA? ~ Ref Malaysiakini

Rancangan BN untuk menggagalkan hasrat Pakatan Rakyat (PR) dilihat hampir berjaya kerana Anwar sendiri mengakui kemungkinan besar pembentukan kerajaan baru PR terpaksa ditangguhkan kerana sebahagian ahli-ahli parlimen yang akan menyertai PR sedang menikmati Ramadhan di Taiwan.

"Kalau gitu berjaya rancangan mereka nak gagalkan Anwar", spontan teman saya berkata dengan nyaring.

"Tunggu dulu kita dengar apa yang Anwar nak jawab. Bagi saya tarikh tak penting yang penting kerajaan baru akan dibentuk dalam masa terdekat mungkin 16, 20 atau bulan Disember pun tak apa" jawab saya selamba.

Saya meneruskan nasihat saya kepada beliau, "Hang jangan takut tak lari gunung di kejar yang susah sekarang bukan kita tapi Pak Lah, Najib, Mahathir dan Orang BN sebab gunung dia orang nak nak runtuh tak lama lagi.


Anwar mengendurkan kerunsingan penyokongnya yang tidak sabar-sabar hendak melihat kerajaan baru dibentuk apabila hari ini membuat kenyataan bahawa kemungkinan besar tarikh baru diperlukan untuk membentuk kerajaan PR.

Namun beliau tetap menunjukkan keyakinan bahawa jumlah ahli parlimen yang diperlukan untuk membentuk kerajaan baru sudah lebih dari cukup.

Kata beliau, sasaran 16 September bagi membentuk kerajaan yang baru boleh dianjak ke satu tarikh yang lain jika wujud masalah yang boleh menghalang proses peralihan kuasa seperti yang dirancang.

Menurutnya, walaupun PR sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh dianjakkan kalau tidak jadi 16 haribulan. Kemungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarahnya.

Semasa menyampaikan ucapan selepas majlis solat tarawih dan hajat di rumahnya di Bukit Segambut malam tadi beliau berkata dalam keadaan sekarang adalah susah bagi mereka (kerajaan Barisan Nasional) untuk gagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat.

Anwar menyatakan demikian sehari selepas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan hampir tiga jam pagi kelmarin susulan pertemuan informal lebih dua jam di ibu negara Ahad lalu.

Ketika ditemui semalam, beliau menjelaskan bahawa perancangan untuk membentuk kerajaan berjalan dengan lancar.setakat ini.

Bagaimanapun malam tadi Anwar berkata, perbincangan secara terpeinci akan diadakan bersama pemimpin parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP bagi meneliti sebarang risiko yang bakal terjadi.

Anwar mengumumkan pelan sasaran 16 September enam bulan lalu iaitu sejurus selepas pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Mstar
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter