MUHYIDDIN AKAN DICANTAS ~ Ref Malaysiakini

Mungkinkah Naib Presiden Umno akan dicantas dari Umno andaikata Pak Lah dan Najib terus memegang tampuk kekuasaan dalam Umno selepas Disember ini. Kita melihat Keberanian Muhyiddin yang mengkritik secara terbuka Pak Lah sejak-sejak akhirnya ini benar-benar akan mengundang padah kepadanya. Mungkin juga Muhyiddin yakin bahawa Pak Lah dan Najib akan hanyut pada pemilihan kali ini menyebabkan beliau berani mengkritik Presiden Umno itu.

Terbaru beliau secara terbuka mencadangkan Pak Lah berundur lebih awal dari pelan peralihan kuasa Pak Lah-Najib iaitu pada menjelang 2010. Katanya masanya terlalu lama untuk menunggu pelan tersebut.

Menurutnya pelan peralihan kuasa yang diumumkan oleh Abdullah dua bulan lepas, dakwanya, telah "tenggelam" dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya, tahun 2010 adalah terlalu lama.

Kritikan Muhyiddin sudah tentu menyebabkan Pak Lah dan Najib 'murka'. Kemungkinan besar Muhyiddin akan tewas pada pemilihan kali ini ditangan calon 'tajaan' dua orang pemimpin Islam Hadhari yang sedang mabuk kuasa tersebut.

Malah Muhyiddin dilihat lebih intim dengan dua orang musuh ketat Pak Lah iaitu PM Pencen, Dr Mahathir dan Menteri Pencen, Ku Li.

Apakah Muhyiddin sedang merangka satu modus operandi besar-besaran untuk menumbangkan Pak Lah dan Najib, sama-sama kita tunggu dan lihat episod seterusnya.

Apa yang pasti Umno sebenarnya sudah tidak relevan dan wajarkan dikuburkan.

Comments

Nostradamus said…
Jam Malaysia berdetik Perlahan-lahan ke 16 September!
---------------------------------

Tick, Tock! Tick, Tock! Tick Tock!

Sementara tu alatganti tambahan dan batteri masih belum mencukupi, jika berhenti.

Ada yang cuba percepatkan masanya 15 minit, ada yang nak 30 minit.

Tak ada sesiapa pun yang mengerakan ia ke belakang. Hairannya aku?

bersambung di http://patek1472.wordpress.com
dark am said…
tak sangka dua seteru bakal berjabat tangan.. chedet+kuli..? hebat.. muhyidin pun dah berani.. mesti ramai kat blakang camera tuu.. hahaha... kalau tak masakan berani...

sapa yer lebih cepat.. anwar ke ku li?
teacher haniza said…
Adakah ini tanda2nya Muhyiddin akan join PR 16/9 ini?