MISI KE TAIWAN BERJAYA? ~ Ref Malaysiakini

Misi 4 orang pimpinan PKR yang diketuai oleh Pengarah Strateginya YB Saifuddin Nasution berjaya? Selain YB Saifuddin, 3 orang lagi pimpinan PKR yang membawa misi besar tersebut ialah YB Dr Lee Boon Chai, YB Chua Tian Chang dan YB Fuziah Salleh.

Persoalaannya mampukah 4 orang utusan ini membawa pulang berita gumbira (gembira) sedangkan kemungkinan semua ahli Parlimen BN ini sudah di'brainwash' dan dikuarantinkan macam ayam daging sakit.

Nampaknya 49 orang ahli Parlimen BN yang dikuarantinkan di Taiwan itu amat penting kepada misi pembentukan kerajaan PR sehingga terpaksa Anwar menghantar utusannya bertemu mereka.

Persoalannya?
1) Mampukah mereka yang terlibat (49 ahli parlimen) itu dihubungi dengan apa cara sekalipun?
2) Mahukah mereka bercakap atau berkomunikasi dengan 4 utusan tersebut?
3) Apakah misi ini untuk memujuk atau misi untuk mendapat kepastian?
4) Mengapa begitu terdesak sehingga terpaksa menghambat(mengejar) ahli-ahli parlimen BN ini?

Bagi saya usaha mesti dibuat dalam apa juga cara asalkan ianya tidak bertentangan dengan Islam dan undang-undang.

Misi pembentukan kerajaan baru ini AMAT PENTING kepada kita semua rakyat Malaysia demi untuk membebaskan rakyat dari kekejaman, kezaliman, penyalahgunaan kuasa, rasuah, pembaziran, tamak kuasa, kronisme dan nepotisme yang diamalkan oleh kerajaan bobrok BN selama lebih 50 tahun. Selain itu negara juga perlu diselamatkan dari penghakisan kedaulatan Islam, gejala kemurtadan, penghakisan tanah milik melayu, penghinaan kepada Bahasa Melayu, peminggiran tulisan jawi, penggadaian negara kepada kuasa luar,peminggiran bahasa Melayu,kelemahan pentadbiran, kegawatan ekonomi, kegawatan jenayah, kegawatan gejala sosial dan sebagainya.

Saya tetap menyokong penuh usaha untuk membentuk kerajaan baru semoga doa kita dimakbulkan Allah S.W.T sempena bulan Ramadhan Al Mubaraq ini.

Comments

Nostradamus said…
Jam Malaysia berdetik Perlahan-lahan ke 16 September!
----------------------------------

Tick, Tock! Tick, Tock! Tick Tock!

Sementara tu alatganti tambahan dan batteri masih belum mencukupi, jika berhenti.

Ada yang cuba percepatkan masanya 15 minit, ada yang nak 30 minit.

Tak ada sesiapa pun yang mengerakan ia ke belakang. Hairannya aku?

Kebanyakan cuma memerhati jam atas meja dan masanya.

Sesetengah cuma memastikan jam tu masih senantiasa bergerak.

Sesetengah cuma merenung jam dan tidak pasti ia masih bergerak atau berhenti.

Sesetengah bercadang jam tu tak boleh diharap. Kena ganti dengan jam lain ataupun bawa masuk jam lama. Sekurang-kurangnya jam lama tak tunjuk tarikh dan bulannya.

Ada juga orang bercadang untuk menambahkan jam-jam untuk menentukan masa itu betul

Ada orang bercadang untuk menutup muka jam dengan pelindung matahari supaya cuma kita dapat melihatnya.

Sesetengah bercadang menukarkan angka-angka pada jam supaya tidak semua dapat membaca masanya.

Sesetengah bercadang mengeluarkan jarum panjang saat daripada jam. Selepas tu mungkin ada juga yang akan bercadang mengeluarkan jarum panjang minit juga.

Akhir-akhirnya ada orang bercadang, "Mengapa tidak keluarkan jam pendek juga dan tinggalkan cuma tarikh dan bulan untuk dipaparkan.

"Masa itu Emas? Adakah Manusia menentukan Masa dan Takdir?

http://patek1472.wordpress.com