.

.

22 January 2011

PRK TENANG : CIKGU MALA SALAM LELAKI DAN MASUK TOKONG

'Pelakon' terkenal Chua Soi Lek (CSL) dengan selamba menghaburkan peluru kapurnya menyatakan calon PAS tidak bersalam dengan pengundi lelaki dan tidak akan masuk tokong. Isu lapuk ini terus-terusan meniti di bibir pemimpin MCA dari dulu kini dan mungkin selamanya selagi MCA dan BN bernyawa.

Ternyata walaupun pernah menjadi menteri dan sekarang Presiden MCA, hidup di negara kita lebih dari 50 tahun dan berkawan dengan Umno puluhan tahun, CSL masih bengap dan bengong. Beliau tidak dapat menerima amalan umat Islam dan cara ibadatnya. Umno sememangnya tidak pernah menceritakan akhlaq Islam kepada CSL kerana ramai pemimpin Umno sendiri tidak berakhlaq baik.

CSL mungkin ketinggalan zaman sehingga tidak tahu bahawa pemimpin PAS sudah biasa keluar masuk gereja dan tokong. Malah ada pemimpin PAS yang menjadikan jadual tetap mereka melawat tokong dan gereja bertemu sami dan paderi menziarahi dan bertukar-tukar pandangan dengan mereka.

Dalam isu bersalam dengan lelaki bukan muhrim, saya yakin isu itu sudah difahami oleh orang bukan Islam dan ianya bukan isu besar. Saya cadangkan jika perlu dan tidak menjadi masalah dari hukum, Cikgu Mala boleh memakai sarung tangan untuk bersalam bagi menutup mulut CSL yang celupar dan biadap

PRK TENANG : PENGUNDI CINA TIDAK TAKUT PADA PAS

Bermacam tohmahan dan fitnah dilemparkan MCA kepada PAS dan calonnya di Tenang bagi menakutkan mereka supaya tidak mengundi PAS.

PAS ekstrem, calon PAS tidak mahu bersalam dengan orang, undi PAS bermakna undi negara Islam dan bermacam-macam lagi.

Namun MCA tidak sedar bahawa fitnah dan tohmahan itu adalah lagu lama yang dimainkan semula oleh MCA sejak dahulu hingga sekarang. Tetapi selepas PRU 2008 semua ini sudah tidak menjadi isu besar lagi kepada masyarakat Cina di Malaysia.

Mereka sudah faham dan tahu bahawa ianya hanyalah tohmahan dan fitnah MCA untuk menjauhkan mereka dari PAS dan Pakatan Rakyat. Buktinya PR tetap menang di PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau, Kuala Terengganu, Penanti, Permatang Pauh, Sibu dan sebagainya.

Kini fitnah dan tohmah ini di'recycle' semula oleh MCA bagi meraih undi. Mereka tidak sebenarnya ketinggalan zaman dan tidak perasan bahawa isu yang mereka mainkan adalah isu lapuk.

21 January 2011

Merlimau : PAS akan buat kejutan

PAS akan membuat kejutan pada PRK Merlimau yang bakal diadakan tidak lama lagi. Kalau selama ini PAS/PR dianggap lemah dan longlai di Merlimau, kali ini PAS akan turun untuk menang bukan sekadar mencukupkan korum.

Mungkin pihak lawan mentertawakan PAS tetapi ini hakikat sebenar yang akan dibuktikan oleh PAS di Merlimau. Tidak ada apa yang mustahil semuanya kuasa Allah, Tuhan yang berkuasa untuk melakukan apa sahaja termasuk membolak balikkan hati manusia.

20 January 2011

SELAMAT DATANG KE MERLIMAU

Selamat Datang ke Merlimau. Itu kata-kata pertama ku untuk semua sahabat yang sudah pasti akan turun ke Merlimau ...................Ahlan Wasahlan

ROSMAH KELILING DUNIA GUNA DUIT SIAPA?

Bukan main hebat lagi 'First Lady' Malaysia ke hulu ke hilir mengunjungi negara luar dengan memberikan ucapan mengalahkan Professor dan alim ulama.

Lagaknya bagaikan pimpinan besar dan negarawan yang diiktiraf seluruh dunia. Hebat ilmunya mengalahkan Professor, alim ulama dan saintis sehingga pimpinan dan rakyat negara yang dilawati ternganga dan terlena mendengar 'amanat' hebat 'first lady' ini.

Dakwanya beliau ke sana ke mari atas jemputan negara-negara tersebut yang menurutnya sangat teruja dengan sumbangan terhadap kebajikan kanak-kanak (masuk bakul angkat sendiri).

Rombongan beliau ke luar negeri bukannya dua atau tiga orang malah mungkin separuh tempat duduk Airbus A320 penuh dengan mak-mak datin kawan-kawan 'first lady'. Komen spontan 'First Lady' bila dikritik tentang lawatannya ialah, biar mereka kata apa yang mereka nak kata, tapi saya rasa bahawa lawatan ini sangat berfaedah bukan sahaja kepada kita tetapi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau malah parti apapun yang mereka wakili," katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.

"Saya berada di sini bukan untuk mewakili seksyen tertentu masyarakat tetapi kami di sini mewakili rakyat Malaysia" dakwa beliau.

Agak-agaknya duit siapa yang digunakan oleh 'First Lady' dan rombongannya untuk keluar negeri.??????

BLOGGER UPAHAN TAK TAKUT ALLAH

Blogger-blogger upahan Umno/BN ternyata menulis mengikut nafsu mereka dan tuan mereka dengan melemparkan fitnah dan tuduhan yang tidak berasas. Pelbagai tuduhan dan fitnah dihamburkan kepada pimpinan PAS dan PR guna untuk memburuk-buruk lawan Umno/BN.

Maka tidak hairan apabila pemimpin sebersih Salahuddin Ayub juga dituduh dengan skandal dasyat yang tidak masuk akal. Kita tidak pelik jika selepas ini lebih ramai lagi pimpinan PAS/PR dan calon-calon PRK akan difitnah dan dicaci maki.

Ternyata blogger-blogger ini tidak takut akan amaran Allah bahawa fitnah itu lebih bahaya dari membunuh. Dosa fitnah amat besar dan sukar untuk diampunkan jika orang yang difitnah tidak memaafkan pemfitnah.

Memetik kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz sewaktu pertemuan dengan blogger di Hotel Grand Season minggu lalu, bahawa Blogger mesti bertanggungjawab kepada apa yang ditulisnya. Jika fitnah dibuat maka tunggulah hukuman Allah keatas dosa fitnah tersebut.

Apakah blogger-blogger Umno/BN ini tidak takut kepada AMARAN ALLAH di dalam Al Quran seperti yang dinukilkan diatas.

Saya menyeru kepada para blogger supaya sentiasa ingat kepada Allah semasa menulis dan membuat posting di Blog. Kita mungkin terlepas di dunia tetapi akan tetap diadili di Hari Kemudian. Apakah kita tidak percaya kepada Hari Kemudian di mana tidak ada satu pun perkara yang tidak diadili.

BELUM TENANG DI TENANG KINI DI MERLIMAU PULA

Kempen Pilihanraya belum pun bermula di DUN Tenang kini Pilihanraya Kecil akan berlaku pula di DUN Merlimau Melaka berikutan pulangnya ke Rahmatullah YB Hidhir malam ini. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 8.10 malam ini di Hospital Putra Melaka.

Ini merupakan Pilihanraya kecil pertama di Melaka. Saya tidak mahu mengulas lagi mengenai PRK Merlimau bagi menghormati keluarga Allahyarham Hidhir yang masih bersedih dengan ketentuan Allah ini.

Semoga Allahyarham diampunkan oleh Allah dan salam takziah kepada keluarga Allahyarham.

Melaka : Dulu takut warna hijau kini agungkan hijau pula

Tidak lama dulu kerajaan Melaka mengarahkan samping murid-murid sekolah agama JAIM ditukarkan dari warna hijau kepada hitam. Semuanya kerana warna hijau sinonim dengan PAS. Geli mereka dengan warna hijau agaknya. Tetapi kini semuanya telah berbeza. Allah menterbalikkan hati mereka apabila kini mereka mengagungkan warna hijau lantaran kerana dasar kerajaan Melaka mahu menjadikan negeri ini negeri Teknologi Hijau.

Itulah kuasa Allah. Jangan kita sombong dengan kejadian Allah iaitu warna hijau. Akhirnya kita sendiri yang ditertawakan rakyat kerana menjilat ludah sendiri dengan mengagungkan warna yang dulunya dibenci iaitu warna hijau.

19 January 2011

PRK TENANG : NAJIB GELABAH

Presiden Umno, Najib Razak dalam kenyataannya semalam yang disiarkan di sebuah stesyen pengampunya menyatakan bahawa keputusan PRK Tenang tidak menggambarkan kedudukan BN sebenar. Maksudnya Najib tidak yakin 100 % bahawa BN akan menang besar dan mudah di Tenang. Mungkin Najib cuba bermain dengan psikologi tetapi hakikatnya beliau sememang berada dalam keadaan TIDAK TENANG dengan perkembangan politik semasa khususnya di Tenang.

Oleh kerana itulah Najib kembali berperangai dengan 'fe'el' lamanya iaitu mengumumkan durian runtuh dan habuan kepada para pengundi di Tenang khususnya peneroka Felda dan generasi kedua felda.

Dengan muka tidak malunya Najib mengumumkan bahawa kerajaan memperuntukkan kira-kira RM8.5 juta untuk 500 lot bagi generasi kedua Felda Johor. Mengapa sebelum ini Najib tidak berbuat demikian tetapi setelah berlakunya PRK Tenang baru terhegeh-hegeh memberikan itu dan ini kepada rakyat. Inilah perangai pemimpin Umno, rakyat terpaksa menunggu wakil rakyat mati barulah dapat hak mereka. Kita bimbang nanti semua rakyat berdoa memohon wakil rakyat mereka mati supaya mereka memperolehi habuan dari kerajaan BN.

PERJUANGAN ANAK BERHASIL

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengucap tahniah kepada perjuangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang dipimpin oleh Saudara Mazlan Aliman Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang telah berjaya menampakkan hasil, sehingga memaksa Datuk Najib Tun Razak selaku orang yang menjaga urusan FELDA meluluskan peruntukan sebanyak RM8.5 juta untuk 500 lot bagi generasi kedua Felda Johor.

PAS memanjat syukur kepada Allah kerana tuntutan untuk rakyat sudah di ambil berat oleh Datuk Seri Najib. Walaupun beliau mengumumkan sempena lawatan beliau ke Felda Chempelak dalam DUN Tenang. Apa yang pentingnya kerajaan sudah mula mengambil perhatian atas usaha gigih perjuangan ANAK selama ini.

Keputusan kerajaan mengambil berat masalah peneroka Felda kesan daripada kesedaran peneroka bahawa hak mereka selama ini dinafikan oleh kerajaan BN. Semuanya hasil perjuangan melalui wadah ANAK. PAS yakin keputusan ini dibuat terutama sambutan di kalangan masyarakat Felda amat menggalakkan, ditambah dengan janji 100 hari Pakatan Rakyat yang akan menghapuskan Felda Plantation yang dianggap tidak adil kepada rakyat.

PAS yakin stok penimbal Umno di Felda semakin reput, sebab itu tindakan Datuk Najib meluluskan projek di Tenang. Mungkin inilah risikan yang telah sampai kepada beliau, jika tidak generasi kedua akan beralih sokongan. PAS mengharapkan Datuk Seri Najib perlu juga mengumumkan peruntukan kepada generasi kedua selain daripada negeri Johor, kerana di seluruh negara terdapat 317 rancangan dengan bilangan 900,000 peneroka. Tidak adillah jika peneroka Johor sahaja yang dapat, kebetulan ada pilihnaraya kecil Tenang, bagaimana pula nasib peneroka yang tidak ada pilihanraya kecil.

Walau bagaimana pun PAS yakin peneroka sudah celik maklumat, terutama generasi muda Felda. Selama setengah abad hak mereka dinafikan oleh kerajaan BN. Sekarang baru kerajaan sedar untuk cakna kepada peneroka kerana BN tidak lagi boleh berada di zon selesa hasil daripada perjuangan ANAK di bawah kendalian PAS.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

16 January 2011

PAS CALONKAN CIKGU MALA, MAMPU TARIK SOKONGAN RAKYAT

PAS mengumumkan calonnya untuk DUN Tenang malam ini. Yang pasti calonnya adalah anak tempatan dan berpelajaran yang mampu berkhidmat kepada rakyat Tenang.

Ternyata PAS begitu yakin dengan calon pilihannya sehingga berani mengumumkannya 6 hari sebelum tarik penamaan calon iaitu pada 22 Januari 2011.

Calonnya ialah Cikgu Normala Sudirman. Pengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Dataran Wayang Pacak di Labis malam ini.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter