.

.

04 July 2015

PARTI BARU HAMPIR PASTI DITUBUHKAN

Sebuah parti baru hampir pasti ditubuhkan bagi mewarnaikan politik baru Malaysia. Jika sebelum ini Pakatan Rakyat menjadi saingan hebat Umno/BN maka selepas tertubuhnya parti baru ini adalah dijangkakan satu pakatan baru akan diujudkan antara parti-parti dalam komponen PR lama.

Rujuk link ini untuk berita sepenuhnya. 

ISU 1MDB : NAJIB MESTI BERCUTI

Kalau Pengerusi MARA dan pihak yang terlibat dengan isu penyelewengan wang MARA baru-baru ini diarahkan bercuti, kita juga menggesa supaya Najib Razak juga bercuti bagi memudahkan siasatan terhadap dakwaan isu pengaliran wang 1MBD yang dikatakan mengalirkan ke dalam akaunnya seperti yang dilaporkan World Street Journal (WSJ).

Tuduhan ini sangat serius kerana ia melibatkan wang rakyat dan juga imej negara. Najib tidak boleh lepas tangan dan menafikan dengan penafian biasa sahaja. 

Pada masa yang sama Najib mesti bercuti dari jawatannya sebagai Perdana Menteri bagi mengelakkan beliau mengganggu siasatan menyeluruh yang mesti dilakukan segera. Kita tidak mahu beliau menggunakan kuasa beliau untuk mempengaruhi pihak-pihak yang terlibat dengan siasatan.

Dari segi maruah, Najib sepatutnya sudah lama bercuti malah berhenti kerana terlalu banyak isu yang berlaku di zaman pemerintahannya. Sudah sampai masanya beliau berundur sebagaimana 2 Perdana Menteri sebelum beliau yang mengambil tanggungjawab melepaskan jawatan masing-masing setelah dilihat gagal melaksanakan tugas dengan berkesan dan baik serta menjadi liabilti kepada negara, rakyat dan partinya sendiri. 

CURI DUIT : HARAP PM NAFIKAN DENGAN FAKTA DAN ANGKA

Perdana Menteri, Najib Razak wajib menafikan laporan Wall Street Journal (WSJ) semalam yang mendakwa AS$700 juta daripada dana 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri melalui proksi.

Penafian itu bukan hanya dengan ungkapan penafian semata-mata tetapi mestilah dengan fakta dan angka. Buktikan nombor akaun dan pemunya akaun bukan miliknya, buktikan ke mana wang 1MDB itu disalurkan dan yang pentingkan buktikan bahawa wang 1MDB tidak diselewengkan.

Selagi semua itu tidak dibuktikan dengan jelas dan sistematik maka tuduhan itu tetapi menjadi perkara yang tergantung dan sesiapa sahaja boleh mengaitkan beliau.

Dalam penafiannya semalam yang disiarkan di media, Najib menyangkal dakwaan itu, dengan menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengambil wang kerajaan untuk kepentingan peribadi.

Katanya, beliau tidak pernah mengambil dana untuk kepentingan peribadi seperti yang didakwa oleh musuh-musuh politiknya - sama ada dari 1MDB, SRC International atau entiti yang lain, seperti yang disahkan oleh syarikat-syarikat berkenaan.

Najib berkata dakwaan terbaru adalah sebahagian daripada siri dakwaan "yang tidak berasas dan keterlaluan" yang dibuat terhadap beliau dan keluarganya.

Beliau seterusnya menuduh Tun Mahathir sebagainya orang yang berada di belakang tuduhan itu. 

Benar atau sebaliknya tuduhan itu, rakyat menuntut supaya Najib tampil membersihkan namanya secara jujur, berfakta dan berangka dengan mengemukakan bukti kukuh. Pada masa yang sama rakyat menuntut supaya Polis dan SPRM segera memanggil Najib untuk disiasat. Bukannya hanya menyiasat pihak yang menuduh seperti yang berlaku sebelum ini. 

30 June 2015

SEGERAKAN PENUBUHAN PARTI BARU!!


Ramai berpendapat bahawa bekas pemimpin-pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan awal bulan Jun harus menubuhkan parti baru dengan seberapa segera yang mungkin. Menurut mereka perkara ini penting bagi memastikan momentum rakyat yang memberikan sokongan kepada PR pada PRU 13 lalu dapat dikekalkan.

Kalangan pemerhati politik melihat bahawa kekalahan pemimpin-pemimpin seperti Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Mahfuz dan lain-lain pada pemilihan lepas adalah bukan secara kebetulan malah ianya telah dirancang awal-awal lagi oleh kumpulan lawan mereka. Jika tidak masakan mereka boleh tewas secara berkumpulan, di mana hanya Mazlan Aliman sahaja yang terpilih. Yang lain semuanya tersungkur ditangan para perwakilan yang jelas sudah seolah-olah tidak dapat lagi menerima pemimpin-pemimpin terbabit ini secara total.

Mereka tewas kepada calon-calon yang ada antaranya tidak dikenali tetapi kerana adanya gerakan terancang maka orang seperti itu pun boleh menang dan dipilih oleh perwakilan. 

Pemilihan itu juga dilihat begitu kotor jika diukur dari standard etika pemilihan PAS pada muktamar-muktamar sebelum ini. Awal-awal lagi FB rasmi sebuah sayap parti yang berpengaruh menyenaraikan calon-calon yang mesti dipilih oleh perwakilan ditambah pula dengan edaran 'chai' tanpa segan silu dilakukan sebelum dan ketika pemilihan berlangsung. Gambar-gambar yang menjadi bukti ujud 'chai' jelas dimuatkan oleh portal-portal berita dan media sosial pada masa pemilihan sedang berlangsung. 

Malah perwakilan jelas begitu terpengaruh dengan 'kempen' yang dilakukan oleh pihak yang menang. Pemimpin yang tertinggi parti pun mengeluarkan kenyataan terbuka memberi katadua kepada perwakilan samada ingin memilih pemimpin yang setia DAP atau pemimpin yang setia kepada PAS.

Lebih awal lagi ketika pemilihan di peringkat Kawasan, calon-calon yang tidak sehaluan telah dicantas dan ditewaskan dengan kerja-kerja lobi, kempen dan fitnah yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan tertentu. Hasilnya pemimpin seperti Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin, Dr Rani Osman, Adly Zahari tersungkur di kawasan masing-masing. Perwakilan yang mewakili PAS Kawasan dan Dewan-dewan diatur bagi memastikan mereka mengundi kumpulan yang menang. 

Media baru dan media sosial digunakan sepenuhnya untuk mencincang lumat 'pengkhianat-pengkhianat' ini dengan label dan gelaran yang sinis dan menyakitkan. Ini semua kerja-kerja yang dipelopori oleh Umno kini berjangkit ke dalam PAS.

Tidak cukup dengan itu selepas keputusan diumumkan, pemimpin atasan PAS mengeluarkan kenyataan yang pedih di mana mereka menyatakan bahawa kekalahan pemimpin-pemimpin ini adalah proses penapisan ertinya pemimpin-pemimpin yang tewas seolah-olah tidak berguna dan tiada nilai malah mungkin sebagai pengkhianat parti.

Tidak dapat dipastikan apa sebenarnya sebab mereka ini disingkirkan dengan begitu drastik. Siapa dalang dan 'mastermind'nya dan siapa pula yang menjadi Sponsornya. Mungkinkah adanya tangan-tangan ghaib yang menjadi pencatur dan pengarah kepada gerakan 'menghapuskan' pemimpin-pemimpin yang tewas tersebut.

Ada juga yang mengkategorikan kekalahan ini sebagai proses 'ethnic cleasing' yang mahu membebaskan PAS dari pemimpinan yang tidak sehaluan dan sependapat dengan Presiden dan Ulama'. Ini berdasarkan kenyataan pimpinan sayap parti yang menyatakan, sukar untuk Presiden membuat keputusan dalam mesyuarat kerana bilangan pimpinan yang tidak sependapat dan sehaluan dengan Presiden lebih ramai dalam AJK PAS Pusat sebelum ini. 

Kini semuanya telah berlaku dan ianya sukar untuk diundurkan kebelakang. Ada yang menyatakan mengapa mereka yang kalah tidak menerima kekalahan itu seperti sebelum ini. Rata-rata mereka ramai yang merasai kekalahan dalam pemilihan tetapi tiada yang melompat seperti sekarang. Jawapannya mudah, kekalahan sebelum ini adalah kekalahan dalam proses pemilihan yang biasa dan tiada gerakan dan perancangan seperti yang berlaku baru-baru ini. Sebelum ini yang kalah pun tidak kalah secara blok macam ini. Tetapi kali ini jelas sekali ianya dirancang dengan teliti sejak dari pemilihan cawangan, dewan-dewan dan Kawasan sehingga semuanya 'ghoibul ghuyub'.

Hati mana yang tidak terguris, perasaan mana yang tidak terkesan dengan gelaran dan kenyataan-kenyataan yang menusuk kalbu di atas. Selepas dihinjak dan dibenamkan, beberapa orang dari mereka dilantik menjadi AJK Pusat antaranya Salahuddin, Mahfuz dan Taufik Abdul Ghani. Namun sehingga kini ketiga-tiga mereka masih mengeluarkan kenyataan menerima atau menolak perlantikan itu.

Tidak ada gunanya lagi mereka untuk terus menjadi penumpang di dalam PAS, kerana khidmat dan sumbangan mereka sudah tidak diperlukan. Malah jika inilah perangai pimpinan PAS iaitu tidak boleh menerima kepelbagaian pendapat dan pandangan, tidak mustahil perkara yang sama akan berulang pada pemilihan akan datang. Mana-mana pimpinan yang tidak sehaluan akan menerima nasib yang sama dengan pemimpin-pemimpin yang tewas baru-baru ini. 

Dari riak dan geraklaku pemimpin-pemimpin yang tewas itu jelas mereka sebenarnya sedang merancang tindakan tertentu bagi meneruskan kerjaya politik mereka. Ramai pemerhati politik  yakin pemimpin-pemimpin yang tewas itu mempunyai karisma dan skil masing-masing yang memungkinkan kesinambungan perjuangan mereka akan terus bersinar.

Parti baru yang ditubuhkan kelak diharap dapat diterima oleh DAP dan PKR untuk membentuk Pakatan Baru. Usaha ke arah penubuhan parti baru dilihat masih terus berjalan dan tanda-tanda ianya diterima baik oleh DAP dan PKR jelas kelihatan.

Jika ianya benar-benar berlaku maka satu lagi sejarah dicatatkan. Politik Malaysia akan melalui satu lagi era iaitu era pasca PR dengan memasuki era baru iaitu era Pakatan Rakyat 2.0.

Kita sama-sama tunggu dan lihat .................

~ Pemerhati Politik

Tulisan ini tidak ada hubungkait dengan blog ini. Ia hanyalah pandangan peribadi penulis. Kami hanya menyiarkannya sebagai satu cara untuk kita mengkaji dan menilai perkembangan politik yang berlaku.  

JANGAN MELAMPAUI BATAS AMARAN DARI USTAZ ZUL

JANGAN MELAMPAUI BATAS ! 

Firman Allah Taala di dalam surah al-Ma'idah ayat 2 bermaksud: Jangan sampai kebencian (mu) kepada suatu kaum kerana mereka menghalang-halangimu dari Masjidil Haram, mendorongmu berbuat melampaui batas (kepada mereka). AlQuran adalah pembimbing agung kepada golongan beriman. 

Ayat yang saya sebutkan maksudnya di atas adalah daripada sekian banyak ayat-ayat AlQuran yang memandu golongan beriman kepada akhlak yang mulia: Sifat berupaya mengawal kemarahan diri dan bersikap adil dan taqwa dalam berbagai-bagai situasi, peperangan, kekalahan maupun kemenangan. Allah Taala sebagai contohnya pada ayat ke 2 surah al-Ma'idah membimbing golongan beriman agar mengawal kemarahan mereka terhadap pelbagai penindasan musyrikin termasuk menghalang mereka mengunjungi Masjidilharam. 

Setelah kemenangan Islam menguasai Mekah dan pada waktu golongan Musyrikin masih dibenarkan mengunjungi Masjidilharam, golongan beriman dibimbing oleh Allah Taala agar mengawal kemarahan mereka dan mengekang diri mereka dari membalas dendam terhadap  Musyrikin yang mengunjungi Masjidilharam. Tanggungjawab dakwah yang mereka pikul menuntut mereka agar sentiasa berakhlak mulia dan menjaga husnul muamalah (hubungan mulia) terhadap setiap manusia. 

Mereka dididik oleh Allah untuk mempamirkan betapa Islam itu adalah Deen yang melindungi semua manusia berasaskan perkongsian keadilan dan kemuliaan akhlak dalam kehidupan di dunia. Tidak ada pilih bulu dan tidak ada pilih kasih dalam soal tersebut. Firman Allah Taala menegaskan keperluan golongan beriman disebalik kemarahan mereka agar tabah dan tetap berakhlak mulia dalam hubungan mereka kepada golongan yang kafir apatah lagi kepada golongan beriman. Itulah kekuatan Islam dan keindahannya yang mendorong penghormatan dan penerimaan sesiapa pun terhadapnya. 

Keupayaan golongan beriman pula mendepani segala situasi dengan akhlak yang mulia dalam hubungannya kepada seluruh manusia itulah ciri yang menjadikan mereka harapan manusia sepanjang zaman. 

Saya benar-benar tidak dapat menyembunyikan perasaan duka cita apabila membaca artikel yang menyamakan para amilin PAS yang melakukan kesilapan sebagai Abu Jahal yang memusuhi Islam. Saya duka cita dengan kebiadapan tersebut. Ia bukanlah dari Islam dan bukanlah untuk Islam. 

ZULKIFLI ISMAIL MUHAMMAD 
AJK Kerja Dewan Ulama PAS Pusat.  

29 June 2015

NAJIB/UMNO TELANJANGKAN KELEMAHAN DIRI TANGGUHKAN PEMILIHAN


Najib sekali lagi menggunakan peraturan menangguhkan pemlihan Umno selama 18 bulan bagi memastikan kedudukannya tidak gugat. Ternyata keputusan penangguhan itu adalah talian hayat penyelamat kepada Najib yang semakin terhimpit dengan isu 1MDB, Tabung Haji dan terbaru MARA.


Najib benar-benar takut kepada bayang-bayangnya sendiri. Dia terbayang-bayang dan mengigau bahawa akan ada orang yang akan bertanding jawatan Presiden menentangnya jika pemilihan itu diadakan mengikut jadual. Beliau merasakan akan kalah, sebelum masuk bertanding pun beliau sudah takut.

Agak-agak tuan siapa yang akan bertanding melawan Najib untuk jawatan Presiden parti PEKEMBAR Baru ini???? Takkan tidak boleh teka dan serkap jarang kot. 

28 June 2015

6,000 RAKYAT DISIKSA UNTUK SELAMATKAN MAS??

Inilah nasib rakyat. Semasa PRU sokongan ditagih tetapi bila jauh dengan PRU kebajikan mereka diabaikan.
Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata langkah Khazanah Nasional Berhad mengurangkan kakitangan MAS sebagai salah satu asas utama pelan itu perlu diteruskan walaupun berdepan dengan ancaman mogok oleh Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) dan tiada sebab mengapa langkah itu perlu ditarik balik.
Dr Zainal dari Pusat Pengajian Kerajaan Universiti Utara Malaysia berkata para pekerja sewajarnya menerima hakikat MAS secara teknikalnya pun muflis seperti yang dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Christoph Mueller baru-baru ini dan perberhentian pekerja adalah opsyen yang muktamad.
Kenyataan beliau dipetik dari TMI.

BENDERA UMNO DALAM MASJID ...TAHNIAH UMNO

Cuba anda teka masjid mana ini??? Bendera Umno pun ada dalam masjid. Agaknya di sini dalam masjid dah boleh berpolitik.

Syabas Umno .....lepas ini bolehlah PAS dan Parti Islam Baru berpolitik dalam masjid.

IMPORT LEBIH RAMAI PEKERJA BANGLA, ADA UDANG SEBALIK MEE KE??

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempergiat penguatkuasaan bagi mengesan kira-kira 2 juta pendatang asing tanpa izin yang bekerja secara haram di seluruh negara ini, kata menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
    
Beliau berkata usaha itu dilaksanakan secara bersepadu menerusi kerjasama Jabatan Imigresen, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan beberapa agensi lain.
    
"Sebelum kita bawa masuk kira-kira 1.5 juta pekerja yang mempunyai dokumen sah dari Bangladesh, kita akan bawa keluar terlebih dahulu warga asing tanpa izin yang berada dalam pasaran kerja di negara ini.
    
"Dalam usaha itu, kita juga akan meminta kerjasama daripada pihak kedutaan-kedutaan berkaitan," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Penerepan Nilai-nilai Murni bersama warga KDN di Tawau, semalam.
    
Ahmad Zahid berkata usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membawa masuk pekerja dari Bangladesh adalah bagi memenuhi permintaan pasaran terhadap kekurangan pekerja di sektor perladangan, pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan.

"Oleh itu, perkara ini tidak seharusnya dipolitikkan...ia bukan kebanjiran pekerja kerana kita akan keluarkan terlebih dahula warga asing tanpa izin sebelum kita membawa pekerja yang mempunyai dokumen lengkap.
    
"Tidak ada negara yang mengizinkan mana-mana pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen sah atau tidak tinggalkan negara selepas tamat tempoh visa atau tempoh tinggal dalam negara itu," tegas beliau.
    
Khamis lepas, Ahmad Zahid berkata kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor.

Ada udang sebalik mee, import ramai-ramai Bangla ni?????

TIADA BANTUAN DARI KERAJAAN UMNO/BN, TETAPI ADUN PAS BERJAYA BERBAKTI PADA RAKYAT




Adun Bukit Baru, YB Dr Khalid Kassim terus berbakti kepada rakyat. Sejak dari semalam 10 Ramadhan hingga beberapa hari lagi beliau terus menjelajah seluruh Dun Bukit Baru menyampaikan sumbangan kepada rakyatnya. Semuanya atas titik peluh pihak beliau dan rakyat, tiada sedikitpun bantuan dari kerajaan Umno/BN.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter