SEGERAKAN PENUBUHAN PARTI BARU!!


Ramai berpendapat bahawa bekas pemimpin-pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan awal bulan Jun harus menubuhkan parti baru dengan seberapa segera yang mungkin. Menurut mereka perkara ini penting bagi memastikan momentum rakyat yang memberikan sokongan kepada PR pada PRU 13 lalu dapat dikekalkan.

Kalangan pemerhati politik melihat bahawa kekalahan pemimpin-pemimpin seperti Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Mahfuz dan lain-lain pada pemilihan lepas adalah bukan secara kebetulan malah ianya telah dirancang awal-awal lagi oleh kumpulan lawan mereka. Jika tidak masakan mereka boleh tewas secara berkumpulan, di mana hanya Mazlan Aliman sahaja yang terpilih. Yang lain semuanya tersungkur ditangan para perwakilan yang jelas sudah seolah-olah tidak dapat lagi menerima pemimpin-pemimpin terbabit ini secara total.

Mereka tewas kepada calon-calon yang ada antaranya tidak dikenali tetapi kerana adanya gerakan terancang maka orang seperti itu pun boleh menang dan dipilih oleh perwakilan. 

Pemilihan itu juga dilihat begitu kotor jika diukur dari standard etika pemilihan PAS pada muktamar-muktamar sebelum ini. Awal-awal lagi FB rasmi sebuah sayap parti yang berpengaruh menyenaraikan calon-calon yang mesti dipilih oleh perwakilan ditambah pula dengan edaran 'chai' tanpa segan silu dilakukan sebelum dan ketika pemilihan berlangsung. Gambar-gambar yang menjadi bukti ujud 'chai' jelas dimuatkan oleh portal-portal berita dan media sosial pada masa pemilihan sedang berlangsung. 

Malah perwakilan jelas begitu terpengaruh dengan 'kempen' yang dilakukan oleh pihak yang menang. Pemimpin yang tertinggi parti pun mengeluarkan kenyataan terbuka memberi katadua kepada perwakilan samada ingin memilih pemimpin yang setia DAP atau pemimpin yang setia kepada PAS.

Lebih awal lagi ketika pemilihan di peringkat Kawasan, calon-calon yang tidak sehaluan telah dicantas dan ditewaskan dengan kerja-kerja lobi, kempen dan fitnah yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan tertentu. Hasilnya pemimpin seperti Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin, Dr Rani Osman, Adly Zahari tersungkur di kawasan masing-masing. Perwakilan yang mewakili PAS Kawasan dan Dewan-dewan diatur bagi memastikan mereka mengundi kumpulan yang menang. 

Media baru dan media sosial digunakan sepenuhnya untuk mencincang lumat 'pengkhianat-pengkhianat' ini dengan label dan gelaran yang sinis dan menyakitkan. Ini semua kerja-kerja yang dipelopori oleh Umno kini berjangkit ke dalam PAS.

Tidak cukup dengan itu selepas keputusan diumumkan, pemimpin atasan PAS mengeluarkan kenyataan yang pedih di mana mereka menyatakan bahawa kekalahan pemimpin-pemimpin ini adalah proses penapisan ertinya pemimpin-pemimpin yang tewas seolah-olah tidak berguna dan tiada nilai malah mungkin sebagai pengkhianat parti.

Tidak dapat dipastikan apa sebenarnya sebab mereka ini disingkirkan dengan begitu drastik. Siapa dalang dan 'mastermind'nya dan siapa pula yang menjadi Sponsornya. Mungkinkah adanya tangan-tangan ghaib yang menjadi pencatur dan pengarah kepada gerakan 'menghapuskan' pemimpin-pemimpin yang tewas tersebut.

Ada juga yang mengkategorikan kekalahan ini sebagai proses 'ethnic cleasing' yang mahu membebaskan PAS dari pemimpinan yang tidak sehaluan dan sependapat dengan Presiden dan Ulama'. Ini berdasarkan kenyataan pimpinan sayap parti yang menyatakan, sukar untuk Presiden membuat keputusan dalam mesyuarat kerana bilangan pimpinan yang tidak sependapat dan sehaluan dengan Presiden lebih ramai dalam AJK PAS Pusat sebelum ini. 

Kini semuanya telah berlaku dan ianya sukar untuk diundurkan kebelakang. Ada yang menyatakan mengapa mereka yang kalah tidak menerima kekalahan itu seperti sebelum ini. Rata-rata mereka ramai yang merasai kekalahan dalam pemilihan tetapi tiada yang melompat seperti sekarang. Jawapannya mudah, kekalahan sebelum ini adalah kekalahan dalam proses pemilihan yang biasa dan tiada gerakan dan perancangan seperti yang berlaku baru-baru ini. Sebelum ini yang kalah pun tidak kalah secara blok macam ini. Tetapi kali ini jelas sekali ianya dirancang dengan teliti sejak dari pemilihan cawangan, dewan-dewan dan Kawasan sehingga semuanya 'ghoibul ghuyub'.

Hati mana yang tidak terguris, perasaan mana yang tidak terkesan dengan gelaran dan kenyataan-kenyataan yang menusuk kalbu di atas. Selepas dihinjak dan dibenamkan, beberapa orang dari mereka dilantik menjadi AJK Pusat antaranya Salahuddin, Mahfuz dan Taufik Abdul Ghani. Namun sehingga kini ketiga-tiga mereka masih mengeluarkan kenyataan menerima atau menolak perlantikan itu.

Tidak ada gunanya lagi mereka untuk terus menjadi penumpang di dalam PAS, kerana khidmat dan sumbangan mereka sudah tidak diperlukan. Malah jika inilah perangai pimpinan PAS iaitu tidak boleh menerima kepelbagaian pendapat dan pandangan, tidak mustahil perkara yang sama akan berulang pada pemilihan akan datang. Mana-mana pimpinan yang tidak sehaluan akan menerima nasib yang sama dengan pemimpin-pemimpin yang tewas baru-baru ini. 

Dari riak dan geraklaku pemimpin-pemimpin yang tewas itu jelas mereka sebenarnya sedang merancang tindakan tertentu bagi meneruskan kerjaya politik mereka. Ramai pemerhati politik  yakin pemimpin-pemimpin yang tewas itu mempunyai karisma dan skil masing-masing yang memungkinkan kesinambungan perjuangan mereka akan terus bersinar.

Parti baru yang ditubuhkan kelak diharap dapat diterima oleh DAP dan PKR untuk membentuk Pakatan Baru. Usaha ke arah penubuhan parti baru dilihat masih terus berjalan dan tanda-tanda ianya diterima baik oleh DAP dan PKR jelas kelihatan.

Jika ianya benar-benar berlaku maka satu lagi sejarah dicatatkan. Politik Malaysia akan melalui satu lagi era iaitu era pasca PR dengan memasuki era baru iaitu era Pakatan Rakyat 2.0.

Kita sama-sama tunggu dan lihat .................

~ Pemerhati Politik

Tulisan ini tidak ada hubungkait dengan blog ini. Ia hanyalah pandangan peribadi penulis. Kami hanya menyiarkannya sebagai satu cara untuk kita mengkaji dan menilai perkembangan politik yang berlaku.  

Comments

Anonymous said…
Aku dh meluat dgn pas ni!!! Pasal pas la konsert charlesbeg kna haram kt serdang, tnsion aku. Harap ada parti islam baru yg lembut dgn dap! !
Malaysiabaru said…
Mohon mat sabu anjurkan bersih 4.0

Untuk bersihkan pembangkang dari ularrrmak sesat
Unknown said…
Kami, ahli2 PAS sebulat suara nekad akan keluar dari PAS. Kami tak mau G18 terutamanya Mahfuz, Salahudin dan rakan2 G18 yg lain dok main tarik tali. Jangan jadi DAYUS. Lihatlah ketokohan Abg Mat, singa lari lintang pukang dengar jerkahan abg Mat. Cuma yg masih mabuk TODI dok terasa peningnya. Auw...
Anonymous said…
Parti BARU akan akan kuat kerana
1.Dipimpin pemimpin berpengalaman
2.Didokong sokong oleh PKR dan DAP
3. PAS hilang identiti sebagai parti yang berasaskan Islam apabila membiarkan "budaya kempen kotor dan penuh fitnah" dalam pemilihan parti ...
MEMBANGUN BERSAMA KEPIMPINAN CAI yg penuh dgn akhlak membarua, mentolol dan menjebonkan orang lain. Saya menyeru ahli PAS lepas lah jawatan anda dlm sebarang post dengan DAP di Pulau Pinang dan Selangor sebagai bukti masih bermaruah dan bertelur demi memenuhi kehendak dewan ulama/muktamar.

Duvid ka maruah ka
saidmusa said…
Banyak impplikasinya jika tubuh parti baru. Terimalah kekalahan itu sebagai proses muhasabah diri selama berpuluh tahun menggerakkan jemaah/parti. Cuba renungkan kembali ketika pimpinan yang menang ini, pernah juga tewas dalam pemilihan pada sesi-sesi yang lalu. Kenapa mereka tidak tubuhkan parti baru. Yang tubuhkan kita pun apa terjadi dengan semuanya. Tinggal dalam lipatan sejarah PAS sahaja. Mohon ampun dan jadilah umat yang pemaaf. Bukankah Rasullullah S.A.W. telah tunjukkan contoh yang baik dalam peristiwa Fathul Mekah. Ampunkan Hindon yang membunuh bapa saudara nabi Sayyidina Hamzah penghulu para syuhada. Yang kita ni hidup lagi dan boleh mencari peluang pada sesi yang akan datang dan yang paling penting niat kita mesti betul. Itulah sedikit nasihat daripada seorang ahli lama sejak tahun 1976. Saya ketika itu seorang kakitangan sementara kerajaan. Pernahlah ditukarkan tempat kerja setelah diketahui keaktifan saya dalam jemaah/parti yang ketika itu PAS tidak diterima oleh masyarakat dan keluarga sendiri. Wallahualam.
Anonymous said…
Mari kits ramai ramai hancurkan PAS
Anonymous said…
Tindakan penulis selaku ydp bkt katil pada satu ketika dgn pc nya menyatakan bahawa bukit katil akan tetap bersama dap juga merupakan satu kenyataan mendahului pimpinan.
apa yg ditulis ini juga meupakan kedudukan sebenarnya diri penulis. Semoga sofi juga akan mengikut jejak langkah kumpulan G18 kerana itu adalah hasratnya
Anonymous said…
kurang berfaedah... teruskan beristiqomah dengan perjuangan
Anonymous said…
Biarkan anjing2 dan serigala2 PasUG menyalak sakan, kabilah2 wadah baru teruskan perjuangan.