CURI DUIT : HARAP PM NAFIKAN DENGAN FAKTA DAN ANGKA

Perdana Menteri, Najib Razak wajib menafikan laporan Wall Street Journal (WSJ) semalam yang mendakwa AS$700 juta daripada dana 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri melalui proksi.

Penafian itu bukan hanya dengan ungkapan penafian semata-mata tetapi mestilah dengan fakta dan angka. Buktikan nombor akaun dan pemunya akaun bukan miliknya, buktikan ke mana wang 1MDB itu disalurkan dan yang pentingkan buktikan bahawa wang 1MDB tidak diselewengkan.

Selagi semua itu tidak dibuktikan dengan jelas dan sistematik maka tuduhan itu tetapi menjadi perkara yang tergantung dan sesiapa sahaja boleh mengaitkan beliau.

Dalam penafiannya semalam yang disiarkan di media, Najib menyangkal dakwaan itu, dengan menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengambil wang kerajaan untuk kepentingan peribadi.

Katanya, beliau tidak pernah mengambil dana untuk kepentingan peribadi seperti yang didakwa oleh musuh-musuh politiknya - sama ada dari 1MDB, SRC International atau entiti yang lain, seperti yang disahkan oleh syarikat-syarikat berkenaan.

Najib berkata dakwaan terbaru adalah sebahagian daripada siri dakwaan "yang tidak berasas dan keterlaluan" yang dibuat terhadap beliau dan keluarganya.

Beliau seterusnya menuduh Tun Mahathir sebagainya orang yang berada di belakang tuduhan itu. 

Benar atau sebaliknya tuduhan itu, rakyat menuntut supaya Najib tampil membersihkan namanya secara jujur, berfakta dan berangka dengan mengemukakan bukti kukuh. Pada masa yang sama rakyat menuntut supaya Polis dan SPRM segera memanggil Najib untuk disiasat. Bukannya hanya menyiasat pihak yang menuduh seperti yang berlaku sebelum ini. 

Comments