.

.

07 September 2012

JAGA-JAGA, DIA DATANG DENGAN UMPAN-UMPANNYA

Dia datang, dengan 'umpan-umpannya', dia datang dengan 'habuan-habuannya'. Begitulah apabila setiap kali pilihanraya datang tidak kira PRU atau PRK maka beginilah perangai pemimpin Umno/BN datang berjumpa rakyat membawa pelbagai buah tangan dan janji yang jumlahnya berjuta-juta ringgit. Maka ramailah juga rakyat terperangkap dan tertipu untuk kesekian kalinya. Padahal mereka hanya memberi umpan yang bersifat sementara dan lebih malang harganya tidak seberapa.

Sepatutnya politik seperti ini sudah lama dikuburkan di Malaysia. Rakyat bukannya mahu 'umpan' tetapi mereka mahukan pancing yang bisa menolong mereka untuk berdiri di atas kaki sendiri. (berdikari). Malangnya kerajaan yang ada hari terus 'memperbodohkan' dan menghina rakyat dengan pemberian barangan, duit dan sebagainya untuk meraih sokongan. Ada yang dapat kain pelihat sehelai atau kain batik sehelai bukan main gembira lupa kepada bai'ah dan kj

Sedangkan sepatutnya rakyat diberikan pancing untuk berusaha rezeki sendiri tanpa menjadi peminta sedeqah atau orang

06 September 2012

PENGUNDI KELANTAN PENGKHIANAT?

Maka berkatalah Ketua Penerangan Umno Kelantan, Alwi Che Ahmad bahawa kebanyakan pengundi bandar pulang ke Kelantan menggunakan kemudahan yang diberi BN, tetapi mengundi parti PAS.

Inilah 'standard' minda pemimpin Umno samada di peringkat bawah atau pusat. Mereka hanya melihat kebendaan semata-mata. Mereka mahu supaya rakyat berminda seperti mereka iaitu politik hanyalah untuk kebendaan bukannya kebenaran.

Mereka lupa bahawa rakyat sudah berubah sejak 2008 di mana rakyat mula sedar akan pentingnya politik bukan hanya politik kebendaan tetapi mereka mahu politik demokrasi, telus, beramanah, bersih, bertanggungjawab, bebas rasuah dan berkebajikan.Terbukti rakyat bukan hanya yang tinggal di bandar malah seantero Malaysia sudah mempunyai kesedaran politik yang tinggi. Mereka sudah mampu membuat pilihan dan membezakan intan serta kaca, hak dan batil.

Sebab itu Umno/BN mula terasa bahawa mereka akan kalah, sebab itu mereka sedang berusaha sedaya upaya samada dengan cara yang halal atau haram untuk memastikan tampuk pemerintahan kekal di tangan mereka.

Najib sudah beberapa kali berkata bahawa Umno/BN akan mempertahankan Putra Jaya ...........


TAMRIN JEMPUT PEMIMPIN UMNO MELAKA HADIRI CERAMAHNYA

Jemputan rasmi En Tamrin kpd yg berkenaan.. A'kum YB Sdr. Dato Wira2 Othman Mohd dan Ahmad Hamzah dan Keluarga dan Ahli2 Mubarak Melaka dan Ahli2 UMNO dan media saya dng rendah hati menjemput Sdr2/ sdri2 semua hadir ke Majlis Ceramah Khas saya bersama Sdr. Mat Sabu d Serkam Darat Melaka pada jam 9 mlm hari esok Jumaat 7/9 ini berhubong tindakan saya meninggalkan UMNO dan kenyataan berhubong Allahyarham ayahanda Tun Ghafar. TK. Mohon d panjangkan jika boleh. Tamrin Tun Ghafar

04 September 2012

SEDIH : RAMAI TAK GANTUNG JALUR GEMILANG

Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita berasa sedih dan sayu kerana tidak ramai rakyat yang mengibarkan Jalur Gemilang di rumah maupun pada kenderaan mereka. Keadaan ini berlaku sejak tiga empat tahun ini. Apa puncanya?

Ramai beranggapan bahawa semangat patriotik rakyat semakin hari semakin pudar kerana sikap pemerintah yang seolah-olah menjadikan sambutan HarI Kebangsaan sebagai acara untuk berkempen bagi parti mereka  bukan lagi untuk meraikan Hari Kemerdekaan negara. Tokoh-tokoh yang disanjung dan diraikan pun semuanya tokoh-tokoh parti mereka sedangkan di sana ada pejuang-pejuang sejati yang menentang penjajah seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Bahaman, Tok Gajah, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh dan sebagainya. Namun nama-nama besar ini dikesampingkan.

Lebih teruk lagi tahun ini kerajaan menggunakan tema Janji Ditepati suatu tema yang langsung tidak berkait dengan semangat kemerdekaan dan patriotik sebaliknya ia seolah-olah memaksa rakyat supaya mengaku bahawa semua janji Umno/BN telah ditepati. Sedangkan rakyat berada dalam kesusahan dan keperitan sekarang. Tidak pernah berlaku sebelum ini rakyat menentang Tema Hari Kebangsaan. Pembangkang juga sebelum ini tidak pernah mencipta dan menggunakan tema Hari Kebangsaan mereka sendiri. Tetapi tahun ini jelas tema itu adalah tema politik kempen BN maka sudah pastilah ia tidak sesuai digunakan.

Kerajaan BN lupa bahawa rakyat yang menyokong mereka dan PR adalah lebih kurang sama sahaja jumlahnya. Malah di Semenanjung sokongan rakyat kepada PR mengatasi BN. Mereka lupa bahawa sambutan Hari Kebangsaan semestinya diraikan oleh semua lapisan rakyat merentasi ideologi politik, bangsa, agama dan warna kulit. Namun sehingga ke hari ini parti-parti bukan Umno/BN tidak dijemput untuk bersama-sama dalam perbarisan menyambut Hari Kebangsaan seolah-olah mereka adalah kaum pendatang tanpa izin (PATI).

Jadi siapa yang harus dipersalahkan jika rakyat tidak mahu mengibarkan Jalur Gemilang dan menjauhkan diri dari sambutan Hari Kebangsaan ...........rakyat salah atau kerajaan Umno/BN salah?

Nukilan : Pencinta Jalur Gemilang

03 September 2012

APA PESAN TUNKU UNTUK AHLI UMNO?

Ahli Umno harap dapat dengar pesanan Almarhum Tunku Abdul Rahman yang dirakamkan pada tahun 1988.

Apa komen beliau terhadap Umno Baru dan saranan kepada semua ahli Umno. Banyak yang diperkatakan oleh Tunku mungkin tidak pernah didengar oleh generasi muda dan tua Umno yang totok menyokong Umno sekarang sedangkan Umno yang ada ini adalah Umno Baru yang ditubuhkan oleh Mahathir tahun 1988.


UMNO TERNAK RAKYAT JADI BIADAP?

Naib Presiden PAS, Dato Hj Mahfuz Omar kesal dengan sikap Perkasa(m) yang langsung tidak menghormati Majlis Agama Islam Kedah dan masjid dengan menggangu program tazkirah di Masjid Pumpong, Alor Setar semalam.

"Inilah kejayaan 55 tahun Umno menternak rakyat untuk menjaga kepentingan mereka. Umno gagal mendidik rakyat, tapi mereka ternak rakyat untuk bersikap biadab," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Mahfuz Omar berkata, insiden itu sangat memalukan dan menunjukkan sikap mereka yang tidak menghormati majlis agama.

"Perbuatan ini sangat memalukan dan merupakan penghinaan kepada rumah Allah, tempat ibadat dibaling kasut ketika orang ramai sedang mengimarah masjid dengan mendengar tazkirah.

"Mereka yang diupah tak hormat imam masjid walaupun berkali-kali imam memberitahu bahawa beliau yang memberi kebenaran untuk majlis tazkirah itu," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Mahfuz yang turut berada berada dalam majlis tersebut turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau.

Beliau juga melahirkan rasa sedih dengan sikap biadab orang Islam sedangkan orang bukan Islam turut berada di luar masjid dan mendengar tazkirah yang disampaikan.

"Tapi ada orang Islam yang menggunakan Perkasa, yang bukan qariah tempatan melakukan perkara yang memalukan.

Tindakan sekumpulan samseng yang menyerang majlisitu juga merupakan suatu penghinaan kepada rumah ibadah.

Samseng yang dipercayai ahli Perkasa itu menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di dalam Masjid Al Husin.

SAH DAP ANTI MELAYU, SEBAB ITU TAJUDDIN SERTAI DAP?


JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri yang memiliki latar belakang akademik tinggi mengambil keputusan menyertai DAP bagi membuktikan parti berkenaan adalah untuk semua rakyat Malaysia.

Prof Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi bersama isterinya, Norhayati Yusof memilih parti itu untuk menjelaskan bahawa DAP bukanlah untuk bukan Melayu sahaja.

Mohamad Tajuddin berkata, serangan segelintir pihak terhadap DAP kononnya parti itu anti-Melayu dan anti-Islam mahu ditanganinya secara ilmiah.

“Saya tidak terlalu minat bidang politik dan orang parti. Cuma saya agak kurang senang terhadap serangan segelintir pihak kepada rakan-rakan bukan Melayu khususnya dalam DAP bahawa mereka anti-Melayu dan anti-Islam.

“Sebagai seorang ahli akademik, saya mahu perkara ini diperbetulkan dan saya mahu menjadi ‘jambatan’ antara orang Melayu dan bukan Melayu seterusnya mengajak bersama menyertai DAP,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Bilik Gerakan DAP Dewan Undangan Negeri (Dun) Stulang di Taman Maju Jaya, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Publisiti DAP merangkap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Pengerusi DAP Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Dr Boo Cheng Hau dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Tajuddin berkata, penyertaan dalam DAP sebagai ahli biasa membuktikannya percaya kepada kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuklah parti komponen lain iaitu Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya juga hormat satu atau dua pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana mereka orang yang bertanggungjawab.

“Akan tetapi, saya memilih untuk menyertai DAP. Tambahan pula, saya kenal dengan rapat Dr Boo selama beberapa tahun malah percaya dengan kepimpinan beliau,” katanya.

Sementara itu, Norhayati yang merupakan bekas guru berkata, penyertaan dalam DAP dengan mengikut jejak suami merupakan percubaan baru dalam kehidupannya.

“Sebab saya masuk DAP adalah kerana saya mahu memberitahu kepada rakyat bahawa DAP bukanlah parti untuk bangsa Cina dan India sahaja, sebaliknya untuk semua.

“Ini kerana kebanyakan masyarakat mempunyai persepsi DAP adalah untuk bukan Melayu sahaja. Oleh itu, menerusi penyertaan ini, saya mahu rakyat Malaysia buka hati dan minda untuk menerima DAP,” katanya.

Sumber : SHarian.

Sudah berbuih-buih mulut pimpinan DAP menafikan bahawa DAP anti Melayu dan parti perkauman. Malah ianya sudah lama dibuktikan dengan lahirnya pimpinan Melayu DAP seperti Allahyarham Ahmad Nor, Fadzlan Yahaya, Allahyarham Tan Kassim, Tunku Aziz, Tengku Puri dan sebagainya.

02 September 2012

VIDEO KEJADIAN SERANG MASJID KETIKA ANWAR BERI TAZKIRAH

Masjid pun dia orang serbu dan kacau ketika tazkirah maghrib disampaikan oleh Anwar malam ini.

Kejadian berlaku di Masjid Seberang Pumpong, Alor Setar. Dahsyat depa ni ...................

Geng Perkasa ini membuat bising siap dengan hailer sekali ............

DAP PERINTAH : TAHLIL DAN BACA YASSIN TAK BOLEH?

Sekali lagi Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam mengeluarkan kenyataan cerdik. Kali ini Ali dilaporkan berkata jika DAP perintah, orang Islam tak boleh tahlil dan baca Yassin.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dalam facebook menulis bahawa Datuk Ali kata, orang Islam tak boleh Tahlil dan baca Yasin kalau DAP perintah. 

"Saya cadang Datuk Ali pi Pulau Pinang dan buat program Tahlil dan Yasin tujuh hari tujuh malam tanpa henti!" ujar Adly.

Ternyata kenyataan Ali sama sahaja dengan kenyataan guru kemas dan JKKK kampung...memalukan negeri Melak a sahaja. Samalah juga dengan kenyataan Ahli Parlimen Bukit Katil, Mat Sirat di Surau Taman Pengkalan Jaya tidak lama dahulu yang mendakwa azan tidak boleh dikumandangkan di Pulau Pinang.

Mereka ingat rakyat begitu bodoh mempercayai penipuan mereka bulat-bulat. Kenyataan mereka membuktikan betapa rendahnya minda pimpinan Umno/BN khususnya di Melaka. Rakyat bukannya tidak tahu bahawa peruntukan untuk hal ehwal Islam di Pulau Pinang dinaikkan dari RM12 juta zaman BN perintah kepada RM64 juta sekarang. Guru-guru KAFA dapat elaun tambahan dan para Hafiz juga mendapat elaun sumbangan kerajaan Pulau Pinang.

POLITIK GANAS, LUCAH, PERKAUMAN DAN FITNAH

Akibat tidak berjaya menyaingi PR dengan hujah dan tindakan, Umno/BN menggunakan senjata turun temurun mereka iaitu ganas, lucah, perkauman dan fitnah untuk mendapat sokongan rakyat. Terbaru bas jelajah merdeka PKR pula jadi sasaran pihak tidak betanggungjawab.

Bas yang disewa oleh Tan Sri Khalid Ibrahim untuk kegunaan jelajah merdeka di serang oleh samseng di Kota Baharu. Cermin disimbah dengan cat merah. Mengapa begitu dengki puak-puak itu kepada bas tersebut.

Selain itu timbul pula fitnah baru di mana ada pihak tertentu cuba mengaitkan kes sumbang mahram di Pahang dengan pimpinan PR sedangkan perkara itu tidak ada kena mengena dengan PAS, PKR dan DAP Pahang. Orang yang dituduh itu bukannya ahli parti komponen PR. Tetapi media pencacai tidak mahu berterus terang terus mengiatkannya dengan pimpinan pembangkang. Lebih baik dinamakan secara terang-terang siapa individu yang terlibat itu.

Jelas akibat sudah tidak ada idea untuk berhadapan dan berhujah dengan PR mereka akhirnya kembali menggunakan taktiik kuno mereka yang hanya relevan digunakan pada era 60an-90an sahaja. Hakikatnya rakyat Malaysia sekarang semuanya cerdik dan mempunyai maklumat terkini dan tepat yang diperolehi dari sumber alternatif iaitu internet.

Janji Ditepati: Beranikah Najib bubar parlimen kali ini

Ah Jib Gor dika.takan sangat 'happy' kerana :ramai yang hadir pada upaca,ra sambutan Hari Janji Dipepati BN yang penuh makam 31 Ogos lalu. Persoalannya beranikah Ahi Jib Gor bubarkan parlimen yang semain hamoir menujubedahnya.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter