.

.

06 October 2012

BN PERINTAH : RAKYAT SABAH 'PALING' KAYA?

Pendapatan isi rumah Bumiputera di Sabah berjumlah RM2,800, jauh di belakang purata pendapatan isi rumah Bumiputera di seluruh negara sebanyak RM3,624 .

Purata pendapatan isu rumah rakyat Malaysia di seluruh negara berjumlah RM4,025.

Pendapatan Bumiputera Sabah itu hanya 23 peratus daripada pendapatan purata semua Bumiputera dan 30 peratus pendapatan purata seluruh rakyat Malaysia.

Pendapatan purata isi rumah untuk Bumiputera dan semenanjung masing-masing sebanyak RM3,784 dan RM3,217.

Maklumat ini diperoleh melalui tinjauan Jabatan Perangkaan pada 2009, yang disampaikan di Parlimen sebagai jawapan bertulis kepada Teo Nie Ching (DAP-Serdang) minggu lalu.

Tinjauan itu dijalankan dua kali dalam tempoh lima tahun. Kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2009.
NONE

Pandai sungguh BN memerintah sehingga Sabah menjadi 'johan' Pendapatan Isi Rumah tertinggi.

05 October 2012

SABAH BAKAL JATUH PADA PR?

BN berada dalam keadaan genting di Sabah. Tinjauan awam mendapati, tahap kepuasan pengundi terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman jatuh bawah 50 peratus walaupun kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih kekal tinggi.

azlanTinjauan Merdeka Center mendapati tahap kepuasan pengundi terhadap Musa jatuh daripada 60 peratus pada November 2009 kepada 45 peratus pada September 2012.

Jika dibahagikan berdasarkan etnik, mengejutkan apabila pengurangan mendadak 21 peratus berlaku di kalangan responden Bumiputera Islam daripada 72 kepada 51 peratus.

Populariti Najib masih stabil apabila 75 peratus responden berpuas hati dengannya berbanding 77 peratus pada 1999.

Perkembangan itu selari dengan kepuasan pengundi terhadap kerajaan yang mencatatkan angka 56 peratus - turun enam peratus daripada sebelum ini. 

Dapatan itu merupakan yang kedua dan terakhir daripada tinjauan pandangan yang dijalankan antara 6 hingga 17 September untuk mengukur tanggapan pengundi terhadap perkembangan terkini di Sabah.

Kedudukan menambahkan derita Najib.Sudah tentu Najib semakin takut untuk membubarkan parlimen disebabkan hasil kajian ini. 

04 October 2012

KENDURI MEGA : ENGKAU TAK ADA DUIT SENYAP SUDAH LA!!!

"Engkau orang kalau tak ada duit senyap sudah lah. Jangan dok bising-bising tuduh orang rasuah dan sebagainya."

"Alah dia orang tu dengki tak boleh tengok orang senang. Apa salahnya dia nak buat kenduri mega, nak pakai duit sapa pun dia kan Ketua Menteri, kalau awak jadi Ketua Menteri, awak pun sama."

"Kita tak kisah malah kita bangga pemimpin kita banyak duit dan boleh buat kenduri besar dan hebat sampai masuk rekod, kita bangga sebab dia pemimpin Melayu, dari mana dia dapat duit, kita tak usah ambik tahu, dia Ketua Menteri dah tentu dia kaya".

Itu antara ungkapan-ungkapan yang keluar dari mulut rakyat Melaka ketika ditanya tentang kenduri kahwin ultra membazir yang dianjurkan oleh Ali Rustam Ketua Menteri Melaka.

Patutlah Ali Rustam tak kisah sebab buat apa pun rakyat seperti di atas tu tak ambik pot. Lingkup negara kalau rakyat semua macam di atas tu.

Kenduri kahwin anak Ali Rustam Ahad lalu dihadiri kira-kira 130,000. Jika perbelanjaannya RM10.00 maka sudah tentu Ali Rustam berbelanja sebanyak RM1.3 juta. Dari mana dia dapat duit sebanyak itu????

02 October 2012

DEPOSIT RM700 JUTA : DARI MANA ANAK TAIB DAPAT DUIT SEBANYAK ITU?

Bekas isteri kepada anak Taib Mahmud iaitu Mahmud Abu Baker Taib mendakwa bekas suaminya itu mempunyai RM700juta wang dalam akaun banknya di seluruh dunia.

Banyak sungguh wang anak beranak Taib ini. Itu baru wang deposit dalam bankl belum kira harta, saham dan sebagainya.

Perkara itu didedahkan oleh Shahnaz Abdul Majid, bekas isteri kepada Mahmud Abu Bekir Taib  Persoalannya dari mana Mahmud dan keluarga mempunyai harta sebanyak itu.


Bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud itu menyifatkan ketua menteri Sarawak itu sebagai orang paling kaya di Malaysia, atau mungkin paling kaya di Asia Tenggara.

Shahnaz Abdul Majid, 49, berkata demikian semasa memberi keterangan berhubung aset bekas suaminya Mahmud Abu Bekir Taib  hari ini.

Dakwanya, Mahmud memiliki sebanyak 111 akaun di seluruh dunia, dengan jumlah deposit dianggarkan berjumlah RM700 juta.

Persoalannya sekarang dari mana anak beranak Taib ini mendapat wang sebegitu banyak??????

01 October 2012

WEDDING OF THE YEAR... BERAPA JUTA GAJI SEORANG KETUA MENTERI UNTUK BERJOLI SEMEWAH INI.?

Kehadiran tetamu ke majlis perkahwinan ini dicatat dalaam malaysia book of recorrd.. kehadiran tetamu dicatatkan melebihi 130 000 orang.. jika majlis perkahwinan di kampung melibatkan RM10.00 satu kepala... berapa banyak kos yang perlu disediakan untuk anak seorang ketua menteri? Tidakkah RM1.3 juta jumlahnya.

Dari mana Ketua Menteri dapat duit sebanyak itu untuk kenduri anaknya. Adakah ianya duit beliau sendiri atau duit siapa????

Apa yang pasti kita lihat jentera kerajaan bertugas pada kenduri tersebut ....Polis, JPJ, Bas awam dan sebagainya.
ALASAN KLASIK YANG AKAN DIGUNA PAKAI... KETUA MENTERI TELAH MENABUNG SEJAK DARI KECIL UNTUK PERKAHWINAN INI...

PASCA BAJET : RAKYAT TERUS TERBEBAN

Rakyat Malaysia sebenarnya bukan mahu bantuan secara 'one off' atau tetapi mereka mahukan dasar yang dapat meringankan beban jangka panjang. Mereka sebenarnya menunggu dasar kerajaan yang dapat meringan beban secara menyeluruh seperti penurunan harga minyak, pendidikan percuma, kesihatan percuma, harga barang yang rendah, tol dihapuskan dan sebagainya.

Bantuan 'one off' sebanyak RM500 itu tidak memberi kesan jangka panjang kerana wang sejumlah itu boleh dihabiskan dalam sekelip mata. Tetapi bayangkan jika kerajaan dapat menurunkan harga minyak, barangan, tol, pendidikan percuma dan sebagainya sudah tentu perbelanjaan rakyat semakin berkurangan. Jika dikira secara purata mungkin selama setahun rakyat boleh mengurangkan perbelajaan mereka dengan jumlah ribuan ringgit. Malangnya kerajaan BN tidak dapat memikirkan perkara ini.

Hanya pemimpin PR yang dapat menyelami denyut nadi rakyat dengan menggariskan pelbagai dasar yang nyata dapat meringankan beban dan kesulitan rakyat.

Tidak syak lagi rakyat wajib menukar kerajaan dengan mengundi PR pada PRU 13 nanti demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat masa depan.

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter