SABAH BAKAL JATUH PADA PR?

BN berada dalam keadaan genting di Sabah. Tinjauan awam mendapati, tahap kepuasan pengundi terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman jatuh bawah 50 peratus walaupun kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih kekal tinggi.

azlanTinjauan Merdeka Center mendapati tahap kepuasan pengundi terhadap Musa jatuh daripada 60 peratus pada November 2009 kepada 45 peratus pada September 2012.

Jika dibahagikan berdasarkan etnik, mengejutkan apabila pengurangan mendadak 21 peratus berlaku di kalangan responden Bumiputera Islam daripada 72 kepada 51 peratus.

Populariti Najib masih stabil apabila 75 peratus responden berpuas hati dengannya berbanding 77 peratus pada 1999.

Perkembangan itu selari dengan kepuasan pengundi terhadap kerajaan yang mencatatkan angka 56 peratus - turun enam peratus daripada sebelum ini. 

Dapatan itu merupakan yang kedua dan terakhir daripada tinjauan pandangan yang dijalankan antara 6 hingga 17 September untuk mengukur tanggapan pengundi terhadap perkembangan terkini di Sabah.

Kedudukan menambahkan derita Najib.Sudah tentu Najib semakin takut untuk membubarkan parlimen disebabkan hasil kajian ini. 

Comments