.

.

30 August 2014

PASTIKAN KEBAJIKAN 6000 PEKERJA MAS TERJAMIN

Khazanah Nasional mengumumkan pakej RM6 bilion untuk menyelamatkan Malaysia Airlines bagi membolehkan syarikat tersebut kembali menjana keuntungan dalam tempoh tiga tahun, atau menjelang 2017.

Rancangan 12 perkara itu melibatkan penubuhan satu syarikat baru untuk mengambil alih aset dan perniagaan syarikat lama, dengan pengurangan 30 peratus atau 6,000 pekerja.

Kita mengharapkan pekerja-pekerja yang diberhentikan tidak teranaiaya dengan pakej yang berat sebelah dan tidak munasabah.

Apa yang penting MAS mestilah berusaha sedata upaya supaya bilangan yang diberhentikan sangat minima. Mereka yang diberhentikan mestilah dibantu bagi mencari pekerjaan selain dari bantuan-bantuan lain seperti bimbingan perniagaan dan sebagainya.

Adalah tidak adil dan zalim jika mereka ini dibiarkan begitu sahaja tanpa bantuan.

28 August 2014

PAS TINGALKAN PAKATAN, BERGABUNG DENGAN UMNO???

Kenyataan Media YDP PAS Bukit Katil.

Ternyata kebimbangan amat sangat menjalar dalam pemikiran ahli-ahli PAS dan PR berikutan tindakan media-media pencacai yang memainkan isu PAS akan tinggalkan Pakatan Rakyat dan bergabung dengan Umno atau PEKEMBAR. 

Dari mana mereka cedok fakta ini tidaklah kita ketahui kerana ternyata isu ini sengaja di gembar-gemburkan pihak pencacai bagi mengeruhkan lagi suasana dalam PAS dan PR. Sebenarnya tidak berbangkit isu PAS akan bergabung dengan PEKEMBAR. Pendirian ini sudah dijelaskan oleh pimpinan PAS untuk kesekian kalinya, namun masih ada orang yang ragu-ragu dan gusar.

Tidak berbanngkit isu keluar dari Pakatan Rakyat. PAS tidak pernah menyatakan tidak setuju dengan cadangan dan keputusan PR dalam isu MB Selangor. Cuma PAS membuat penambahan dan pembaikan terhadap keputusan-keputusan PR dan ianya tidak bercanggah antara satu sama lain.

Berikut adaah fakta yang tidak boleh dinafikan :

1) PAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Isu keluar dari PR juga tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat.
2) PAS tidak pernah membuat kenyataan rasmi untuk bergabung dengan Umno/BN dan isu ini juga tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat.
3) PAS tidak pernah mengkhianati sahabat dalam semua tahalluf siyasi dan persepakatan sebelum ini samada dalam Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif. Sejarah membuktikan Semangat 46 yang keluar dari Angkatan Perpaduan Ummah dan DAP keluar dari Barisan Alternatif. Manakala semasa dalam Barisan Nasional, PAS ditendang keluar dari BN.
4) PAS sentiasa membuka pintu untuk berkawan dengan sesiapa sahaja demi untuk mencapai matlamat menentang kezaliman, rasuah, penyelewengan dan sebagainya.
Jadi isu PAS akan keluar dari PR dan bergabung dengan Umno tidak berbangkit.

~ Mohd Sofi Abdul Wahab (http://www.facebook.com/sofiwahabpj9)
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil

27 August 2014

PR BAKAR DIRI SENDIRI

Pakatan Rakyat mesti mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang mereka sendiri cipta. Sepatutnya isu penggantian Menteri Besar tidak menjadi masalah besar jika semua komponen Pakatan Rakyat berlapang dada dan saling hormat menghormati.

Apa masalahnya jika PKR dan DAP mencalonkan Wan Azizah Wan Ismail manakala PAS mencadangkan Wan Azizah dan Azmin Ali. Malah keputusan kedua PAS iaitu menyerahkan kepada kebijaksanaan DYMM Sultan Selangor untuk memilih calon yang layak untuk menjadi MB juga tidak sepatutnya menjadi polemik kerana ituah yag diamalkan oleh negeri-negeri di Malaysia sejak sekian lama.

Mengapa komponen-komponen PR melenting dan mengkritik parti sahabat apabila sesuatu keputusan dibuat oleh parti sahabat lain. Pendekatan ini merupakan suatu tindakan yang salah dan mencemarkan lagi nama P
R di mata rakyat. PR dilihat sebagai tidak sepakat, tidak bertolak ansur dan mementingkan diri sendiri.

Contohilah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa menggunakan bahasa-bahasa yang lunak dan professional bila membuat komen tentang parti-parti sahabat lain. Jangan kita termakan dengan mainan media murahan yang menjadi macai kepada musuh kita, seolah-olah kita menjadi jentera perang saraf musuh.

Tindakan mencemuh, mengkritik dan membidas parti sahabat lain tidak memberi sebarang keuntungan kepada PR sebaliknya memberikan senjata percuma kepada musuh. Rakyat menilai dan memerhatikan gerak laku kita. Musuh pula tersenyum puas kerana mereka tidak perlu mengeluarkan peluh untuk mengikis sokongan rakyat kepada PR. Alangkah ruginya PR.

Di Malaysia, sistem Raja Berpelembagaan tetap utuh dan masih dihormati. Sejarah telah membuktikan bahawa perkenan Sultan mestilah diperolehi sebelum seseorang dilantik menjadi Menteri Besar. Tidak guna berkonfrontasi dengan istana  kerana ianya hanya membuang masa dan tidak menguntungkan kita. Rakyat terbanyak masih terus memberikan sokongan dan taat setia kepada Tuanku Sultan dalam apa juga keadaan.

Sejarah telah membuktikan bahawa calon Menteri Besar yang mendapat perkenan Tuanku Sultan sahaja yang akan diangkat dan diamanahkan menjawat posisi panas tersebut. Lihat bagaimana isu Abdul Rahim Bakar di Pahang, Idris Jusoh di Terengganu, Shahidan Kassim di Perlis, Muhammad Nizar Jamaluddin di Perak dan lain-lain. Pemimpin PR sudah pasti tidak lupa dengan sejarah hitam berlaku ke atas Nizar. Semua itu sewajarnya menjadi pengajaran berguna kepada PR dan menjadi pedoman untuk mereka membuat keputusan dalam isu MB Selangor ini.

Semua orang tahu isu tersebut. Sebagai ahli politik pemimpin-pemimpin parti dalam PR sepatutnya faham dan masak dan sejarah ini. Tidak guna berdegil dan menongkah arus. Akhirnya diri sendiri menjadi mangsa di mana sokongan rakyat terhakis, imej taat setia kepada Raja Berpelembagaan dan negara tercalar.

Masa masih belum terlambat. Semua pihak mesti berlapang dada dan duduk semeja untuk berbincang. Keputusan mengadakan sidang akhbar dan mengedarkan kenyataan media PKR bersama DAP dengan meninggalkan PAS adalah tindakan yang kurang bijak. Sepatutnya sebagai pemimpin politik matang jangan sekali-kali kita menunjukkan kita tidak berpadu dan bermasalah.

Isu ini masih jauh dari penyelesaian jika semua pihak berdegil dan keras kepala maka kita sendiri yang rugi. Rakyat makin meluat, kita dilihat derhaka kepada istana dan macam-macam lagi.

Mari sama-sama kita fikirkan jalan penyelesaian terbaik ...............
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter