.

.

25 October 2008

MENGAPA ORANG MELAYU TIDAK FAHAM & TIDAK INSAF? ~ Ref Malaysiakini

Saya harian dan pelik mengapa susah benar orang Melayu untuk faham dan insaf dalam menentukan halatuju politik di negara kita.

Sebut sahaja apa jenis kejahatan sudah tentu ianya pernah dilakukan oleh Umno dan pemimpin. Malangnya orang Melayu terutama di luar bandar tetap memberikan sokongan kepada Umno.

Di bawah ini saya nyatakan kejahatan Umno dan pemimpinnya :-

1) Menolak hukum Allah - hukum hudud, sistem ekonomi Islam dan sebagainya
2) Mengamalkan rasuah - lihat sahaja pemilihan Umno kali ini penuh dengan rasuah malah menurut Tengku Ahmad Rithaudeen ianya sudah berlarutan 20 tahun. Semasa kempen pilihanraya rakyat disogokkan dengan duit dan barangan. Sudah ramai pemimpin Umno ditangkap rasuah seperti Isa Samad, Zaid Ibrahim dan lain-lain.
3) Tidak demokratik - pemimpin gila kuasa, amalkan sistem kouta, cantas mencantas dan sebagainya
4) Mengumpul kekayaan sehingga ada yang mempunyai rumah puluhan juta ringgit hingga ada rumah mereka yang punya 16 bilik, bawa duit 'cash' keluar negeri, ratusan ribu. Dari mana mereka mendapat kekayaan itu yang kita persoalkan.
5) Sudah ramai pemimpin yang didapati terlibat dengan jenayah antaranya Datuk Mokhtar Hashim dan lain-lain.
6) Sudah ramai pemimpin yang rosak akhlaqnya antara Rahim Thamby Chik, Mat Taib dan lain-lain tetapi mereka tetap diangkat semula oleh ahli-ahli Umno untuk menjadi pemimpin.
7) Pemimpin-pemimpin Umno terlibat dengan pembunuhan Memali tetapi tidak seorang pun didakwa sehingga kini.

Cuba tuan-puan bandingkan dengan pemimpin PAS. Pernahkah perkara-perkara dilakukan oleh PAS dan pemimpin PAS. Yang peliknya mengapa kejahatan dan kebobrokan sebegini dilakukan Umno tetapi rakyat masih memberikan sokongan kepada Umno.

Saya harap selepas ini rakyat terutama orang Melayu supaya memikirkan dengan semasak-masaknya sokongan mereka kerana terbukti Umno dan pemimpinnya memang tidak boleh dipercayai.

Disebabkan kejahatan dan kebobrokan yang mereka lakukan inilah negara kita semakin hari semakin teruk dari segi ekonomi, sosial dan politik.

Fikirkanlah .....

SYED HAMID PERMAINKAN RAKYAT MALAYSIA ? ~ Ref Malaysiakini Wa

Walau sejahat mana Utusan Meloya menyiarkan laporan dan berita berunsur perkauman dan hasutan, akhbar anak emas Umno ini tidak pernah dikenakan tindakan. Ianya tidaklah pelik kerana Utusan Meloya amat berjasa kepada Umno dan BN kerana ia sejak zaman berzaman menjadi jentera penerangan paling ampuh untuk mengelirukan rakyat terutama orang Melayu untuk terus membuta tuli menyokong Umno/BN.

Bukan kerajaan tidak sedar akan kedurjanaan dan kebobrokan Utusan Meloya menggunakan media cetak ini menaikkan semangat melayu untuk terus memberikan sokongan kepada Umno/BN. Pelbagai isu dimanipulasi dan dieksploitasi bagi memastikan otak orang tetap beriktikad bahawa Umno pejuang melayu tulen yang menyelamatkan melayu selama dan menjaga kesejahteraan orang melayu dulu, kini dan selamanya.

Namun akhir-akhir ini khasnya pada Pilihanraya Umum ke 12 lalu, orang Melayu terutama di bandar mula sedar bahawa Umno hanyalah parti perkauman yang hidup atas retorik dan semangat melayu sempit. Mereka jelas mengalihkan sokongan kepada PAS dan PKR.

Oleh kerana bimbang dengan situasi ini, maka Umno mencari jalan untuk memusingkan sikap orang Melayu agar berpaling dari Pakatan Rakyat dan kembali melutut kepada Umno. Maka senjata tradisional ampuh mereka iaitu isu perkauman melayu yang sempit diputarkan semula. Umno sedar hanya isu inilah sahaja yang dapat menarik semula sokongan orang Melayu.

Seperti biasa 'wak yek' atau budak suruhannya, Utusan Meloya sekali lagi memainkan peranan jahat ini. Isu perkauman ini dicanangkan setiap hari sehingga otak dan minda orang Melayu di'brainwash' untuk menyokong Umno. Fakta dipusingkan dan Umno mahu menggunakan Utusan syoata rakyat meluhat bahawa hanya Umno menjadi penyelamat Melayu.

Akhirnya isu-isu azan, tulisan jawi, keceluparan Ahmad Ismail dan sebagainya diwar-warkan untuk tujuan tersebut. Malangnya walaupun jelas Utusan memainkan isu perkauman sempit namun orang lain yang jadi mangsa iaitu YB Teresa Kok dan Tan Hooi Leng yang disumbat ke dalam ISA. Utusan dibiarkan bebas kerana semua orang tahun Utusan Meloya adalah anak emas Umno.

Semalam Menteri ISA, Syed Hamid mendakwa bahawa Utusan Meloya telah "diberi amaran" oleh kerajaan berhubung beberapa artikel kontroversi yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu.

Beliau bagaimanapun, tidak menjelaskan lebih lanjut mengenainya, apabila ditanya mengapa tindakan diambil terhadap beberapa akhbar, tetapi tidak terhadap Utusan. Percayakah kita dengan kata-kata Hamid ini? Saya tidak pernah pun mendengar berita atau laporan media yang Utusan dikenakan tindakan sebelum ini.

Jangan permainkan rakyat Malaysia, wahai Hamid. Tidak perlulah menggunakan jawatan kamu untuk mencari populariti bagi mendapatkan pencalonan untuk bertanding Naib Presiden Umno.

MANTAPKAN ORGANISASI TERUSKAN JIHAD ~ Ref Malaysiakini

Memang sudah menjadi tradisi kepada perjuangan Parti Islam SeMalaysia (PAS) banyak aktiviti yang dijalankan menjuruskan kepada gerakerja Pilihanraya Umum. Ianya tidaklah menghairankan kerana perjuangan PAS bertitik tolak kepada 2 prinsip utama iaitu Gerakan Islam dan Parti Politik.

Seperti kebiasaannya PAS tahun pertama selepas Pilihanraya PAS akan memantapkan gerakerja tarbiah guna untuk memantapkan aqidah perjuangan pemimpin dan ahlinya agar mereka tidak mudah putus asa, lemah semangat, jumud, hubbud dunia dan sebagainya. Selain itu tahun pertama selepas pilihanraya ini juga digunakan untuk jentera Pilihanraya PAS menjalankan 'Post Mortem' terhadap semua peringkat dari peringkat Pusat, Negeri, JON, MTD dan UPU.

Gerak Kerja tarbiah amat penting kerana ia menjadi senjata utama kepada kelansungan perjuangan sehingga sekarang. Sudah banyak parti-parti pembangkang di Malaysia yang berkubur lantaran kelemahan aqidah perjuangan mereka yang berjuang bukan atas landasan Islam. PAS berjuang untuk menegakkan hukum Allah dan memastikan nilai-nilai Islam menjadi asas pemerintahan sesebuah negara. PAS berjuang untuk membebaskan perhambaan kepada sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah. Sebab itulah asas perjuangan ini amat penting untuk diterapkan dikalangan ahli walaupun mereka datang dari pelbagai latarbelakang perjuangan.

Oleh kerana sedikit kelemahan gerak kerja tarbiah inilah ramai dikalangan ahli baru PAS ketika zaman reformasi 98-99 dulu akhirnya menjadi ahli yang 'mandom' dan ada yang kembali kepada Umno atau tidak lagi minat untuk berjuang.

Lantaran itu saya menyarankan semua peringkat parti supaya memperkemas dan memantapkan gerak kerja ini demi untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Kita mesti memastikan usrah dijalankan di setiap peringkat, cawangan, UPU, MTD, Kawasan, Dewan-Dewan hatta di peringkat perhubungan negeri dan Pusat.

Kita faham 'kemalasan', ketakutan, kedekut dan segala macam amalan negatif untuk berjuang disebabkan ahli kita tidak diberi 'spinach' dan 'mangkin' dari masa ke semasa yang akhirnya bila sampai masa untuk berjuang mereka tidak bersungguh-sungguh atau terus memencilkan diri mereka.

Selamat Berjuang Allahu Akhbar

24 October 2008

ROMBAKAN KABINET : UMNO AKAN LEBIH BERGOLAK ~ Ref Malaysiakini

Ramai pihak meramalkan akan ada pihak yang merana, gembira, hiba dan sedih dengan rombakan kabinet yang bakal dilakukan oleh Perdana Menteri tinggal nyawa-nyawa ikan iaitu Pak Lah. Adalah dijangkakan rombakan kabinet ini akan dilakukan dalam jangka masa terdekat. Pada mula ramai pemerhati ianya akan hanya melibatkan menteri-menteri dan timbalan menteri dari kalangan MCA dan Gerakan sahaja namun kini ianya menjadi mimpi ngeri kepada menteri-menteri Umno pula.

Apakah Pak Lah akan menggunakan sisa-sisa kuasa yang beliau ada sekarang ini untuk membalas dendam terhadap beberapa orang yang celupar, kurang ajar dan mungkir janji. Siapa lagi kalau bukan Muhyiddin yang disifatkan secara terang-terang mungkir janji oleh Pak Lah minggu lalu.

Malah Pak Lah secara nyata menuduh Muhyiddin sebagai tidak sabar dan mungkir janji. Kini pisau ditangan Pak Lah, Muhyiddin hanya mentimun yang punya kekuatan untuk berentap dengan pisau.

Muhyiddin benar-benar pusat sekarang lantaran ada pihak-pihak tertentu yang dikaitkan dengan Pak Lah sedang berusaha untuk memastikan Ali Rustam mendapat pencalonan yang cukup untuk berentap dan menundukkan Muhyiddin pada pemilihan Mac 2009 nanti.

Saya yakin Ali pasti mendapat pencalonan yang cukup kerana masih terdapat lebih dari 120 bahagian yang belum mengadakan persidangan sedangkan Ali hanya memerlukan lebih kurang 20 pencalonan sahaja lagi.

Tujuan utama mereka sekarang ialah mendapatkan cukup pencalonan dan selepas mereka akan all out bekerja siang malam dengan apa cara sekalipun untuk menumbangkan Muhyiddin yang kurang ajar dan mungkir janji (menurut pandangan Imam hadhari).

Saya yakin selain Muhyiddin akan ramai lagi orang lain yang senasib dengannya .........tunggu dan lihat sahaja lah

Umno akan lebih bergolak dan berkocak dengan lebih dahsyat lantaran perebutan dan perbalahan yang terjadi kerana masing-masing tamakkan kuasa dan pangkat.

TAK LARI GUNUNG DI KEJAR ~ Ref Malaysiakini

Mungkin ramai penyokong dan simpatisan Pakatan Rakyat (PR) hampa dengan kegagalan PR merampas tampuk pemerintahan kerajaan Pusat dari BN walaupun Anwar melaung-laungkan dengan penuh yakin bahawa PR akan berjaya melakukannya dalam masa terdekat sebelum ini.

Saya sedar bukan senang untuk menterbalikkan hati dan iktikad ahli-ahli parlimen BN supaya menyokong PR dan bersama-sama berhijrah ke dalam PR. Sudah tentu pelbagai cara dan 'counter attack' yang dilakukan oleh BN bagi menggagalkan usaha tersebut.

Akhirnya semalam Anwar membuat kenyataan bahawa keutamaan beliau kini bukan lagi untuk menukar kerajaan tetapi beliau akan lebih menumpukan kepada isu ekonomi.

Maka menelan air liurlah kita semua.

Saya memang secara peribadi meramalkan bahawa bukan senang untuk PR mengambilalih kerajaan seperti yang diwar-warkan oleh Anwar. Ianya bukan seperti menukar Tok Sidang atau Tok Pawang. Malah untuk menukar Tok Sidang sekalipun terpaksa kita kadang-kadang bermasam muka dan bertegang urat.

Namun semuanya sudah berlalu. Kegagalan PR membentuk kerajaan dalam masa terdekat bukannya kegagalan total, namun kita masih mempunyai peluang yang terbuka luas iaitu pada pilihanraya umum ke 13 akan datang. Strategi paling penting untuk kita merampas kerajaan pusat ialah kita melakukan yang terbaik di kelima-lima kerajaan negeri yang kita perintah. Insya Allah jika kita berkata rakyat akan membuka mata dan memberikan sokongan lebih padu nanti.

Jadi tugas kita sekarang lakukan yang terbaik di Selangor, Perak, Penang, Kedah dan Kelantan serta teruskan gerak kerja mendekati rakyat di seluruh negara. Insya Allah BN akan berkubur pada PRU ke 13 nanti.

Allahu Akhbar

SOKONG BOIKOT UTUSAN DAN SEMUA PENERBITANNYA ~ Ref Malaysiakini

Saya memang konsisten memboikot utusan dan penerbitannya dari dulu lagi kerana meluat dengan cara pemberitaan dan fitnah yang sering dilemparkan kepada parti-parti politik bukan BN. Malah dalam laporannya juga Utusan Meloya sering menipu pembaca dengan fakta-fakta yang mengelirukan dan angka yang tidak tepat.

Sudah lama rasanya saya tidak membeli akhbar pembodek ini, cuma membaca sekali sekala di kedai atau warung ketika minum atau makan. Itupun kadang-kadang meluat membaca lantaran darjah pembodekan yang terlampau.

Sebagai contoh mudah, cuba kita belek Utusan Meloya tentang laporan penamaan calon pilihanraya. Sudah tentu Utusan akan melaporkan bahawa jumlah penyokong lawan BN akan berkurangan jauh dari angka sebenar. Kalau jumlah sebenar 10,000 sudah tentu utusan akan melaporkannya kurang dari 5,000. Itulah kerja Utusan Meloya iaitu menipu dan membelit. Bak kata sahabat saya hanya berita sukan, nombor ekor dan rancanan TV sahaja yang boleh dipercayai jika kita membaca Utusan Meloya, yang lain baca boleh percaya jangan.

Peranan Utusan Meloya sebagai pembodek, tukang kempen, pencacai dan pemfitnah untuk mempastikan kuasa Umno/BN menjadikan akhbar ini terus bongkak tidak menghiraukan nasihat dan teguran dari rakyat yang membeli dan menyokong akhbar ini.

Utusan lupa akan amaran yang pernah diberikan oleh Presiden PAS suatu ketika dulu bahawa selagi fitnah, penipuan dan tohmah yang dibuat oleh Utusan terlekat dan dipercayai oleh pembacanya selagi itulah Utusan dan penulis dan pengarang Utusan tersebut berdosa dan ianya tidak diampunkan sehingga mereka meminta maaf dari orang yang difitnah dan diumpat. Bayangkan jika 10 juta rakyat membaca dan percaya dengan fitnah tersebut....macamana mereka nak minta maaf?

Sejak akhir-akhir ini Utusan Meloya me'nyanyi'kan semula lagu-lagu lama iaitu menonjolkan isu-isu perkauman untuk menerbitkan semangat kebencian orang Melayu kepada DAP. Ianya bertujuan untuk memecahkan perpaduan di dalam Pakatan Rakyat yang berjaya membentuk kerajaan di 5 buah negeri.

Ahli Parlimen Seputeh yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok menjadi sasaran utama dalam isu azan dan lain-lain.

Saya percaya PAS dan PKR sudah matang dengan taktik Utusan ini. Malah rakyat Malaysia juga sudah tentu sudah masak dengan strategi dan kerja jahat Utusan Meloya ini.

Akhirnya saya menyeru seluruh kerajaan Pakatan Rakyat, agensi-agensinya, seluruh rakyat Malaysia supaya memboikot Utusan Meloya dan semua penerbitan di bawah payung Kumpulan Utusan.

MELAKA MAJU 2010, BANGGANYA KAMI RAKYAT MELAKA ? ~ Ref Malaysiakini

Kami rakyat Melaka amat berbangga dengan pembangunan negeri Melaka di mana kejayaan itu benar-benar 'menyenangkan' kami. Antara kejayaan yang 'membanggakan' kami ialah :-

1) Banjir yang sering melanda banyak tempat dinegeri ini.
2) Projek-projek Gajah Putih yang menghanguskan duit kami antaranya Projek Pulau Melaka, Stadium Hang Jebat, Melaka Mega Mall di Jalan Hang Tuah dan lain-lain.
3) Menghabiskan duit kami untuk lawatan-lawatan keluar negeri tanpa justifikasi yang tepat dan munasabah, seperti belajar menanam pokok dan lain-lain.
4) Projek memasang lampu jalan yang cantik dan canggih di beberapa tempat.
5) Dan macam-macam lagi ..........Bersambung

POLITIK WANG SEJAK 20 TAHUN DAHULU? - Ref Malaysiakini

Politik wang sudah berlaku sejak 20 tahun lalu, tetapi semakin teruk sejak kebelakangan ini. Itulah kenyataan yang keluar dari Pengerusi Jawatan Kuasa Tatatertib Umno, Tengku Ahmad Rithaudeen.

TERBUKTI RASUAH SUDAH MENJADI DARAH DAGING MEREKA dan tidak boleh dirawat lagi.

Sebab itulah bilangan aduan yang diterima Rithaudeen sudah 632 laporan yang didakwa melibatkan salah guna kuasa, penyelewengan dan politik wang.

Saya yakin tidak lama lagi umno 'AKAN MENINGGAL' dan menjadi arwah lantaran gejala rasuah yang jijik lagi menjijikkan ini. Jadi jika itu berlaku maka ahli-ahli Umno akan menjadi umpama anak ayam kehilangan ibu kerana tidak tahu arah tujuan. Maka PAS mesti bersedia untuk menerima kemasukan limpahan ahl-ahli Umno ini.

BUDAK KECIL PUN MEMBAHAYAKAN BAGI KERAJAAN BN ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan BN yang memerintah hari ini bukan hanya kemaruk untuk menangkap orang tua, malah budak kecil yang tidak tahu apa-apa pun turut menjadi mangsa ganas pihak berkuasa yang seolah-olah sudah hilang pertimbangan.

Tidak kira, orang dewasa atau bebudak, asal sahaja terlibat dalam demonstrasi terutama anjuran Hindraf maka sudah pasti bebudok itu akan disumbat masuk ke 'hotel' 10 bintang di lokap polis.

Semalam anak saudara pemimpin Hindraf P UThayakumar, P Vwaishhnnavi, 6 tahun, disumbat masuk ke dalam tanpa tolak ansur. Beliau ditangkap bersama-sama dengan ibunya dan 10 orang lain. Mereka semua ditahan ketika mengiringi kanak-kanak yang berhajat untuk menyampaikan surat kepada Perdana Menteri di Pejabat Jabatan Perdana Menteri di Putra Jaya semalam.

Sehari dua anak-anak, isteri dan keluarga mangsa ISA terutama yang berbangsa India sugguh sedih dan kecewa kerana mereka dipisahkan oleh kerajaan BN dengan penahanan ayah dan suami mereka dibawah Akta Zalim, ISA.

Malangnya kerajaan BN terus berdegil dan tidak mennjukkan tanda-tanda untuk insaf dan membebaskan semua tahanan ISA.

HUJAN LEBAT DI MELAKA, RAKYAT DIMINTA BERJAGA-JAGA ~ Ref Malaysiakini

Musim tengkujuh sudah tiba. Di Melaka ini hujan lebat turun hampir setiap hari. Semasa saya mengetuk keyboard ini hujan terus turun mencurah-curah sejak malam lewat malam atau awal pagi tadi.

Sepertimana biasa kawasan-kawasan yang biasa dilanda banjir kemungkinan besar akan terus mengalami musibah yang sama. Apa yang dikesalkan kerajaan negeri terus mengambil sikap berlepas tangan.

Pemimpin kerajaan negeri hanya datang melawat dan menyampaikan bantuan tetapi tidak mengambil langkah konkrit untuk berusaha memastikan musibah ini dapat dibendung. Setiap kali diajukan pertanyaan tentang banjir ini, mereka menjawab kita telahpun mengeluarkan tender untuk membaiki saliran dan perparitan tetapi entah bila ianya akan dilakukan kita pun tidak tahu.

Kini musim banjir tiba lagi. Rakyat hanya boleh berdoa kepada Allah memohon agar tidak ditimpa dengan musibah sepertimana yang diturunkan oleh Allah pada Disember 2006.

Kepada kerajaan negeri saya mengharapkan kerja-kerja untuk mengatasi masalah ini dapat dilaksanakan dengan segera.

Andainya semua usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan dan rakyat, maka urusan seterusnya kita serahkan kepada Allah yang maha berkuasa. Kita berusaha bersungguh-sungguh dan selebihnya kita bertawakkal kepada Allah. Jadi bertawakkal tanpa usaha, itu namanya mencari bala.

Kepada kerajaan BN Melaka, jika sekiranya sudah penat dan tidak ada idea lagi untuk menghadapi musibah seperti ini, sila serahkan tampuk pemerintahan kepada Pakatan Rakyat, Insya Allah tahulah kami nanti untuk menguruskan negeri kita yang tercinta ini.

23 October 2008

BARU KU TAHU, PEMIKIRAN DR MAHATHIR STANDARDNYA SAMA DENGAN ALI RUSTAM ~ Ref Malaysiakini

Tak ku sangka pemikiran bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir sama standard dengan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam. Sangkaan ku meleset, selama ini ku sangkakan pemikiran Dr Mahathir jauh lebih hebat daripada Ali Rustam rupa-rupanya lebih kurang sahaja.

Tidak hairanlah hari ini Dr Mahathir membuat kenyataan menyokong penganugerahan Datuk kepada Shah Rukh Khan dan hujah Dr Mahathir sama dengan hujah Ali Rustam dalam hal pemberian anugerah ini.

Kalau beginilah pemikiran Dr Mahathir saya yakin Ali Rustam juga bukan sahaja layak menjadi Timbalan Presiden Umno malah layak juga untuk bertanding menentang Najib bagi jawatan Presiden Umno kerana pemikiran beliau sudah setaraf dengan Dr Mahathir. Syabas Ali Rustam.

Lebih hebat lagi Dr Mahathir mendakwa beliau orang yang bertanggungjawab mempelawa Shah Rukh Khan membuat penggambaran filemnya di Malaysia. Rupa-rupanya Dr Mahathir mahu tumpang sekaki populariti Shah Rukh Khan dan kerajaan Melaka yang menganugerahkan pingat Datuk kepada pelakon Bollywood itu.

Hari ini Dr Mahathir dilaporkan berkata penganugerahan pingat Datuk kepada pelakon terkenal Shah Rukh Khan atas jasa-jasanya mempromosikan Malaysia melalui filem-filemnya.

Bekas perdana menteri berkata bintang Bollywood itu "lebih berjasa" daripada beberapa tokoh negara luar yang pernah diberikan anugerah dan pingat kebesaran Malaysia.

Menurut beliau lagi, Shah Rukh Khan antara pelakon tersohor yang berminat membuat filem di negara ini selepas ditawarkan olehnya sehingga Malaysia menjadi destinasi pembikinan filem beberapa lagi syarikat dari Mumbai.

ORANG MELAKA KENA TIPU LAGI ~ Ref Malaysiakini

Saya memang pengunjung setia blog sahabat saya blogger angkasanuri http://www.angkasanuri.blogspot.com kerana banyak berita menarik dan pendedahan yang beliau buat.

Hari ini beliau mendedahkan sifat Ketua Menteri Melaka yang kini sedang hebat berkemppen untuk menjadi Timbalan Presiden Umno. Namun dalam sibuk-sibuk beliau berkempen sempat lagi beliau menipu dan mempermainkan rakyat negeri Melaka khasnya yang tinggal di Taman angkasanuri, Taman Merdeka, Taman Tambi Chik Karim dan penduduk sekitar Durian Tunggal.

Baca pendedahan sahabat saya blogger angkasanuri dibawah ini :-

Dalam lawatan ke Pusat Pelupusan Sampah Krubong di Melaka pada 7 September lalu Ketua Menteri, Datuk Ali Rustam menyalahkan kelewatan Kementerian Alam Sekitar dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai punca kelewatan pembinaan Insinerator moden di Sungai Udang yang telah tertangguh sekian lama bagi menggantikan tapak berkenaan.

Hari ini lain pula jadinya, bukan nak ditutup malah tapak sedia ada akan dibesarkan lagi dari 54 ekar kepada 76 ekar, menjadi 76 ekar !( Sila rujuk dalam akhbar Melaka Hari ini bertarikh 23 Oktober 2008, mukasurat 2 )

Rakyat Melaka khususnya penduduk di Taman angkasanuri, Taman Merdeka, Taman Tambi Chik Karim dan penduduk sekitar Durian Tunggal nampaknya di tipu hidup-hidup oleh Ali Rustam.

Masalah bau busuk dari pusat pelupusan berkenaan mungkin terpaksa ditanggung tujuh keturunan lagi penduduk di kawasan berhampiran. Inilah sikap talam dua muka yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri yang kononnya menjaga dan memperjuangkan masalah rakyat.

Saya menyeru pengundi di kawasan berkenaan agar terus menolak pemimpin sebegini seperti yang ditunjukkan dalam PRU ke 12 yang lalu untuk memberi peringatan agar tidak menipu dan mempelekehkan rakyat.Kepada bakal pembeli rumah di taman perumahan yang berhampiran pusat pelupusan sampah ini anda mungkin belum terlambat untuk membatalkan hasrat membeli rumah di kawasan berkenaan.


Terima Kasih sahabatku.

PAS MELAKA PUNYAI TUGAS MENGGUNUNG ~ Ref Malaysiakini

Saya sangat setuju dengan pandangan dan nasihat yang diberikan oleh Professor Hamirdin Ithnin tentang tanggungjawab PAS Melaka. Saya yakin Prof memang mempunyai niat yang sangat baik untuk melihat PAS berkembang maju di negeri tumpah darahnya. Melaka memang jauh ketinggalan dari jirannya iaitu Johor dan Negeri Sembilan dari segi kejayaan PAS dalam memenangi hati rakyatnya.

Johor sudah dua penggal mempunyai Ahli DEwan Undangan Negeri iaitu tahun 2004 dan 2008. Malah pada penggal ini Johor mempunyai bukan seorang ADUN malah dua ADUN sekaligus. Negeri Sembilan juga tidak ketinggalan berjaya menghantar seorang ADUN muda yang bertenaga di DUN Paroi iaitu Sahabat Saya YB Mohd Taufek Yahaya.

PAS Melaka masih terkapai-kapai mencari dahan untuk berpaut. Secara peribadi saya mencadangkan PAS Melaka supaya menggarap tenaga dan idea Prof untuk bersama-sama berjuang di Melaka. Bukan senang untuk mencari orang Melaka yang berani seperti Prof berjuang bersama PAS walaupun masih berkhidmat untuk kerajaan.

Saya muatkan pandangan Professor Hamirdin di bawah untuk renungan rakyat dan penyokong serta pimpinan PAS Melaka.

PAS MELAKA PUNYAI TUGAS MENGGUNUNG

Melaka adalah satu satunya negeri yang masih lagi belum dapat ditembusi oleh PAS. Selama ini ramai orang menjangkakan negeri Johor sebagai benteng UMNO yang sukar ditembusi oleh PAS, tetapi dengan pimpinan dua pesuruh jaya berwibawa, Dr. Daeng Sanusi Mariok dan Prof. Dr. Datuk Mahfodz, negeri tersebut telah berjaya diterobos oleh PAS.

Apakah yang menyebabkan orang Melaka sukar memberi kemenangan kepada PAS sukar diketahui, tetapi segala kemungkinan boleh dicuba untuk diatasi oleh PAS Melaka. Saya rasa mutu gerakerja yang diamalkan oleh PAS Melaka masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan PAS di negeri negeri lain. Saya amati kepantasan dan ketangkasan bertindak masih lagi belum kelihatan di kalangan mereka yang berjuang di Melaka. Ditambah lagi dengan mentaliti ketempurungan sebahagian pengundi menyebabkan keadaan nampaknya belum lagi mengisyaratkan sebarang perubahan.

Walau pun beberapa kedangkalan mental dipamirkan oleh pimpinan Melaka sekarang, seperti mendewa shahperikan Shah Rukh Khan, namun negeri itu sendiri sekarang berada pada kedudukan yang kukuh dari segi persepsi orang luar. Ini diperkuatkan dengan anugerah Melaka and George Town Historic Cities of the Straits of Melaka oleh UNESCO. Ini adalah satu anugerah yang sangat berprestij dan boleh melambungkan kedudukan Melaka semakin tinggi pada kebanyakan perkiraan. Bermakna, anugerah ini boleh dijadikan modal kempen pilihan raya oleh BN, dan sudah tentulah ia akan menyukarkan lagi parti lawan untuk membidas modal tersebut. Parti lawan yang akan tercungap-cungap untuk melawan modal yang sedemikian ialah PAS.

Saya masih ingat bagaimana bekas ustaz saya bertanding dalam pilihan raya 1995 di DUN Duyong, melawan Gan Boon Leong, berakhir dengan ustaz tersebut hilang wang deposit. Walau pun pengundi di DUN tersebut majoritinya Melayu dan Islam, namun apabila membuat pertimbangan politik, ahli bina badan mengatasi seorang ustaz. Percayalah, ketempurungan mental ini masih kekal hingga hari ini di kalangan pengundi Melaka.

Kalau Pulau Pinang telah jatuh ke tangan DAP, dan bersama itu jatuh bersamanya George Town Historic City, maka status baru George Town itu akan jadi modal kempen kepada DAP. Tetapi di Melaka, parti lawan pula terpaksa mencari jalan untuk menggoyahkan modal berkempen ini, yang pada ketika ini kelihatan sukar.

Percayalah PAS Melaka, anda boleh membuat kejutan di negeri Hang Tuah sekiranya anda lakukan pelbagai perubahan, kemajuan dan merancakkan lagi pengaturcaraan gerakerja. Sekarang inilah masanya untuk melakukan semua itu.

Sekarang ini masanya anda tukar ke gear lebih tinggi. Hang Tuah telah tiada. Tapi tuah boleh menyebelahi anda.

TUKAR KERAJAAN : ANWAR MULA BERCAKAP DALAM NADA BERLAINAN? ~ Ref Malaysiakini

16 Sept? 23 Sept? Sebelum Hari Raya Haji atau bila?, Rakyat terbanyak sedang menunggu bila kerajaan ilham Anwar akan dapat dibentuk. Rakyat ternanti-nanti dengan janji Anwar bagi keluar dari kezaliman dan kejahatan BN kepada keadilan dan kebaikan kerajaan Pakatan Rakyat.

Rakyat menanti mengharap tanpa rasa jemu dan malas. Anwar pula memujuk rakyat dengan berkata kalau 50 tahun boleh tunggu mengapa beberapa bulan tidak boleh tunggu. Maka rakyat pun menunggu hingga ke saat saya 'mematuk' keyboard Komputer buruk saya ini bayang kerajaan baru pun tidak kelihatan. Mungkin sang suria ini akan muncul tiada siapa yang tahu samada ia menjadi kenyataan dan bila tarikh bersejarah itu berlaku.

Hari demi hari berlalu hari ini tanggal 23 Oktober, Anwar mula bercakap dalam nada yang berlainan. Mengapa begitu cepat dan pantas beliau menukarkan cakap-cakapnya sebelum ini.

Kini beliau bercakap dalam nada yang berlainan pula. Katanya, beliau tidak mahu lagi bercakap mengenai perancangan untuk mengambil alih kerajaan seperti yang diuar-uarkannya sebelum ini. 'AAAiiiik' mengapa tiba-tiba begitu, kata-katanya cukup menghampakan rakyat yang mahukan perubahan. Terutama kami yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Mengapa Anwar begitu mudah undur ke belakang?

Anwar dalam sedia media selepas taklimat Bajet Pakatan Rakyat 2009 berkata cukuplah mengenai perkara itu (pelalihan kerjaaan), kita akan fokuskan kepada pembangunan ekonomi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan media mengenai perkembangan terbaru berkaitan rancangannya untuk mengambil alih kerajaan.

Sebelum ini semasa berucap di Kota Bharu pada 9 Oktober lalu, Anwar meletakkan sasaran terbaru untuk mengambil alih kerajaan iaitu sebelum hari Raya Aidiladha Disember depan.

Kami sebagai rakyat Malaysia agak terkilan dengan kenyataan terbaru Anwar yang seolah-olah tiada harapan lagi bagi Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan dalam masa terdekat. Sedangkan sebelum ini beliau begitu bersungguh-sungguh dan penuh semangat berkata bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan dalam masa terdekat.

Apakah Anwar sudah putus asa?

Tulisan : Akif Fauzan, Batu Berendam Melaka.

JANGAN SIA-SIAKAN PEKERJA KONTRAK DI JABATAN KERAJAAN ~ Ref Malaysiakini

Media hari ini melaporkan bahawa dijangkakan 50,000 kakitangan awam yang bekerja secara kontrak akan ditamatkan kontraknya penghujung tahun ini. Maknanya kontrak mereka tidak akan disambung semula.

Sebahagian besarnya akan ditamatkan kontrak atas alasan mutu kerja dan produktiviti yang rendah. Mengulas mengenai isu ini, Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata kemungkinan besar penamatan kontrak ini adalah disebabkan masalah bajet kerajaan yang semakin susut berikutan masalah ekonomi yang melanda negara dan dunia. Walaubagaimanapun Omar tetap yakin bahawa kerajaan mampu membayar gaji semua kakitangan awam kontrak ini jika kerajaan mahu berbuat demikian.

Saya berpendapat kerajaan mesti bertanggungjawab terhadap kebajikan semua kakitangan awam kontrak ini. Kerajaan tidak boleh dan tidak patut menamatkan kontrak mereka sewenang-wenangnya tanpa melihat kepada kesan sosial dan peri kemanusiaan.

Ramai pihak termasuk Cuepacs berpendapat bahawa kerajaan mampu untuk meneruskan khidmat kakitangan kontrak ini walaupun mereka mendakwa keadaan ekonomi sekarang tidak memungkinkan kontrak disambung. Kakitangan yang sesetengahnya sudah berkeluarga sudah tentu akan menghadapi masalah untuk meneruskan kehidupan andaikata punca pendapatan mereka ditamatkan sebegini. Malah pengalaman mereka yang telah dilatih tidak wajar dibiarkan begitu dengan menamatkan perkhidmatan mereka.

BERSEDIA UNTUK TERIMA AHLI UMNO DENGAN PROGRAM TARBIAH DAN AKTIVITI ~ Ref Malaysiakini

Saya yakin pemilihan Umno kali ini akan membuahkan hasil yang sangat meruncingkan Umno lebih-lebih perebutan jawatan yang berlaku di peringkat Cawangan, Bahagian dan Pusat amat dahsyat. Sudah tentu akan ada tindakan cantas mencantas, 'sepak menyepal', pecat memecat dan sebangainya selepas ini.

Bayangkan terdapat 632 aduan salahlaku dilaporkan kepada Jawatankuasa Tatatertib Umno sedangkan pemilihan peringkat bahagian baru sahaja bermula. Selepas ini sudah pasti akan ada lebih banyak lagi aduan sedemikian kerana kita semua tahu Umno sekarang tidak seperti Umno dulu, semua pemimpin dan ahli berniat untuk merebut jawatan walau dengan apa cara sekalipun.

Maka tidak hairanlah pelbagai aduan salahlaku dilaporkan antaranya rasuah politik (politik wang), penipuan, melakukan kekecohan dan sebagainya.

Kekecohan dan pergaduhan memang perkara biasa dalam mesyuarat agung Umno seolah-olah ia menjadi agenda utama dalam mesyuarat agung mereka.

Oleh kerana saya yakin akan ada diantara pemimpin Umno dan ahli Umno yang akan muak dan tidak berpuashati dengan Umno dan tindakan pemimpin Umno seperti yang berlaku pada tahun 1987 dan 1999. Pada waktu itu begitu ramai yang masuk menyertai PAS sehingga adakalanya borang PAS terpaksa dicetak. Namun ramai juga yang ahli Umno yang menyertai PAS itu akhirnya kembali kepada Umno atau hanya berdiam diri kerana tidak ditarbiah dan diberi kefahaman yang mantap tentang perjuangan Islam.

Jadi saya mencadangkan PAS di setiap peringkat supaya bersiap untuk memujuk dan mengajak pemimpin-pemimpin Umno dan ahli-ahli Umno yang jauh hati, muak dan meluat dengan Umno ini supaya menyertai PAS. Setelah mereka menyertai PAS sila tarbiah mereka supaya mereka faham perjuangan Islam dan jangan lupa lantik mereka untuk memegang apa-apa tanggungjawab yang sesuai dengan kemahiran dan skill mereka setelah mereka faham perjuangan PAS.

Kita semua sedia maklum PAS mempunyai pelbagai bentuk tarbiah yang hebat dan terbukti berkesan. Cuba pelbagaikan bentuk tarbiah di mana ianya tidak terbatas kepada usrah dan kuliah sahaja. Saya yakin pihak terbabit sudah mahir dan faham bagaimana bentuk tarbiah terbaik untuk sahabat-sahabat yang berhijrah masuk PAS ini.

Adalah diharapkan PAS pelbagai peringkat mengambil peluang dari pergolakan Umno ini dan berusaha sedaya upaya mendekati mereka ini yang memang menjadi aset penting kepada perjuangan Islam.

Allahu Akhbar

JENTERA PAS MESTI BERSEDIA UNTUK HADAPI BALA ALLAH (BANJIR) ~ Ref Malaysiakini

Saya mencadangkan jentera Parti Islam SeMalaysia (PAS) supaya bersedia setiap masa untuk membantu mangsa-mangsa bala Allah (Banjir) yang sedang melanda beberapa buah negeri sekarang seperti di Kedah, Perak dan Negeri Sembilan.

Selain itu saya juga meramalkan selepas ini negeri-negeri lain juga kemungkinan besar akan menghadapi bala yang sama. Lujnah Kebajikan dan Jabatan Amal Dewan Pemuda mesti bersedia dengan segala kelengkapan bagi membuktikan bahawa PAS mempunyai pasukan yang mantap, terlatih dan bersedia untuk membantu rakyat dalam apa juga keadaan.

Kita memang tidak menafikan bahawa Unit Amal Malaysia memang mempunyai pasukan yang sangat terlatih dan komited dalam kerja-kerja kebajikan. Ini dibuktikan dalam misi-misi keamanan mereka ke seluruh dunia terutama semasa bala Allah Tsunami, Gempa Bumi di Bam, Iran dan lain-lain.

Sehari dua ini banjir melanda Kedah dan Perak. Alhamdulillah kita dimaklumkan bahawa pasukan Unit Amal sekali lagi menjadi pasukan penting dalam misi membantu rakyat yang ditimpa musibah dikedua-dua negeri tersebut.

Sementara itu Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan semalam menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar dapat menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda beberapa daerah dan kawasan di Negeri Sembilan ini.

Menurut pengarahnya Sufian Ibrahim, hujan lebat yang turun pada waktu subuh semalam telah mengakibatkan beberapa kawasan perumahan dinaiki. Selain kawasan perumahan golongan sederhana, kawasan perumahan mewah juga turut dinaiki air mengakibatkan penghuni-penghuni kawasan berkenaan terpaksa dipindahkan.

Menurut Sufian lagi, Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan telah mengerahkan kesemua anggota Unit Amal untuk turun ketempat-tempat yang dinaiki air bagi membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir serta barang-barang penting.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan memerlukan bantuan kewangan sekitar RM 3000.00 untuk kegunaan anggota-anggota Unit Amal membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir selain mandapatkan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk operasi menyelamat mangsa.

Kedah Dan Perak Turut Dilanda Banjir

Sementara itu, banjir di Kedah dan Perak turut diberi tumpuan memandangkan beberapa keadaan yang telah dikenalpasti turut mengalami banjir yang teruk. Pengarah Jabatan Amal Kedah melaporkan keadaan yang agak teruk dinaiki air ketika ini ialah kawasan Kuala Kedah, Alor Setar dan Kulim.

Di Perak pula, berdasarkan laporan yang diterima petang semalam, air masih lagi belum surut di kawasan Bukit Gantang, Pasir Panjang dan Semanggol. Namun begitu, mangsa-mangsa yang terlibat sudah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Semua anggota Unit Amal dari beberapa kawasan telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan samada wang, pakaian, lampin pakai buang bayi, makanan asas dan lain-lain lagi, bolehlah menghubungi :

Jabatan Amal Negeri Sembilan

1) Sufian Ibrahim (Pengarah ) 013-3589328
2) Zulkarnain (Timbalan Pengarah) 016-2097990 / 017-3051044

Jabatan Amal Kedah
1) Ustaz Zelani Nik Chik (Pengarah) 019-41566242) Mohd Zaidi (Setiausaha) 019-5454511

Jabatan Amal Perak
1) Roslan (Pengarah) 019-42272682) Arif (Bendahari) 019-5687195

Saya mendoakan agar semua rakyat Malaysia yang ditimpa bala Allah dengan musibah banjir agar bersabar dengan dugaan Allah ini. Sesungguhnya segala dugaan itu ada hikmahnya dan Insya Allah Tuan-puan, saudara-saudari semua akan diberi ganjaran oleh Allah dengan kesabaran dan keihklasan semua.

Kepada Unit Amal usaha gigih kalian akan diganjarkan oleh Allah di Hari Kemudian.

Sumber : http://jabamal.blogspot.com

SPEAKER TUNJUK KUASA, GANTUNG KARPAL SINGH DUA HARI ~ Ref Malaysiakini

Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia hari ini menunjukkan yang dirinya memang seorang Pendikar dan berani menggantungkan Ahli Parlimen Bukit Gelugor selama 2 hari.

Isu ini bermula apabila Karpal tidak berpuashati dengan kata-kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang disifatkan oleh Karpal sebagai menghina Orang Kurang Upaya (OKU) dengan menuduh Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) sebagai buta.

Karpal menyatakan bahawa Nazri tidak sensitif terhadap OKU dengan menggunakan perkataan buta dalam ucapannya.

Dalam ucapannya Karpal berkata Menteri telah menghina OKU dan beliau mewakili OKU mahukan menteri itu menarik balik kata-katanya.

Pertikaman lidah antara Karpal dan menteri itu mengundang Speaker untuk mencelah dan menyatakan Nazri tidak melakukan sebarang kesalahan di mana menurutnya Nazri tidak menggunakan perkataan 'buta' itu untuk merujuk kepada OKU.

Karpal yang tidak berpuashati terus berkata kepada speaker bahawa awak todak serius dan main-main (dengan isu ini).

Pandikar yang memberi amaran kepada Karpal supaya menarik balik kata-katanya, Namun Karpal tetap mengulangi bahawa Speaker tidak serius dan main-main.

Akhirnya tanpa berfikir panjang Pandikar terus mengambil keputusan menggantung Karpal selama dua hari dari menghadiri sidang parlimen.

Tindakan speaker Dewan Rakyat ini jelas berat sebelah dan tidak dilakukan secara berhati-hati. Mungkin Karpal tidak faham bahasa kiasan atau sindaran yang digunakan Nazri dalam ucapan itu. Adalah lebih baik Karpal ditenangkan serta diberi penerangan yang secukup-cukupnya supaya beliau faham.

Sesungguhnya keputusan Speaker ini membuktikan bahawa beliau berat sebelah dan tidak professional dalam menjalankan tanggungjawabnya.

AHLI PARLIMEN YANG SOKONG ISA DIMANSUHKAN BAKAL MENERIMA TINDAKAN ~ Ref Malaysiakini

Seorang ahli parlimen BN dilaporkan menyokong usul yang dibawa oleh YB Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang mahukan Akta Keselamatan dalam Negeri dibahas dan dimansuhkan bakal menerima tindakan dari BN.

Saya tidak mendapat maklumat siapa ahli parlimen BN tersebut.

Sudah menjadi lumrah kepada mana-mana ahli parlimen BN, mereka tidak dibenarkan sama sekali menyokong sebarang usul yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dan pembangkang. Ini pernah berlaku sebelum ini di mana beberapa orang ahli parlimen BN yang menyokong atau cenderung menyokong usul pembangkang akan menerima tindakan dari BN.

Salah seorang anggota BN yang pernah digantung ialah Bekas Ahli Parlimen MIC Teluk Kemang YB Sothinathan yang digantung selama 2 bulan kerana mengkritik kerajaan. Saya kurang pasti samada Sothinatan merupakan Setiausaha Parlimen atau Timbalan Menteri ketika itu.

Media melaporkan hari ini bahawa seramai 77 ahli Parlimen menyokong supaya usul yang berkaitan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diberi keutamaan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang berkata usul tersebut perlu diberi keutamaan dan melalui segala urusan rasmi kerana isu yang berkaitan dengannya dilihat begitu penting untuk dibahaskan.

Menurutnya pembangkang mendapat sokongan, ini adalah peringkat pertama untuk pembangkang mendapatkan tandatangan.

Lim berkata semua ahli Palimen tersebut termasuk seorang daripada Barisan Nasional (BN), dua (Bebas) dan 74 (Pakatan Rakyat) menyokon usul tersebut.

Semua ahli parlimen PAS, DAP dan PKR yang hadir menyokong usul tersebut. Beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak hadir kerana ada urusan resmi dan sakit.

Usul yang dibawa oleh YB Teresa itu berada pada kedudukan ke-43 senarai aturan urusan mesyuarat dan usul-usul.

MAKIN DIFITNAH MAKIN RAPAT ~ Ref Malaysiakini

PAS dan DAP yang sering difitnah sebagai tidak sehaluan, bercanggah berpendapat, anti melayu dan anti Islam, tidur sebantal dan mimpi lain-lain dilihat semakin rapat dan intim

Pendekata semakin difitnah dan ditohmah semakin intim hubungan kedua-dua parti utama Pakatan Rakyat ini.

Saya yakin Umno semakin risau dan pening kepala dengan perkembangan baik hubungan dua parti yang dikatakan mempunyai perbezaan bagai langit dengan bumi ini. Usaha-usaha musuh politik mereka untuk memisah dan menceraikan 'perkahwinan' dua parti ini nampaknya gagal walaupun diumpan dengan pelbagai janji dan 'habuan' berupaa fitnah dan tuduhan yang tidak masuh akal.

Media pembodek seperti Utusan Meloya, TV 3 suku dan Berita Hairan sering menjadi alat penerangan BN untuk memusingkan fakta sebenar supaya rakyat khasnya orang melayu dan cina hilang kepercayaan kepada Pakatan Rakyat sekiranya DAP dan PAS bergaduh bagaikan anjing dan kucing.

Ahad lepas DAP mengadakan jamuan Hari Terbuka Aidil Fitri di Kajang Ahad lepas. Majlis tersebut telah dihadiri oleh sebahagian besar pemimpin PKR dan PAS termasuk Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan lain-lain.

Sebelum ini Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang telah menziarahi Presiden PAS di rumahnya di Rusila Terengganu.

Sesungguhnya perkembangan ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat semakin mantap dan padu. Insya Allah andaikata kerajaan pusat yang baru dibentuk nanti ianya mampu menyaingi kerajaan BN yang korup dan zalim hari ini.

Gambar (ihsan Siasah) menunjukkan para pemimpin PR sedang beramah mesra pada jamuan tersebut.

TURUNKAN HARGA BARANGAN DAN PERKHIDMATAN DI BAWAH INI SERTA MERTA ~ Ref Malaysiakini

Saya dengan ini mewakili diri saya dan secara tidak langsung menggesa, memohon, merayu dan meratap supaya kerajaan MENURUNKAN harga barangan dan perkhidmatan di bawah dengan serta merta :-

1) Tarif elektrik
2) Harga Gas memasak
3) Harga beras
4) Harga tepung
5) Harga minyak masak
6) Harga minyak petrol dan diesel
7) Harga air

Ini permintaan saya buat masa ini kerana saya yakin kerajaan mempunyai kuasa untuk menentukan harga barangan dan perkhidmatan tersebut.

Apa yang dikesalkan setelah harga minyak diturunkan harga barangan dan perkhidmatan tersebut kekal tinggi dan tiada tanda-tanda ianya akan diturunkan. Sedangkan semasa harganya dinaikkan dulu mereka memberikan alasan kos meningkat kerana harga minyak meningkat. Kini setelah harga minyak turun mengapa harga barangan dan perkhidmatan tidak diturunkan.?

Saya memilih barangan dan perkhidmatan tersebut kerana ianya digunakan oleh rakyat setiap masa dan ketika. Insya Allah dengan penurunan tersebut ia akan meringankan beban rakyat.

Bagaimana kalau kerajaan BN berdegil? Mudah sahaja saya mencadangkan seluruh rakyat Malaysia yang menjadi ahli Umno dan parti-parti komponen BN yang lain keluar dari BN dan memilih mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat.

BANDUAN LEBIH MULIA DARI MANGSA BANJIR ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan negeri Pahang memang tidak tahu matematik dan tidak tahu yang baik dan mana yang tidak baik. Kebodohan kerajaan BN negeri Pahang pimpinan ' ketua samseng', Adnan Yaakub atau Tok Nan memang memalukan kita semua. Cadangan kerajaan negeri untuk memberikan bantuan makan minum kepada mangsa banjir dengan bajet RM8 sehari memang tidak masuk akal. Harga minuman Tok Nan untuk secawan pun jauh lebih mahal dari itu dihotel-hotel dan resort.

Harga makan minum Orang Kena Tahan (OKT) di lokap pun berjumlah RM12 sehari. Adakah OKT lebih mulia dari mangsa banjir.

Malah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang lebih arif dan sedar akan keperluan rakyat yang ditimpa musibah berbanding pemimpin BN Pahang. Inilah bukti bahawa kerajaan BN memang tidak prihatin dan tidak mengambil berat kebajikan rakyat. Baginda menitahkan kerajaan negeri supaya mengkaji semula jumlah itu.

Baginda menitahkan demikian semalam ketika berangkat mencemar duli mendengar taklimat persediaan banjir di Kuantan.

Sahabat saya blogger angkasanuri (http://angkasanuri.blogspot.com) dalam postingnya juga membangkit isu ini yang menurutnya golongan OKT yang terlibat dengan pelbagai tuduhan, jenayah dan kesalahan mendapat layanan lebih istimewa berbanding mangsa banjir yang mengalami musibah serta kerosakan dan kemusnahan harta benda akibat banjir.

Dalam hal ini, katanya kerajaan wajar mengkaji semula peruntukan yang disediakan untuk mangsa banjir. Mereka yang menjadi mangsa banjir bukan minta disediakan makanan yang enak dan lazat tetapi sekurang-kurangnya mereka disediakan makanan yang berkhasiat dan sesuai.

Beliau yang mempunyai pengalaman sebagai mangsa banjir besar di Melaka pada 26 Disember 2006 lalu menyatakan bahawa menu yang disediakan di pusat pemindahan banjir memang ala kadar sahaja serta makanan yang disediakan adalah agak terhad.

Beliau mencadangkan kepada kerajaan supaya lebih serius dalam menjaga kebajikan dan menyediakan kemudahan dan peruntukan yang mencukupi untuk mangsa banjir daripada membazirkan wang kepada projek kroni dan pembangunan yang tidak dapat dinikmati oleh semua rakyat. Apa yang lebih membimbangkan terutama di Melaka akhir-akhir ini banjir boleh berlaku tanpa mengira musim.

Saya sangat kesal dengan sikap kerajaan negeri-negeri dibawah BN yang langsung tidak prihatin dengan masalah rakyat bukan sahaja dalam isu banjir tetapi dalam banyak hal yang lain.

Rakyat Melaka sudah pasti mengharapkan kerajaan BN Negeri Melaka tidak seteruk dan sezalim kerajaan negeri Pahang yang ternyata begitu kedekut untuk berbelanja duit rakyat yang diamanahkan kepada mereka untuk kebajikan rakyat tetapi pada masa yang sama membazirkannya untuk projek dan program-program yang tidak bermanfaat.

UNIVERSITI DITADBIR MACAM SEKOLAH RENDAH ~ Ref Malaysiakini

Malang sungguh bagi rakyat negara ini, apabila menara gading yang diharapkan dapat menjadi kilang melahirkan graduan-graduan hebat dari segala segi sekarang ini ditadbir seperti sekolah menengah.

Naib Canselor (NC) dan Timbalan-timbalan Naib Canselor (TNC) hanya setaraf dengan Guru Besar dan penolong kanan sekolah rendah (bukan tujuan saya untuk hina sekolah rendah).

Isu terbaru yang melibatkan 2 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Farhana dan Shafiqa membuktikan sekali lagi kepada kita bahawa memang layak universiti kita tidak digolongkan di dalam 200 universiti terbaik dunia.

NC dan TNC serta pegawai-pegawainya berlagak bagaikan hero menggunakan kuasa sesuka hati mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak sealiran dengan mereka tanpa alasan yang kukuh dan justifikasi yang tepat dan benar.

Tindakan seperti bukan baru dan bukan hanya di UPM malah ianya telah lama berlaku khasnya bila menjelang pilihanraya kampus (PRK). Kita dapati pentadbir universiti dengan terang lagi bersuluh bermain politik dengan pelajar-pelajar yang tidak membodek mereka. Sebab itulah banyak masa dan tenaga serta wang ringgit rakyat dihabiskan untuk memastikan hanya pelajar-pelajar 'yes man' dan pak sanggup yang menang dalam PRK.

Pelajar-pelajar yang tidak sealiran dengan mereka akan menghadapi pelbagai kesulitan dan kesusahan ciptaan mereka.

Saya sebagai salah seorang rakyat Malaysia tidak akan redha satu sen pun duit saya digunakan oleh pentadbir universiti terbabit kegunaan politik seperti ini.

Untuk rekod Farhana dan Shafiqa telah dibuang kolej 15 Oktober lalu atas alasan yang tidak konkrit. Namun selepas berita disiarkan oleh media dan diadukan kepada ahli parlimen UPM tanpa rasa malu menarik balik keputusan itu dan membenarkan mereka kembali ke kolej.

CADANGAN BUAT PEMIMPIN DAN AHLI UMNO ~ Ref Malaysiakini

Saya ingin membuat beberapa cadangan kepada pemimpin dan ahli Umno demi masa depan agama, bangsa dan negara.

Saya yakin anda masih mempunyai masa untuk membuat perubahan dan penilaian tepat sebelum pemilihan kepimpinan Umno berjalan pada Mac 2009.

Di bawah ini beberapa cadangan saya :-

1) Jangan pilih pemimpin yang dlihat kotor dan sering dilanda kontroversi. Untuk itu saya mencadangkan beberapa nama untuk jawatan tertentu. Kemungkinan untuk satu jawatan hanya seorang yang layak atau tiada langsung. Jadi anda kena bijak membuat pemilihan sebelum menconteng kertas undi.

Presiden : Muhyiddin Yassin (Bahagian mesti mencalonkan Muhyiddin)- yang ini bermasalah tetapi tiada pilihan lain ....
Timbalan : Rais Yatim (Bahagian mesti mencalonkan Rais)
Naib Presiden : Shahrir Samad (Bahagian mesti mencalonkan Shahrir)

Bagi saya hanya 3 orang ini sahaja yang paling baik dikalangan semua pemimpin Umno. Mereka inilah pada pandangan saya paling kurang jahatnya, zalimnya dan agak cerdik berbanding yang lain.

Saya yakin pemimpin-pemimpin yang lain memang tidak layak dan langsung tidak layak untuk memimpin Umno dan negara (jika BN masih memerintah selepas ini).

Ini pandangan peribadi saya sahaja, kalau tuan-puan tidak setuju saya tidak mempunyai sebarang masalah.

22 October 2008

Bila Tun bertanya..KENAPA HALANG SAYA? ~ Ref Malaysiakini

Bila Tun bertanya..KENAPA HALANG SAYA?(Sinar bil:733 ...22 Syawal 1429)

Lalu sukacita untuk aku menjawab kerana berbesar hati untuk sekadar mengingatkan agar Tun tak lupa .

SEBABNYA???

A. Tun HALANG para pendakwah bebas berceramah dimasjid dan disurau juga diradio dan ditv.(.Ingat-ingatkan)

Siapa?

1. Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom (bekas Mufti Selangor)
2. Sahibus Samahah Dato'Sheikh Azmi ( bekas Mufti Pulau Pinang)
3. Sahibus Samahah Dato'Said Ibrahim (bekas Mufti Sabah)
4. Prof.Dato' Dr Haron Din ( Majlis Fatwa Perlis/bekas pensyarah UKM)
5. Ustaz Dr Abdul Aziz Hanafi ( bekas pensyarah Universiti Brunei Darussalam)
6. Ustaz Badrul Amin ( bekas pensyarah UIA)
7. Ustaz Dato' Ismail Kamus(pendakwah bebas)
8. Ustaz Taib Azamudin ( bekas Imam BesarMasjid Negara)
9. Ustaz Kamal Ashaari (bekas Imam Masjid Shah Alam)
10.Ustaz Mohammad Mustapha (ulama' muda yang masyur dari Kelantan)
11.Ustaz Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man ( bekas pensyarah ITM/ahli panel Forum Perdana)
12.Ustaz Md.Daud Che Ngah (pegawai kanan Tabung Haji)...

INSYAALLAH...ini baru 1 sebab ....bila Tun menyekat ULAMA' menyampaikan ILMU...
ada lagi beribu sebab yang menanti...(sekadar mengingatkan)..Mintalah maaf pada mereka semua sebelum terlambat

Oleh : Masturah Hassan

KEBEBASAN MEDIA DICABUL LAGI? ~ Ref Malaysiakini

Apakah kebebasan media dicabul lagi apabila Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata terpulang kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap portal berita Internet Malaysiakini yang Ahad lalu memuatkan kononnya manifesto yang dikeluarkan "kumpulan penyokong" Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerajui Umno.

Kenyataan Shabery ini seolah-olah menyokong akhbar internet tersebut diambil tindakan.

Saya berasa kesal dengan kenyataan Shabery tersebut sedangkan wartawan Malaysiakini tersebut telahpun meminta maaf dan meletakkan jawatan. Jika benar suruhanjaya itu akan mengambil tindakan terhadap Malaysiakini maka ini merupakan suatu tindakan yang mencabul kebebasan media.

Malah Timbalan Perdana Menteri sendiri sudahpun menerima permohonan maaf Malaysiakini hari ini.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri kelmarin telah mengeluarkan penjelasan bahawa artikel tersebut adalah palsu dan mengelirukan dan merupakan usaha terancang pihak tertentu untuk mencemarkan imej beliau.

SERIBU LAPORAN POLIS PUN TIADA KESAN ~ Ref Malaysiakini

Beberapa laporan polis dibuat kepada Najib Razak oleh pemimpin PR. Namun saya jangka ianya tidak memberikan sebarang kesan kerana sudah menjadi lumrah di Malaysia pemimpin kerajaan mempunyai imuniti sendiri.

Inilah satu kesalahan besar yang dilakukan dengan oleh kerajaan BN yang langsung tidak malu dan tidak ada maruah menggunakan kedudukan mereka untuk menyelamat diri masing-msing.

Media melaporkan bahawa Sekumpulan pemimpin pembangkang dan aktivis membuat aduan polis lagi terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung perolehan helikopter Eurocopter dan isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Kira-kira 10 orang yang menggelarkan diri Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMM), bersama ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin dan setiausaha Dewan Muslimat PAS Aiman Athirah Al-Jundi, membuat laporan itu di ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari ini.

Turut hadir bersama membuat laporan polis tersebut, penulis blog dan aktivis pemantauan pilihanraya bebas Amin Iskandar.

Mereka bergerak dari Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur ke balai polis itu dengan membawa kain rentang bertulis "Najib penuh skandal! Ketika menjadi menteri pertahanan."

Foto-foto Najib, isterinya Rosmah Mansor, Altantuya dan kapal selam turut dipaparkan di kain rentang tersebut.

Sepanjang perjalanan itu dalam jarak beberapa ratus meter, kumpulan ini diawasi oleh beberapa puluh anggota polis, termasuk yang berpakaian biasa.

Semalam, timbalan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Fariz Musa membuat aduan polis berhubung kontrak Eurocopter Cougar EC-725 yang didakwa "lebih mahal" berbanding yang diperolehi oleh Brazil.

Bersandarkan surat syarikat Mentari Services Sdn Bhd kepada Najib awal bulan ini, yang telah diterbitkan di Internet termasuk Malaysiakini, SAMM mendesak polis menyiasat secara menyeluruh pembelian pesawat ini yang dibuka tendernya ketika timbalan perdana menteri masih lagi menjawat menteri pertahanan.

Najib kini menteri kewangan.

Mereka juga mendesak polis membuka semula siasatan terhadap pembunuhan wanita Mongolia yang didakwa berkaitan Najib.

"Kita telah mengemukakan 21 helai dokumen dan sokongan yang cukup untuk polis memulakan siasatan dan tindakan selanjutnya," kata Badrul Hisham selepas membuat laporan polis.

Menurutnya, dokumen lain yang dilampirkan termasuk transkrip khidmat pesanan ringkas (SMS) antara timbalan perdana menteri dengan peguam kanan Datuk Shafee Abdullah berhubung perbicaraan penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, seorang kenalan Najib.

Selain menafikan beberapa kali pembabitan dengan Altantuya, Najib juga menolak dakwaan wujud salah guna kuasa seperti teks mesej SMS yang disebarkan itu.

Dalam suratnya 7 Oktober lalu, pengerusi Mentari Services Sdn Bhd Kapt (B) Datuk Zahar Hashim mendakwa keputusan Kementerian Pertahanan mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini."

Kementerian bagaimanapun menafikan perolehan helikopter itu melalui proses yang meragukan dan luar kebiasaan seperti dakwaan.

Dalam kenyataannya Jumaat lepas, ketua setiausaha kementerian itu Datuk Abu Bakar Abdullah menyatakan perolehan itu mengikut peraturan seperti ditetapkan, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Kelmarin, kabinet dilaporkan bersetuju Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memperhalusi isu pembelian itu bagi menggantikan helikopter Nuri.

Badrul Hisham menambah, SAMM juga bercadang membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung perkara tersebut.

"Kita akan membuat laporan (kepada BPR) secepat yang mungkin, sama ada hari ini atau selewat-lewatnya esok," katanya.

TENDER DALAM PEMILIHAN UMNO : RAIS WAJAR KELUAR UMNO ~ Ref Malaysiakini

Saya menyokong cadangan Rais Yatim yang mencadangkan pemilihan Umno dibuat secara tencer.

Rais yang ternyata kecewa dan muak dengan gejala politik wang yang berlaku semasa pemilihan UMNO bahagian,menyarankan semalam agar semua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan secara 'tender'.

Menteri Luar itu berkata, wang yang digunakan untuk mendapatkan jawatan tertinggi parti itu kelak boleh digunakan oleh parti untuk apa jua tujuan yang difikirkan perlu.

Tegasnya, idea itu juga mungkin sesuai memandangkan politik wang telah menjadi budaya dalam UMNO sejak sekian lama.

Kenyataan Rais ini membuktikan gejala rasuah dalam Umno sudah tidak dapat dibendung lagi akibat Umno telah dipimpin oleh semua pemimpin yang bergelumang dengan rasuah semasa pemilihan Umno dan semasa kempen pilihanraya Umum.

Rais berkata jika mereka nak menyumbang, adalah lebih baik UMNO mengadakan sistem tender iaitu siapa yang menyumbang lebih tinggi, dia jadi ketua dan UMNO akan ambil duitnya itu.

Menurutnya lagi siapa yang banyak duit, bolehlah mengemukakan tawaran. (Kelak nanti) kita dalam UMNO akan jadi bahan ketawa masyarakat umum.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama wakil-wakil kedutaan dari benua Amerika Kuala Lumpur semalam.

Menurut Rais, kesukaran UMNO menyelesaikan isu politik wang banyak dikekang ketiadaan bukti yang kukuh bagi menghukum mereka yang terlibat.

Katanya, perlakuan orang yang memberi rasuah cukup sukar dibuktikan kerana pihak-pihak itu memainkan peranan yang cukup licik dan licin.

Saya mencadangkan supaya Rais memikirkan semula keahlian beliau di dalam Umno kerana ternyata adalah Umno adalah sebuah parti yang tidak boleh dibaiki lagi. Seandainya Rais mempunyai maruah diri beliau sepatutnya bertegas dan keluar dari Umno.

21 October 2008

ANUGERAH DATUK KEPADA SHAH RUKH KHAN PELABURAN SANGAT MENGUNTUNGKAN? ~ Ref Malaysiakini

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini (dipetik dari The Star Online versi Bahasa Malaysia) berkata penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh Khan adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang.

Saya masih kurang pasti apakah kenyataan daripada Mohd Ali itu ada kebenarannya atau hanya gimik untuk meng'halal'kan tindakan kerajaan Melaka menggadaikan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan.

Oleh itu saya mengharapkan agar YAB Ketua Menteri dapat memberikan justifikasi yang lebih tepat berdasarkan fakta dan kajian yang terperinci. Kita mahu rakyat diperbodohkan dengan kenyataan yang tidak berasas tidak berpaksikan kajian yang tepat, sistematik dan professional.

Memang Mohd Ali boleh membuat pernyataan sedemikian tetapi dari mana beliau mendapat data dan angka yang sahih tentang keuntungan dari penganugerahan tersebut. Adakah hanya membuat congakan dan ramalan tanpa kajian atau survey yang jitu dan telus.

Beliau berkata Shah Rukh Khan pernah datang ke Melaka membuat penggambaran filemnya bertajuk "One Two Ka Four" di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas.

Maka kita mengharapkan Ali dapat memberikan angka terperinci tentang bilangan pelancong yang datang ke Melaka selepas kedatangan Shah Rukh Khan itu, terutama pelancong India.

Kita juga ingin bukti nyata mereka datang adalah kerana menonton filem Shah Rukh Khan dan selepas melihat keindahan Melaka di dalam filem itu, mereka tertarik untuk datang bukannya kerana sebab yang lain.

PANTUN RASUAH ~ Ref Malaysiakini

Pemimpin kedekut pemimpin lokek
Duit rakyat jadi mangsa
Sana sokong sini bodek
Masa pemilihan ahli kaya

Politik Wang jadi lumrah
Semua pemimpin terlibat sama
Duit berjuta jadi murah
Asalkan menang dapat kuasa

Rais Yatim Bidas Pak Lah
Marahkan Mahathir dengan lantang
Siapa kedekut akan kalah
Siapa rasuah dia menang

Rasuah duit rasuah melancong
Pergi Melancong sampai ke Makasar
Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong
Tawar diri nak jadi pembesar

Hidup jahat mati laknat
Masa muda joli sakan
matlamat hidup hendakkan pangkat
Apa sahaja sanggup lakukan

Pemuda Puteri Wanita Bahagian
Semua sama tidak malu tak segan
Ingin jadi pemimpin atasan
Biarpun tiada sijil dan kelulusan

Muhyiddin pandai membuat dalih
Najib meluat dengan Pak Lah
Banyak duit pasti dipilih
Tak ada duit pasti kalah

Shahidan Kassim tarik diri
Malu muka tak cukup pencalonan
Ali Rustam dah pucat gigi
Mat Taib pula tak habis berangan

ZAKI TUN AZMI HAMPIR PASTI JADI KETUA HAKIM, PR BANTAH ~ Ref Malaysiakini

Dewan Rakyat menolak usul tergempar untuk membincangkan cadangan melantik presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Azmi sebagai ketua hakim negara yang baru.

Usul yang dibawa wakil Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, juga ketua Pemuda PAS, ditolak oleh timbalan yang dipertua dewan dengan alasan isu-isu berhubung badan kehakiman tidak boleh dibahaskan.

Minggu lepas, Majlis Raja-Raja Melayu mencalonkan Zaki bagi menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamad yang bersara wajib Jumaat lepas.

Pakatan Rakyat memang tidak senang dengan cadangan untuk melantik Zaki kerana beliau adalah jelas orang Umno di mana sebelum in beliau pernah menjadi anggota jawatankuasa tatatertib Umno.

Mana mungkin seorang yang pernah memegang jawatan penting dalam Umno dilantik menjadi Ketua Hakim Negara satu jawatan paling 'powerful' dalam bidang kehakiman.

GEJALA RASUAH DALAM UMNO SUDAH KRITIKAL, UMNO BAKAL DITALKINKAN ~ Ref Malaysiakini

Rasuah politik atau politik wang dalam pemilihan Umno kali ini dilihat seolah-olah tidak dapat dibendung lagi. Sudah lebih dari 500 laporan dibuat terhadap salah laku ahli-ahli Umno kepada Jawatan Kuasa Tatertib Umno yang dipengerusikan oleh Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ahmad.

Semalam calon Naib Presiden, Rais Yatim mendedahkan kebobrokan yang berlaku apabila beliau diminta memberikan wang untuk mendapatkan undi bagi pencalonan jawatan naib presiden yang menjadi sasarannya dalam pemilihan Umno, Mac tahun depan.

Beliau, yang juga menteri luar, berkata "majoriti" ahli parti itu lebih berminat mengejar wang ketika kempen berlangsung sekarang daripada memilihan pemimpin yang benar-benar layak, lapor agensi berita AFP hari ini.

Menurutnya bakal-bakal calon didekati dengan berselindung sebalik bantuan dan sumbangan. (Tetapi) beliau mendakwa tidak bersedia (berbuat demikian).

Beliau menunjukkan bukti yang beliau tidak bersedia merasuah ahli-ahli Umno di mana setakat ini pencalonan yang diterima beliau tidak begitu banyak.

Rais berkata ekoran dari isu ini maka sesiapa yang ingin turut serta (dalam perebutan jawatan), seseorang itu mesti mengiyakannya (melakukannya).

Dr Rais hanya memperolehi lima pencalonan daripada bahagian-bahagian yang bermesyuarat setakat ini, sejak 9 Oktober.

Beliau memerlukan 15 lagi sokongan untuk layak pertandingan.

Adalah jelas bahawa Umno gagal memulihkan rasuah politik atau politik yang telah berleluasa sejak sekian lama dalam Umno. Malah ramai berpendapat bahawa gejaka jijik itu berlaku berlipat kaliganda hebatnya berbanding dengan pemilihan-pemilihan lalu.

Masalahnya pemimpin dan ahli-ahli Umno sudah tidak takut kepada tuhan dan tidak menghiraukan amaran Jawatankuasa Tatatertib kerana amalan itu boleh dikatakan melibatkan semua bakal-bakal calon. Cuma sedikit sangat yanga tidak mahu melakukannya. Sesiapa yang bersih maka bersedialah untuk menemui kekalahan.

Oleh kerana sudah menjadi darah daging dan seolah-olah telah diterima oleh semua calon dan ahli-ahli Umno maka Jawatankuasa Tatatertib tidak boleh berbuat apa-apa. Jika tindakan di ambil maka saya yakin hampir semua yang melibatkan diri dengan amalan keji berbanding dengan yang tidak terlibat dengannya.

Oleh kerana itu saya berpendapat Umno sedang melalui hari-hari terakhir dalam hidupnya. Umno boleh disifatkan sedang mengalami sakit tua yang tiada ubatnya, hanya menunggu hari untuk ditalkinkan.

Saya menggesa Badan Pencegah Rasuah menyiasat semua amalan rasuah politik atau politik wang dalam pemilihan Umno kerana ianya jelas melanggari undang-undang rasuah. Heret dan dakwa setiap orang yang didapati terlibat dengan gejala buruk ini kerana ternyata gejala sebeginilah yang telah meruntuhkan banyak negara.

Kita tidak boleh membiarkan pemimpin-pemimpin yang bergelumang dengan kejahatan dan kejijikan rasuah memimpin negara dan bangsa kita.

20 October 2008

KASIHAN SHAHIDAN KASSIM, HAJAT DIHATI NAK PELUK GUNUNG APAKAN DAYA TANGAN PENDEK ~ Ref Malaysiakini

Kasihan kepada Bekas Menteri Besar Perlis yang 'gedebe', Shahidan Kassim apabila tidak banyak Bahagian Umno yang sudi mencalonkannya dan akhirnya dengan muka yang tebal dan malu terpaksa menarik balik hasrat untuk bertanding Naib Presiden.

Beliau sebenarnya kurang yakin untuk mendapatkan cukup pencalonan bagi melayakkan dirinya bertanding. Jadi nampaknya belum masuk gelanggang lagi Shahidan sudah tewas dan mengaku kalah.

Kini beliau menumpukan kepada jawatan ahli Majlis Tertinggi sahaja. Itupun belum tentu menang. Kalau saya jadi beliau saya terus 'resign' dari politik kerana malu ditolak oleh ahli.

Sebenarnya ahli-ahli Umno sudah tahu siapa Shahidan yang sebenarnya.

Walaupun begitu 'Mamat' ini tetap bercakap besar dengan mendakwa bahawa banyak bahagian yang akan terus memberi pencalonan kepadanya untuk jawatan Naib Presiden. Memang pemimpin Umno seperti beliau sering perasan dan angkat bakul sendiri.

Kalau sudah tidak disukai orang lebih baik berterus terang wahai Shahidan, tidak perlulah berdalih dan mencari seribu alasan, orang kampung semua sudah tahu siapa hang sebenarnya.

TOK GURU MASUK HOSPITAL : SEMOGA CEPAT SEMBUH ~ Ref Malaysiakini

Tok Guru Nik Aziz dilaporkan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dan tidak dapat menghadiri majlis perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ketiga bagi penggal pertama tahun ini yang berlangsung selama seminggu mulai hari ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata Nik Aziz telah dinasihatkan oleh pakar perubatan HUSM agar berehat beberapa hari lagi.

"Doktor telah menasihatkan Menteri Besar supaya berehat di hospital untuk sehari dua lagi dan InsyaAllah bila benar-benar sihat, beliau akan kembali menghadiri persidangan Dewan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Ahmad berkata Nik Aziz dimasukkan ke HUSM sejak semalam dan keadaannya dilapor tidak membimbangkan.

Beliau merasa tidak sihat selepas turut mengadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke215 di Kuala Terengganu, selama dua hari yang berakhir Khamis lepas.

Ahmad berkata jika keadaan kesihatan Nik Aziz bertambah baik, Menteri Besar itu dijangka dapat membentangkan Bajet Negeri 2009 di persidangan Dewan nanti.

Nik Aziz, 77, yang juga Mursyidul Am PAS pernah dirawat di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur pada 2004 berikutan masalah jantung dan juga pernah dirawat kerana masalah gastrik dan tekanan darah tinggi.

Saya mendoakan Tok Guru cepat sembuh dan dapat memimpin kita bagi merealisasikan hajat kita menumbangkan kerajaan BN dan mendirikan kerajaan yang adil diatas 'runtuhan' kerajaan zalim BN ini.

Tok Guru memang komited dan yakin bahawa kerajaan PR akan dibentuk tidak lama lagi atau paling lama pada pilihanraya umum akan datang. Beliau sentiasa memberikan sokongan kepada usaha PR untuk membentuk kerajaan pusat yang baru.

KERAJAAN BN KEMARUK ZALIM RAKYAT? ~ Ref Malaysiakini

Keengganan Kerajaan BN untuk memansuhkan undang-undang zalim ISA dilihat seolah-olah mereka kemaruk untuk melakukan kezaliman kepada rakyat dengan menahan rakyat sesuka hati tanpa diberikan hak membela diri di mahkamah.

Oleh kerana sudah kemaruk dengan kezaliman maka kerajaan BN yang memerintah sekarang buat endah tidak endah sahaja walaupun pelbagai pihak menggesa kerajaan BN supaya memansuhkan ISA atau sekurang-kurangnya mengkajinya semula.

MCA dan Gerakan sudah beberapa kali menggesa kerajaan mengkaji semula penggunaan ISA namun kerajaan tetap berdegil dan berkeras untuk meneruskan akta zalim ini.

Tidak harian mengapa kerajaan meneruskannya kerana banyak pihak berpendapat ia menjadi senjata ampuh untuk berhadapan dengan musuh politiknya.

Kerajaan berlindung disebalik alasan ianya perlu untuk memastikan isu-isu sensitif berkenaan perkauman dan agama di tangani dari awal sebelum ianya semakin merebak.

Malang sekali bagi sebuah kerajaan yang mengaku adil, telus dan bijaksana tetapi pada masa yang sama menggunakan alasan keselamatan dan ketenteraman awam sebagai lesen untuk menangkap sesiapa sahaja yang mereka suka.

RAIS SANGGAH PAK LAH ~ Ref Malaysiakini

Pemimpin-pemimpin Umno jelas semakin berani menghentam Pak Lah sekarang. Sebaik sahaja Pak Lah mengumumkan akan berundur, mereka menjadikannya sebagai lesen untuk menghentam Pak Lah.

Muhyiddin yang sebelum ini dilihat sebagai penyokong setia Pak Lah begitu berani mengkritik pelan peralihan kuasa. Akhirnya semalam Pak Lah meluahkan perasaan kecewa dan menuduh Muhyiddin sebagai mungkir janji. Berat tuduhan Pak Lah tersebut, namun mungkin beliau sudah tidak berdaya lagi untuk sabar disebabkan sikap 'kurang ajar' anak buahnya.

Hari ini seorang lagi penyokong Pak Lah dan sama-sama berjuang dalam team B suatu ketika dahulu secara terbuka menyanggah kenyataan Pak Lah yang menempelak Mahathir kerana mengesyorkan supaya tiada 'kroni-kroni' Pak Lah dalam kabinet Najib nanti.

Malah Pak Lah mendakwa Mahathir tiada hak untuk menasihat dan memberikan cadangan kepada Umno kerana beliau bukan lagi ahli Umno.

Dalam kenyataan Rais yang disiarkan oleh Mstar, Ketua Umno Bahagian Jelebu itu hari ini membidas mereka yang mengkritik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membuat kenyataan tentang Umno.

Menurutnya banyak pihak yang menghentam Tun Dr Mahathir kerana membuat kenyataan tentang Umno. Ini tidak sepatutnya menjadi satu isu.

Rais mendakwa Mahathir mempunyai locus standi (kedudukan) untuk membuat apa jua kenyataan tentang Umno. Beliau menerajui parti itu selama 23 tahun.

Seterusnya Rais menambah bahawa kalau mereka ingin berkata sesuatu kepada beliau Rais mencadangkan seseorang itu berjumpa Dr Mahathir dan bercakap secara berdepan dengannya.

Begitulah nasib Pak Lah belum pun beliau melepaskan jawatan, beliau sudahpun dihina oleh anak buahnya sendiri. Ini sudah menjadi lumrah dalam Umno.

INGATKAN DAH INSAF RUPANYA TIDAK ~ Ref Malaysiakini

Saya agak terkejut juga apabila Kuda Kepang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan Umno Mac 2009.

Semua orang tahu Kuda Kepang begitu lantang mengkritik Presiden Umno, Dollah Badawi. Apakah Kepang Kepang belum sedar bahawa kebobrokan Umno bukannya disebabkan Dollah seorang tetapi disebabkan sistem di dalam Umno dan ideologi yang dipegang oleh Umno adalah jauh menyimpang dari Islam dan demokrasi.

Saya hairan mengapa Kuda Kepang yang jelas sedar dan 'aware' bahawa Umno begitu sukar untuk dibentuk dan diperbetulkan, sanggup untuk bersekongkol dengan kejahatan Umno. Umno sukar untuk diperbetulkan sebab ianya telah rosak dan punah disebabkan perjuangan Umno adalah semata-mata berdasarkan kebendaan atau material.

Maka bagi saya tidak ada ertinya jika Kuda Kepang terpilih dalam pemilihan Umno nanti kerana Umno sudah rosak dan tidak dapat diperbaiki lagi. Andai Kuda Kepang menang nanti maka beliau akan turut sama hanyut dengan dunia kebendaan Umno.

Saya mengharapkan Kuda Kepang bukan sahaja menarik diri dari Umno dan menjauhi Umno. Kalau tidak mahu masuk PAS sekalipun Kuda Kepang boleh mengisi borang PKR untuk bersama-sama berjuang di dalam Pakatan Rakyat.

Apa maknanya kritikan Kuda Kepang kepada kerajaan BN jika Kuda Kepang sendiri akhirnya menjilat ludahnya semula.

ISU EUROCOPTER : JANGAN SEMBUNYIKAN FAKTA DAN PENYELEWENGAN ~ Ref Malaysiakini

Saya menyokong cadangan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang akan menyiasat tentang perjajian pembelian Eurocopter.

Cuma apa yang ingin saya pinta ialah satu penyiasatan bebas, telus dan ikhlas agar apa sahaja 'abnormality' mesti dilaporkan kepada umum dan telus.

Kita tidak mahu perkara lama berulang kembali.

19 October 2008

DOLLAH MULAKAN 'PERANG' KEPADA MAHATHIR DAN MUHYIDDIN SECARA TERANG-TERANGAN ~ Ref Malaysiakini

Umno kian haru-biru. Hari ini Dollah secara terbuka menyerang bekas 'boss'nya Mahathir dan Naib Presiden Umno, Muhyiddin Yassin. Jelas Dollah begitu kecewa dengan 2 orang penting dalam politik Malaysia ini.

Seorang bekas Boss yang pernah dibodeknya habis-habisan semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan seorang lagi Naib Presiden yang sedang bersinar bintangnya untuk menduduki kerusi no 2 dalam Umno.

Marah betul Dollah kepada kedua-duanya.

Muhyiddin teruk dihentam Dollah seperti yang disiarkan oleh TV 3 dalam Buletin Utama TV3 suku malam ini. Muhyiddin digelar sebagai memungkiri janji kerana menurut Dollah semua ahli MT telah bersetuju dengan pelan peralihan tetapi mengapa selepas itu Muhyyidin mengkritik dan tidak bersetuju pula. Sebab itu Dollah menuduh Muhyiddin mungkir janji.

Malah Dollah seolah-olah menyokong Ali Rustam apabila menyelar puak-puak yang mencadangkan atau meminta Ali Rustam menarik diri.

Mungkinkah Dollah mula menunjukkan dirinya menyebelahi Ali kerana marahkan Muhyiddin. Namun saya menjangkakan ahli Umno tidak akan dipengaruhi oleh sokongan terbuka Dollah ini. Muhyiddin terbukti menjadi hero dalam dalam isu peralihan kuasa sehingga berani mengkritik Dollah.

Pada pandangan saya Dollah tersilap kerana berdendam dengan Muhyiddin sehingga menuduh Muhyiddin mungkir janji. Sentimen ahli Umno mahukan reformasi dan perubahan. Jadi tindakan Dollah ini sebenarnya membuatkan ahli Umno lebih meluat kepada Dollah dan melonjakkan lagi nama Muhyiddin.

Perkembangan terbaru ini menampakkan bahawa Umno semakin haru biru selepas ini. Kritikan terbuka Dollah kepada Mahathir dan Muhyiddin benar-benar menyemarakkan api perbalahan di dalam Umno.

KERAJAAN BN SUDAH SINONIM DENGAN KEZALIMAN ~ Ref Malaysiakini

Oleh kerana sudah sinonim dengan kezaliman maka kerajaan BN yang memerintah sekarang buat endah tidak endah sahaja walaupun pelbagai pihak menggesa kerajaan BN supaya memansuhkan ISA atau sekurang-kurangnya mengkajinya semula.

MCA dan Gerakan sudah beberapa kali menggesa kerajaan mengkaji semula penggunaan ISA namun kerajaan tetap berdegil dan berkeras untuk meneruskan akta zalim ini.

Tidak harian mengapa kerajaan meneruskannya kerana banyak pihak berpendapat ia menjadi senjata ampuh untuk berhadapan dengan musuh politiknya.

Kerajaan berlindung disebalik alasan ianya perlu untuk memastikan isu-isu sensitif berkenaan perkauman dan agama di tangani dari awal sebelum ianya semakin merebak.

DI LUBUK SENDIRI PUN KHAIRY TEWAS ~ Ref Malaysiakini

Sudah jatuh di timpa tangga, itulah ungkapan yang molek dan cocok untuk menantu kesayangan Dollah Badawi Khairy Jamaluddin (KJ). Beliau ditolak oleh sebahagian besar Pemuda Umno Bahagian di seluruh negara, malah semalam Pemuda Umno Bahagian 'lubuk'nya sendiri iaitu Putra Jaya memalukan beliau apabila mencalonkan Mukhriz sebagai Ketua Pemuda. Lebih dahsyat Khairy mendapat tempat tercorot di kalangan ketiga-tiga calon.

Mukhriz mendapat 33 undi, Khir Toyo mendapat 32 undi manakala Khairy hanya mendapat 22 undi. Sungguh memalukan sedangkan Khairy kalaupun tidak tinggal di Putra Jaya (saya tidak pasti), bapa mertuanya tinggal di sana dan beliau sering ke sana.

Malah Bahagian Putra Jaya dikepalai oleh sekutu kuatnya iaitu Tengku Adnan Mansor juga tidak menyokong Khairy. Sungguh malang nasib si Khairy yang semakin dilupakan oleh rakan dan lawan.

Maka elok saya cadangkan supaya Khairy menarik diri agar tidak dimalukan pada hari pemilihan nanti kerana kemungkinan besar beliau akan kalah dan lebih teruk mungkin 'hilang deposit'.

BERITA GEMPAR : SAH PAS BERKAHWIN DENGAN UMNO ~ Ref Malaysiakini

Memang ramai dari ahli dan penyokong Pakatan Rakyat begitu bimbang PAS akan bergabung atau berkahwin dengan Umno. Tetapi kebimbangan itu menjadi kenyataan apabila PAS dan Umno telah berkahwin semalam.

Tentu saudara terkejut dengan kenyataan ini sedangkan pemimpin PAS berulang-ulang kali menafikan ianya akan berlaku. Malah pada muktamar PAS di Ipoh beberapa bulan lalu, pemimpin PAS dan ahli PAS sepakat menolak sebarang usaha untuk mengahwinkan PAS dan Umno.

Tetapi apakan daya, semua itu ketentuan Allah. DAP, PKR dan semua penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat mesti menerimanya dengan hati terbuka demi untuk masa depan agama,bangsa dan negara.

PAS dan Umno akhirnya menolak semua perbezaan fahaman, politik dan ego masing-masing apabila akhirnya diijabkabulkan semalam di Kelantan. Maka bergembiran sebahagian rakyat Kelantan mendengar berita ini.

Tetapi saudara jangan terperanjat, perkahwinan ini bukannya melibatkan parti PAS dan parti Umno sebaliknya ianya melibatkan perkahwinan anak ADUN PAS Sg Abong, Johor, YB Sheikh Ibrahim Salleh dengan anak ADUN UMNO Bukit Bunga, Kelantan, YB Mohd Adhan Kechik.

(Fuuuuuuuuuhhh, lega ingat betul-betul PAS KAHWIN DENGAN UMNO, minta maaf jika ada yang marah dengan posting saya ini)

Laporan Mstar hari ini:

Berdasarkan sifat ikhlas dan kasih sayang terhadap anak, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik dan ADUN Sungai Abong, Johor, Dr. Sheikh Ibrahim Salleh bersedia mengenepikan perbezaan politik untuk berbesan.

Sikap terbuka itu menyaksikan Salleh Sheikh Ibrahim, 25, semalam diijabkabulkan dengan Ernie Muneerah Mohd Adhan, 25.

Majlis akad nikah pasangan mempelai itu berlangsung di rumah Mohd Adhan di sini.

Sheikh Ibrahim berkata atas dasar kasih sayang, agama dan bangsa, perbezaan politik dapat diketepikan jika ada keikhlasan di dalam hati untuk memastikan anakanak bahagia.

"Perkahwinan anak kami ini memang ketentuan tuhan, jadi untuk lihat dari aspek yang lebih luas seperti pertemuan PAS dan Umno, ianya bermula daripada keikhlasan untuk bangsa, agama dan negara," katanya.

Bagi Mohd Adhan, hubungan anak perempuannya dengan menantunya tidak perlu dihalang atas sebab perbezaan parti kedua-dua bapa, kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak dan sebaliknya mungkin memberikan kesan buruk.

"Sama dengan politik, kita tidak mahu mendapat susah kerana cuba menghalang sesuatu yang baik yang akhirnya membawa kesan kepada generasi akan datang," katanya.

Salleh dan Ernie Muneerah pernah bertemu sewaktu zaman persekolahan namun terpisah kerana pekerjaan keluarga.

"Tidak sangka pula saya akan bertemu semula sewaktu belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika kami mengambil jurusan yang sama dalam kursus ijazah Biologi Molekul.

"Kami berkenalan rapat selama tiga tahun sebelum berkahwin hari ini (semalam)," kata Salleh dengan ceria. BERNAMA

KASIHAN KETUA MENTERI KITA KENA NAYA ~ Ref Malaysiakini

Siapakah yang nakal yang cuba mempermainkan Ketua Menteriku, Ali Rustam sehingga sanggup menyebarkan khabar angin bahawa beliau menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno. Memang tidak ada kerja agaknya Mamat atau Minah yang sanggup melakukan sedimikan.

Orang itu langsung tidak simpati kepada Ketua Menteriku yang sekarang susah hati kerana baru mendapat 9 pencalonan sedangkan calon 'favourite' Muhyiddin Yassin sudahpun melepasi kouta hari ini apabila mendapat pencalonan ke 39 dari Bahagian Paya Besar hari ini. Setakat ini Muhyiddin telah mendapat 45 pencalonan.

Nampaknya Ali sekadar boleh berlawan dengan Muhammad Mohd Taib seorang lagi yang teringin untuk menjadi Timbalan Presiden Umno yang mendapat 8 pencalonan.

Kasihan kepada Ali dan Mat Taib, hajat di hati nak peluk gunung apakan daya tangan tak sampai (belum sampai???).

Beriya-iya benar Ali menafikan khabar angin itu demi untuk membolehkan beliau mendapat pencalonan dari Bahagian-bahagian Umno yang belum mengadakan persidangan.

Media hari ini melaporkan bahawa Mohd Ali Rustam tidak akan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, malah yakin beliau mampu memperolehi cukup pencalonan untuk membolehkan beliau bertanding ke jawatan itu menjelang tamat pemilihan peringkat bahagian parti 9 November ini.

Katanya beliau merasakan perlu untuk membuat penjelasan itu berikutan tersebarnya desas-desus sejak beberapa hari lepas kononnya beliau mungkin akan menarik diri daripada bertanding ke jawatan itu.

Menurutnya berita itu tidak betul dan berharap penjelasan beliau ini dapat menjelaskan kepada semua anggota Umno dan bahagian-bahagian bahawa beliau tidak akan tarik diri dan berharap bahagian-bahagian dapat berikan pencalonan bagi mencukupkan kuota 39 pencalonan untuk membolehkannya bertanding.

Mohd Ali berkata demikian selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Bukit Katil di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka hari ini.

Namun saya mencadangkan kepada Ali supaya memikirkannya betul-betul kerana belum tentu beliau dapat bertanding. Jadi lebih baik menarik diri dari awal supaya tidak habis tenaga, masa dan wang ringgit untuk berkempen (harap-harap beliau berkempen menggunakan duit sendiri lah ye, jangan siksa rakyat Melaka).

Malah jika Ali mendapat pencalonan yang cukup pun belum tentu beliau dapat mengalahkan Muhyiddin kerana dari segi pencalonan perbezaannya terlampau jauh bagaikan Bukit Katil dengan Kota Kinabalu jaraknya. Kalau perbezaannya kecil atau dekat macam jarak antara Jalan Sidang Hassan, Bukit Katil dengan Bukit Sama Tahu, Bukit Katil mungkin beliau mempunyai harapan untuk mengalahkan Muhyiddin.

Lebih malang lagi beliau juga saya jangka terpaksa bersaing hebat dengan Mat Taib untuk merebut tempat tercorot pada pemilihan Timbalan Presiden itu kerana jumlah pencalon beliau dengan Mat Taib hampir sama banyak. Setakat ini Ali mempunyai kelebihan satu pencalonan sahaja iaitu Ali mendapat 9 pencalonan dan Mat Tain 8 pencalonan.

Maka lebih baik beliau berundur dahulu belum lebih teruk kecewa dan malu.

LANUN SEMBAHYANG JEMAAH BERSAMA TAHANAN, KERAJAAN BN TAHAN RAKYAT DUDUK SEORANG DALAM SEL? ~ Ref Malaysiakini

Pelik! Setahu aku yang bodoh ini..bila sebut lanun aja...mesti jahat. Perampok..perompak...penyamun...mengacau...mengganggu anak-anak kapal yang ditawan..aku bayangkan dengan mata yang tertutup sebelah dengan kain hitam..Tapi bila aku baca dalam siasah BIL 0119, lanun pun boleh solat berjemaah dengan anak-anak kapal Melati 5 yang telah ditawannya..malah boleh pulak solat berjemaah dan berpuasa bersama anak-anak tawanan itu dalam keadaan yang selesa. Malah dibenarkan tidur dalam bilik yang besar walaupun terkurong.Rupa-rupanya lanun International ini walaupun dalam melakukan rompakan masih ingatkan ALLAH.

Jadi kalau ingatkan ALLAH ..mengapa nak jadi lanun?..Seorang lanun memberitahu, tujuan mereka merompak kapal-kapal yang melalui kawasan tersebut semata-mata untuk mendapatkan sejumlah wang bagi menyara hidup kumpulan mereka..Nampaknya kumpulan mereka ini kaya raya..setakat dengan MISC saja dah dapat tebusan RM 6.4 juta..belum lagi dikira dengan 68 kapal yang telah diserang dan 26 kapal yang telah berjaya dirampas...Entah-entah lanun-lanun ini merompak untuk membantu orang-orang yang kebuluran dinegaranya.(aku agak aja) ...

Ingat..walau apa pun "Matlamat Tidak Menghalalkan Cara"..Walau apa pun kebaikan yang ingin dilakukan , mesti dengan cara yang betul..Yang salah tetap salah. Tidak ujud istilah dalam mana-mana hukum "ISA". .IKUT SUKA AKU..Kot ya pun menganggu keselamatan dalam negarakah @ negerikah ...Jangan main sumbat aja dalam tahanan. Bicarakan yang disyakki dimahkamah...Lanun-lanun International ini pun punya perasaan untuk membenarkan tawanan berpuasa, bersolat berjemaah malah ikut solat berjemaah lagi...Tapi bagaimana tahanan ISA di Malaysia.Diberi pula seperti makanan anjing..(Sayang pula tidak dinyatakan , bagaimana dengan makanan yang disediakan oleh lanun -lanun International itu sewaktu berbuka puasa bersama orang-orang tawanan)....

Wahai mereka -mereka yang berkuasa terhadap tahanan ISA ini...sedarlah ..engkau dah tidak punya banyak masa lagi.."RUMAH KATA PERGI ..KUBUR KATA MARI"..Engkau akan mati esok @ lusa..bekalan apa yang engkau nak bawa..bekalan maki hamun dari tangisan2 rakyat mu yang teraniaya..ENGKAU AKAN TERSIKSA..

Dihantar oleh Masturah Hassan melalui email.

NAJIB PUCAT GIGI, RAGU-RAGU KEJUJURAN DOLLAH ~ Ref Malaysiakini

Najib Razak, calon Presiden Umno benar-benar pucat dan pucat gigi disebabkan beberapa isu akhir-akhir ini yang seolah-olah dirancang oleh pihak tertentu. Sehingga sms beliau dengan 'orang-orang'nya pun didedahkan di internet.

Ada pemerhati politik menyifatkan semuanya itu adalah perancangan pihak tertentu untuk menamatkan karier politik Najib yang terkenal penuh dengan kontroversi itu tidak akan kemana walaupun sekarang sudah berada di selekoh terakhir untuk sampai ke garisan penamat untuk menjadi Perdana Menteri.

Najib ternyata rimas dengan isu Altantuya, kapal selam dan helikopter Eurocopter. Selain itu isu-isu lama yang melibatkan 'kenakalan' Najib masa muda dulu juga terus menghantui beliau.

Dollah dengan bantuan menantu kesayangannya yang sudah sekian lama menjadi arkiteknya dalam Umno sudah tentu tidak menyerahkan jawatan No 1 secara percuma kepada Najib.

Beliau kini dikatakan sedang menyusun strategi untuk memerangkap Najib dengan pelbagai isu diatas dan lain-lain isu yang boleh memusnahkan impian anak bekas Perdana Menteri kedua itu untuk menerajui kerajaan.

Sudah tentu Najib sekarang sedang merancang cara untuk menangkis serangan dan strategi Dollah. Tunggu dan lihat pertembungan hebat antara Umno dengan Umno selepas ini.

DOLLAH SUDAH TIDAK TAHAN DENGAN MAHATHIR ~ Ref Malaysiakini

Dollah yang sebelum ini jarang sekali menjawab segala kritikan dan tohmahan Mahathir kepada beliau nampaknya semakin tidak tahan dengan orang tua tersebut. Hari ini media melaporkan kenyataan Dollah yang bunyinya agak keras tidak seperti sebelum ini.

Pertama Dollah membuat kenyataan, "Siapakah Tun yang dah keluar parti Umno itu nak cuba membuat arahan kepada orang Umno apa yang patut dilakukan?

Kedua Dollah berkata "Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian."

Mungkin Dollah sudah tidak tahan dan panas dengan 'tembakan' demi 'tembakan' yang dibuat oleh Dr Mahathir samada menggunakan 'meriam' atau 'senapang gajah'.

Mungkin antara sebab Dollah tertekan dan akhirnya mengumumkan untuk mengundurkan diri adalah disebabkan kenyataan Dr Mahathir sendiri yang secara terang-terang mengkritik dan meng'kondem' Dollah dari awal Dollah menjadi Perdana Menteri lagi.

Malah mungkin juga Dr Mahathir akan memperhebatkan 'serangan' kepada Dollah selepas ini dalam usahanya untuk menjatuhkan imej Dollah dan tidak secara menyerang Khairy yang sedang berdepan dengan Mukhriz anaknya untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

Jadi pertembungan Mahathir-Dollah juga sebenarnya adalah pertembungan antra Mukriz-Khairy.

PEMIMPIN KE AUSTRALIA TONTON FILEM BOGEL? ~ Ref Malaysiakini

Saya siarkan email dari seorang Anak Melaka yang tinggal di Australia yang membuat keluhan .....

Pertama kali saya menulis kepada seorang blogger. Disini Tahniah pada pihak tuan kerana menyiarkan kebenaran tentang apa yang terjadi di Malaysia. Saya adalah pemastautin yang menetap dan bekerja di Perth.

Pasal P#@ *&@ nih banyak sangat kami disini dengar dan melihat. Makan kedai Vietnam la, makan restoran tak halallah, keluar dengan perempuan group cina muda la, i think family kot. Anyway bukan la sini hendak saya memfitnah orang atau tidak. Cuma someone have to tell the truth on what is really going on. Benar benar sangat P#@ *&@ ini topeng dua muka.

Saya harap tuan terus membongkar perkara sebenar tentang kerajaan kita. Banyak betul delegasi yang dating sini kononnya promosi MITI tapi end up kat casino Burswood dan pergi ke kelab tarian bogel dan pelacuran. BUkan tak ada Bukti malah Travel agency sini ownernya Peter Chin yang bawa delegasi ini kehulu kehilir ke kelab kelab malam dan sebagainya. Dan saya mendapat maklumat pun sebab saya sendiri bekas ketua pelajar disini dan banyak adik saya volunteer untuk organize majlis persidangan. SO sangat sedih bila melihat mereka nih patutnya dating untuk mempromosikan industry Malaysia tapi dating hanya untuk hiburan. Hampir 70 orang delegasi, separuh semua sama jer syaitan.

Jangan disalahkan Pelajar Malaysia tidak mahu pulang selepas tamat pengajian, tapi kami pernah cuba pulang tapi berbaloikan kami untuk berbakti kepada tanah air hanya dengan jumlah yang kecil sedangkan mangkuk hayun yang dating dengan menteri berbelanja hamper 300 dollar hanya di satu pusat tarian bogel. Duit sapa? Wallahuallam.

Apa apa pun, seronok benar baca artikel saudara..

Salam
Dari Anak Melaka Bukit Cina

Ridzuan Mohammad
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter