CADANGAN BUAT PEMIMPIN DAN AHLI UMNO ~ Ref Malaysiakini

Saya ingin membuat beberapa cadangan kepada pemimpin dan ahli Umno demi masa depan agama, bangsa dan negara.

Saya yakin anda masih mempunyai masa untuk membuat perubahan dan penilaian tepat sebelum pemilihan kepimpinan Umno berjalan pada Mac 2009.

Di bawah ini beberapa cadangan saya :-

1) Jangan pilih pemimpin yang dlihat kotor dan sering dilanda kontroversi. Untuk itu saya mencadangkan beberapa nama untuk jawatan tertentu. Kemungkinan untuk satu jawatan hanya seorang yang layak atau tiada langsung. Jadi anda kena bijak membuat pemilihan sebelum menconteng kertas undi.

Presiden : Muhyiddin Yassin (Bahagian mesti mencalonkan Muhyiddin)- yang ini bermasalah tetapi tiada pilihan lain ....
Timbalan : Rais Yatim (Bahagian mesti mencalonkan Rais)
Naib Presiden : Shahrir Samad (Bahagian mesti mencalonkan Shahrir)

Bagi saya hanya 3 orang ini sahaja yang paling baik dikalangan semua pemimpin Umno. Mereka inilah pada pandangan saya paling kurang jahatnya, zalimnya dan agak cerdik berbanding yang lain.

Saya yakin pemimpin-pemimpin yang lain memang tidak layak dan langsung tidak layak untuk memimpin Umno dan negara (jika BN masih memerintah selepas ini).

Ini pandangan peribadi saya sahaja, kalau tuan-puan tidak setuju saya tidak mempunyai sebarang masalah.

Comments