BERITA GEMPAR : SAH PAS BERKAHWIN DENGAN UMNO ~ Ref Malaysiakini

Memang ramai dari ahli dan penyokong Pakatan Rakyat begitu bimbang PAS akan bergabung atau berkahwin dengan Umno. Tetapi kebimbangan itu menjadi kenyataan apabila PAS dan Umno telah berkahwin semalam.

Tentu saudara terkejut dengan kenyataan ini sedangkan pemimpin PAS berulang-ulang kali menafikan ianya akan berlaku. Malah pada muktamar PAS di Ipoh beberapa bulan lalu, pemimpin PAS dan ahli PAS sepakat menolak sebarang usaha untuk mengahwinkan PAS dan Umno.

Tetapi apakan daya, semua itu ketentuan Allah. DAP, PKR dan semua penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat mesti menerimanya dengan hati terbuka demi untuk masa depan agama,bangsa dan negara.

PAS dan Umno akhirnya menolak semua perbezaan fahaman, politik dan ego masing-masing apabila akhirnya diijabkabulkan semalam di Kelantan. Maka bergembiran sebahagian rakyat Kelantan mendengar berita ini.

Tetapi saudara jangan terperanjat, perkahwinan ini bukannya melibatkan parti PAS dan parti Umno sebaliknya ianya melibatkan perkahwinan anak ADUN PAS Sg Abong, Johor, YB Sheikh Ibrahim Salleh dengan anak ADUN UMNO Bukit Bunga, Kelantan, YB Mohd Adhan Kechik.

(Fuuuuuuuuuhhh, lega ingat betul-betul PAS KAHWIN DENGAN UMNO, minta maaf jika ada yang marah dengan posting saya ini)

Laporan Mstar hari ini:

Berdasarkan sifat ikhlas dan kasih sayang terhadap anak, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik dan ADUN Sungai Abong, Johor, Dr. Sheikh Ibrahim Salleh bersedia mengenepikan perbezaan politik untuk berbesan.

Sikap terbuka itu menyaksikan Salleh Sheikh Ibrahim, 25, semalam diijabkabulkan dengan Ernie Muneerah Mohd Adhan, 25.

Majlis akad nikah pasangan mempelai itu berlangsung di rumah Mohd Adhan di sini.

Sheikh Ibrahim berkata atas dasar kasih sayang, agama dan bangsa, perbezaan politik dapat diketepikan jika ada keikhlasan di dalam hati untuk memastikan anakanak bahagia.

"Perkahwinan anak kami ini memang ketentuan tuhan, jadi untuk lihat dari aspek yang lebih luas seperti pertemuan PAS dan Umno, ianya bermula daripada keikhlasan untuk bangsa, agama dan negara," katanya.

Bagi Mohd Adhan, hubungan anak perempuannya dengan menantunya tidak perlu dihalang atas sebab perbezaan parti kedua-dua bapa, kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak dan sebaliknya mungkin memberikan kesan buruk.

"Sama dengan politik, kita tidak mahu mendapat susah kerana cuba menghalang sesuatu yang baik yang akhirnya membawa kesan kepada generasi akan datang," katanya.

Salleh dan Ernie Muneerah pernah bertemu sewaktu zaman persekolahan namun terpisah kerana pekerjaan keluarga.

"Tidak sangka pula saya akan bertemu semula sewaktu belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika kami mengambil jurusan yang sama dalam kursus ijazah Biologi Molekul.

"Kami berkenalan rapat selama tiga tahun sebelum berkahwin hari ini (semalam)," kata Salleh dengan ceria. BERNAMA

Comments

sniper said…
memang sama-sama umno payah diorang nak percaya, dia lagi percaya dgn anak org pas untuk jadi menantu ..

malas nak komen lebih, pepaham aja la ..