JANGAN SIA-SIAKAN PEKERJA KONTRAK DI JABATAN KERAJAAN ~ Ref Malaysiakini

Media hari ini melaporkan bahawa dijangkakan 50,000 kakitangan awam yang bekerja secara kontrak akan ditamatkan kontraknya penghujung tahun ini. Maknanya kontrak mereka tidak akan disambung semula.

Sebahagian besarnya akan ditamatkan kontrak atas alasan mutu kerja dan produktiviti yang rendah. Mengulas mengenai isu ini, Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata kemungkinan besar penamatan kontrak ini adalah disebabkan masalah bajet kerajaan yang semakin susut berikutan masalah ekonomi yang melanda negara dan dunia. Walaubagaimanapun Omar tetap yakin bahawa kerajaan mampu membayar gaji semua kakitangan awam kontrak ini jika kerajaan mahu berbuat demikian.

Saya berpendapat kerajaan mesti bertanggungjawab terhadap kebajikan semua kakitangan awam kontrak ini. Kerajaan tidak boleh dan tidak patut menamatkan kontrak mereka sewenang-wenangnya tanpa melihat kepada kesan sosial dan peri kemanusiaan.

Ramai pihak termasuk Cuepacs berpendapat bahawa kerajaan mampu untuk meneruskan khidmat kakitangan kontrak ini walaupun mereka mendakwa keadaan ekonomi sekarang tidak memungkinkan kontrak disambung. Kakitangan yang sesetengahnya sudah berkeluarga sudah tentu akan menghadapi masalah untuk meneruskan kehidupan andaikata punca pendapatan mereka ditamatkan sebegini. Malah pengalaman mereka yang telah dilatih tidak wajar dibiarkan begitu dengan menamatkan perkhidmatan mereka.

Comments