HUJAN LEBAT DI MELAKA, RAKYAT DIMINTA BERJAGA-JAGA ~ Ref Malaysiakini

Musim tengkujuh sudah tiba. Di Melaka ini hujan lebat turun hampir setiap hari. Semasa saya mengetuk keyboard ini hujan terus turun mencurah-curah sejak malam lewat malam atau awal pagi tadi.

Sepertimana biasa kawasan-kawasan yang biasa dilanda banjir kemungkinan besar akan terus mengalami musibah yang sama. Apa yang dikesalkan kerajaan negeri terus mengambil sikap berlepas tangan.

Pemimpin kerajaan negeri hanya datang melawat dan menyampaikan bantuan tetapi tidak mengambil langkah konkrit untuk berusaha memastikan musibah ini dapat dibendung. Setiap kali diajukan pertanyaan tentang banjir ini, mereka menjawab kita telahpun mengeluarkan tender untuk membaiki saliran dan perparitan tetapi entah bila ianya akan dilakukan kita pun tidak tahu.

Kini musim banjir tiba lagi. Rakyat hanya boleh berdoa kepada Allah memohon agar tidak ditimpa dengan musibah sepertimana yang diturunkan oleh Allah pada Disember 2006.

Kepada kerajaan negeri saya mengharapkan kerja-kerja untuk mengatasi masalah ini dapat dilaksanakan dengan segera.

Andainya semua usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan dan rakyat, maka urusan seterusnya kita serahkan kepada Allah yang maha berkuasa. Kita berusaha bersungguh-sungguh dan selebihnya kita bertawakkal kepada Allah. Jadi bertawakkal tanpa usaha, itu namanya mencari bala.

Kepada kerajaan BN Melaka, jika sekiranya sudah penat dan tidak ada idea lagi untuk menghadapi musibah seperti ini, sila serahkan tampuk pemerintahan kepada Pakatan Rakyat, Insya Allah tahulah kami nanti untuk menguruskan negeri kita yang tercinta ini.

Comments