GEJALA RASUAH DALAM UMNO SUDAH KRITIKAL, UMNO BAKAL DITALKINKAN ~ Ref Malaysiakini

Rasuah politik atau politik wang dalam pemilihan Umno kali ini dilihat seolah-olah tidak dapat dibendung lagi. Sudah lebih dari 500 laporan dibuat terhadap salah laku ahli-ahli Umno kepada Jawatan Kuasa Tatertib Umno yang dipengerusikan oleh Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ahmad.

Semalam calon Naib Presiden, Rais Yatim mendedahkan kebobrokan yang berlaku apabila beliau diminta memberikan wang untuk mendapatkan undi bagi pencalonan jawatan naib presiden yang menjadi sasarannya dalam pemilihan Umno, Mac tahun depan.

Beliau, yang juga menteri luar, berkata "majoriti" ahli parti itu lebih berminat mengejar wang ketika kempen berlangsung sekarang daripada memilihan pemimpin yang benar-benar layak, lapor agensi berita AFP hari ini.

Menurutnya bakal-bakal calon didekati dengan berselindung sebalik bantuan dan sumbangan. (Tetapi) beliau mendakwa tidak bersedia (berbuat demikian).

Beliau menunjukkan bukti yang beliau tidak bersedia merasuah ahli-ahli Umno di mana setakat ini pencalonan yang diterima beliau tidak begitu banyak.

Rais berkata ekoran dari isu ini maka sesiapa yang ingin turut serta (dalam perebutan jawatan), seseorang itu mesti mengiyakannya (melakukannya).

Dr Rais hanya memperolehi lima pencalonan daripada bahagian-bahagian yang bermesyuarat setakat ini, sejak 9 Oktober.

Beliau memerlukan 15 lagi sokongan untuk layak pertandingan.

Adalah jelas bahawa Umno gagal memulihkan rasuah politik atau politik yang telah berleluasa sejak sekian lama dalam Umno. Malah ramai berpendapat bahawa gejaka jijik itu berlaku berlipat kaliganda hebatnya berbanding dengan pemilihan-pemilihan lalu.

Masalahnya pemimpin dan ahli-ahli Umno sudah tidak takut kepada tuhan dan tidak menghiraukan amaran Jawatankuasa Tatatertib kerana amalan itu boleh dikatakan melibatkan semua bakal-bakal calon. Cuma sedikit sangat yanga tidak mahu melakukannya. Sesiapa yang bersih maka bersedialah untuk menemui kekalahan.

Oleh kerana sudah menjadi darah daging dan seolah-olah telah diterima oleh semua calon dan ahli-ahli Umno maka Jawatankuasa Tatatertib tidak boleh berbuat apa-apa. Jika tindakan di ambil maka saya yakin hampir semua yang melibatkan diri dengan amalan keji berbanding dengan yang tidak terlibat dengannya.

Oleh kerana itu saya berpendapat Umno sedang melalui hari-hari terakhir dalam hidupnya. Umno boleh disifatkan sedang mengalami sakit tua yang tiada ubatnya, hanya menunggu hari untuk ditalkinkan.

Saya menggesa Badan Pencegah Rasuah menyiasat semua amalan rasuah politik atau politik wang dalam pemilihan Umno kerana ianya jelas melanggari undang-undang rasuah. Heret dan dakwa setiap orang yang didapati terlibat dengan gejala buruk ini kerana ternyata gejala sebeginilah yang telah meruntuhkan banyak negara.

Kita tidak boleh membiarkan pemimpin-pemimpin yang bergelumang dengan kejahatan dan kejijikan rasuah memimpin negara dan bangsa kita.

Comments