UNIVERSITI DITADBIR MACAM SEKOLAH RENDAH ~ Ref Malaysiakini

Malang sungguh bagi rakyat negara ini, apabila menara gading yang diharapkan dapat menjadi kilang melahirkan graduan-graduan hebat dari segala segi sekarang ini ditadbir seperti sekolah menengah.

Naib Canselor (NC) dan Timbalan-timbalan Naib Canselor (TNC) hanya setaraf dengan Guru Besar dan penolong kanan sekolah rendah (bukan tujuan saya untuk hina sekolah rendah).

Isu terbaru yang melibatkan 2 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Farhana dan Shafiqa membuktikan sekali lagi kepada kita bahawa memang layak universiti kita tidak digolongkan di dalam 200 universiti terbaik dunia.

NC dan TNC serta pegawai-pegawainya berlagak bagaikan hero menggunakan kuasa sesuka hati mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak sealiran dengan mereka tanpa alasan yang kukuh dan justifikasi yang tepat dan benar.

Tindakan seperti bukan baru dan bukan hanya di UPM malah ianya telah lama berlaku khasnya bila menjelang pilihanraya kampus (PRK). Kita dapati pentadbir universiti dengan terang lagi bersuluh bermain politik dengan pelajar-pelajar yang tidak membodek mereka. Sebab itulah banyak masa dan tenaga serta wang ringgit rakyat dihabiskan untuk memastikan hanya pelajar-pelajar 'yes man' dan pak sanggup yang menang dalam PRK.

Pelajar-pelajar yang tidak sealiran dengan mereka akan menghadapi pelbagai kesulitan dan kesusahan ciptaan mereka.

Saya sebagai salah seorang rakyat Malaysia tidak akan redha satu sen pun duit saya digunakan oleh pentadbir universiti terbabit kegunaan politik seperti ini.

Untuk rekod Farhana dan Shafiqa telah dibuang kolej 15 Oktober lalu atas alasan yang tidak konkrit. Namun selepas berita disiarkan oleh media dan diadukan kepada ahli parlimen UPM tanpa rasa malu menarik balik keputusan itu dan membenarkan mereka kembali ke kolej.

Comments