NAJIB PUCAT GIGI, RAGU-RAGU KEJUJURAN DOLLAH ~ Ref Malaysiakini

Najib Razak, calon Presiden Umno benar-benar pucat dan pucat gigi disebabkan beberapa isu akhir-akhir ini yang seolah-olah dirancang oleh pihak tertentu. Sehingga sms beliau dengan 'orang-orang'nya pun didedahkan di internet.

Ada pemerhati politik menyifatkan semuanya itu adalah perancangan pihak tertentu untuk menamatkan karier politik Najib yang terkenal penuh dengan kontroversi itu tidak akan kemana walaupun sekarang sudah berada di selekoh terakhir untuk sampai ke garisan penamat untuk menjadi Perdana Menteri.

Najib ternyata rimas dengan isu Altantuya, kapal selam dan helikopter Eurocopter. Selain itu isu-isu lama yang melibatkan 'kenakalan' Najib masa muda dulu juga terus menghantui beliau.

Dollah dengan bantuan menantu kesayangannya yang sudah sekian lama menjadi arkiteknya dalam Umno sudah tentu tidak menyerahkan jawatan No 1 secara percuma kepada Najib.

Beliau kini dikatakan sedang menyusun strategi untuk memerangkap Najib dengan pelbagai isu diatas dan lain-lain isu yang boleh memusnahkan impian anak bekas Perdana Menteri kedua itu untuk menerajui kerajaan.

Sudah tentu Najib sekarang sedang merancang cara untuk menangkis serangan dan strategi Dollah. Tunggu dan lihat pertembungan hebat antara Umno dengan Umno selepas ini.

Comments

Hai! Sama-sama lanun..Tunggulah seorang tenggelam seorang terhempas.Yang pastinya dua-dua akan terkubur..sudah terlalu menzalimi dan menganiaya rakyat...Takkan kekal..