TAK LARI GUNUNG DI KEJAR ~ Ref Malaysiakini

Mungkin ramai penyokong dan simpatisan Pakatan Rakyat (PR) hampa dengan kegagalan PR merampas tampuk pemerintahan kerajaan Pusat dari BN walaupun Anwar melaung-laungkan dengan penuh yakin bahawa PR akan berjaya melakukannya dalam masa terdekat sebelum ini.

Saya sedar bukan senang untuk menterbalikkan hati dan iktikad ahli-ahli parlimen BN supaya menyokong PR dan bersama-sama berhijrah ke dalam PR. Sudah tentu pelbagai cara dan 'counter attack' yang dilakukan oleh BN bagi menggagalkan usaha tersebut.

Akhirnya semalam Anwar membuat kenyataan bahawa keutamaan beliau kini bukan lagi untuk menukar kerajaan tetapi beliau akan lebih menumpukan kepada isu ekonomi.

Maka menelan air liurlah kita semua.

Saya memang secara peribadi meramalkan bahawa bukan senang untuk PR mengambilalih kerajaan seperti yang diwar-warkan oleh Anwar. Ianya bukan seperti menukar Tok Sidang atau Tok Pawang. Malah untuk menukar Tok Sidang sekalipun terpaksa kita kadang-kadang bermasam muka dan bertegang urat.

Namun semuanya sudah berlalu. Kegagalan PR membentuk kerajaan dalam masa terdekat bukannya kegagalan total, namun kita masih mempunyai peluang yang terbuka luas iaitu pada pilihanraya umum ke 13 akan datang. Strategi paling penting untuk kita merampas kerajaan pusat ialah kita melakukan yang terbaik di kelima-lima kerajaan negeri yang kita perintah. Insya Allah jika kita berkata rakyat akan membuka mata dan memberikan sokongan lebih padu nanti.

Jadi tugas kita sekarang lakukan yang terbaik di Selangor, Perak, Penang, Kedah dan Kelantan serta teruskan gerak kerja mendekati rakyat di seluruh negara. Insya Allah BN akan berkubur pada PRU ke 13 nanti.

Allahu Akhbar

Comments

Unknown said…
alahai..yakin dan iktikat pasti berlaku bila ketentuan tuhan..yang benar takkan dianiaya olehNya hanya diUji..