INGATKAN DAH INSAF RUPANYA TIDAK ~ Ref Malaysiakini

Saya agak terkejut juga apabila Kuda Kepang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan Umno Mac 2009.

Semua orang tahu Kuda Kepang begitu lantang mengkritik Presiden Umno, Dollah Badawi. Apakah Kepang Kepang belum sedar bahawa kebobrokan Umno bukannya disebabkan Dollah seorang tetapi disebabkan sistem di dalam Umno dan ideologi yang dipegang oleh Umno adalah jauh menyimpang dari Islam dan demokrasi.

Saya hairan mengapa Kuda Kepang yang jelas sedar dan 'aware' bahawa Umno begitu sukar untuk dibentuk dan diperbetulkan, sanggup untuk bersekongkol dengan kejahatan Umno. Umno sukar untuk diperbetulkan sebab ianya telah rosak dan punah disebabkan perjuangan Umno adalah semata-mata berdasarkan kebendaan atau material.

Maka bagi saya tidak ada ertinya jika Kuda Kepang terpilih dalam pemilihan Umno nanti kerana Umno sudah rosak dan tidak dapat diperbaiki lagi. Andai Kuda Kepang menang nanti maka beliau akan turut sama hanyut dengan dunia kebendaan Umno.

Saya mengharapkan Kuda Kepang bukan sahaja menarik diri dari Umno dan menjauhi Umno. Kalau tidak mahu masuk PAS sekalipun Kuda Kepang boleh mengisi borang PKR untuk bersama-sama berjuang di dalam Pakatan Rakyat.

Apa maknanya kritikan Kuda Kepang kepada kerajaan BN jika Kuda Kepang sendiri akhirnya menjilat ludahnya semula.

Comments