JENTERA PAS MESTI BERSEDIA UNTUK HADAPI BALA ALLAH (BANJIR) ~ Ref Malaysiakini

Saya mencadangkan jentera Parti Islam SeMalaysia (PAS) supaya bersedia setiap masa untuk membantu mangsa-mangsa bala Allah (Banjir) yang sedang melanda beberapa buah negeri sekarang seperti di Kedah, Perak dan Negeri Sembilan.

Selain itu saya juga meramalkan selepas ini negeri-negeri lain juga kemungkinan besar akan menghadapi bala yang sama. Lujnah Kebajikan dan Jabatan Amal Dewan Pemuda mesti bersedia dengan segala kelengkapan bagi membuktikan bahawa PAS mempunyai pasukan yang mantap, terlatih dan bersedia untuk membantu rakyat dalam apa juga keadaan.

Kita memang tidak menafikan bahawa Unit Amal Malaysia memang mempunyai pasukan yang sangat terlatih dan komited dalam kerja-kerja kebajikan. Ini dibuktikan dalam misi-misi keamanan mereka ke seluruh dunia terutama semasa bala Allah Tsunami, Gempa Bumi di Bam, Iran dan lain-lain.

Sehari dua ini banjir melanda Kedah dan Perak. Alhamdulillah kita dimaklumkan bahawa pasukan Unit Amal sekali lagi menjadi pasukan penting dalam misi membantu rakyat yang ditimpa musibah dikedua-dua negeri tersebut.

Sementara itu Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan semalam menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar dapat menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda beberapa daerah dan kawasan di Negeri Sembilan ini.

Menurut pengarahnya Sufian Ibrahim, hujan lebat yang turun pada waktu subuh semalam telah mengakibatkan beberapa kawasan perumahan dinaiki. Selain kawasan perumahan golongan sederhana, kawasan perumahan mewah juga turut dinaiki air mengakibatkan penghuni-penghuni kawasan berkenaan terpaksa dipindahkan.

Menurut Sufian lagi, Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan telah mengerahkan kesemua anggota Unit Amal untuk turun ketempat-tempat yang dinaiki air bagi membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir serta barang-barang penting.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan memerlukan bantuan kewangan sekitar RM 3000.00 untuk kegunaan anggota-anggota Unit Amal membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir selain mandapatkan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk operasi menyelamat mangsa.

Kedah Dan Perak Turut Dilanda Banjir

Sementara itu, banjir di Kedah dan Perak turut diberi tumpuan memandangkan beberapa keadaan yang telah dikenalpasti turut mengalami banjir yang teruk. Pengarah Jabatan Amal Kedah melaporkan keadaan yang agak teruk dinaiki air ketika ini ialah kawasan Kuala Kedah, Alor Setar dan Kulim.

Di Perak pula, berdasarkan laporan yang diterima petang semalam, air masih lagi belum surut di kawasan Bukit Gantang, Pasir Panjang dan Semanggol. Namun begitu, mangsa-mangsa yang terlibat sudah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Semua anggota Unit Amal dari beberapa kawasan telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan samada wang, pakaian, lampin pakai buang bayi, makanan asas dan lain-lain lagi, bolehlah menghubungi :

Jabatan Amal Negeri Sembilan

1) Sufian Ibrahim (Pengarah ) 013-3589328
2) Zulkarnain (Timbalan Pengarah) 016-2097990 / 017-3051044

Jabatan Amal Kedah
1) Ustaz Zelani Nik Chik (Pengarah) 019-41566242) Mohd Zaidi (Setiausaha) 019-5454511

Jabatan Amal Perak
1) Roslan (Pengarah) 019-42272682) Arif (Bendahari) 019-5687195

Saya mendoakan agar semua rakyat Malaysia yang ditimpa bala Allah dengan musibah banjir agar bersabar dengan dugaan Allah ini. Sesungguhnya segala dugaan itu ada hikmahnya dan Insya Allah Tuan-puan, saudara-saudari semua akan diberi ganjaran oleh Allah dengan kesabaran dan keihklasan semua.

Kepada Unit Amal usaha gigih kalian akan diganjarkan oleh Allah di Hari Kemudian.

Sumber : http://jabamal.blogspot.com

Comments