BERSEDIA UNTUK TERIMA AHLI UMNO DENGAN PROGRAM TARBIAH DAN AKTIVITI ~ Ref Malaysiakini

Saya yakin pemilihan Umno kali ini akan membuahkan hasil yang sangat meruncingkan Umno lebih-lebih perebutan jawatan yang berlaku di peringkat Cawangan, Bahagian dan Pusat amat dahsyat. Sudah tentu akan ada tindakan cantas mencantas, 'sepak menyepal', pecat memecat dan sebangainya selepas ini.

Bayangkan terdapat 632 aduan salahlaku dilaporkan kepada Jawatankuasa Tatatertib Umno sedangkan pemilihan peringkat bahagian baru sahaja bermula. Selepas ini sudah pasti akan ada lebih banyak lagi aduan sedemikian kerana kita semua tahu Umno sekarang tidak seperti Umno dulu, semua pemimpin dan ahli berniat untuk merebut jawatan walau dengan apa cara sekalipun.

Maka tidak hairanlah pelbagai aduan salahlaku dilaporkan antaranya rasuah politik (politik wang), penipuan, melakukan kekecohan dan sebagainya.

Kekecohan dan pergaduhan memang perkara biasa dalam mesyuarat agung Umno seolah-olah ia menjadi agenda utama dalam mesyuarat agung mereka.

Oleh kerana saya yakin akan ada diantara pemimpin Umno dan ahli Umno yang akan muak dan tidak berpuashati dengan Umno dan tindakan pemimpin Umno seperti yang berlaku pada tahun 1987 dan 1999. Pada waktu itu begitu ramai yang masuk menyertai PAS sehingga adakalanya borang PAS terpaksa dicetak. Namun ramai juga yang ahli Umno yang menyertai PAS itu akhirnya kembali kepada Umno atau hanya berdiam diri kerana tidak ditarbiah dan diberi kefahaman yang mantap tentang perjuangan Islam.

Jadi saya mencadangkan PAS di setiap peringkat supaya bersiap untuk memujuk dan mengajak pemimpin-pemimpin Umno dan ahli-ahli Umno yang jauh hati, muak dan meluat dengan Umno ini supaya menyertai PAS. Setelah mereka menyertai PAS sila tarbiah mereka supaya mereka faham perjuangan Islam dan jangan lupa lantik mereka untuk memegang apa-apa tanggungjawab yang sesuai dengan kemahiran dan skill mereka setelah mereka faham perjuangan PAS.

Kita semua sedia maklum PAS mempunyai pelbagai bentuk tarbiah yang hebat dan terbukti berkesan. Cuba pelbagaikan bentuk tarbiah di mana ianya tidak terbatas kepada usrah dan kuliah sahaja. Saya yakin pihak terbabit sudah mahir dan faham bagaimana bentuk tarbiah terbaik untuk sahabat-sahabat yang berhijrah masuk PAS ini.

Adalah diharapkan PAS pelbagai peringkat mengambil peluang dari pergolakan Umno ini dan berusaha sedaya upaya mendekati mereka ini yang memang menjadi aset penting kepada perjuangan Islam.

Allahu Akhbar

Comments