RAIS SANGGAH PAK LAH ~ Ref Malaysiakini

Pemimpin-pemimpin Umno jelas semakin berani menghentam Pak Lah sekarang. Sebaik sahaja Pak Lah mengumumkan akan berundur, mereka menjadikannya sebagai lesen untuk menghentam Pak Lah.

Muhyiddin yang sebelum ini dilihat sebagai penyokong setia Pak Lah begitu berani mengkritik pelan peralihan kuasa. Akhirnya semalam Pak Lah meluahkan perasaan kecewa dan menuduh Muhyiddin sebagai mungkir janji. Berat tuduhan Pak Lah tersebut, namun mungkin beliau sudah tidak berdaya lagi untuk sabar disebabkan sikap 'kurang ajar' anak buahnya.

Hari ini seorang lagi penyokong Pak Lah dan sama-sama berjuang dalam team B suatu ketika dahulu secara terbuka menyanggah kenyataan Pak Lah yang menempelak Mahathir kerana mengesyorkan supaya tiada 'kroni-kroni' Pak Lah dalam kabinet Najib nanti.

Malah Pak Lah mendakwa Mahathir tiada hak untuk menasihat dan memberikan cadangan kepada Umno kerana beliau bukan lagi ahli Umno.

Dalam kenyataan Rais yang disiarkan oleh Mstar, Ketua Umno Bahagian Jelebu itu hari ini membidas mereka yang mengkritik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membuat kenyataan tentang Umno.

Menurutnya banyak pihak yang menghentam Tun Dr Mahathir kerana membuat kenyataan tentang Umno. Ini tidak sepatutnya menjadi satu isu.

Rais mendakwa Mahathir mempunyai locus standi (kedudukan) untuk membuat apa jua kenyataan tentang Umno. Beliau menerajui parti itu selama 23 tahun.

Seterusnya Rais menambah bahawa kalau mereka ingin berkata sesuatu kepada beliau Rais mencadangkan seseorang itu berjumpa Dr Mahathir dan bercakap secara berdepan dengannya.

Begitulah nasib Pak Lah belum pun beliau melepaskan jawatan, beliau sudahpun dihina oleh anak buahnya sendiri. Ini sudah menjadi lumrah dalam Umno.

Comments