.

.

04 February 2012

BAPA BOREK ANAK RINTIK : Kak Ijat TAK LETAK JAWATAN, TIADA MARUAH

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan tekanan mana-mana pihak yang menggesanya meletak jawatan.

Memang semua orang sudah menjangka keputusan itu kerana sudah menjadi resam Umno, buatlah salah sebesar amana pun susah hendak dipecat atau meletakkan jawatan. Dalam Umno rasuah, penyelewengan kuasa, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya bukan suatu kesalahan. Lihat sahaja Ali Rustam dan Isa Samad masih gah ditakhta sekarang malah mungkin akan naik lebih jauh lagi selepas PRU 13 nanti.
    
Kak Ijat dengan yakin dan tidak berasa bersalah, berkata tidak ada pemimpin politik yang tidak menghadapi tekanan dan menurutnya perkara itu tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat malah akan menjadikannya seorang pemimpin yang kuat dalam menghadapi cabaran.
    
"Saya anggapnya sebagai asam garam dalam politik, saya dah lama dalam arena politik, tidak ada mana-mana pemimpin yang tidak melalui pelbagai pancaroba.
    
"Dan kalau orang yang tahu salasilah kepimpinan wanita Umno dan siapa yang membuat saranan seperti ini (meletak jawatan) pasti ada sejarahnya yang tersendiri," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mengenai sama ada beliau akan terus berada dalam barisan Kabinet, katanya beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan.


Untuk Kak Ijat, ini bukan berkait dengan asam garam atau amalan biasa, ini berkait dengan maruah diri Kak Ijat, Kerajaan dan Umno sendiri. Jika inilah amalah yang hendak diteruskan dan dibudaya ada isu besar ini masih tak mahu bertanggungjawab maka tunggulah saat hancurnya tamadun negara. Rasuah, penyalagunaan kuasa, kronisme dan sebagai sudah halal dan tidak menjadi kesalahan.....negara akan hancur dan musnah kerana amalan-amalan ini sudah menjadi darah daging pemimpin dan rakyat

12 % Rakyat Malaysia 'GILA'?

12 % dari 28 juta orang rakyat Malaysia mengalami sakit mental yang boleh dikatakan 'gila', hampir gila atau gila-gila. Gila babi, gila ising, gila talak, gila kuasa, gila betina, gila harta, gila pangkat atau apa juga jenis gila tidaklah pula blog ini ketahui. 

Angka 12 % ini amat membimbangkan kerana sakit mental ini boleh menyebabkan bahaya dan ketidak tenteraman berlaku dalam negara, negeri, daerah, kampung dan keluarga. Sekarang sering benar kita mendengar orang mengamuk tak tentu pasal. Sedar-sedar orang awam yang tidak bersalah ditikam hingga mati seperti kes 2 hari lepas seorang anak dara di Kuala Terengganu mati ditikam seorang yang dikatakan gila.

Tidak lama dahulu kita juga mendengar seorang lelaki membunuh datuk, adik dan keluarganya di Gemencheh, bukan itu sahaja dia sanggup membawa kepala arwah datuknya hingga ke Shah Alam. Tidakkah gila namanya.

Apa penyebabnya penyakit gila ini berlaku. Sebagai orang awam yang tidak mengaji perubatan kita mengagak mereka yang gila ini ada masalah kronik, mungkin belajar ilmu salah, belajar ilmu yang tidak tahu hujung pangkalnya, putus cinta, bercerai, kalah judi, rugi berniaga, putus tunang, gagal peperiksaan, terkena sihir dan sebagainya. 

Apa yang boleh kita katakan ialah semua orang mesti mendekatkan diri kepada Allah bila apa juga masalah datang. Jangan mencari jalan penyelesaian selain dari mendekatkan diri dengan Allah. Ikhtiar lain boleh dibuat tetapi amalan mendekatkan diri kepada Allah mesti dipertingkatkan. Hati yang runsing Insya Allah menjadi sejuk dan tenang bila kita membaca Al-Quran, solat dan sebagainya. Syaitan susah untuk menggugat kita kalau kita sentiasa mendampingkan diri dengan Allah.

Bernama melaporkan bahawa tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar berkata, statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental.

"Macam kemurungan ada dua peratus, sakit risau ada 1.8 peratus dan psikosis ada satu peratus. Penyakit mental yang serius adalah macam psikosis dan kemurungan...penyakit keresahan itu pun kronik juga dan kemudiannya penyakit ringan-ringan lain," katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan itu juga mendapati wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki.

"Puncanya bagi wanita kerana masalah dengan pasangan dan masalah dengan anak-anak..kedua-dua ini punca yang penting. Bagi lelaki pula punca lebih kepada kemalangan jalan raya yang mana mengalami kecederaan otak dan penyalahgunaan dadah," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar golongan wanita mendapatkan rawatan doktor secepat mungkin jika mengalami kemurungan dan kerisauan berlanjutan dalam tempoh melebihi dua minggu bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk.

"Kalau kita (wanita) risau baca (surah) Yassin banyak, bincang dengan mak dan ayah serta suami...dapat kurangkan tetapi jika kita tidak dapat berbincang dan kurangkan, itu akan bagi masalah," katanya.

Beliau berkata, terdapat 45 jabatan psikiatri di seluruh negara di samping empat buah hospital mental untuk pesakit mental menjalani rawatan pemulihan dengan sebaik mungkin.

Kerajaan mesti mengambil isu ini sebagai perkara yang serius kerana ianya amat merbahaya dengan melibatkan isu keselamatan dan ketenteraman awam. Kaunselor-kaunselor yang terlatih, pusat kaunseling awam mesti ditubuhkan bagi menyelesaikan kes-kes seperti ini. Kaunselor-kaunselor ini mesti dijadikan sebagai profession yang professional seperti doktor dan sebagainya. Dengan itu mereka akan bekerja sepenuh masa bagi mengubati pesakit mental ini. Ada pesakit yang tidak memerlukan ubat-ubatan cukup sekadar motivasi, bimbingan dan nasihat. Di sinilah peranan kaunselor. Mungkin mereka tidak perlu berjumpa Doktor cukup hanya berjumpa Kaunselor.

Parlimen BUBAR MINGGU DEPAN ?, PRU 13 BILA-BILA MASA KATA NAJIB


Perdana Menteri Malaysia, Haji Najib Razak atau Ah Jib Gor berkata, pilihan raya umum ke-13 akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.
Beliau berkata, masa untuk mengadakan pilihan raya umum kali ke-13 berkenaan bergantung kepada banyak factor,namun ia boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.
“Buat masa ini, saya turun padang berjumpa rakyat, bukan sahaja saya tapi semua pemimpin kerana ini tanggungjawab sebagai pemimpin supaya rakyat tambah yakin kepada Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita di Marang, semalam.
Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus kononnya Parlimen akan dibubar pada minggu hadapan untuk memberi ruang kepada pilihan raya umum ke-13.
Terdahulu, Perdana Menteri  menyampaikan baucer kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Program Perdana Menteri Bersama Rakyat Dun Rhu Rendang, di Padang Astaka Majlis Daerah Marang, di sini.
Ah Jib Gor nampaknya terus berteka-teki tentang tarikh PRU mungkin di kalangan manusia Ah Jib Gor dan isterinya, Kak Mah sahaja yang tahu. Yang lain semua tidak tahu. Atau mungkin Kak Mah seorang sahaja yang tahu Ah Jib Gor pun tunggu Kak Mah bagi 'signal'.
Banyak pihak meramalkan parlimen akan dibubarkan minggu depan bagi memberi laluan kepada PRU 13 diadakan pada bulan Mac ini. Pada masa yang sama ada pihak meramalkan Ah Jib Gor tidak berani mengadakan PRU 13 sekarang kerana pelbagai isu yang tidak dapat ditangani dengan baik dengan Ah Jib Gor dan kawan-kawannya. Ada yang menjaga PRU 13 hanya akan diadakan selepas bulan Jun 2012.

03 February 2012

Seorang lagi ARTIS MASUK PAS?

PAS adalah sebuah parti yang terbuka sebagaimana terbukanya Islam kepada sesiapa yang ingin menganutnya. Kita mesti menerima sesiapa sahaja yang ingin bersama kita walaupun macamana latarbelakang mereka. Sebagaimana Nabi Muhammad S.A.W menerima Saidina Omar dan sahabat-sahabat masuk Islam walaupun semasa jahiliahnya mereka adalah pembunuh, penyangak dan sebagainya. Apabila sudah Islam mereka akan ditarbiah dan diberi kefahaman untuk tunduk dan patuh kepada Allah.


Sejak kebelakangan ini perjuangan PAS diterima dengan baik oleh sesiapa sahaja dari orang yang buta huruf hinggalah kepada Professor Universiti, dari orang warak hinggalah kepada penyangak, dari pemain bola hinggalah kepada artis, dari kaum ibu hinggalah kaum Mak Nyah. PAS tidak pernah menutup pintu kepada sesiapa sahaja untuk bersama mendaulatkan perjuangan Islam dan keadilan yang menjadi teras perjuangan PAS.  Malah PAS melangkah dengan tegas dan terbuka membuka pintu keahlian secara bersekutu kepada orang yang bukan Islam melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP) sehingga keahlian sayap baru PAS sudah mengjangkau puluhan ribu orang dari Johor hingga ke Sabah.


Akil Hayy, Bob Lokman, Renggo dan lain-lain adalah antara golongan artis yang sudah lama masuk PAS dan menjadi pendakwah PAS dengan kepakaran yang mereka ada. Mawi juga memang berasal dari keluarga yang kuat menyokong PAS. 

Selepas ini semakin ramai rakan-rakan artis mereka yang akan menjejaki langkah mereka.



Antaranya mungkin ................artis yang bercakap dalam video klip di bawah ini.

Bukti Umno GADAI TANAH MELAYU

Cuba tuan-puan teliti surat ini. Anda sudah tahu bahawa Umno cuba menggadaikan tanah milik Melayu/Bumiputera. Akibat kerakusan Umno inilah menyebabkan rezab tanah melayu sekarang hanya tinggal sekangkang kera. Lebih separuh dari tanah rezab melayu sejak merdeka sudah terlepas.

Dalam surat permohonan di sebelah jelas Umno cuba memohon untuk memindah milikkan tanah tersebut kepada sebuah syarikat. Tetapi permohonan ini tidak diluluskan oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor. 

Menteri Besar Selangor juga tidak meluluskan permohonan tersebut.

Jadi siapa sebenarnya  pembela Melayu.dan siapa Pengkhianat Melayu.

Sila klik atas imej untuk gambar yang lebih besar.

Presiden PAS BERUNDUR? Perjuangan Islam HINGGA AKHIR HAYAT

PAS Pusat sebulat suara menolak hasrat Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak dicalonkan dalam pilihanraya ke 13 samada di peringkat DUN atau Parlimen dan membuat keputusan bahawa beliau perlu bertanding di PRU13. Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat lujnah politik yang diadakan pada 2hb Februari di Pejabat Agong PAS. Tuan Guru Presiden turut akur dengan keputusan tersebut.

Dengan pengumuman ini, maka isu penarikan diri beliau tidak berbangkit kerana parti melihat beliau masih diperlukan bagi memimpin parti dan Pakatan Rakyat (PR) dalam menghadapi PRU ke 13. 

PAS bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am, bahawa perjuangan Islam tidak mempunyai tempoh masa bahkan sehingga akhir hayat. Walaupun jawatan boleh bertukar ganti, namun PAS masih memerlukan Tuan Guru Presiden terus memimpin bahkan para pemimpin tertinggi PR juga telah mengeluarkan kenyataan meminta Presiden terus menerajui PR.

Kita yakin dengan karisma kepimpinan, wibawa dan kedudukan Tuan Guru Haji Hadi untuk memimpin parti. Malah, dengan kepercayaan gerakan Islam Antarabangsa kepada beliau bagi menjadi pimpinan utama dalam menghadapi sebarang kemelut negara-negara Islam boleh dinobatkan sebagai pimpinan Muslim agong abad ini.

Hasrat beliau yang lahir dari sifat tawaduk dan akhlak Islam yang tinggi memperlihatkan bahawa dalam PAS, jawatan bukanlah perkara yang direbut, tetapi ianya adalah amanah. Islam mengajar kita agar tidak meminta jawatan, tetapi di waktu yang sama kita tidak boleh melarikan diri bilamana jamaah mengharap dan memerlukan kita untuk terus memimpin.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Kerajaan Negeri ZALIMI PEKERJA SYARIKAT BAS

2 hari lepas sebuah NGO menggelarkan Ketua Menteri seperti hero Hindustan yang hanya pandai berjanji tetapi tidak menepatinya.

Malaysiakini semalam melaporkan bahawa Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah mengganggap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam seorang pelakon yang hebat dalam menyelesaikan isu 11 peniaga di Taman Mini Malaysia, Ayer Keroh.

Beliau mendakwa, kerajaan negeri Melaka gagal mengotakan janji membenarkan mereka berniaga di lokasi itu ketika kerja naik taraf taman berkenaan dilaksanakan.

Malah mereka turut kecewa dengan projek yang diuruskan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) itu berikutan nilai pampasan ditawarkan yang dianggapnya tidak masuk akal.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, terbaru peniaga terbabit menerima notis arahan berpindah ke gerai sementara berhampiran Taman Lebah, pada 29 Januari lalu.
       
"Notis arahan berpindah ini bertentangan dengan apa yang sudah dipersetujui ketika rundingan peniaga bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada November lalu.

"Lebih kurang ajar apabila ada pegawai PKNM yang cuba mengugut untuk merobohkan premis peniaga sekiranya mereka enggan berpindah," katanya pada sidang media mengenai masalah berkenaan di Taman Mini Malaysia di Melaka, hari ini.
Menurut Mohd Ridzuan, sewaktu rundingan November tahun lalu yang dipengerusikan ketua menteri, mereka arahkan pemaju berunding soal pampasan namun sehingga saat ini tidak ada seorang pun wakil tampil untuk berbincang.

Hari ini satu lagi isu yang menguatkan lagi hujah bahawa Ali Rustam memang layak digelar pelakon hebat Hindustan apabila janjinya untuk menyelesaikan masalah bas henti-henti hanya omong kosong apabila pemandu-pemandu bas mogok kerana tidak puas hati dengan gaji yang diberikan oleh anak syarikat kerajaan negeri PMCT yang mengambilalih semua syarikat bas.

Harakahdaily melaporkan bahawa Kira-kira 50 pemandu bas henti-henti di Melaka Sentral telah mengadakan satu mogok dan piket akibat tidak berpuas hati terhadap gaji baru yang ditawarkan oleh syarikat baru di bawah anak syarikat Perbadanan Ketua Menteri Melaka, Panorama Melaka Cultural Tourist Sdn Bhd (PMCT), pagi tadi.

Gaji baru yang ditawarkan oleh syarikat tersebut pada asalnya RM500 sebulan, dan semalam mereka mengadakan rundingan gaji tersebut telah dinaikkan sebanyak RM10 menjadikan gaji RM510 seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian.

Pemandu bas yang tidak berpuas hati telah mengadakan piket dengan membawa sepanduk yang tertulis "Kerajaan Kejam", "Gaji Pokok RM500 Mana Cukup, Negeri Maju, Rakyat Miskin", "PMCT Penindas Periuk Nasi Kami, Tak Kotai Janji" dan sebagainya.

Wakil pemandu bas Rosman Wahab, 49, menuntut gaji yang lebih munasabah iaitu RM850 ditambah dengan elaun rumah dan elaun kedatangan sebulan setaraf dengan kos hidup pada masa kini.

"Apa makna jika kerja berterusan sehingga nyawa pun nak habis dengan gaji sebanyak itu," katanya.

Beliau mendakwa jika bekerja lebih masa di bawah skim gaji yang baru itu dengan bekerja 12 jam sehari, mereka menjangkakan gaji yang akan diterima hanya boleh mencecah sebanyak RM1,300 hingga RM1,400.

Pemandu-pemandu bas terbabit telah mengadakan mogok selama tiga hari bermula 31 Januari lalu.

ali rustamMelalui syarikat sebelum ini, pemandu bas yang bekerja hampir 20 tahun mampu memperolehi pendapatan yang mencecah sehingga RM1,900 hingga RM2,100 termasuk komisyen dan elaun.
Apabila syarikat baru mengambil alih, gaji mereka telah turun kepada RM510, jumlah yang tidak munasabah.

Harakahdaily difahamkan, syarikat PMCT Sdn. Bhd merupakan anak syarikat di bawah Perbadanan Ketua Menteri Melaka yang mengambil alih operasi bas henti-henti menggunakan jenama Panorama dengan bas yang disewa daripada syarikat Scomi Special Vehicle Sdn. Bhd. dengan kos antara RM10,000-RM13,000 sebulan.

Kerajaan negeri di bawah pemerintahan Datuk Seri Ali Rustam dilihat sekali lagi gagal dalam menguruskan masalah perkhidmatan awam sedangkan perkara itu merupakan perkara asas dan keperluan bagi rakyat Melaka untuk bergerak.

Justeru, apakah kerajaan negeri terlalu sibuk memikirkan soal pelancong dengan pelbagai projek pelancongan sehingga rakyat sendiri terus hidup susah dan terbeban.

Lepas ini Shah Rukh Khan tak boleh cari makan sebab ada seorang lagi pelakon Hindustan yang sedang meningak naik iaitu Ali Rustam.

Gambar : Blog Yusofwahab

02 February 2012

PRU 13 : Tok Guru TANDING atau UNDUR DIRI?

Baru-baru ini tidak dikejutkan oleh pengumuman Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa beliau sedang mempertimbangkan untuk tidak bertanding pada PRU 13 atau hanya bertanding 1 kerusi sahaja samada Parlimen atau Dun.

Namun begitu hasrat beliau tidak dipersetujui oleh kesemua pemimpin PR dan pimpinan serta ahli PAS. Kepimpinan beliau masih sangat diperlukan oleh PAS dan PR. Ternyata beliau sebenarnya sangat berpengaruh kepada politik Malaysia. Beliau berjaya meneruskan kesinambungan perjuangan yang diteruskan oleh Allahyarham Ustaz Fadzil Noor.

Kini politik Malaysia juga tertunggu-tunggu apakah Tuan Guru Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan terus bertanding dan menerajui PAS Kelantan dan kerajaan negeri selepas PRU 13. Beliau telah menjadi Menteri Besar Kelantan sejak 1990 lagi. Kepimpinan beliau sangat disegani oleh kawan dan lawan. Sehingga ada pihak yang berpendapat selagi beliau ada amat sukar untuk BN merampas Kelantan kerana tidak ada seorang pun pemimpin Umno/BN yang mampu menyaingi ilmu, karisma dan ketokohan beliau.

Kini bola di kaki Tok Guru samada ingin meneruskan amanah sebagai Menteri Besar atau tidak. Pengganti beliau memang ramai, PAS ada Dato Ahmad Yaakob, DatoNik Amar, Dato Husam dan lain-lain. Persoalan sekarang sejauh mana mereka itu mampu mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan oleh Tok Guru andai beliau mengambil keputusan untuk bersara.

Kita percaya semua ahli PAS mahu Tok Guru terus memimpin PAS dan kerajaan negeri Kelantan. Umno/BN akan terus berputih mata .................Takbir

Tahukah Anda Siapa SPONSOR Hassan Ali?

Hassan Ali ke sana ke mari menghentam PAS. Beliau diberikan seluas-luasnya liputan oleh media pencacai Umno. Beliau kini menjadi senjata dan peluru menghentam PAS. Surat khabar, TV dan sebagainya yang dahulu menjadi musuh Hassan Ali tiba-tiba jadi teman sebantal Ali.

Orang yang mengutuk dan menghentam PAS sudah tentu akan dijadikan kawan baik oleh Umno/BN selagi suaranya laku. Biasanya tidak lama tak sampai setahun pun, selepas itu senyaplah. Itulah yang berlaku kepada Noor Deris, Mustafa Taib, Nakhaie Ahmad, Ghazali Ahmad, Wan Ismail dan lain-lain.

Selepas diarak ke sana ke mari mereka dihumban dan diketepikan macam tikar buruk oleh Umno. Hassan Ali akan mengalami nasib yang sama., tidak lama lagi Umno akan menyisihkan beliau apabila suara dan ceramahnya tidak lagi mahu didengar orang. Sekarang inipun yang datang ceramah beliau adalah penyokong Umno sahaja. Itulah yang menyebabkan Hassan Ali seronok. Perasan orang ramai sokong dia....

Orang yang lawan PAS sudah tentu Umno suka, orang yang kutuk PAS sudah tentu Umno akan bantu sebab Umno tahu sedikit sebanyak Umno dapat untung.......keluar TV seluruh rakyat dengar, kutukan dan fitnah itu Umno rasa akan menyebabkan sokongan kepada PAS kurang dan sokongan pada Umno bertambah. Hakikatnya tidak semudah itu. Rakyat terutama orang PAS sudah matang. Mereka kenal siapa Hassan Ali, mereka kenal Hassan Ali masuk PAS bila dan adakah Hassan Ali merasa susah ketika masuk PAS dahulu.......masuk PAS terus jadi AJK PAS dan jadi Wakil Rakyat dua sekali Adun dan Ahli Parlimen (PRU 1999)...Semua orang PAS tahu....

Bila serang PAS Umno suka.......jadi agaknya siapa yang sponsor Hassan Ali.....liputan media sudah tentu Umno/BN sponsor sebab media mereka pegang.....duit dan belanja ke sana ke mari, kumpul orang, sistem siaraya, khemah, poster, iklan kerusi dan sebagainya siapa sponsor....Tuan Jawab Sendiri la?????

01 February 2012

PAS yakin menang di sekurang-kurangnya 5 Dun di Melaka?

PAS yakin menang sekurang-kurangnya 5 Dun di Melaka. Antara Dun-Dun tersebut ialah Tg Bidara, Taboh Naning, Lendu, Sg Rambai dan Pantai Kundor.

PAS memang dari awal lagi iaitu selepas PRU 12 telah meletakkan kelima-lima Dun tersebut sebagai Dun target yang paling berpotensi untuk dimenangi.

Menurut sumber dalaman PAS itu, maklum balas dari pengundi di kelima-lima Dun tersebut amat baik. Program PAS juga berjalan dengan sangat rancak di kawasan tersebut.

"Walaupun ramai menganggap pengundi bandar dan separa bandar ramai menyokong PAS dan PR tetapi kali ini kita dapati pengundi di luar bandar lebih cenderung menyokong PAS kerana mereka seolah-olah dianaktirikan kerajaan".

"Jangan terkejut jika PAS menang di 5 Dun tersebut kerana tinjauan kami memang berlaku perubahan secara senyap di kawasan tersebut" menurut sumber dalaman tersebut.

Ditanya peluang PAS di Dun-Dun lain, beliau berkata peluang PAS agak sukar kerana pengundi di kawasan lain sukar diramal, malah mereka tidak cenderung untuk menunjukkan parti mana yang mereka sokong.

"Kita agak sukar untuk meramalkan peluang kita di Dun-Dun lain kerana pengundi kebanyakannya penyokong tegar BN yang sukar berubah" tambah beliau.

Sementara itu menyentuh tentang pembahagian kerusi, sumber itu menyebut bahawa PR mungkin akan membuat kejutan dengan menukar kerusi-kerusi yang sesuai antara ketiga-tiga parti.

"Jangan terkejut jika PAS bertanding di kawasan majoriti Cina dan DAP bertanding di kawasan campuran, semua ini strategi politik kita, mungkin kita akan buat perhitungan politik yang pihak lawan tak boleh jangka, yang penting PR mahu PAS, DAP dan PKR sama-sama ada wakil di Dun dan PR dapat perintah Melaka"

"Mungkin calon PAS bertanding di Dun Bandar Hilir atau Kesidang, manakala DAP bertanding di Bukit Baru atau Telok Mas, semua itu boleh dilakukan demi kelangsungan perjuangan menumbangkan kezaliman BN di Melaka".

"PKR boleh bertanding di Dun Duyong dan Ayer Keroh, DAP boleh bertanding di Paya Rumput dan Machap, ini semua ada kemungkinan, kita dalam PR bekerja dalam satu pasukan, yang penting PR menang bukan macam BN, MCA, Gerakan dan MIC serta Umno berebut kerusi" kata beliau.

PAS hargai RAKYAT : Ajak sama-sama hasilkan MANIFESTO


PAS hari ini membuktikan bahawa parti itu menghargai dan menyayangi rakyat apabila mengajak rakyat Malaysia untuk turut sama dalam penghasilan manifesto pilihan raya ke-13 parti Islam dengan memberi cadangan dan harapan sekiranya Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya.

Mana ada parti-parti lain khususnya dalam BN yang mengambil maklum balas dan cadangan rakyat dalam penghasilan manifesto mereka.

Rakyat sudah tentu faham dan tahu apa yang mereka mahukan dari kerajaan baru yang bakal menggantikan Umno/BN yang sudah busuk sampai ke usus.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata manifesto parti itu menekankan harapan rakyat Malaysia selepas Barisan Nasional (BN) gagal menjadi pemerintah yang baik.
"Kita akan membuat manifesto pilihan raya umum daripada cadangan yang menjadi harapan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
"Cadangan ini boleh dihantar kepada saya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), emel, Facebook atau Harakahdaily. Kita lakukan ini dengan harapan kita dapat tahu hasrat rakyat dan apa yang mereka mahukan dalam sesebuah kerajaan selepas pelbagai keadaan yang kurang di bawah BN," katanya yang merupakan pengerusi jawatankuasa manifesto pilihan raya PAS, dipetik dari laporan Malaysiainsider.
Beliau menambah cadangan-cadangan yang sesuai akan dimasukkan ke dalam manifesto sebagai penhargaan kepada rakyat.
Husam berkata cadangan itu dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan boleh di hantar pada bila-bila masa.
"Saya menjangkakan pilihan raya tidak akan diadakan dalam tempoh terdekat...ia boleh dihantar," katanya.
Pakatan Rakyat sebelum ini mengumumkan "Tawaran Jingga" iaitu tawaran manifesto Pakatan Rakyat yang menekankan dasar-dasar bersama tiga parti komponen.
Manifesto itu menggabungkan Rangka Kerja Bersama dan Buku Jingga Pakatan Rakyat, yang mengandungi janji parti perikatan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari selepas menawan Putrajaya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih merahsiakan tarikh pilihan raya umum ke-13 namun BN dan Pakatan Rakyat telah menggerakkan jentera masing-masing sebagai persediaan.
Mandat semasa kerajaan pusat hanya akan berakhir April 2013.
Kita yakin rakyat Malaysia amat berbesar hati dengan kesanggupan dan kesudian PAS mengambil cadangan dan idea rakyat dalam penghasilan manifesto ini. Umno yang kononnya mendahulu dan mengutamakan rakyat pun tidak berbuat demikain. 
Kita yakin ramai rakyat akan memberikan pandangan untuk dimasukkan ke dalam manifesto PAS dan sudah pasti cadangan yang terbaik dan praktikal akan dimasukkan dalam manifesto tersebut.
Gambar di atas sekadar hiasan tetapi ianya adalah fakta sebenar

SAFEE PEMAIN BOLA MALAYSIA PERTAMA JADI JUTAWAN

Penyerang sensasi negara, Safee Sali pada Rabu memilih untuk kekal bersama Kelab Indonesia Pelita Jaya walaupun pelbagai masalah yang berat dihadapi oleh Liga Super Indonesia (ISL) yang digantung oleh FIFA.
Keputusan beliau kekal dengan Pelita Jaya  mencatat sejarah kerana beliau boleh digelar sebagai jutawan bolasepak pertama negara.
Ia satu tindakan nekad untuk terus menyambung semula kontraknya bersama kelab Pelita Jaya FC, Jakarta Indonesia selama dua tahun lagi walaupun kemungkinan beliau menghadapi kesukaran pada masa depan.
Kontrak bernilai RM2 juta itu ditandatangani di Jakarta, Indonesia pada Rabu.
Keputusan itu disahkan oleh Pengurusnya, Zakaria Rahim menerusi satu kenyataan media.
Menerusi kontrak terbarunya, Zakaria berkata, Safee akan menerima pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur bernilai lebih RM2 juta bagi tempoh dua tahun.
Menurutnya, keistimewaan tersebut disediakan oleh Kelab Pelita Jaya FC sebagai tanda penghormatan kepada Safee selaku ketua pasukan kelab tersebut.
“Beliau juga akan menerima pakej tambahan iaitu hak imej. Kelab tersebut akan mendapatkan sokongan komersial bagi pelbagai produk di Indonesia untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran,” katanya dalam satu kenyataan.
Zakaria berkata, bekas penyerang Selangor itu bukan saja dilantik sebagai Duta Sekolah Sepak Bola Pelita Jaya di Sawangan, Jawa Barat, Indonesia malah akan dipertimbangkan untuk menerima saham pemilikan Akademi Sepak Bola milik kelab tersebut untuk masa depannya.
“Akademi itu sudahpun memiliki 600 pelajar di Jakarta dan mempunyai cawangan di daerah lain di Indonesia,” katanya.
Zakaria turut menyambut baik keputusan Safee untuk kekal menyarung jersi Pelita Jaya FC dan yakin penyerang tersebut sudah meneliti perkara itu sedalam-dalamnya dengan mengambil kira pelbagai aspek dan risiko.
Jelas Zakaria, komitmen dan pengorbanan Safee dilakukan demi membantu menaikkan imej bola sepak negara dan meniup semangat pemain muda untuk mengikut jejak langkahnya.
Sementara itu, Zakaria berkata, kehadiran bekas jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Rachmad Darmawan lebih menyakinkan Safee untuk terus menyarung jersi bersama kelab tersebut.
“Safee juga akan bergandingan dengan penyerang sensasi Indonesia, Greg Nwongkolo, bekas penyerang kebangsaan Montenegro, Alex Bajevski yang pernah beraksi pada Liga Juara-Juara Eropah dan kapten bawah 23 tahun Indonesia, Egi Mergiansyah.
Ekoran prestasi yang memberangsangkan bersama Pelita Jaya FC, Safee turut mendapat tawaran dari Muangthong FC dan Buriram FC di Thailand.
Malahan, difahamkan empat pasukan tanah air iaitu Kelantan FA, Negeri Sembilan FA, Johor FA dan Selangor FA turut berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
Safee bagaimanapun jelas Zakaria hanya akan kembali berentap dalam saingan liga tempatan selepas beraksi sekurang-kurangnya lima tahun lagi di luar negara.
“Dia lebih mengambil sikap ingin bermain daripada ingin bersama. Safee lebih mengutamakan peluang bermain untuk meningkatkan tahap permainannya selepas mengetahui faktor umur yang menjadi kayu pengukur kebanyakan kelab,” katanya.
Pada Selasa, akhbar Warta Kota Indonesia melaporkan Safee bakal menerima gaji sekitar Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan jika memperbaharui kontrak bersama kelab tersebut.
Kontrak Safee selama setahun dengan kelab Pelita Jaya berakhir semalam (31 Januari). Adalah diharapkan keputusan Safee adalah yang terbaik untuk masa depan beliau dan moga-moga semuanya berjalan lancar selepas ini walaupun mungkin agak rumit dalam hal yang berkaitan dengan FIFA
Sumber : Mstar

Nenek bunuh cucu, SIMPAN MAYAT 2 hari


Seorang nenek tergamak menyimpan mayat cucu perempuan yang dibunuhnya dua hari lalu sebelum memaklumkan tindakannya itu kepada bapa mangsa pagi tadi.
Bapa mangsa yang bekerja di sebuah restoran di Batu 3 Jalan Klang Lama  bergegas pulang dan mendapati anaknya berusia 10 tahun itu sudah tidak bernyawa, manakala suspek mengalami kecederaan di tangan.
Kejadian tersebut berlaku di Apartment Koi Ledian, Taman Kinrara, di sini dan suspek sudah dihantar ke hospital Serdang untuk dirawat.
Macam-macam perkara tidak masuk akal berlaku di negara kita. Adakah ini bala Allah ke atas kita semua disebabkan ramai yang ingkar perintahNya.?
Sumber : Sharian.
Gambar di atas sekadar hiasan

Kepala BABI, Angpau PUTIH dan ANCAMAN ISLAM

Sehari dua riuh rendah cerita kepala babi, Angpau Putih dan Ancaman kepada Islam jika PR menang. Kepala babi melibatkan siapa belum diketahui, angpai putih melibatkan Perkasa(M) manakala tuduhan PR menang Islam terancam dibuat Hassan Ali.

Apa ertinya semua itu .........kita mesti bijak menilai dan mentafsirkan semua itu agar tidak tertipu dan termakan umpan gerombolan tukang pasang perangkap.

Nantikan ulasannya sebentar lagi ...........................

KONSEP WASATIYAH UMNO MENGELIRUKAN?








Apakah ini konsep WASATIYAH Umno?

  • Aurat tak wajib tutup
  • Bank Islam diwujudkan dan Bank Riba digalakkan beroperasi (bilangan lebih banyak)
  • Hukum Islam dipinggirkan, undang-undang Lord Reid didaulatkan
  • Lesen judi dan arak diluluskan, banyak dapat cukai (Genting dan sebagainya)
  • Rasuah dibiarkan (pemimpin Umno rasuah tidak dihadapkan ke mahkamah - Ali Rustam, Isa Samad dan lain-lain)
  • Kronisme berleluasa ( waris pemimpin, kroni pemimpin kaya raya)
  • Pemimpin boros tanpa had (bil elektrik dan air jutaan ringgit, shopping dll)
  • Diskriminasi golongan tidak sehaluan ( Royalti Kelantan dinafikan, peruntukan wakil rakyat tidak diberi)
  • Maksiat dibiar dan digalakkan tanpa had (konsert, program percampuran lelaki dan wanita makin banyak)
  • Akta-akta zalim dan menindas rakyat terus diamalkan (ISA, OSA, AUKU dan lain-lain)
  • Rakyat semakin tersepit harga barang dan minyak meningkat
  • dan banyak lagi .....................

HASSAN TUDUH KHALID SAMAD 'PARASIT' DALAM PAS?


Bekas Naib Presiden PAS yang dipecat, Dr Hassan Ali menamakan Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad sebagai penghalang kepada usaha beliau menjalankan tugasnya sebagai Exco Agama dahulu. 

Mungkin juga Khalid inilah yang dikatakan oleh Parasit oleh Hassan Ali. Kalau Khalid parasit, Hassan Ali apa pula?


Mana lebih baik parasit yang taat kepada aspirasi dan keputusan jemaah dengan parasit yang besar kepala, ego dan tidak setuju dengan hala tuju jemaah. 

Pelbagai tuduhan dilemparkan oleh Hassan Ali antaranya Hasan menegaskan beliau tidak faham mengapa Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas menentang beliau, termasuk pernah mempersoalkan pengharaman penjualan arak di kawasan majoriti Melayu.

 
“Kalau DAP dan PKR itu saya faham kerana mereka bukan Islam, tetapi yang saya tidak faham Ahli Parlimen Shah Alam berdiri di barisan hadapan menentang apa yang saya lakukan.
 
“Tuan-tuan bayangkan, saya mahu bersihkan Shah Alam daripada judi, tidak boleh, saya nak lihat rumah urut dibersihkan pun tidak boleh,” katanya dalam ceramah Bicara Memurnikan Akidah Ummah di Shah Alam, kelmarin.
 
Turut hadir, bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri dan bekas Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Datuk Aidit Ghazali.
 
Beliau berkata, penduduk di Shah Alam perlu menolak pemimpin yang didakwa mengkhianati perjuangan Agama Islam dalam pilihan raya akan datang.

Sumber : Sinar Harian.
Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

SIAPA RASIS : UMNO ATAU DAP?

DAP parti perkauman Cina, DAP chauvinis Cina, DAP Komunis, DAP anti Islam, DAP anti Melayu, DAP bla bla bla ................itu tuduhan yang dilemparkan kepada DAP yang menggila sejak kebelakangan ini.

Semakin menggila tuduhan tersebut, semakin galak pemimpin Umno memfitnah DAP, tiba-tiba politik Malaysia dikejutkan dengan kemasukan bekas orang di bawah dagu Haji Najib iaitu Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz, bekas Adun Pulau Manis dan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan menyertai DAP. Tidak lama selepas itu bekas Presiden NUJ, Hatta Wahari pula menyertai DAP.

Maka jelaslah bahawa orang Melayu termasuk anak didik Najib sendiri tidak percaya dengan fitnah dan momokan menggila Umno terhadap DAP. Maksud politik perkauman sudah ditolak rakyat tanpa mengira kaum. 

Buktinya orang Cina berani mengundi PAS dan orang Melayu sedia mengundi DAP pada PRU 2008 sehingga Umno/BN menggigit jari di Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang serta Kelantan. 

Ikuti tulisan Hatta Wahari di bawah yang disiarkan oleh Roketkini bagi menghuraikan modal politik perkauman Umno yang sudah basi dan tidak laku.

Orang Melayu jangan  terperangkap dengan pemikiran sempit Timbalan Perdana Menteri dan Utusan Melayu.

Saya terpanggil untuk membuat kenyataan ini berikutan tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawa orang Melayu tidak harus terperangkap dengan perangkap DAP, sebaliknya perkara yang paling relevan sekarang ialah orang Melayu jangan terperangkap dengan kata-kata Timbalan Perdan Menteri, Tan Sri Muhyiddin  Yassin.

Pertamanya, saya ingin menegaskan orang Melayu kini semakin terbuka untuk menilai sebuah parti berbilang kaum DAP sebagai sebuah parti yang telus dan ikhlas untuk berjuang untuk kepentingan semua kaum di negara Malaysia yang tercinta.

Keduanya, orang  Melayu kini boleh duduk berbincang dengan orang Melayu yang menyertai DAP walau pun mereka dari Umno dan menerima penjelasan dengan baik serta tidak lagi bersikap ingin memusuhi ataupun menghamburkan kata-kata penghinaan.

Ketiganya, orang Melayu kini telah mula menyedari bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan lagi parti yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu sebaliknya sebuah parti yang mementingkan kroni serta suku sakat mereka sahaja.

Keempat, orang Melayu kini telah bersedia untuk menongkah arus memastikan kesenimbungan perjuangan pemimpin-pemimpin lampau yang mahukan Malaysia menjadi sebuah negara aman, makmur dan bersatu sesuatu yang telah gagal di laksanakan oleh Umno dan Barisan Nasional.

Pengalaman saya menyertai DAP sejak 21 Januari lepas, saya dapat menjalani kehidupan seperti biasa, ke masjid solat berjemaah, menghadiri kenduri kahwin jiran, dan alhamdulilah berterusan memberi sedekah  pada malam Jumaat selepas bacaan Yassin dengan menyediakan juadah untuk jemaah.

Semuanya ini dilakukan tanpa halangan, alhamdulilah orang Melayu tidak lagi berfikiran sempit malahan telah dapat menerima realiti dengan memastikan tidak berlaku perpecahan kerana perbezaan parti politik.

Saya juga tidak terkejut dengan tindakan berterusan Mingguan Malaysia akhbar mingguan yang diterbitkan oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebuah syarikat milik Umno yang menyatakan bahawa DAP adalah parti paling rasis bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.

Ruangan pojok yang ditulis oleh Awang Selamat, walau pun saya mengenali dan tahu siapakah Awang Selamat kerana pernah bertugas di Utusan  Melayu selama 16 tahun, saya tidak akan mendedahkan siapakah dia Awang Selamat.

Cuma yang hendak saya katakan ialah penulis pojok Awang Selamat itu merupakan orang yang paling rasis bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.

Tulisan beliau secara jelas memperlihatkan bahawa sifat rasis beliau dan tidak dapat menerima perubahan realiti orang Melayu sekarang yang telah berlapang dada untuk menilai secara kritis dan bukan secara membabi buta mencerna setiap perkataan untuk menaikan sifat rasis terhadap DAP.

Sebagai orang Melayu yang telah memasuki DAP atas kerelaan sendiri, tidak ada rombongan pengantin ataupun rombongan masuk meminang daripada pemimpin-pemimpin DAP agar saya memasuki parti tersebut sebaliknya saya yang menghantar rombongan meminang untuk memasuki DAP memandangkan terlalu ramai orang Melayu yang ingin memasuki parti tersebut.

Saya bernasib baik kerana Setiausaha Agung DAP, YB Lim Guan Eng sendiri yang menerima borang permohonan saya untuk memasuki parti tersebut.

Tidak ada orang Melayu yang diperkudakan di dalam DAP kerana kami semua menyedari bahawa perjuangan untuk membebaskan orang Melayu dari belenggu rasis Umno dan Utusan Melayu perlu disegerakan.

Kami orang Melayu di dalam DAP memasuki parti ini untuk membuat pendirian bahawa tidak ada tempat di Malaysia ini untuk sikap rasis yang ditunjukkan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Utusan Melayu terutama penulis pojok Awang Selamat. 

Budaya Cina : Perkasa(M) BUTA, PAS CELIK!

Perkasa buta, PAS celik itu ungkapan yang tepat dengan tindakan pemimpin Perkasa(M) yang mengedarkan angpau berwarna putih kepada kaum Cina pada majlis anjuran baru-baru ini. Sedangkan PAS sentiasa komited memastikan budaya orang Cina dihormati sesuai dengan konsep budaya menunjukkan bangsa.

PAS sangat berhati-hati dalam menganjurkan program melibatkan orang Cina. Kita sentiasa menjaga adab dan tata susila bila berhadapan dengan sesiapa sahaja. Manusia tidak kira siapa mesti dihormati hatta semasa perang sekalipun. Musuh perang kita pun kita tak boleh bunuh jika dia berlindung di rumah-rumah ibadat itu menunjukkan bahawa Islam menghormati manusia dalam apa juga keadaan.

PAS sejak dahulu membuktikan bahawa kita komited dan menghormati budaya rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Kalau kita mahu orang hormati kita, maka kita mesti menghormati mereka. Apa yang pantang larang mereka kita kena tahu dan kena hormat.

Malang sekali ada manusia yang bongkak dan sombong tidak tahu menghormati orang lain. Samada dia tidak tahu sengaja buat tidak tahu kita tidak pasti.

Malaysiakini menyiarkan laporan dan beberapa gambar yang merakamkan pemimpin PAS termasuk di kalangan akar umbi 'celik budaya' khususnya yang membabitkan masyarakat Cina. Antaranya, memaparkan gambar seorang pemimpin akar umbi PAS dari Mersing, Johor memberi angpau kepada penjual daging babi telah mendapat sambutan hangat.
NONE
Turut mendapat pujian adalah gambar exco kerajaan negeri Selangor Iskandar Abdul Samad mengagihkan angpau di hadapan sebuah gerai menjual daging babi dan tarian "singa hijau" yang diadakan sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran PAS Perlis.

Negara Islam

Warga maya di laman Facebook itu juga membandingkan ‘kecerdikan’ antara PAS dan PERKASA yang didakjwa sebagai ‘buta budaya’ dan gagal memahami kepercayaan serta cara hidup masyarakat Cina di negara ini.

"Ini babak yang mahu dielakkan oleh MCA, momokan mereka mengenai negara Islam akan menjadi  sia-sia," kata Denise Yee dalam Facebook.

"Pengerusi PAS bahagian Mersing, Johor (Rosalan Mamat) dan ADUN Cempaka (Iskandar Abdul Samad) menyambut Tahun Baru Cina dengan penjual daging babi sambil mengedarkan limau mandarin. Mereka tidak mengagihkan 'angpau putih’ kepada masyarakat Cina."

Ketika dihubungi Malaysiakini, Rosalan Mamatmengucapkan terima kasih kepada pelayar di Facebook kerana memuji tindakan beliau itu.

Rosalan, 51,  yang juga seorang ahli perniagaan berkata gambar itu dirakamkan dua hari sebelum Tahun Baru Cina ketika beliau dan beberpa pemimpin PAS tempatan mengedarkan angpau, limau dan kad tahun baru di sebuah pasar di Mersing.

Ditanya mengapa beliau menghampiri dan menyapa penjual daging babi berkenaan dan tidak mengelakkan dirinya kerana bagi masyarakat Islam daging berkenaan dianggap tidak "halal", Rosalan berkata agamanya tidak pernah melarang orang bukan Islam untuk memakan daging tersebut.

NONETak ada masalah

"Tidak ada masalah untuk Cina makan babi, hanya umat Islamyang tidak boleh makan daging babi. Kita mesti menghormati budaya Cina dan ini adalah hak mereka.

"Hanya Umno dan orang-orang MCA yang akan memutar-belitkan fakta dan mendakwa bahawa apabila PAS berkuasa, orang Cina tidak akan dibenarkan makan babi," katanya.

Menurutnya lagi, ini adalah kali pertama bagi pemimpin tempatan Pakatan Rakyat keluar bersama mengucapkan selamat tahun baru kepada masyrakat Cina. Sebelum ini mereka menganjurkan aktiviti masing-masing secara sendirian.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin berkata ini bukan kali pertama parti Islam itu menjemput "singa hijau" memeriahkan majlis mereka.

Menurutnya, sejak dua atau tiga tahun lalu, PAS sebenarnya telah menampilkan persembahan tarian singa di jamuan makannya di Arau dan Sanglang.

Bagaimanapun, beliau berkata ini kali pertama parti itu mengadakan rumah terbuka Tahun Baru Cina dengan menjemput "singa hijau" untuk memeriahkan majlis itu di ibu pejabatnya pada 29 Jan lalu.

Melayu terhibur

Difahamkan bahawa singa hijau itu dijemput dari sebuah kelab sukan di Kedah.

Apabila ditanya mengapa PAS mengadakan persembahan tarian singa, Hashim menjelaskan bahawa mereka mengikuti jejak kerajaan PAS Kelantan yang sentiasa mengalakkan persembahan  kebudayaan berbilang kaum.

hashim jasin"Bukan sahaja Cina, orang Melayu juga terhibur dengan persembahan tarian singa. Ia amat menarik."

Ditanya sama ada tindakan itu, cubaan PAS untuk meraih sokongan masyarakat Cina, Hashim (kiri) berkata terpulang kepada rakyat untuk menilai bagaimana parti Islam itu berinteraksi dengan masyarkat berlainan agama dan kaum.

Ini katanya, jelas bertentangan dengan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh PAS akan “memotong tangan dan kaki orang Cina” apabila mereka berkuasa nanti.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter