Kerajaan Negeri ZALIMI PEKERJA SYARIKAT BAS

2 hari lepas sebuah NGO menggelarkan Ketua Menteri seperti hero Hindustan yang hanya pandai berjanji tetapi tidak menepatinya.

Malaysiakini semalam melaporkan bahawa Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah mengganggap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam seorang pelakon yang hebat dalam menyelesaikan isu 11 peniaga di Taman Mini Malaysia, Ayer Keroh.

Beliau mendakwa, kerajaan negeri Melaka gagal mengotakan janji membenarkan mereka berniaga di lokasi itu ketika kerja naik taraf taman berkenaan dilaksanakan.

Malah mereka turut kecewa dengan projek yang diuruskan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) itu berikutan nilai pampasan ditawarkan yang dianggapnya tidak masuk akal.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, terbaru peniaga terbabit menerima notis arahan berpindah ke gerai sementara berhampiran Taman Lebah, pada 29 Januari lalu.
       
"Notis arahan berpindah ini bertentangan dengan apa yang sudah dipersetujui ketika rundingan peniaga bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada November lalu.

"Lebih kurang ajar apabila ada pegawai PKNM yang cuba mengugut untuk merobohkan premis peniaga sekiranya mereka enggan berpindah," katanya pada sidang media mengenai masalah berkenaan di Taman Mini Malaysia di Melaka, hari ini.
Menurut Mohd Ridzuan, sewaktu rundingan November tahun lalu yang dipengerusikan ketua menteri, mereka arahkan pemaju berunding soal pampasan namun sehingga saat ini tidak ada seorang pun wakil tampil untuk berbincang.

Hari ini satu lagi isu yang menguatkan lagi hujah bahawa Ali Rustam memang layak digelar pelakon hebat Hindustan apabila janjinya untuk menyelesaikan masalah bas henti-henti hanya omong kosong apabila pemandu-pemandu bas mogok kerana tidak puas hati dengan gaji yang diberikan oleh anak syarikat kerajaan negeri PMCT yang mengambilalih semua syarikat bas.

Harakahdaily melaporkan bahawa Kira-kira 50 pemandu bas henti-henti di Melaka Sentral telah mengadakan satu mogok dan piket akibat tidak berpuas hati terhadap gaji baru yang ditawarkan oleh syarikat baru di bawah anak syarikat Perbadanan Ketua Menteri Melaka, Panorama Melaka Cultural Tourist Sdn Bhd (PMCT), pagi tadi.

Gaji baru yang ditawarkan oleh syarikat tersebut pada asalnya RM500 sebulan, dan semalam mereka mengadakan rundingan gaji tersebut telah dinaikkan sebanyak RM10 menjadikan gaji RM510 seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian.

Pemandu bas yang tidak berpuas hati telah mengadakan piket dengan membawa sepanduk yang tertulis "Kerajaan Kejam", "Gaji Pokok RM500 Mana Cukup, Negeri Maju, Rakyat Miskin", "PMCT Penindas Periuk Nasi Kami, Tak Kotai Janji" dan sebagainya.

Wakil pemandu bas Rosman Wahab, 49, menuntut gaji yang lebih munasabah iaitu RM850 ditambah dengan elaun rumah dan elaun kedatangan sebulan setaraf dengan kos hidup pada masa kini.

"Apa makna jika kerja berterusan sehingga nyawa pun nak habis dengan gaji sebanyak itu," katanya.

Beliau mendakwa jika bekerja lebih masa di bawah skim gaji yang baru itu dengan bekerja 12 jam sehari, mereka menjangkakan gaji yang akan diterima hanya boleh mencecah sebanyak RM1,300 hingga RM1,400.

Pemandu-pemandu bas terbabit telah mengadakan mogok selama tiga hari bermula 31 Januari lalu.

ali rustamMelalui syarikat sebelum ini, pemandu bas yang bekerja hampir 20 tahun mampu memperolehi pendapatan yang mencecah sehingga RM1,900 hingga RM2,100 termasuk komisyen dan elaun.
Apabila syarikat baru mengambil alih, gaji mereka telah turun kepada RM510, jumlah yang tidak munasabah.

Harakahdaily difahamkan, syarikat PMCT Sdn. Bhd merupakan anak syarikat di bawah Perbadanan Ketua Menteri Melaka yang mengambil alih operasi bas henti-henti menggunakan jenama Panorama dengan bas yang disewa daripada syarikat Scomi Special Vehicle Sdn. Bhd. dengan kos antara RM10,000-RM13,000 sebulan.

Kerajaan negeri di bawah pemerintahan Datuk Seri Ali Rustam dilihat sekali lagi gagal dalam menguruskan masalah perkhidmatan awam sedangkan perkara itu merupakan perkara asas dan keperluan bagi rakyat Melaka untuk bergerak.

Justeru, apakah kerajaan negeri terlalu sibuk memikirkan soal pelancong dengan pelbagai projek pelancongan sehingga rakyat sendiri terus hidup susah dan terbeban.

Lepas ini Shah Rukh Khan tak boleh cari makan sebab ada seorang lagi pelakon Hindustan yang sedang meningak naik iaitu Ali Rustam.

Gambar : Blog Yusofwahab

Comments

lijitra said…
awat baru sedar ka kata kerajaan negeri zalimi pekerja.sokong la lagi.biar mampuih.