Parlimen BUBAR MINGGU DEPAN ?, PRU 13 BILA-BILA MASA KATA NAJIB


Perdana Menteri Malaysia, Haji Najib Razak atau Ah Jib Gor berkata, pilihan raya umum ke-13 akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.
Beliau berkata, masa untuk mengadakan pilihan raya umum kali ke-13 berkenaan bergantung kepada banyak factor,namun ia boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.
“Buat masa ini, saya turun padang berjumpa rakyat, bukan sahaja saya tapi semua pemimpin kerana ini tanggungjawab sebagai pemimpin supaya rakyat tambah yakin kepada Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita di Marang, semalam.
Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus kononnya Parlimen akan dibubar pada minggu hadapan untuk memberi ruang kepada pilihan raya umum ke-13.
Terdahulu, Perdana Menteri  menyampaikan baucer kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Program Perdana Menteri Bersama Rakyat Dun Rhu Rendang, di Padang Astaka Majlis Daerah Marang, di sini.
Ah Jib Gor nampaknya terus berteka-teki tentang tarikh PRU mungkin di kalangan manusia Ah Jib Gor dan isterinya, Kak Mah sahaja yang tahu. Yang lain semua tidak tahu. Atau mungkin Kak Mah seorang sahaja yang tahu Ah Jib Gor pun tunggu Kak Mah bagi 'signal'.
Banyak pihak meramalkan parlimen akan dibubarkan minggu depan bagi memberi laluan kepada PRU 13 diadakan pada bulan Mac ini. Pada masa yang sama ada pihak meramalkan Ah Jib Gor tidak berani mengadakan PRU 13 sekarang kerana pelbagai isu yang tidak dapat ditangani dengan baik dengan Ah Jib Gor dan kawan-kawannya. Ada yang menjaga PRU 13 hanya akan diadakan selepas bulan Jun 2012.

Comments