.

.

17 April 2010

KIBARAN PERJUANGAN PRK HULU SELANGOR KINI BERMULA

Berakhir sudah kemelut serta drama cemas ciptaan kem BN dalam pusingan awal PRK Hulu Selangor ini. Akhirnya P.Kamalanathan yang menurut sumber pernah tewas dalam pemilihan sebagai Ketua Pemuda MIC Bahagian Selayang menjadi calon alternatif MIC dan BN setelah nama asal calonnya iaitu Palanivel dan V.Mugilan terpaksa dikorbankan demi memuaskan hati semua pihak dalam jentera BN. Kekalutan yang amat berat dipikul untuk memilih calon BN ini menampakkan jalan berliku serta berduri yang perlu ditempuhi semua jentera BN yang dikepalai UMNO di Hulu Selangor ini.

Berlainan pula dengan kesepakatan padu serta jalinan kerjasama yang utuh dalam Pakatan Rakyat(PR) yang telah menamakan Dato Zaid Ibrahim sebagai calon tunggalnya, menampakkan riak keserasian serta kesepakatan yang bakal menjadi senjata bak peluru dalam pertempuran menjelang hari penamaan calon sehinggalah ke hari pengundian nanti.

Suatu pertembungan yang memerlukan daya juang yang utuh serta padu, membenteng diri serta menyerang musuh bak satria, menjalin isu serta penerangan setiap masa, mengatur strategi dan congak yang mengena, menjaja calon dan visi ke seluruh ceruk, semuanya akan menjadi suatu pertarungan yang lebih dinamik serta dramatik demi melahirkan penginovasian murni dalam demokrasi. Salam serta santuni lebih 63,000 pengundi Hulu Selangor pasti cahaya kemenangan akan ternyala disetiap sisi urat saraf tangan-tangan mereka.

Lupakan isu calon BN, jauhkan karenah KJ yang masih kecewa tanpa pangkat, jangan layan Aziz dengan lakonan hebat cedera dipukul di Bagan Pinang, pedulikan Noh yang menabur janji palsu jutaan ringgit, jangan kisah datangnya Isa Samad dengan puteri barunya, biarkan Khir Toyo dengan penyapunya, jangan layan PERKASAM yang menyepi dengan calon Melayunya, jangan hirau Muhyiddin yang sering menipu rakyat dan biarkan Samy menabur janji serta projek kemewahan, dan walau apapun yang akan berlaku yang pasti kesemua mereka akan digempur habis-habisan demi maruah serta tekad perjuangan yang dirintis pimpinan pakatan, kunjungi semua pengundi tidak kira kaum, jejaki seluruh denai orang asli dan pengundi senyap, ibarat kata pepatah Melayu mengenggam biar sampai jadi abu, melujur lalu melintang patah, yang pasti kibaran bendera perjuangan akan terpacak dipersada politik negeri Selangor.

Ayuh semua pejuang, heningan subuh dan hembusan nafas perjuangan pagi sabtu 17 April 2010 ini menyambut kedatanganmu. Tunjukkan lagak serta keberanian mu, tonjolkan ukhuwwah dan tawadukmu, luruskan saf serta satukan niatmu secara komited dan disiplin yang jitu, sebarkan Islam dengan semangat waja mu setiap detik dan walau di mana dirimu berada, dispilinkan safmu dalam perjuangan yang murni, bersatu erat didepan demi Islam bertapak di bumi Malaysia ini.

Putera Melaka.

PRK HULU SELANGOR : PR MENANG PUSINGAN KEDUA

Terbukti penyokong PR jauh lebih ramai dari penyokong BN semasa perarakan mengiringi calon pada hari ini. Saya boleh nyatakan bahawa bilangan penyokong PR sekali ganda lebih ramai dari BN.

Inilah petanda bahawa PR akan menang pada PRK ini yang dijadualkan pengundiannya pada 25 April.

Ternyata penyokong PR jauh lebih bersemangat dan terpancar dari riak muka mereka keyakinan bahawa kerusi Parlimen Hulu Selangor ini tetap dipertahankan oleh PR.

Kalau sebelum Penamaan calon dahulu PR sudah menang kerana BN berbalah mengenai calon, kini semasa penamaan calon PR menang lagi dengan jumlah penyokong yang jauh lebih ramai mengiringi calon mereka pagi tadi.

PRK HULU SELANGO0R : BN SEMAKIN TENAT

BN hadapi tugas berat di Hulu Selangor kerana undi pengundi MIC dan Umno akan berpecah dua. Ini kerana 2 calon bebas yang bertanding untuk merebut kerusi tersebut adalah dari kalangan MIC dan Umno sendiri.

VS Chandran adalah bekas pimpinan MIC Bahagian Hulu Selangor manakala Johan Mohd Diah adalah ahli Jawatankuasa Pemuda Shah Alam. Pemerhati politik berpendapat bahawa sekurangnya kedua-dua calon tersebut dapat ‘mencuri’ sekurang-kurangnya 400 undi BN pada kali ini.

Mereka berpendapat bahawa penyertaan kedua-dua calon bebas itu sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada Dato Zaid Ibrahim.

Tidak diketahui adakah penyertaan kedua-dua calon bebas itu ditaja oleh pihak tertentu

15 April 2010

PRK HULU SELANGOR : 'PERKASAM' PENGECUT DAN 'HAMPEH'

Mana perginya 'Pejuang Melayu Tulen' Perkasam di saat kepentingan orang Melayu di Hulu Selangor diperkotak katik oleh pemimpin melayu Umno.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor yang sewajibnya ditandingi oleh Orang Melayu digadaikan oleh Pemimpin MElayu Umno kepada MIC. Mengapa Presiden Perkasam, Ibrahim Ali mendiam diri sunyi sepi tanpa sepatah perkataan pun mencaci tindakan pemimpin Melayu Umno yang terang-terang menggadaikan kepentingan Melayu.

Terbukti Perkasam menjadi kuda tunggangan Umno. Apa sahaja perbuatan pemimpin Umno dipersetujui oleh Perkasam walaupun kepentingan Melayu digadai.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor ini tidak pernah ditandingi oleh orang Melayu sejak PRU pertama walaupun orang melayu adalah pengundi majoriti di sana.

Saya cadangkan mulai sekarang Perkasa ditukar nama menjadi PERKASAM sebab pengecut dan penakut untuk membela kepentingan Melayu di Hulu Selangor.

PRK HULU SELANGOR : MASALAH DALAMAN BN KRONIK

Masalah pemilihan calon BN semakin kusut dan kronik. MIC yang bermati-matian mahukan calon mereka G Palanivel dipilih memberikan ugutan dan ancaman kepada pemimpin BN/Umno dan Mugilan, Timbalan Ketua Pemuda MIC yang didakwa akan dipilih oleh pemimpin BN.

Kalau sebelum ini mereka mengancam untuk menutup bilik gerakan jika Mugilan dipilih semalam ancaman kedua dilontarkan kepada Pemimpin BN iaitu Mugilan akan dipecat dari MIC jika beliau dipilih menjadi calon BN. Terbukti MIC sebuah parti kuku besi dan parti Samy Vellu. Apa yang Samy Vellu kata semuanya mesti diikuti.

Saya yakin Najib dan Muhyiddin akan melutut kepada Samy dan akhirnya tunduk takut kepada Samy Vellu. Saya secara memang mahukan G Palanivel dipilih kerana jika kuda tua itu menjadi ayam sabung BN, peluang untuk menang lebih terbuka. Ini kerana sebenarnya Mugilan mempunyai reputasi yang baik di kalangan penduduk Hulu Selangor berbanding Palanivel.

PRK HULU SELANGOR : FELDA, PENGUNDI HANTU DAN PENIPUAN JADI TALIAN HAYAT BN

Seperti biasa peneroka Felda, pengundi hantu, penipuan, ugutan, media pemfitnah, rasuah dan 'parti-parti komponen BN' yang tidak berdaftar akan menjadi talian hayat BN untuk menang di Hulu Selangor.

BN sudah tentu menggunakan talian hayat tersebut untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan mereka di dunia ini, jika tidak sudah lama mereka dimasukkan di dalam buku-buku sejarah dan muzium.

BN bukannya berdiri di atas kekuatan mereka sendiri sebaliknya terpaksa berlindung kepada agensi-agensi kerajaan, suruhanjaya kerajaan dan pasukan penguatkuasaan untuk meneruskan baki umur mereka yang sudah sampai ke saat penghujung.

Di Hulu Selangor ini mereka sekali lagi tanpa segan silu dijangka mengeksloitasi sepenuhnya agensi-agensi kerajaan milik rakyat untuk berdepan dengan PR. Tanpa Felda, Jabatan Penerangan, JHEAO, Jabatan Pertanian, Jabatan Kesihatan, Kemas dan lain-lain siapalah Umno. Rakyat pun tidak akan melayan mereka tanpa umpan dengan jabatan-jabatan ini.

Rakyat seharusnya melihat semua kebobrokan BN. Oleh kerana kegilaan BN untuk menang mereka sanggup menggunakan harta rakyat untuk kepentingan parti bukan kepentingan rakyat.

SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA SAYA TIDAK REDHA SATU SEN PUN DUIT RAKYAT DIGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN BN.

INSYA ALLAH INI SEMUA AKAN DIADILI DI MAHKAMAH ALLAH PADA HARI PEMBALASAN NANTI. TUNGGU WAHAI PEMIMPIN BN.

14 April 2010

PRK HULU SELANGOR : SOKONG 1OO % SUPAYA PALANIVEL DICALONKAN


Secara peribadi saya sokong 200% jika BN memilih Palanivel menjadi calon mereka untuk Pilihanraya Kecil Hulu Selangor ini.

Saya menyokong pemilihan Palanivel ini kerana :-

1) Beliau terbukti gagal menjalankan amanahnya dengan baik sepanjang 4 penggal menjadi Ahli Parlimen Hulu Selangor. Kawasan ini jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kawasan di Selangor.

2) Beliau bukanlah anak jati Hulu Selangor sebaliknya berasal dari Pulau Pinang.

3) Beliau tidak disenangi oleh pengundi-pengundi Melayu

4) Beliau tidak mendapat sokongan yang padu dari Pemuda MIC di Hulu Selangor

5) Beliau mempunyai rekod yang tidak baik setelah tewas pada PRU 2008 lalu

6) Beliau bukan calon pilihan Pemimpin tertinggi BN

7) Beliau tidak mampu menyaingi latarbelakang akademik Dato Zaid Ibrahim

8) Beliau didakwa telah meluluskan tiga projek bernilai RM 354 ribu di kampung itu seperti pengakuan yang dibuat oleh Ketua Kampung Sungai Buaya di Hulu Selangor, Mustafa Talib.

..............dan banyak lagi.

ATAS HUJAH-HUJAH DI ATAS MAKA SAYA MENYOKONG PENUH PEMILIHAN PALANIVEL.

PRK HULU SELANGOR : PELUANG BN SEMAKIN KECIL UNTUK MENANG

Bekas Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor, V. S. Chandran akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.

Chandran, 56, yang sedang digantung setahun oleh parti berkata, beliau sudah membayar deposit RM5,000 untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata bahawa beliau telah tinggal di Hulu Selangor selama 54 tahun lepas.

Menurutnya beliau amat arif dengan kawasan ini, penduduknya dan masalah di Hulu Selangor.

Ini bermakna BN akan menghadapi masalah yang lebih besar untuk menang di Hulu Selangor kerana sudah tentu akan ada ahli MIC yang akan mengundi Chandran dan ini akan mengurangkan undi BN.

BAJET 2010 : BAJET FLIP FLOP, MAHAL TALI DARI BERUK - YB AMPANG

Hebat betul Malaysia ini. Bajet Tambahan lebih banyak dari Bajet asal yang baru dibentangkan 3 bulan lalu.

Apakah kerajaan BN tidak mempunyai perancangan dan penilaian yang tepat sebelum menyediakan Bajet tersebut.

Perkara ini diutarakan Ahli Parlimen Ampang YB Zuraida Kamaruddin yang menggelarkan Bajet 2010 kerajaan BN sebagai Bajet Flip Flop. Seolah-olah macam pepatah melayu iaitu 'Mahal Tali dari Beruk'. Beliau berkata demikian semasa sessi perbahasan Dewan Rakyat hari ini.

Zuraida juga mempertikaikan Bajet yang terlalu tinggi diperuntukkan kepada program untuk Wanita Pertama. Ucapannya dicelah oleh Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali yang meminta penjelasan siapakah Wanita Pertama Malaysia samada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung atau Isteri Perdana Menteri.

HARI MASUK BN PUN BERMULA

Itulah tradisi biasa yang wajib berlaku apabila berlaku sesuatu pilihanraya kecil seperti juga di PRK Hulu Selangor ini. Kurang 24 jam hari penamaan calon bermula, maka akhbar utusan melaporkan seramai 200 orang ahli PKR Kulim di kawasan YB MP Melompat yang telah ke Amerika Syarikat bersama PM baru-baru ini telah keluar dari PKR dan menyertai MIC. Alasan yang diberikan adalah skrip lama yang pastinya sama dengan peristiwa yang sama pada setiap kali pilihanraya umum atau kecil diadakan.

Berhentilah BN daripada membuat sandiwara lapuk ini, sekarang zaman milineum bukannya zaman 60-an. Kemajuan zaman dengan pelbagai ledakan teknologi maklumat, peningkatan kecerdikan rakyat Malaysia tidak boleh dibohongi oleh kamu.

Dalam tempoh dua minggu ini, berapa ramai akan keluar parti menyertai BN, di mana, Bagan Pinang, Bagan Serai, Klang, dan pelbagai tempat lagi akan menjadi plot drama terhebat BN sempena PRK Hulu Selangor. Yang peliknya yang akan menerima kemasukan mereka ini ialah pemimpin UMNO, tak percaya? tunggu dan lihatlah berita seterusnya. Bertandinglah secara terhormat, gunakanlah kekuatan parti berlawan parti.


Putera Melaka.

PRK HULU SELANGOR : MUHYIDDIN PUN TUMPANG SEMANGKUK

Malang sungguh bagi rakyat Malaysia apabila mempunyai pimpinan yang pemikirannya sama seperti JKKK Umno di kampung-kampung. Sangkaan saya hanya menteri-menteri sahaja yang standard pemikiran mereka di tahap tersebut tetapi semalam terbongkar lagi satu rahasia di mana Timbalan Perdana Menteri pun dua kali lima sahaja.

Semalam Muhyiddin Yassin berkata (saya petik dari media pengampu Umno), jika pengundi Hulu Selangor memilih Zaid sebagai wakil rakyat mereka, maka harapan penduduk untuk melihat pembangunan di kawasan tersebut tidak akan tercapai.

Sekali lagi politik pembangunan dan fizikal dijadikan hujah oleh pemimpin 'JKKK' nombor 2 Umno ini.

Apakah Muhyiddin tidak perasan bahawa apa yang Umno/BN buat setelah 50 tahun lebih memerintah Selangor, baru sekarang perasan Hulu Selangor tiada pembangunan. Apa yang Palanivel buat selama dua tiga penggal jadi Ahli Parlimen Hulu Selangor.

Selain itu benarkan Hulu Selangor tiada pembangunan langsung. Berapa ramai rakyat yang masih menggunakan pelita dan air perigi untuk keperluan harian mereka.

Berapa ramai yang masih memakai cawat dan bertelanjang bulat?
Berapa ramai yang tiada rumah langsung?

Saya hairan mengapa begitu cetek pemikiran pemimpin Umno yang hanya memandang pembangunan sebagai satu-satunya keperluan rakyat. Sedangkan rakyat amat memerlukan pembangunan spiritual, insan dan lain-lain. Malah lebih mendesak rakyat mahu keluar dari penderitaan dan keperitan hidup akibat kadar jenayah yang membimbangkan, maksiat berleluasa, gejala buang anak, ekonomi yang tidak menentu, harga barangan yang sangat membebankan, hak asasi manusia yang dinafikan, rasuah yang kronik dan lain-lain.

Muhyiddin seperti juga JKKK Umno di kampung masih mengamalkan cara politik lama tahun 50-an, 60-an di zaman elektrik tiada, air tiada, jalan tanah merah, TV tiada dan lain-lain.

Bila agaknya pemimpin Umno dan ahli-ahli bawahannya hendak berubah? Dah tahun 2010 mereka masih bermimpin hidup di zaman awal-awal merdeka.

PRK HULU SELANGOR : SIAPA KUAT UMNO ATAU MIC?

Nampaknya pertarungan sebenar Pilihanraya Kecil ini bukannya antara PKR dan BN tetapi antara Umno dan MIC.

Sejak kerusi ini kosong Umno dan MIC berebut untuk meletakkan calon masing-masing. Pada awalnya Umno mahu meletakkan bekas Naib Presiden Umno, Mat 'Tyson' Taib tetapi ditolak mentah-mentah oleh MIC yang siang-siang lagi menegaskan kerusi itu milik tradisi MIC. Presiden MIC, Samy Vellu sejak dari mula lagi menamakan Timbalannya, G Palanivel sebagai calon yang dicadangkan oleh MIC.

Selepas Umno mengalah dan memberikan laluan kepada MIC timbul pula satu cadangan baru dari Umno. Mereka mencadangkan anak tempatan, Mugilan yang juga Timbalan Ketua Pemuda MIC Pusat untuk menjadi calon. Namun ianya ditolak dengan tegas oleh Samy Vellu.

Malah maklumat dari sumber dalaman parti yang menyatakan bahawa jika Mugilan dipilih oleh Pengerusi BN sebagai calon, kepemimpinan MIC akan memecat Mugilan kerana melobi bagi kerusi itu dan juga mensabotaj aktiviti parti serta mencemarkan nama Palanivel.

Menurut beliau lagi, ketika mesyuarat baru-baru ini di Parlimen, presiden MIC,Samy Vellu dilaporkan bertikam lidah dengan Muhyiddin berhubung pemilihan calon BN itu.

Sumber itu berkata Muhyiddin berkata Mugilan adalah pilihan pemimpin BN tetapi pemimpin MIC yang hadir kurang menyenangi keputusan itu.

Terbukti kem BN benar-benar dalam dilema sekarang. Bagi Umno jika Mugilan dipilih maka peluang untuk BN menang adalah cerah, namun andaikata Palanivel yang dijadikan ayam sabung Umno berpendapat kemenangan BN mungkin hanya sekadar dalam mimpi sahaja.

Jelaslah sekarang ini bahawa pertarungan sebenar di Hulu Selangor telah bermula iaitu pertentangan antara Umno dan MIC. Nampaknya gayanya mereka sekarang berada dalam keadaan ditelan mati mak diluah mati bapak.

Apakah Umno akan membuli MIC, atau MIC akan memperkudakan Umno. Kita tunggu dan lihat. Andai Palanivel dipilih maka terbukti Umno diperkuda oleh MIC, manakala jika Mugilan dipilih, lambat laun MIC akan ditendang oleh Umno dari BN dan digantikan dengan MAKKAL SAKHTI.

PALANIVEL : SANTAU BUAT BN?

PRK Hulu Selangor ibarat pertembungan klasik yang menghimpunkan pelbagai teka-teki, gelanggang beradu kekuatan pengaruh serta kuasa, mencetus kepentingan peribadi kawan dan lawan, menguji setiakawan luar dan dalam, mencetus gelombang kebangkitan semula rakyat, tersilap pilih rakyat juga menjadi taruhannya.

PKR sudah bersedia dengan calon pilihan yang terbaik buatnya. Bagaimana pula BN atau MIC sendiri? Palanivel kini umpama SANTAU buat BN dan MIC. Palanivel calon tunggal MIC, anak didik Samy Vellu dan bakal Presiden MIC dekad akan datang, jika tidak terpilih menjadi calon maka hilanglah wibawa Palanivel, musnahlah MIC dan musibah buat BN. Sudah kedengaran ugutan memboikot oleh penyokong setia Samy Vellu, begitu juga ada cadangan untuk diambil tindakan terhadap calon lain selain Palanivel kerana calon itu pilihan UMNO bukan pilihan MIC. Ikut logik akal, mustahil BN akan memilih calon lain selain Palanivel, jika ianya berlaku bermakna malapetaka buat BN hatta MIC sendiri. Pasti drama yang menarik akan berlaku dalam masa kurang 36 jam dari sekarang. Tunggu dan lihat.

Jika V.Mugilan terpilih menjadi calon atau sesiapa sahaja selain Palanivel, maka akan berlaku “check-mate” buat MIC. Apa tidaknya, bakal Presiden MIC pun dinyahkan oleh UMNO yang mengetuai BN. Malah Samy Vellu dan barisan kepimpinan tertinggi MIC yang hanya mencalonkan calon tunggal MIC juga ibarat diperlekehkan oleh UMNO, V.Mugilan pula mungkin akan dipecat kerana cubaan memalukan kepimpinan tertinggi MIC…..sungguh malang jika ini yang tersirat melalui tindakan BN dalam beberapa jam akan datang. Tidak mustahil parti “Makkal Sakhti” menjadi galang ganti buat MIC dalam BN. Tersilap percaturan memilih calon, BN pasti tersungkur diperingkat awal lagi. Jika calon bukan Palanivel, harapan menang amat besar buat Pakatan Rakyat, jika Palanivel terpilih menjadi calon ia umpama menjadi SANTAU buat BN dan MIC kerana harapan menang dan kalah pasti ada tetapi menjadi racun berbisa yang akan memakan diri BN dulu, kini dan selamanya. Siapa yang akan terkena SANTAU , tunggu hari penamaan calon 17 April 2010 ini….

Makna SANTAU dalam pengubatan Melayu : Layari http://www.zainizainal.blogspot.com.

Penulis: Putera Melaka

13 April 2010

PRK HULU SELANGOR : ORANG ASLI SOKONG PKR?

Pengundi Orang Asli yang berjumlah 721 orang di Hulu Selangor akan menjadi undi penentu kemenangan kepada PR atau BN. Kalau pada PRU 2008 PKR menang dengan majoriti 198 undi maka 1 undi pun amat bermakna kepada kedua-dua parti.

Oleh itu undi Orang Asli amat penting kepada PR dan BN.

Dari tinjauan pemerhati politik di kampung-kampung orang Asli, ternyata kerajaan BN yang memerintah Selangor lebih 50 tahun mengabaikan mereka. Orang Asli hidup susah dan tidak diziarahi oleh pemimpin BN. Berlainan dengan PR yang terbukti sentiasa memgambil tahu akan kebajikan semua rakyat termasik orang Asli.

Tidak mustahillah bahawa orang Asli amat gembira di bawah pentadbiran PR. Cuma sesetengahnya tidak perasan bahawa kerajaan Selangor sekarang bukan lagi BN tetapi PR.

Jadi saya menggesa petugas PR supaya menerangkan dengan terperinci dan details kepada orang Asli bahawa negeri yang banyak memberi bantuan kepada mereka sejak 2 tahun lalu bukan lagi kerajaan BN tetapi kerajaan PR yang dipimpin oleh PKR.

Jika ini berjaya diterangkan saya yakin PKR akan menang di peti-peti undi yang ada orang Asli nanti.

PEMILIHAN ZAID : ADA TENTANGAN DARI AKAR UMBI?

Saya siarkan komen dari seorang tetamu blog saya. Diharapkan penyiaran ini tidak dipandang serong oleh sesiapa pun. Sebagai sebuah blog yang telus dan mengambil pandangan semua pihak saya siarkan di bawah ini komen Hj Jamaluddin seorang tetamu blog saya. Komen ini bukan komen dari saya. Ianya komen dari akar umbi yang mungkin pernah merasa perit dan penat menjawab isu-isu berkaitan dengan Zaid sebelum ini.

Fikirkanlah .................

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Kita selalu hentam UMNOBN kerana mendewa-dewakan YB YB Katak seperti Ibrahim Ali,Zul Kulim ,Zahrain DLL katak . Tapi bila PKR ingin menamakan Zaid ( Bekas Ahli UMNOBN ), kita pakat sokong dan mengatakan inilah orang yang terbaik segalanya untuk bertanding di PRK Hulu Selangor . Zaid Ibrahim pun spesis katak malah pernah untuk membawa kes Hukum Hudud ke Mahkamah jika Negeri Kelatan menlaksanakan Hukum Hudud. Apa orang macam Zaid Ibrahim boleh ke Pakatan Rakyat mempercayai ketulusan hatinya untuk kekal dalam Pakatan Rakyat jika beliau menang dalam PRK . Aduh TGNA tolong nasihati DSAI ini jangan membabi buta memilih calon untuk bertanding di PRK Hulu Selangor.So bukan UMNOBN harus takut dengan perlantikkan Zaid Ibrahim untuk bertanding di PRK Hulu Selangor . Sepatutnya orang Melayu terutama orang PAS yang patut takut spesis katak seperti Zaid Ibrahim yang terang terang menolak hukum Hudud . apa orang PAS mudah lupa ke?

BN PENING KEPALA, ZAID PILIHAN PR

Pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon PKR di Parlimen Hulu Selangor memberikan tamparan hebat kepada BN yang masih terkial-kial memilih calon yang sesuai. Zaid seorang Peguam terkenal dan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dilihat calon yang sesuai untuk membawa aspirasi pelbagai kaum di negara kita. Latarbelakang, pandangan dan pengalaman beliau dilihat mampu meraih sokongan padu dari pelbagai bangsa dan golongan.

Berasal dari Kelantan, beliau dilihat seorang pemimpin berprinsip dan tegas dalam pendirian beliau.

Walaupun ada di kalangan penyokong akar umni di Hulu Selangor yang lebih cenderung supaya orang lain di pilih menjadi calon PR namun mungkin atas strategic politik Zaid di pilih. Pemimpin PKR mungkin merasakan Zaid mampu meraih sokongan lebih dari calon-calon lain yang disenaraipendekkan.

BN sebenarnya sedang menghadapi masalah untuk memilih calon kerana MIC tetap mahukan Timbalan Presidennya, G Palanivel dipilih sebagai calon manakala Umno mahukan Timbalan Ketua Pemuda MIC, Mugilan dipilih mewakili BN.

Ramai pemerhati berpendapat jika Palanivel tidak dipilih akan ada undi protes dari kalangan tertentu yang tidak berpuashati dengan pemilihan Mugilan.

PRK : BERTUAH ORANG HULU SELANGOR

Penduduk Hulu Selangor sehari dua ini ditatang bagaikan minyak yang penuh. Apa sahaja tuntutan dan permintaan yang mereka buat akan dilayan dengan saksama. Kalau sebelum ini mungkin rayuan dan permintaan mereka dibuat indah tak indah sahaja oleh kerajaan pusat dan negeri tetapi kini ianya berbeza.Berlumba-lumba pemimpin Kerajaan negeri dan pusat turun padang mendengar keluhan dan permintaan mereka.

Dengar khabarnya pelbagai janji telah dibuat oleh pemimpin BN termasuk Imam 1Malaysia dan Imam 2 1Malaysia. Puluhan juta telah dijanjikan oleh BN kepada penduduk Hulu Selangor. Namun penduduk kena berhati-hati dengan janji pemimpin BN ini kerana banyak janji yang mereka buat pada PRK Bukit Gantang, Kuala Terenggau, Batang Ai, Bukit Selambau, Manek Urai, Bagan Pinang, Permatang Pasir, Penanti dan lain-lain masih belum ditunaikan. Takut-takut nanti penduduk Hulu Selangor pula ditipu oleh BN.

Kerajaan negeri juga sudah menghulurkan pelbagai bantuan dan program seperti yang dijanjikan dalam manifesto PKR, PAS dan DAP pada PRU 2008 dahulu. Banyak masalah penduduk telah diselesaikan antaranya masalah tanah.

Ternyata kerajaan negeri Selangor berjaya menjalankan amanah mereka dengan baik selepas 2 tahun memerintah Selangor seperti yang dititahkan oleh Sultan Selangor semalam.

MENTERI PUN TAK CERDIK?

Sudah jadi menteri pun pemikiran masih sama dengan JKKK kampung. Naib Presiden UMno Mohd. Shafie Apdal semalam mahu rakyat khususnya di kawasan Parlimen Hulu Selangor supaya menyedari sumbangan serta jasa kerajaan selama ini yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam membangunkan kawasan itu.

Jelasnya, rakyat perlu bijak menilai peranan besar yang disumbangkan kerajaan dalam melaksanakan pelbagai infrastruktur dan prasarana untuk dinikmati segenap lapisan masyarakat kawasan berkenaan.

Kepada Shafie saya ingin nyatakan bukan pembangunan fizikal yang rakyat sangat tuntut sekarang tetapi penyelesaian kepada masalah jenayah, maksiat (buang anak/anak luar nikah), hak asasi manusia, pendidikan, perkauman sempit, ekonomi, kezaliman, kenaikan harga barang, kronisme, rasuah dan sebagainya.

Pembangunan fizikal saya yakin sudah dikecapi oleh rakyat dikebanyakan tempat tetapi bagaimana dengan isu-isu dan masalah-masalah di atas. Kerajaan ternyata gagal menangani dan mengatasi masalah tersebut.

Politik pembangunan ini sudah ketinggalan zaman tetapi pemimpin Umno dan BN masih mengamalkannya sedangkan rakyat sudah muak dengannya.

Insaflah wahai pemimpin Umno dan BN.

PRK HULU SELANGOR : PALANIVEL PUTIH MATA?

Kalau merujuk kepada kenyataan Muhyiddin bahawa calon BN mestilah anak tempatan dan berkelulusan tinggi serta disenangi pengundi maka sudah hampir pasti calon Samy Vellu, Palanivel akan berputih mata. Ini kerana calon yang memenuhi kriteria yang disebut Muhyiddin ialah Timbalan Ketua Pemuda MIC Pusat, Mugilan.

Mugilan berkelulusan dari Universiti Malaya, anak tempatan dan didakwa amat disenangi rakyat pelbagai kaum.

Kalau begitu gayanya, saya yakin Palanivel akan berputih mata dan terpaksa menanti sehingga PRU 13 untuk kembali ke Parlimen itupun kalau menang.

Bagi saya sudah sampai masanya orang seperti Palanivel, Samy Vellu dan lain-lain bersara dari politik, berilah peluang kepada orang muda pula.

12 April 2010

HULU SELANGOR : ZAID IBRAHIM VS PALANIVEL

Ramai menjangkakan bahawa BN akan menurunkan Palanivel sebagai calon mereka untuk dikuburkan di Hulu Selangor. Sementara PKR dijangka meletakkan Zaid Ibrahim, bekas Menteri Umno suatu ketika dahulu.

Pertemuan antara kedua-dua mereka (jika benar) akan sengit kerana masing-masing mendakwa mempunyai kelebihan. BN mendakwa sebahagian besar pengundi India kembali menyokong BN manakala pengundi tidak akan berganjak dari mengundi BN walau apa pun isu yang diketengahkan oleh PR.

Namun begitu kita masih tidak dapat membuat penilaian tepat kerana BN dan PR boleh membuat pertukaran calon di saat-saat akhir.

HULU SELANGOR : MIC KATA SATU NAMA, MUHYIDDIN KATA BANYAK NAMA

Calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini adalah anak tempatan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, senarai calon sudah hampir disenarai pendek tetapi enggan mengulas mengenai bilangan calon BN itu.

"Kita ada beribu tokoh di Hulu Selangor, hampir-hampir nak shortlist. Dalam tempoh tiga hari lagi, akan tahulah (calon) dari Hulu Selangor.

“Insya allah daripada orang tempatanlah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan geran permulaan prasekolah swasta Kementerian Pelajaran di Bandar Sungai Buaya di sini hari ini.

Baru-baru ini MIC kata hanya ada satu nama, alih-alih semalam Muhyiddin kata banyak nama pula. MANA SATU YANG BETUL INI. MUHYIDDIN ATAU MIC.

11 April 2010

'STANDARD' PEMIMPIN UMNO MELAKA MASIH DITAKUK LAMA

Di saat orang berakap tentang masa depan yang lebih gemilang dari segi ekonomi, pendidikan, hak asasi manusia, perpaduan nasional dan Islam, pemimpin Umno Melaka masih bercakap tentang pembangunan jalan raya, dewan dan kemudahan riadah.

Apakah pemimpin Umno Melaka lupa bahawa Hulu Selangor bukannya terletak di negeri Sarawak, Sabah, Hulu Pahang atau Perak sebaliknya ia terletak di negeri Selangor antara negeri paling maju di Malaysia. Bukankah BN sudah memerintah Selangor lebih dari 50 tahun sebelum dirampas oleh PR pada tahun 2008, maka sudah tentu negeri Selangor maju di bawah pentadbiran BN dahulu. Takkan Ali Rustam masih hendak berkempen tentang pembangunan material lagi.

Tetapi itulah hakikatnya standard pemimpin Umno Melaka yang jauh ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan pemimpin PR. Malang sungguh nasih rakyat negeri Melaka terpaksa berketuakan pemimpin yang hanya memandangkan kepentingan dan pembangunan dunia sahaja.

“Banyak kemudahan rakyat dapat disediakan jika Barisan Nasional (BN) kembali menawan kerusi Parlimen Hulu Selangor dalam pilihan raya kecil, 25 April ini,” kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.

Katanya, rakyat tetap menikmati pelbagai kemudahan seperti jalan raya, dewan dan kemudahan riadah yang disiapkan Kerajaan Pusat sepanjang masa dan tidak hanya sempena musim pilihan raya.


Tuan-puan khasnya rakyat negeri Melaka nilaikan sendiri ......

HANYA UMNO YANG SUCI DAN HEBAT, MCA DAN MIC KOTOR DAN PENUH MASALAH

Rencana Media Pengampu Umno hari jelas menghentam dan merendah-rendahkan Presiden MCA dan MIC. Rencana dengan jelas mempertikaikan kewibawaan, integiti dan tindak tanduk kedua-dua parti sebantal dengan UMno. Ianya dengan jelas mempertikaikan tindakan Soi Lek bertanding kerusi Presiden MCA sehingga beliau menang sedangkan Soi Lek sendiri terbukti mempunyai skandal video sex.

Rencana itu juga menggesa Samy Vellu supaya berundur kerana menurutnya Samy Vellu sudah menjadi liabiliti kepada MIC.

Komen saya mudah sahaja, adakah Presiden Umno itu maksum dan jauh lebih baik dari Presiden MCA dan MIC. Takut-takut kata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia yang Lebih.

MEDIA UMNO 'KONDEM' SOI LEK/MCA

Rencana yang disiarkan oleh sebuah Media Pengampu Umno hari ini benar-benar mengguriskan hati Presiden dan ahli-ahli MCA. Rencana secara terang-terang memperlekehkan tindakan Soi Lek yang masih mahu merebut jawatan Presiden MCA sedangkan diri penuh dengan skandal kontroversi.

Sebaliknya rencana itu memuji bekas Ketua Wanita MCA yang melepaskan jawatannya kerana prinsip.

Rencana penuh saya siarkan dibawah ini:

PELETAKAN jawatan Ketua Wanita MCA, Chew Mei Fun pada Khamis lepas menarik perhatian Awang. Beliau turut melepaskan jawatan sebagai senator dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Tindakan tersebut diambil tidak sampai dua minggu selepas pemilihan MCA yang menyaksikan Chua Soi Lek dipilih sebagai Presiden baru parti itu.

Peletakan jawatan Mei Fun adalah atas prinsip kerana tidak dapat menerima Soi Lek sebagai peneraju parti tersebut berikutan skandal DVD seks yang pernah menggemparkan negara. Sebelum pemilihan, Mei Fun telah mengisytiharkan akan meletakkan jawatan jika Soi Lek yang ketika itu Timbalan Presiden MCA menang jawatan Presiden.

Awang angkat topi kepada Mei Fun. Beliau berpegang pada prinsip. Sesungguhnya, Awang juga terkilan dengan keputusan perwakilan MCA menobatkan Soi Lek.

Demokrasi tetap demokrasi. Politik tetap politik. Tetapi pada Awang, perwakilan MCA telah melakukan kesilapan dengan memilih Soi Lek sebagai Presiden. Apa yang berlaku seolah-olah MCA ketandusan pemimpin dan tidak berani menyandarkan harapan kepada pemimpin pelapis. Perwakilan parti itu yang merupakan komponen BN gagal membawa aspirasi masyarakat Malaysia dalam memilih pemimpin yang terbaik dalam semua aspek terutama akhlak.

Soi Lek sepatutnya berjiwa besar dan tidak semestinya bertanding hanya kerana ada sokongan daripada ahli-ahli MCA. Skandal tersebut adalah sesuatu yang serius. Pemimpin harus bersih atau setidak-tidaknya kelihatan bersih.

Biarpun masyarakat Cina khususnya perwakilan MCA mudah memaafkan perbuatan seperti itu, Soi Lek harus amalkan kebertanggungjawaban. Realitinya beliau telah mencemarkan imej MCA dan BN. Skandal itu juga masih agak baru dan segar dalam ingatan masyarakat.

Maka tindakannya untuk bertanding jawatan lebih tinggi sampai ke puncak hanya menampakkan beliau pentingkan diri. Awang bukanlah berniat mencampuri urusan MCA tetapi isu moral tidak boleh diambil ringan. Jika pemimpin BN mempersoalkan moral pemimpin utama pembangkang, mengapa pula perwakilan MCA boleh berkompromi dalam hal tersebut.

Maka Awang boleh memahami kebijaksanaan tindakan Mei Fun. Perlu ada yang menjadi korban demi menjaga imej dan integriti parti. Apa pun keputusan telah dibuat oleh perwakilan. Sama ada suka atau tidak, kemenangan Soi Lek perlu diterima semua pihak. Namun Awang berharap Soi Lek tidak dilantik menjadi menteri Kabinet. Menempatkan beliau di barisan Kabinet hanya memberikan isyarat yang salah kepada rakyat dan mendedahkan lagi ruang kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan. Kabinet kita akan jadi bahan momokan.

Meskipun Awang mengambil pendirian menyokong tindakan Mei Fun dalam isu ini tetapi secara peribadi Awang tetap menghargai keberanian Soi Lek kerana membuat pengakuan terlibat dalam skandal seksnya.

Kita masih ingat bagaimana beliau memohon maaf kepada keluarga dan rakyat Malaysia. Awang percaya itu juga menyumbang kepada kebangkitan politik beliau. Keberanian Soi Lek berbeza dengan pemimpin pembangkang yang terbabit dalam skandal seks, yang bukan sahaja tidak berani mengaku malah mengheret rakyat dan campur tangan luar untuk menyelamatkan diri.

Persoalannya kini sejauh mana Soi Lek dapat bertahan sebagai Presiden MCA yang masih dibayangi skandal seks dan mampukah beliau menyatukan semula MCA? Kita tunggu dan lihat.

PRK HULU SELANGOR : MEDIA TEKAN SAMY VELLU

Media pengampu Umno hari menyiarkan satu rencana yang jelas menekan Samy Vellu supaya berhenti dari memegang jawatan Presiden MIC yang telah disandangnya lebih dari 20 tahun.

Saya yakin tindakan media pengampu Umno ada kaitan dengan PRK Hulu Selangor yang menyaksikan Umno Bahagian Hulu dan MIC berebut kerusi tersebut. Masing-masing ingin menjadi calon.

Dalam ruangan rencananya media tersebut menyebut bahawa, Awang masih yakin BN boleh menang asalkan mengambil strategi yang betul terutama soal calon. Pilihlah calon terbaik. Seboleh-bolehnya pemimpin setempat, muka baru dan mempunyai imej yang baik.

Seterusnya rencana itu menyebut bahawa penentuan calon amat penting apatah lagi MIC berdepan dengan banyak isu. Pemulihan sokongan masyarakat India belum menyakinkan, yang ada kaitan juga dengan faktor Presiden MIC, S. Samy Vellu. Bila lagi beliau mahu berundur ? Walaupun Samy Vellu pernah membayangkan sudah mempunyai pelan peralihan tetapi semuanya masih kabur seolah-olah beliau mahu terus memimpin MIC sehingga pilihan raya umum depan.


Rencana jelas memperlekehkan Samy dan memberikan tekanan kepada Samy.

Dari pengamatan saya adalah jelas terdapat penentangan secara terbuka dan senyap dari Umno Hulu Selangor terhadap pemilihan calon MIC pada Pilihanraya Kecil Hulu Selangor ini.

PIALA FA : NEGERI SEMBILAN JUARA, TAPI PEMAIN TERBAIK SEMUA KEDAH

Negeri Sembilan dinobatkan sebagai Juara Piala FA tetapi pemain terbaik semuanya dibolot oleh Kedah.

Kemenangan Negeri Sembilan diperolehi melalui sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas bertarung selama 120 minit.

Pemain Kedah Baddrol Bakhtiar dan Helmi Eliza diisytiharkan sebagai pemain dan penjaga gol terbaik perlawanan akhir. Tahniah kepada Ustaz Azizan Abdul Razak dan Mohammad Hassan selaku Presiden Persatuan Bolasepak negeri masing-masing.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter