PEMILIHAN ZAID : ADA TENTANGAN DARI AKAR UMBI?

Saya siarkan komen dari seorang tetamu blog saya. Diharapkan penyiaran ini tidak dipandang serong oleh sesiapa pun. Sebagai sebuah blog yang telus dan mengambil pandangan semua pihak saya siarkan di bawah ini komen Hj Jamaluddin seorang tetamu blog saya. Komen ini bukan komen dari saya. Ianya komen dari akar umbi yang mungkin pernah merasa perit dan penat menjawab isu-isu berkaitan dengan Zaid sebelum ini.

Fikirkanlah .................

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Kita selalu hentam UMNOBN kerana mendewa-dewakan YB YB Katak seperti Ibrahim Ali,Zul Kulim ,Zahrain DLL katak . Tapi bila PKR ingin menamakan Zaid ( Bekas Ahli UMNOBN ), kita pakat sokong dan mengatakan inilah orang yang terbaik segalanya untuk bertanding di PRK Hulu Selangor . Zaid Ibrahim pun spesis katak malah pernah untuk membawa kes Hukum Hudud ke Mahkamah jika Negeri Kelatan menlaksanakan Hukum Hudud. Apa orang macam Zaid Ibrahim boleh ke Pakatan Rakyat mempercayai ketulusan hatinya untuk kekal dalam Pakatan Rakyat jika beliau menang dalam PRK . Aduh TGNA tolong nasihati DSAI ini jangan membabi buta memilih calon untuk bertanding di PRK Hulu Selangor.So bukan UMNOBN harus takut dengan perlantikkan Zaid Ibrahim untuk bertanding di PRK Hulu Selangor . Sepatutnya orang Melayu terutama orang PAS yang patut takut spesis katak seperti Zaid Ibrahim yang terang terang menolak hukum Hudud . apa orang PAS mudah lupa ke?

Comments

Anonymous said…
Pandangan saya.

Zaid ibrahim menyertai PKR sewaktu beliau tiada apa jawatan dalam UMNO mahupun sebagai menteri, yang kedua beliau sudah memohon maaf kepada TGNA apa yang telah beliau lakukan. harap en sofi buat satu posting khas mengenai apa yang saya nyatakan tadi.

shamsul mersing.