PRK HULU SELANGOR : ORANG ASLI SOKONG PKR?

Pengundi Orang Asli yang berjumlah 721 orang di Hulu Selangor akan menjadi undi penentu kemenangan kepada PR atau BN. Kalau pada PRU 2008 PKR menang dengan majoriti 198 undi maka 1 undi pun amat bermakna kepada kedua-dua parti.

Oleh itu undi Orang Asli amat penting kepada PR dan BN.

Dari tinjauan pemerhati politik di kampung-kampung orang Asli, ternyata kerajaan BN yang memerintah Selangor lebih 50 tahun mengabaikan mereka. Orang Asli hidup susah dan tidak diziarahi oleh pemimpin BN. Berlainan dengan PR yang terbukti sentiasa memgambil tahu akan kebajikan semua rakyat termasik orang Asli.

Tidak mustahillah bahawa orang Asli amat gembira di bawah pentadbiran PR. Cuma sesetengahnya tidak perasan bahawa kerajaan Selangor sekarang bukan lagi BN tetapi PR.

Jadi saya menggesa petugas PR supaya menerangkan dengan terperinci dan details kepada orang Asli bahawa negeri yang banyak memberi bantuan kepada mereka sejak 2 tahun lalu bukan lagi kerajaan BN tetapi kerajaan PR yang dipimpin oleh PKR.

Jika ini berjaya diterangkan saya yakin PKR akan menang di peti-peti undi yang ada orang Asli nanti.

Comments

matatech said…
jangan lak UMNO tipu orang asli kata BN perintah selangor kacau dibuatnya...
Anonymous said…
saudara..
zahid mahu saman kelantan jika buat hukum hudud itu perkara lama..
malah beliau telah menarik balik samannya itu.. so setiap manusia mempunyai kesilapan...
zahid lompat parti pon,berhijrah ke parti yg lebih elok berbanding barisan nasional... eloklah bagi peluang zahid bertanding dan tanpa ragu-ragu pengundi memangkah beliau...
dan jangan ada unsur2 dalaman yg berkata-kata boleh memecah belahkan pakatan rakyat dengan membangkitkan hal hukum hudud yg zahid pernah untuk bawa ke mahkamah dulu..