PRK HULU SELANGOR : PR MENANG PUSINGAN KEDUA

Terbukti penyokong PR jauh lebih ramai dari penyokong BN semasa perarakan mengiringi calon pada hari ini. Saya boleh nyatakan bahawa bilangan penyokong PR sekali ganda lebih ramai dari BN.

Inilah petanda bahawa PR akan menang pada PRK ini yang dijadualkan pengundiannya pada 25 April.

Ternyata penyokong PR jauh lebih bersemangat dan terpancar dari riak muka mereka keyakinan bahawa kerusi Parlimen Hulu Selangor ini tetap dipertahankan oleh PR.

Kalau sebelum Penamaan calon dahulu PR sudah menang kerana BN berbalah mengenai calon, kini semasa penamaan calon PR menang lagi dengan jumlah penyokong yang jauh lebih ramai mengiringi calon mereka pagi tadi.

Comments

Anonymous said…
Kalau yang datang itu semua pengundi Hulu Selangor maka boleh pejam mata kata PKR akan menang.

Malangnya, dalam ribuan penyokong PKR itu mungkin 0.5% saja pengundi jati Hulu Selangor.

So jangan terlalu confident brader!!!
matatech said…
Hidup kerajaan Negeri Selangor.....