.

.

19 November 2011

Najib MENIPU LAGI?

Tidak lama dahulu Perdana Menteri  Najib Razak mengeluarkan kenyataan akan menghapuskan ISA. Tetapi ketika air liurnya belum kering dari bercakap tentang penghapusan ISA tiba-tiba 13 orang di tahan di Tawau, Sabah mengikut Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Ini menjadikan janji Perdana Menterii, sebelum ini, untuk memansuhkan undang-undang zalim itu sebagai satu lawak.

Seperti biasa pemimpin Umno/BN hanya pandai mengeluarkan kenyataan itu dan ini tetapi ianya belum tentu dapat dilaksanakan, malah kadang-kadang kenyataan mereka hanya sekadar kenyataan politik untuk menipu dan mempermainkan rakyat.

Sementara itu Pengarah Amnesty International, Asia, Sam Zarifi berkata Kerajaan Malaysia menjadikan rancangannya untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai satu lawak apabila terus menggunakannya untuk menahan rakyat sekali lagi.

Sam berkata janji untuk menghapuskan tahanan ISA tidak mencukupi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib mesti membuktikan beliau mahu menamatkan amalan itu.


"Jika polis Malaysia mempunyai bukti untuk mengesyaki 13 tahanan itu melakukan kesalahan jenayah, dakwa mereka ataupun lepaskan sahaja mereka.

"Menahan seseorang tanpa dakwaan atau dibicarakan, terang-terangan menunjukkan tidak menghormati kedaulatan undang-undang." tambah Sam.

16 November 2011

SOS BAHAYA : KERAJAAN BIARKAN IA DIJUAL

Ujian makmal ke atas sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapati tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Ini sesuatu serius kerana barangan makanan yang dijual kepada umum didapati membahayakan rakyat. Kita hairan bagaimana Kementerian Kesihatan terlepas pandang terhadap perkara ini sedangkan kita tahu semua barangan makanan yang hendak dijual kepada umum mesti mendapat kelulusan dari kementerian. Ini sesuatu yang serius yang tidak boleh dipandang ringan.

Sebagai sebahagian dari rakyat Malaysia, kita semua menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap pengilang dan penjual produk ini yang telah mendedahkan rakyat kepada bahaya. Semua sos ini mesti diharamkan dari dijual kepada umum.

Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperolehi oleh Malaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia.

Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.

Laporan itu membandingkan sos cili jenama 1Malaysia dengan tiga jenama lain, iaitu Tesco Value, Life dan Lingham. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan, malah kadar mereka juga jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Ujian bagi produk berkenaan dijalankan oleh Unipeq Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditauliahkan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) oleh Jabatan Standard Malaysia.

Blog ini menggesa kerajaan mengambil tindakan berikut dengan serta merta :-

1) Mengharamkan sos berkaitan dari dijual serta merta

2) Rakyat mesti berhenti serta merta dari memakan sos  ini kerana ianya membahayakan kesihatan

3) Syarikat terbabit mesti membayar ganti rugi kepada semua pengguna yang telah memakan sos ini

4) Menyiasat kilang sos ini kerana dikhuatiri ada sos yang dihasilkan oleh kilang ini menggunakan jenama yang berlainan dijual di pasaran.

5) Pengguna dicadangkan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat ini kerana sengaja mengabaikan kesihatan rakyat

6) Menteri Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Pengguna mesti memberikan penjelasan mengapa kedai ini dibenarkan menjual sos jenama yang berbahaya ini.

Sumber : Malaysiakini
Gambar ihsan : superbs.blogspot.com

Pertemuan Najib-Ketua Parti komponen BN : ADA perkembangan terbaru?

Najib memanggil semua ketua-ketua parti komponen BN bermesyuarat di kediaman rasminya malam tadi. Pertemuan kira-kira 2 jam itu mungkin membincangkan tarikh pembubaran parlimen yang diramalkan berlaku bila-bila masa. Mesyuarat ini disifatkan tergempar kerana ia diadakan selepas Najib balik dari Sidang Apec. Seolah-olah ianya diadakan secara tergesa-gesa.

Semua pemimpin parti komponen BN kelihatan memasuki Kompleks Seri Perdana di Putrajaya.

Namun media sehingga setakat ini tidak memberikan apa-apa perkembangan terbaru tentang hasil pertemuan tersebut. Tidak dapat dipastikan samada pertemuan malam tadi menghasilkan beberapa keputusan penting. Kemungkinan Najib akan membuat kenyataan akhbar pagi ini tidak pula dapat dipastikan.

Spekulasi bahawa pembubaran parlimen akan dilakukan semakin bertiup kencang. 'Dalil-dalil' ianya akan berlaku dapat dilihat apabila BN mula memainkan isu hudud, isu perkauman, isu agama dan berita-berita kemasukan ahli-ahli PR ke dalam BN.

Gambar di atas hanya sekadar hiasan

Zulkifli Nordin dan Ibrahim Ali jadi calon BN pada PRU 13?

Ada portal internet yang mencadangkan kepada BN supaya meletakkan 2 ahli politik lompat iaitu Zulkifli Nordin dan Ibrahim Ali bertanding atas tiket pada PRU 13 nanti. Kononnya kedua-duanya ahli calon 'boleh menang' yang mampu menewaskan PKR dan PAS di kedua-dua kerusi tersebut. Hendak tergelak saya membaca telahan portal tersebut.

Bukankah Zulkifli Nordin dan Ibrahim Ali bertanding atas ihsan PAS dan PKR dan kedua-duanya tidak mempunyai pengikut yang ramai di kawasan mereka, Tindakan mereka yang keluar parti dan menghemtam parti yang mereka wakili pada PRU 12 lalu benar-benar mengguriskan pengundi mereka. Mana mungkin pengundi-pengundi ini akan mengundi mereka sekali lagi.

Malah ahli-ahli dan penyokong Umno sudah tentu tidak akan mempercayai ahli politik seperti yang suka melompat parti dan tidak tetap pendirian. Mereka hanya mementingkan diri sendiri dan survival politik cari makan. Siapa tidak kenal Ibrahim Ali, dari Umno lompat kepada Semangat 46 selepas itu masuk Umno, kena pecat dari Umno sokong PAS dan lompat sokong Umno semula. Berapa banyak lompat da!!!!!!!!!.

Begitu juga Zulkifli Nordin pernah bersama PAS, selepas itu masuk PKR dan keluar PKR sokong Umno. Siapalah yang tolol, pekak dan tuli yang masih mahu menyokong 2 ahli politik murahan sebegini.

Orang Umno sendiri sudah tentu mempunyai nama-nama calon yang lebih berwibawa dan bermaruah dari kedua-dua pemimpin Perkasam ini.

Mereka berdua ini bukan calon 'Boleh Menang' tetapi adalah calon ' Pasti Kalah'.

15 November 2011

Najib panggil semua Ketua Parti Komponen BN : BUBAR PARLIMEN vs ROMBAKAN KABINET

Najib memanggil semua ketua-ketua parti komponen BN bermesyuarat di kediaman rasminya malam ini. Pertemuan kira-kira 2 jam itu mungkin membincangkan tarikh pembubaran parlimen yang diramalkan berlaku bila-bila masa. Mesyuarat ini disifatkan tergempar kerana ia diadakan selepas Najib balik dari Sidang Apec. Seolah-olah ianya diadakan secara tergesa-gesa.

Semua pemimpin parti komponen BN kelihatan memasuki Kompleks Seri Perdana di Putrajaya.

Ramai pemerhati politik menjangkakan Najib akan membuat pengumuman penting selepas mesyuarat tersebut.

Antara kemungkinan yang akan diumumkan Najib selepas mesyuarat itu ialah pembubaran parlimen atau rombakan kabinet yang sudah lama dijangkakan.

Namun kedua-duanya spekulasi sahaja. Tidak ada siapa yang berani membuat ramalan. Tetapi kemungkinan tetap ada bahawa Najib akan membubarkan parlimen atau pun membuat rombakan kabinet.

Jika rombakan kabinet dilakukan siapa yang akan menjadi mangsa?

Mungkin 'Taukeh" lembu, Shahrizat Jalil akan dipencenkan lebih awal atau menteri-menteri yang menjadi orang kuat Pak Lah ditendang keluar. Mungkin Najib ingin memperlihatkan beliau serius menendang keluar menteri-menteri yang bermasalah dan dilihat bermasalah.

Jika pembubaran parlimen dilakukan, bilakah tarikh pembubaran tersebut dan bila pula pilihanraya akan diadakan. Semua orang tertumpu kepada Najib lewat malam ini. Beliau mungkin akan mengadakan sidang akhbar lewat malam ini, sama-sama kita tunggu.

ZAHID NAFI PERGI HAJI NAIK JET PERIBADI MILIKNYA?


Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi itu menolak dakwaan disiarkan oleh beberapa blog dan SMS yang mengatakan jet peribadi yang beliau naiki untuk mengerjakan haji baru-baru ini adalah milik beliau sendiri.
“Betul, tapi saya tumpang orang punya jet. Kebetulan dia pun buat haji,” kata beliau dalam respons menerusi SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.
Dalam respons ringkas itu beliau seterusnya berkata: “Salah ke (tumpang jet kawan ke Saudi)?”
Zahid, Ahli Parlimen Bagan Datok dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada 2009 ketika era pentadbiran Najib.
Sebelum itu beliau merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Islam.
Dakwaan diterima menerusi e-mel menyebut Zahid telah pergi untuk menunaikan haji tahun ini dengan menaiki jet peribadi.
Menurut dakwan itu, isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis telah berada di Madinah terlebih dahulu dan beliau menjemput dengan jet peribadi dan kemudian ke Jeddah.
ZAHID MESTI JAWAB SOALAN DI BAWAH INI
1) Siapa empunya jet peribadi ini, jika sahabat beliau; dengan tujuan apa diberi untuk menggunakan jet peribadi ini. Adakah sahabat beliau yang mempunyai kepentingan dalam Kementerian Pertahanan?
2) Jika beliau menggunakan wang sendiri untuk menyewa jet berkenaan; dari mana beliau dapat wang sebegitu banyak?
Dakwaan itu juga menyebut beliau sering ke Arab Saudi terutama ketika Ramadan dengan rakan kongsi yang sama beliau bernama “Tuan Sheikh Rozi”.
3) Siapa Tuan Sheikh Rozi ini?
Zahid tidak menyebut nama rakan beliau memiliki jet peribadi itu dalam responsnya. Rakyat berhak untuk tahu dan Zahid mesti menjawab soalan-soalan di atas, jangan membisu dan berdiam diri!!!!!

Sumber : Malaysiainsider

Amalan KORUP, PENYELEWENGAN dan SALAH GUNA KUASA kerajaan BN/UMNO CEMARKAN AGAMA ALLAH


Mutakhir ini banyak penulisan meluahkan kebimbangan terhadap kekuasaan orang Melayu Islam – seolah-olah melihat dengan jatuhnya kerajaan Umno Barisan Nasional (BN), maka kekuasaan orang Melayu juga akan turut hilang.

Kewujudan Pakatan Rakyat (PR) dilihat akan melemahkan kekuasaan orang Melayu dan juga akan menghakiskan kekuatan Islam di negara ini.

Pandangan begini bukan baru, malah semakin lumrah dalam pemikiran sebahagian besar penulisan dan cetusan idea di kalangan pemikir Melayu Islam.

Namun, apa yang penting ialah “Adakah pemikiran ini bertolak kepada fakta dan realiti sebenar atau hanya satu luahan rasa tanpa berpijak kepada fakta yang nyata?”

Bagi menjawab kebimbangan golongan ini, kita harus berpijak kepada sejarah negara dan kedudukan kekuasaan Melayu dan agama Islam selama ini.

Sejak negara ini merdeka, Umno adalah tunjang kekuasaan BN dan Umno-lah yang diharapkan memelihara maruah Islam dan kaum Melayu. Selama 54 tahun nasib Melayu dan Islam terbela, dan kalaulah Umno tewas maka orang Melayu akan hancur dan semakin lemah.

Itulah pemikiran yang hendak diterapkan di kalangan rakyat, agar umat Islam dan kaum Melayu akan sentiasa was-was dan ketakutan untuk kehilangan Umno.

Tapi, wajarkan ketakutan begitu? Sekali imbas, atas permukaan ada terasa seperti benar, namun fikirkanlah selepas membaca hujah-hujah di bawah ini.

1.     Kalau betul Umno pentingkan kekuasaan Melayu Islam, kenapa tiada tambahan kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah - sehinggakan ada kawasan parlimen yang jumlah pemgundinya mencecah hampir seratus ribu orang.

2.     Kenapa tambahan kerusi banyak pula dilakukan di Sarawak dan Sabah?

3.     Umno dah tewas lebih  20 tahun di Kelantan, apakah kuasa Melayu dan Islam hilang di Kelantan? Bahkan Islam bertambah megah di Kelantan dengan pelaksanaan pentadbiran sifar rasuah, dan terus memperjuangkan perlaksanaaan undang-undang Islam di sana.

4.     Kalaulah benar Umno ikhlas untuk menjaga Melayu dan Islam, kenapa royalti minyak Kelantan tidak dibayar sehingga kini walaupun ada perjanjian jelas yang mewajibkan Petronas melalui kerajaan pusat membayar royalti tersebut. Apakah orang Kelantan yang memilih PAS dan penyokong Umno di Kelantan yang majoritinya Melayu Islam, bukan Melayu Islam sebenar pada kaca mata Umno sehingga pelbagai penindasan dilakukan sejak tahun 1990?

5.     Kenapa Umno sanggup serahkan beberapa kerusi parlimen yang dahulunya ditandingi oleh Umno kepada parti lain seperti yang berlaku di Kuala Selangor, Kuantan, Raub, Port Dikson dan puluhan kerusi yang lain. Bukan ke ini Umno sendiri yang melakukan pengkhianatan kepada Melayu?

6.     Siapakah yang membuang tulisan Jawi dari sistem pendidikan kalau bukan kerajaan Umno dan menteri yang mencadangkannya pun dari Umno?

7.     Siapa yang meluluskan pelbagai jenis loteri dan judi halal untuk berakar umbi di negara ini kalau bukan pemimpin Umno?

8.     Apakah hanya Melayu Umno (yang pandai mengampu sahaja, yang mengkritik tak termasuk) dianggap sebagai Melayu Islam, sedangkan kalau Melayu dari PAS, PKR dan DAP mereka ini bukan Melayu Islam?

Kebimbangan hilangnya kekuasaan orang Melayu dilihat tertunjang dengan kekuasaan Umno – seolah-olah tiada parti lain dalam Malaysia yang akan memelihara kuasa Melayu dsn agama Islam.

Namun hakikatnya, dalam soal membela Melayu, Umno selama ini tidak mampu menaikkan martabat dan sosio-ekonomi mereka dengan ketara walaupun sudah 54 tahun memerintah negara. Begitu juga, dalam soal membela Islam, berapa kali Umno melacurkan Islam dan menggunakan Islam hanya apabila keadaan perlu untuk memelihara kepentingan politik semata-mata?

Janganlah rakyat Melayu Islam terus membuta tuli menyokong kerajaan yang sengaja menakut-nakutkan mereka dengan propaganda, “Tanpa Umno, mereka hilang tempat bernaung.” Sebaliknya, mereka harus menuntut Umno untuk berubah dan sekiranya tidak, slogan ‘Asal bukan Umno’ akan menjadi laungan dan pilihan mereka pada pilihanraya akan datang.  

Pemikiran sempit dari era sebelum merdeka dilihat masih dianuti oleh parti perkauman sehingga hari ini. Namun, pemikiran sedemikian diyakini akan bakal berakhir dengan kemunculan gabungan politik berbentuk majmuk seperti PAS-PKR-DAP, di mana ketiga-tiga parti ini boleh menerima semua bangsa sebagai ahli mereka tidak seperti gabungan Umno-MCA-MIC.

Kini, rakyat negara ini dilihat sudah bersedia berhadapan dengan era baru yang lebih terbuka.

Harus diingat, kaum dan bangsa seseorang bukanlah pilihan seseorang manusia - ianya ketentuan Allah. Lantaran itu, Islam melihat kemuliaan bukan kepada bangsa dan warna kulit tetapi pada ketaqwaannya.

Apakah yang rakyat Melayu Islam nak bangga kalau rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa berleluasa dalam negara diketuai oleh sebuah kerajaan yang majoriti ahlinya mendadik dada sebagai pembela orang Melayu dan Islam?

Rakyat Melayu Islam mesti melakukan perubahan besar untuk melahirkan umat Islam yang kuat akidahnya dalam berpegang kepada ajaran Islam. Mereka perlu segera menyelaraskan tindakan mereka dengan ajaran Islam dan menterjemahkan sifat sebenar Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam, tanpa mengira apakah mereka Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Kerana itu, janganlah mereka terus mempertahankan kerajaan korup, rasuah dan pelbagai penyelewengan dengan berselindung semata-mata atas nama mempertahankan Melayu dan Islam. Ini bukan sahaja memalukan umat Melayu Islam malah mencemarkan agama Allah kerana penganutnya bersifat sebegitu rupa.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Gambar Pak Aji dan Mak Aji, ADA APA2 PERUBAHAN PADA MAK AJI?

Ini gambar Mak Aji dan Pak Aji dengan Presiden Obama dan isterinya.

Mrs Obama bertudung di dada. Mak Aji bertudung di perut. Dari mana agaknya Mak Aji belajar bahawa kepala tak payah tutup aurat dengan sempurna, hanya perut yang perlu tutup.

Dalil dan nas mana yang beliau belajar bahawa tudung tak perlu pakai, aurat tak wajib ditutup.

Gambar terbaru ini diambil sewakti Sidang Apec di Honolulu (kalau tak silap).

Apa komen Sheikh Jamil Khir dan Dollah Zin. Apakah ini contoh ikutan wanita Islam Malaysia????????

PENGUMUMAN : PERTUKARAN BLOGMASTER

ATAS SEBAB KESIBUKAN DAN SEBAB-SEBAB LAIN. BLOGMASTER MUTALIGAT AKAN BERPINDAH TANGAN KEPADA AMAT ALANG DAN ABDULLAH AHMAD SHUIB MULAI HARI INI.

SEGALA PANDANGAN DAN TULISAN ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB MEREKA BERDUA.

MEREKA BOLEH DIHUBUNGI MELALUI EMAIL : penjana@gmail.com

HARAP MAKLUM

14 November 2011

Kalau SHAHRIZAT ada MARUAH, dia MESTI LETAK JAWATAN

Semua orang tahu NFC, syarikat Fidlot yang mendapat 'durian runtuh' dari kerajaan menternak lembu dipunyai oleh keluarga Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil. Malah Shahrizat sendiri mengaku memang keluarga beliau yang menjadi tuan punya NFC. Dengan penuh yakin, Shahrizat menjawab bahawa syarikat keluarganya berhak mendapat bantuan tersebut kerana mereka bekerja kuat.

Kita ingin bertanya kepada Shahrizat adakah syarikat itu layak mendapat bantuan ratusan juta itu kalau tuan punya syarikat itu hanya orang biasa, bukan seorang menteri dan Ketua Wanita Umno. Rakyat yakin bahawa jika seseorang itu tidak kaitan dengan Menteri dan Ketua Wanita Umno sudah tentu mereka tidak akan dapat satu sen pun bantuan dari kerajaan walaupun mereka mempunyai pengalaman dan keupayaan memelihara lembu.

Maka tentulah pengurniaan projek dan dana ini adalah berdasarkan kroni. Jadi apa tindakan kerajaan pusat dalam hal ini.

Bagi saya jika Shahrizat seorang yang bermaruah dan tahu malu sudah tentu beliau meletakkan jawatan serta merta, bukannya terus memegang amanah besar sebagai menteri.
Setiausaha Jingga 13, sebuiah NGO, Sharifuddin Shafi Muhammad pula mendesak Shahrizat meletakkan jawatan kerana penglibatan keluarganya didakwa "mendatangkan prasangka yang berlarutan".

Malah, katanya, "pendedahan lengkap" beberapa pemimpin PKR gagal dijawab dengan fakta oleh menteri yang didakwa bersikap berdolak dalik.

"Jingga 13 juga benar-benar amat hairan sehingga kini seluruh ahli Wanita Umno terus membisu dengan skandal NFC yang melibatkan ketuanya," katanya.

Guru KERJA 9 JAM : Mengapa MELAKA DIPILIH?

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari berkata cadangan agar guru bekerja 9 jam wajar ditolak. Adly berkata beban tugas yang ada pada guru hari ini sudah banyak.

"Guru bukan sekadar bekerja disekolah, kerja guru hari ini dibawa hingga kerumah. Kerajaan harus memberikan fokus kepada meningkatkan insentif kepada golongan guru."

"Bekerja 9 jam akan memberi tekanan kepada guru, sekaligus akan memberi kesan lansung kepada mutu pendidikan negara." ujar Adly.

Menurut Adly fokus yang harus diberi kepada guru adalah penyelarasan tugas, mencukupkan bilangan disamping meningkatkan kualiti disamping perhatian serius kepada peningkatan gaji dan insentif.

Beliau berkata Melaka diberitakan akan dipilih selaku projek perintis bagi cadangan bekerja 9 jam. 

"Amat malang, dan kenapa Melaka dipilih.?" tanya beliau.

"Mendengar 9 jam bekerja sudah meresahkan guru, mereka sudah cukup terbeban dengan tugas sediada." tambah Adly

Beliau juga menyokong langkah Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menolak cadangan itu juga adalah disokong.

"Tekanan beban 9 jam ini pasti memberi kesan lansung kepada mutu generasi akan datang. Cadangan kerja 9 jam wajar ditolak dan tak perlu dijadikan ujikaji."

Sebaliknya, menurut Adly  cadangan PR dalam buku jingga bagi memberikan insentif RM500 sebulan kepada semua warga pendidik adalah lebih praktikal bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.

UiTM terus jadi PUSAT TARBIAH UMNO?

UiTM terus menjadi 'Pusat Tarbiyyah' Umno apabila program Umno/BN dilaksanakan di kampus UiTM Shah Alam tanpa segan silu. Pertandingan pidato politik Piala Perdana Menteri peringkat saringan zon tengah di UiTM, Shah Alam, dua hari lepas,dirasmikan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.


Khairy juga dipetik Bernama berkata program anjuran unit pidato Pemuda Umno itu akan diteruskan di empat zon iaitu zon utara, selatan, pantai timur dan Sabah serta Sarawak.

Terbukti bahawa UiTM dengan mudah membenarkan Umno menggunakan kemudahan UiTM tanpa masalah sedangkan pada masa yang sama pemimpin Umno/BN menyatakan bahawa pelajar universiti dan Pensyarah tidak dibenarkan berpolitik. Malah Naib Canselor UiTM sendiri menyatakan AUKU tidak perlu dipinda.

13 November 2011

Umnoi tolak HUDUD sebab Umno JAHAT?

Pertamanya tahniah kepada komponen Pakatan Rakyat atas sikap saling menghormati dan cuba memahami kerenah serta kehendak antara parti-parti komponen. Pertembungan ketegasan generasi senior PAS dan DAP berkaitan dapat direda oleh generasi pertengahan serta generasi baru bukan saja dalam Pakatan Rakyat, bahkan mereka yang sekadar memerhati dari luar.
Tulisan ini sekadar mengajak pembaca membuka sedikit ruangan minda terhadap kekalutan yang berlaku. Mungkin tidak sehebat tulisan mereka yang berpengalaman. Cuma kadangkala timbul persoalan terutama kepada yang mengaku beragama Islam, kenapakah sukar untuk mengakui, redha, menggunapakai serta menjadi duta Islam menerangkan keindahan hukum Islam kepada masyarakat keseluruhannya? Kebiasaannya mereka yang menentang hukum Islam yang dilihat agak tegas tetapi penuh keindahan ini, samada jahil , atau kerana mereka sendiri terlibat melakukan jenayah seperti yang terkandung di dalam hukum Islam itu? Tak pasti, hanya Allah saja mengetahuinya. Maka, mungkin boleh disimpulkan Hudud digeruni oleh Muslim yang bersalah sahaja, yang tidak melakukan jenayah tak perlu takut.
Memang sukar untuk mereka yang tidak memahami untuk mudah menerima sesuatu yang di luar lingkungan pemahaman mereka. Apatah lagi jika majoriti menganggap “adil” dalam erti kata samarata. Timbulnya persoalan (kadangkala dari mulut celupar pemimpin mengaku Islam) berkenaan tidak adilnya jika berzina, yang non muslim hanya membayar denda sedangkan yang muslim disebat 100 kali sebatan di khalayak ramai (bagi yang belum berkahwin), dan rejam sampai mati bagi yang sudah berkahwin. Tidak pasti persoalan itu timbul kerana kejahilannya, atau supaya masyarakat umum memandang serong terhadap usaha PAS mendaulatkan hukum Islam. Mufti-mufti, ulama’ samada dalam UMNO atau non partisan mendiamkan diri, tidaklah diketahui samada mereka takut bersuara kerana jawatan, atau memang kenyataan begitu tidak sesat dan menyesatkan orang lain.
Tidaklah juga janggal jika non muslim dalam MCA, DAP, PKR, MIC, PBS, SNAP atau mana-mana parti atau individu menyanggah hasrat PAS mengangkat hudud untuk dilaksanakan. Bukankah adil mereka mempersoalkan atau menyanggah kerana ianya bukan aspirasi, bahkan bukan termaktub di dalam agama mereka?  Adil bagi mereka mempersoalkan mahupun menyanggah, tetapi zalim bagi yang mengaku beragama Islam bersikap sama.
Namun, jika ahli UMNO sendiri menyanggah dan cuba mengelirukan dengan memberikan gambaran negatif, sedangkan non muslim dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) boleh menyokong bahkan sedia memberi penerangan kepada rakan-rakan non muslim, mungkin UMNO boleh berkursus atau mengambil subjek Perundangan Islam dari mereka (sekadar sindiran).
Jikalah ada yang berkata, kita kena ambil masa supaya “semua” rakyat tahu apa itu HUDUD barulah boleh dilaksanakan. Baik, cuba kita survey “semua”  rakyat di Malaysia, adakah mereka tahu kandungan undang-undang sedia ada? Adakah mereka tahu undang-undang terkini yang digubal? Adakah mereka tahu hak mereka jika ditahan dan disoal siasat penguatkuasa? Adakah mereka tahu hak mereka apabila dibicara di mahkamah? Pastinya ramai yang berkata, “Entah”. Tiada pula yang mengatakan undang-undang sedia ada samada undang-undang sivil mahupun syariah perlu dihentikan sementara dan dilaksanakan semula apabila “semua” rakyat mengetahui kandungannya dan hak mereka.
Dalam kes qazaf, agak pelik juga Jabatan Agama Islam negeri-negeri seolah-olah tidak memberi respon terhadap tuduhan demi tuduhan terhadap dakwaan liwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Paling tidak pun, mereka kata ini bukan di mahkamah syariah sebagai mencuci tangan.  Sehingga JAWI ( Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) pun menolak untuk dilibatkan atas alasan bukan urusan mereka. Jangan  nanti ada yang berkata bila ada organisasi agama lain yang campurtangan terhadap urusan perjalanan tuduhan liwat ini, barulah geng-geng nasionalis bertempik supaya orang non muslim jangan campurtangan urusan agama Islam.
Apa yang susahnya untuk membuktikan UMNO yang mengaku beragama Islam mendakwa DSAI dibawah undang-undang Islam? DSAI beragama Islam, Dr Munawar Anees seorang muslim, Sukma Darmawan seorang muslim, Mohd Saiful Bukhari Azlan juga muslim, apakah susah untuk dibawa ke mahkamah syariah? Islam sebagai satu cara hidup yang merangkumi keseluruhan perjalanan kehidupan termasuk undang-undang sudah pasti sepatutnya digunakan demi menegakkan keadilan.
Satu ketika kononnya negarawan kita berkata lebih kurang maksudnya jika nak makan sup tangan boleh ke Kelantan. Juga kenyataan lebih kurang maksud jika tangan orang Islam kudung, macam mana mereka umat Islam nak maju? Bgaimana mereka nak berkerja? Termenung sekali logiknya macam ya. Termenung sekali lagi, terserlah kebodohannya. Persoalannya, adakah dengan hukuman potong tangan maka orang Islam berebut-rebut mencuri untuk dipotong tangan untuk melariskan industri sup tangan? Mungkin saki baki pencuri adalah non muslim kerana mereka hanya dikenakan denda wang ringgit? Maka yang muslim pun berkata, tak adillah begitu. Umat Islam diwajibkan berpuasa, dan tidak kepada non muslim melainkan mereka ingin mencuba. Tiada pula yang bersuara tidak adil puasa dalam bulan Ramadhan tidak dilaksanakan kepada non muslim?
Apa maksud adil? Sama rata? Seorang anak perempuan mengatakan bapanya tak adil (samarata) kerana membelikannya baju kurung sedangkan adik lelakinya baju melayu bersamping. Seorang budak berumur 3 tahun mendakwa ibunya tidak adil (samarata) kerana nasi dan lauk untuk sedikit sedangkan abangnya berumur 13 tahun banyak. Apatah lagi jika ada yang berkata tak adil (samarata) kerana suami boleh mempunyai lebih seorang isteri dalam masa yang sama, sedangkan perempuan sebaliknya.
Adakah mereka membuat neraca keadilan berdasarkan kefahaman dan keyakinan terhadap perintah Allah, atau berdasarkan kejahilan, nafsu serta dakwaan Islam mengikut kacamata orientalis?
Apa pun, tahniah buat pimpinan Pakatan Rakyat kerana cermat menghadapi isu ini. PAS perlu lebih berkerja keras untuk menerangkan kepada rakyat menggunakan segala medium terhad yang ada sebagai jihad bekal mengadap Allah di akhirat kelak.
Nukilan : Dewan Pemuda Wilayah Persekutuan Labuan - Harakahdaily.

Undi PR untuk elak Guru KERJA LEBIH MASA

PAS menggesa kerajaan mengkaji semula projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor.

Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Idris Ahmad ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan itu dilihat tidak wajar memandangkan guru memang sedia terbeban pada masa ini termasuk tugasan selain mengajar.

Bagi saya projek perintis akan dijadikan asas agar sistem ini diperluas kepada semua sekolah. Maka semua guru-guru akan berkerja selama 9 jam sehari.

Mudah saya jalan penyelesaian. Undi PR pada PRU 13 ini dan PR sudah pasti tidak akan membebankan guru-guru dengan bebanan tidak masuk akal ini. Malah PR sudah berjanji untuk memperkasakan dan menillai kebajikan untuk warga pendidik.

Ternyata pemimpin BN tidak tahu menilai sumbangan dan perana guru-guru sehingga mereka mahu dibebankan dengan kerja lebih masa yang sudah tentu memenatkan.

Andai guru-guru sanggup untuk bekerja selama 9 jam silalah undi BN pada PRU 13 nanti. 

Allahyarham Kamarulzaman pertaruh NYAWA untuk RAKYAT KELANTAN

Ketika coretan ini dilakarkan, jenazah adindaku yang disayangi Kamarulzaman Abdullah baru sahaja dikebumikan. Adikku pergi menemui Ilahi setelah kemalangan awal dinihari tadi di Jalan Kuala Krai – Gua Musang dekat Paloh. Allahyarham dalam perjalan pulang dari Parlimen setelah mewakili rakyat Kelantan menyerahkan dokumen Amanat Tun Razak kepada Perdana Menteri untuk menuntut royalti petroleum yang menjadi hak rakyat Kelantan.

Pada kami, beliau pergi sebagai pejuang, gugurnya adalah syahid. Beliau begitu istiqamah dalam menggerakkan perjuangan rakyat Kelantan menuntut hak mereka yang dinafikan kerajaan persekutuan. Semalam beliau menemani Datuk Paduka Husam Musa untuk menyerah surat dan dokumen hansard parlimen yang bertarikh 12 November 1975 yang membuktikan bahawa rakyat Kelantan berhak mendapat royalti daripada petroleum yang kaut daripada bumi mereka.

Hansard tersebut secara jelas menunjukkan Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Tun Abdul Razak mengakui bahawa tiap-tiap negeri akan memperolehi lima peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan pengairan (onshore) atau di luar pengairan (offshore) negeri tersebut. Kebetulan Perdana Menteri pada masa ini adalah anak Tun Razak, maka beliau dan rombongan Kelantan bercadang menyerahkan dokumen amanah tersebut kepada Perdana Menteri supaya beliau menyedari ada amanah dan wasiat penting daripada ayahanda yang sedang beliau khianati.

Walaupun dokumen tersebut hanya diterima oleh Datuk Seri Mohamed Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi pihak Perdana Menteri, namun adikku yang disayangi telah menyelesaikan kerja beliau. Beliau telah menyelesaikan amanah dan harapan sebahagian besar rakyat kelantan untuk terus memperjuangkan hak dan keadilan untuk mereka. Dalam perjalanan pulang itulah beliau kemalangan dan dijemput pulang oleh Allah. Bagi kami, perjuangannya adalah mulia dan perginya juga mulia. Beliau gugur sebagai syuhada di medan perjuangan. Moga ruhnya diterima oleh Allah dalam kalangan syuhada, insyaAllah.

Mutakhir ini Allahyarham sangat obses dengan perjuangan menuntut royalti yang dinafikan tersebut. Sehingga saat terakhir, gambar profil dalam facebook beliau memaparkan keratan akhbar lama yang memaparkan laporan berita yang menunjukkan petroleum dijumpai di bumi Kelantan. SMS, email dan berita daripada beliau mutakhir ini juga berkaitan perihal tersebut. Begitulah tekad, azam dan cita-cita almarhum terhadap perjuangan suci menuntut hak yang dizalimi.

Namun kini beliau telah pergi. Pergi untuk selama-lamanya. Yang tinggal hanyalah timbunan pusara yang sunyi dan nesan yang kaku. Yang tinggal untuk kami hanyalah kenangan indah perjuangan yang pernah diharungi bersama. Yang tinggal untuk kami hanyalah sebak di dada dan kesedihan yang mencengkam jiwa.

Kami redha dengan kematian beliau. Pemergiannya sudah disurat dan sudah ditakdirkan. Namun perlu diingat, beliau pergi sewaktu dalam urusan perjuangan menuntut hak yang dizalimi. Beliau pergi dengan hasrat dan cita-cita perjuangan yang belum selesai. Apakah pengorbanan ini tiada nilai pada rakyat Kelantan?

Kalau masih ada secebis kasih kepada beliau, rakyat Kelantan perlu menjadikan kematian ini sebagai titik mula untuk mengobarkan seluruh semangat yang ada bagi memperjuangkan tuntutan royalti petroleum kepada Kelantan. Sekurang-kurangnya pemergian ini akan mencetuskan semangat baru untuk memperjuangkan hak yang dinafikan.

Kematian pemuda yang bernama Muhammad Bouazizi telah mencetuskan revolusi sehingga menjatuhkan kerajaan diktator Tunisia. Muhammad Bouazizi hanyalah seorang pemuda penjual sayur. Namun pengorbanannya dihargai oleh rakyat Tunisia. Kematian beliau dijadikan titik mula untuk perjuangan menuntut keadilan dan memperjuangkan keadilan yang ditindas. Akhirnya kezaliman di Tunisia berjaya diruntuhkan.

Kematian pemuda yang bernama Khalid di Mesir juga mencetuskan semangat perjuangan yang membara sehingga berjaya menjatuhkan kerajaan diktator Husni Mubarak. Beliau hanya merakamkan video polis rasuah, akibatnya beliau dipukul oleh polis sehingga mati. Namun kematiannya dihargai secukupnya oleh rakyat Mesir. Kematian ini dijadikan semangat untuk mencetuskan perjuangan besar, yang akhirnya berjaya meruntuhkan kerajaan yang zalim.

Kamarulzaman Abdullah juga insan kecil. Namun Allahyarham berada pada landasan kukuh untuk memperjuangkan hak rakyat Kelantan yang dinafikan. Beliau gugur dalam perjuangan tersebut. Kami orang-orang yang dekat dengan beliau redha dengan ketentuan ini. Namun kematian beliau perlu dihargai secukupnya. Rakyat Kelantan perlu bangkit sepenuhnya untuk menuntut hak yang dinafikan tersebut. Sekurang-kurangnya itulah tanda kasih kepada beliau.

Nukilan : Ibnu Ibrahim MY
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter