Zulkifli Nordin dan Ibrahim Ali jadi calon BN pada PRU 13?

Ada portal internet yang mencadangkan kepada BN supaya meletakkan 2 ahli politik lompat iaitu Zulkifli Nordin dan Ibrahim Ali bertanding atas tiket pada PRU 13 nanti. Kononnya kedua-duanya ahli calon 'boleh menang' yang mampu menewaskan PKR dan PAS di kedua-dua kerusi tersebut. Hendak tergelak saya membaca telahan portal tersebut.

Bukankah Zulkifli Nordin dan Ibrahim Ali bertanding atas ihsan PAS dan PKR dan kedua-duanya tidak mempunyai pengikut yang ramai di kawasan mereka, Tindakan mereka yang keluar parti dan menghemtam parti yang mereka wakili pada PRU 12 lalu benar-benar mengguriskan pengundi mereka. Mana mungkin pengundi-pengundi ini akan mengundi mereka sekali lagi.

Malah ahli-ahli dan penyokong Umno sudah tentu tidak akan mempercayai ahli politik seperti yang suka melompat parti dan tidak tetap pendirian. Mereka hanya mementingkan diri sendiri dan survival politik cari makan. Siapa tidak kenal Ibrahim Ali, dari Umno lompat kepada Semangat 46 selepas itu masuk Umno, kena pecat dari Umno sokong PAS dan lompat sokong Umno semula. Berapa banyak lompat da!!!!!!!!!.

Begitu juga Zulkifli Nordin pernah bersama PAS, selepas itu masuk PKR dan keluar PKR sokong Umno. Siapalah yang tolol, pekak dan tuli yang masih mahu menyokong 2 ahli politik murahan sebegini.

Orang Umno sendiri sudah tentu mempunyai nama-nama calon yang lebih berwibawa dan bermaruah dari kedua-dua pemimpin Perkasam ini.

Mereka berdua ini bukan calon 'Boleh Menang' tetapi adalah calon ' Pasti Kalah'.

Comments

Anonymous said…
kalau dua malaon plus satu lagi tu
jadi calon bn/umno pru13,
sudah pati putrajaya dalam tangan pr.
bn/umno kalau berani calonlah
katak si katak lompat tu,
kalau nak mampooossss.....
Anonymous said…
Zulkifli Nordin di Kulim sebelum ini pun menang atas undi org Pas & PKR.. ZN tak perlu berlagak, bukannya bagus sgt pun.. Di Kulim pun susah nak tgk muka dia kunjungi rakyat.. Cakap tak serupa bikin.. Sekarang masuk BN.. Org BN bodoh jer yg sokong dia....
Anonymous said…
Si Tolol Z.N dan Ia.A