.

.

03 January 2009

PRK K.TERENGGANU : PEMIMPIN BN TERUS PERBODOHKAN RAKYAT ~ Ref Malaysiakini

Para pemimpin BN terus memperbodohkan rakyat. Barangkali mereka merasakan rakyat buta kayu dan pekak badak macam mereka juga sehingga sanggup menipu rakyat dengan pelbagai isu yang yang semua orang sudah tahu hatta budak kecil pun boleh berfikir.
Hari ini menteri yang menjaga agama, Zahid Hamidi pula memperbodohkan rakyat khususnya rakyat Kuala Terengaanu. Mungkin Zahid menyangka bahawa rakyat negara kita tidak tahu membaca, menulis dan mengira jauh pula dari celik IT.
Itu sebab Zahid menyatakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah menggunakan peruntukan pembangunan bagi tujuan memancing undi pada pilihan raya umum atau kecil.
Beliau berkata peruntukan bagi tujuan pembangunan diluluskan secara berterusan dan bukan hanya dilakukan pada musim pilihan raya.
Kenyataan Zahid ini boleh ditertawakan oleh rakyat. Takkanlah secara tiba-tiba orang Cina di Kuala Terengganu dapat ang pau RM300 dapat peruntukan untuk sekolah cina secara tanpa ada sebab. Sedangkan sebelum wakil rakyat mereka meninggal dunia tiada pula desas-desus daapt ang pau dan peruntukan tersebut.
Selain itu tiba-tiba sahaja kerajaan pusat bermurah hati memulangkan wang royalti untuk negeri Terengganu.
Jadi tidak perlulah Zahid menegakkan benang basah. Masakan jika tiada PRK BN akan bermurah hati sebegini. Lebih baik Zahid berdiam diri daripada bercakap perkara yang menggelikan hati ini.
Saya yakin jika Zahid masuk pertandingan Raja Lawak beliau akan memenanginya. Oleh itu saya cadangkan beliau masuk pertandingan Raja Lawak 4 tahun depan sebab Raja Lawak 3 sedang berlangsung.

SOKONG 100 % DEMO BANTAH PPSMI ~ Ref Malaysiakini

Saya menyokong 100 % cadangan Pejuang-pejuang bahasa Melayu, yang membantah pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, untuk menganjurkan perhimpunan besar seperti Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada 2007.

Demonstrasi besar itu, yang digelar "Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu", bagi menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Cadangan tersebut merupakan cadangan yang baik sebagai usaha untuk menyedarkan 'petualang' bangsa yang terus berdegil menghina Bahasa Melayu.

Insya Allah saya akan turun beramai-ramai dari Melaka sebagaimana yang kami lakukan semasa Demo Bersih dahulu.

PRK KUALA TERENGGANU : SIAPA YANG TERKORBAN? ~ Ref Malaysiakini

PRK Kuala Terengganu bakal 'mengorbankan' ramai orang jika BN tewas. Orang yang pasti 'terkorban' ialah calonnya Wan Farid Wan Salleh, Pak Lah Badawi, Khairy dan Najib Tun Razak.
Jika PAS kalah tiada sesiapa yang terkorban kerana kerusi ini adalah kerusi BN.
Andai kalah Wan Farid terpaksa mengorbankan jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri dan beliau tidak boleh dilantik setelah beliau terpaksa meletakkan jawatan senator untuk bertanding pada PRK ini.
Pak Lah, terutamanya Khairy sudah tentu 'terkorban' kerana jika Wan Farid kalah ini bermakna Khairy juga tidak secara langsung kalah. Ini kerana Wan Farid adalah ayam sabung Khairy dan Pak Lah dari dulu, kini dan mungkin selamanya.
Manakala bagi Najib kekalahan Wan Farid sudah pasti mencalarkan imej dan kredibilitinya yang akan mengambilalih tampuk pemerintahan dari Pak Lah Mac ini. Malah Najib juga adalah Pengarah Pilihanraya BN di sini. Selain itu kekalahan BN di sini juga sudah tentu ibarat mukanya diconteng arang, maka punahlah kehebatan dan karisma beliau serta jatuhlah maruah Najib yang sememangnya sudah jatuh.

PRK KUALA TERENGGANU : BN SERBA SALAH ~ Ref Malaysiakini

BN benar-benar berada dalam keadaan serba salah sekarang. Dari segenap segi BN ketinggalan berbanding PAS.

1) Calon - Wahid Endut jelas terkehadapan dari Wan Farid dari segi pengalaman, kemesraan dengan rakyat, hujah, akhlaq dan lain-lain

2) Isu - BN memang tiada isu yang boleh dimainkan samada isu tempatan atau nasional. Sedangkan di pihak PAS isu nasional seperti harga barang, pembaziran kerajaan negeri dan sebagainya cukup merimaskan.

3) Kekuatan Jentera - PAS ternyata lebih hebat dengan jentera yang mantap berbanding BN yang terpaksa menyelesaikan perbalahan tentang calon dan ketidaksungguhan pihak-pihak tertentu yang tidak mahu membantu kempen BN sepenuh hati.

4) Culaan - Secara umumnya PAS mendahului di mana 3 DUN dimenangi PAS dari 4 DUN.


5) Mood pengundi - Kesinambungan mood pengundi untuk menolak BN masih kuat setelah kemenangan PR pada PRU 12 dan PRK Permatang Pauh. Malah mood ini sekarang lebih baik dengan isu-isu yang memihak kepada PR sekarang.

6) Pengundi Cina - Mood pengundi Cina untuk menolak BN semakin kuat dengan kejayaan PR membuktikan pemerintahan adil dan berkebajikan di 5 buah negeri mereka.

Oleh kerana sebab di ataslah BN semakin serba salah dan banyak langkah yang mengejutkan mungkin diambil, antaranya menukar calon dan menyalahgunakan jentera kerajaan dan wang ringgit serta media untuk memancing undi.

PRK KUALA TERENGGANU : KAMI DATANG UNTUK ROBOHKAN BE END ~ Ref Malaysiakini

Kami wakafkan nikmat dunia
Untuk perjuangan tegakkan Islam
Rintangan datang kami sedia
ketahanan luar dan juga dalam

Kami datang ke Kuala Terengganu
Bersama semangat berkobar-kobar
Tiada rintangan tiada belenggu
semuanya ditempuh, Allahu Akhbar

Banyak isu makan diri
Isu hudud sudah tenggelam
Bee End pening mati sendiri
Lipat-lipat kita tanam

Wan Farid mula rasa gundah
Lawan Wahid yang gagah perkasa
Kalau lawan menempah padah
Hancur lunyai rosak binasa

Bee End berkubur di Kuala Terengganu
Pakatan Rakyat menang bergaya
Wan Farid kalah tergaru-garu
Wahid menang dengan dengan jaya

Wan Farid menyesal masuk bertanding
Kalah teruk jawatan hilang
Sebelum masuk elok berunding
Nanti kalah diketawakan orang

Wahid Endut calon hebat
Wan Farid pula kurang mesra
BN kalah pasti dahsyat
PAS menang memang dijangka

BN pening tiada isu
Hudud dicuba memakan diri
walau pekak dan juga bisu
PAS tetap akan diundi

Siapa siaga jentera kita
Setiap orang akan ditemui
Berkorban kita jiwa dan raga
Demi Islam kita junjungi

Kuala Terengganu medan sengit
Jadi ujian kawan dan lawan
BN rentung hitam dan hangit
Jadi abu kita kerjakan

Petugas PAS semangat jihad
Pantang undur tanpa melawan
Kita berjuang sampai liang lahad
Insya Allah akan dapat ganjaran

Puas sudah hamba berdagang
Dari jauh hamba datang
Semangat berkobar tiada penghalang
BN lari lintang pukang

AKADEMI LATIHAN PENERANGAN PAS MELAKA - Ref Malaysiakini

Lajnah Penerangan PAS Melaka menubuhkan AKADEMI LATIHAN PENERANGAN atau singkatannya ALPEN yang berujuan untuk mengendalikan kursus-kursus asas dalam organisasi jemaah.
Lajnah Penerangan PAS Melaka yakin akan peri pentingnya ahli-ahli PAS terutama ahli-ahli baru dan pimpinan baru dilatih bagi mempastikan mereka bersedia untuk memikul amanah yang diberikan kepada mereka.
Untuk itu maka ALPEN ditubuhkan pada 1 Muharram 1430 yang lalu.
Antara modul yang disediakan ialah :-

Modul Latihan yang disediakan :-

1. Teknik Pengucapan Awam – 2 hari
2. Teknik Pemberitaan – 1 hari
3. Teknik Pembinaan Blog – 1 hari
4. Teknik Pengendalian Mesyuarat – ½ hari
5. Teknik Penulisan Minit Mesyuarat – ½ hari
6. Pengurusan MTD – 1 hari
7. Pengurusan UPU – 1 hari
8. Gerakerja Penerangan – 1 hari
9. Pengurusan PAS Kawasan – 1 hari
10. Pengurusan PAS Cawangan – 1 hari
11. ‘Key Performance Indicator’ PAS – ½ hari
12. Gerakerja Pilihanraya (Penerangan) – 1 hari
13. Teknik membuat kenyataan akhbar – ½ hari
14. Teknik mempromosi PAS – ½ hari
15. Teknik Penyelesaian Masalah – ½ hari
16. Sistem Pengurusan Kualiti Jemaah – 1 hari
17. Isu-isu semasa – 1 hari
18. Teknik Mempengerusi Majlis – ½ hari
19. Perancangan Strategik – 1 hari
20. Pengurusan Portfolio dalam organisasai Pilihanraya – ½ - 1hari untuk setiap portfolio
21. Semua jenis motivasi untuk pelajar, pekerja, ibubapa dan lain-lain.
22. Semua jenis kursus Smart Learning untuk pelajar
23. Kem-Kem Motivasi untuk Organisasi, pelajar, pekerja dan lain-lain.
24. Explorace
25. Kursus-kursus untuk Nisa', Remaja dan sebagainya
26. Kem Bistari solat
27. Pengurusan Masa
Buat masa ini saya sendiri bertindak sebagai Pengarah ALPEN dan setiausahanya ialah Ustaz Khirul Che Salleh.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat ALPEN di talian 06-293 5486 atau 019-682 1318 atau email : penjana@gmail.com atau sofiwahab@gmail.com

02 January 2009

PRK KUALA TERENGGANU : LEBIH BAIK WAN FARID TARIKH DIRI ~ Ref Malaysiakini

Bakal calon BN pada PRK Kuala Terengganu masih mempunyai peluang untuk mengekalkan jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri jika beliau menarik diri dari menjadi calon mewakili BN pada 6 Januari ini.

Beliau masih mempunyai pilihan demi untuk kesinambungan karier politiknya. Andai kata beliau meneruskan hasrat untuk bertanding belum tentu beliau akan menang. Jika kalah maka putihlah mata Wan Farid di mana beliau tidak akan dilantik semula sebagai senator lantaran beliau sudah meletakkan jawatannya sebelum 6 Januari ini.

Bagi saya adalah lebih baik Wan Farid tarik diri demi untuk menjaga rekod baiknya dalam politik. Tidak ada gunaya beliau meneruskan hasrat untuk bertanding jika beliau sendiri tidak yakin 100 % akan menang.

Lebih baik beliau mengekalkan apa yang telah ada dalam genggaman dari mengharapkan kepada

PRK KUALA TERENGGANU : PAS DIRAMAL MENANG DENGAN MAJORITI 1,500 UNDI ~ Ref Malaysiakini

Saya meramalkan PAS akan memenangi PRK Kuala Terengganu dengan majoriti lebih 1,500 undi. Ini berdasarkan kepada beberapa faktor :-

1) Kerajaan negeri Terengganu yang membazir melaksanakan Projek Pulau Wan Man, Moonson Cup
2) Kerajaan Pusat gagal menangani masalah kenaikan harga barangan
3) Indeks jenayah yang semakin meningkat
4) Ekonomi merudum dan inflasi meningkat - rakyat susah
5) Rakyat semakin ramai menganggur - tiada pekerjaan
6) Kekuatan PAS dengan memenangi 3 dari 4 DUN di Kuala Terengganu pada PRU 2008
7) Tiada isu yang boleh memerangkap PAS
8) Pengundi Kuala Terengganu yang 'educated' sukar ditipu oleh BN
9) Calon PAS yang dikenali ramai dan mesra rakyat berbanding calon BN
10) Mood PRU 2008 masih mantap
11) Pengundi Cina akan kembali mengundi PAS disebabkan kejayaan PR memerintah di 5 negeri PR sekarang

TAKZIAH BUAT HJ SALAMAT

Saya mengucapkan takziah kepada Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman yang kehilangan kedua-dua orang tersayang di atas dunia ini iaitu ayahanda dan bondanya selang seminggu.

Minggu lepas ayahanda beliau meninggal dunia dan pada hari ini jam 2.3o petang tadi bondanya pula pulang ke rahmatullah. Suatu ujian yang besar buat Haji Salamat. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan yang hebat ini.

Saya mendoakan kedua-dua ayahanda dan bonda beliau dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan di kalangan para anbia dan solihin.

Al Fatihah.

PRK K.TERENGGANU : BN PENING TIADA ISU YANG BOLEH DIMAINKAN ~ Ref Malaysiakini

BN pening kepala kerana tiada isu yang sesuai dan boleh memperdayakan pengundi Kuala Terengganu.
Isu hudud sudah menikam diri mereka sendiri; isu calon luar sudah berkubur; isu calon tiada pengalaman tidak sesuai; isu calon tua YB Wahid masih boleh dikatakan muda; isu jarang turun padang YB Wahid cukup rajin bertemu rakyat; isu tidak pandai berhujah tidak logik; isu PAS gagal perintah Terengganu dulu BN lagi teruk; isu PAS tidak pandai perintah BN lagi bangang.
Jadi jelas sekali BN ketandusan isu. Tidak tahulah apa isu yang akan dimainkan oleh BN. Yang pasti mereka sedang 'brainstrom' isu sesuai untuk dimainkan oleh media pengampu BN.
Pendekata PAS berada dalam keadaan terbaik dan BN dalam keadaan terdesak.

PRK K. TERENGGANU : WAHID ENDUT TIDAK DIKENALI RAKYAT? ~ Ref Malaysiakini

Saya hairan dengan dakwaan bekas Calon BN Wakaf Mempelam Othman Awang yang mendakwa bahawa Calon PAS, YB Abdul Wahid Endut tidak dikenali oleh pengundi Kuala Terengganu.
Othman berkata, YB Wahid hanya dikenali oleh pengundi DUN Wakaf Mempelam sahaja. Nampaknya Othman ini memang buta kayu dan pekak badak.

Setahu saya YB Wahid Endut memang terkenal di kalangan orang PAS, orang atas pagar dan orang Umno sendiri kerana beliau adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Exco Kerajaan Negeri Terengganu (1999-2004) dan juga seorang aktivis masyarakat yang cukup dikenali di daerah ini.
Malah ayahnya sendiri Haji Endut merupakan orang kaya yang sangat dikenali di Daerah Kuala Terengganu, masakan orang tua dan semua lapisan masyarakat tidak mengenali YB Wahid Endut.
YB Wahid sendiri sudah menjadi ADUN selama 5 penggal dan turun padang di Kuala Terengganu malah di seluruh negeri Terengganu semasa menjadi Exco, Ketua Pemuda Terengganu dan Bendahari PAS Negeri sekarang.

Di kalangan rakyat Kuala Terengganu Wahid lebih dikenali berbanding Wan Farid kerana beliau menetap di Kuala Terengganu sedangkan Wan Farid jarang-jarang balik ke Kuala Terengganu.

PAS KONSISTEN SELESAIKAN ISU BABI ~ Ref Malaysiakini

Pengkalan Balak : PAS konsisten untuk menangani isu babi di Masjid Tanah. Memang sejak dari dahulu sebelum isu ini pun meletup PAS Melaka cuba menyelesaikan isu ini. Namun pada ketika itu isu ini tidak mendapat perhatian semua pihak samada rakyat atau kerajaan.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari dalam kenyataannya hari ini berkata PAS Melaka sentiasa konsisten untuk membantu rakyat tidak mengira kaum dalam isu ini.
"Kita tidak mahu ada pihak yang teraniaya akibat masalah pencemaran dan masalah lain yang mungkin timbul dari masalah tersebut."
"Isu ini sebenarnya bukan isu orang Melayu sahaja tetapi ianya melibatkan semua kaum, sebab itu PAS konsisten menyatakan bahawa pihak berwajib iaitu kerajaan negeri dan Jabatan Alam Sekitar gagal menangani isu ini selama ini".

"Sebab itu PAS Melaka akan memikirkan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan negeri dan Jabatan Alam Sekitar kerana kegagalan mereka mengawal alam sekitar akibat pencemaran ternakan babi" kata Adly.

Menurut Adly, PAS Melaka juga bersetuju dengan cadangan Pewaris untuk menganjurkan Forum berkenaan isu babi ini sebagai salah satu cara untuk menerangkan kepada rakyat berkenaan isu ini.

Beliau mencadangkan supaya forum ini menampilkan Umno, Pewaris dan PAS sendiri sebagai satu flatform untuk parti-parti melayu dan NGO menyampaikan pandangan dan pendapat tentang isu ini kepada rakyat.

Selain itu menurut Adly, PAS tidak setuju dengan pandangan sesetengah pihak yang mengaitkan isu ini dengan perkauman.

"Ini bukan isu perkauman, tetapi ini adalah isu berkenaan alam sekitar yang tercemar lantaran kelemahan kerajaan negeri dan agensi kerajaan".
Oleh itu rakyat mesti mendesak kerajaan dan agensinya bertindak dengan peruntukan undang-undang yang ada bukannya berdasarkan kepentingan politik.

Adly juga tidak bersetuju dengan pandangan sesetengah pihak bahawa babi mesti dihapuskan terus dari Melaka.

"Ini kerana babi adalah makanan orang Cina dan kita mesti menghormatinya, apa yang penting ianya mesti diternak untuk keperluan setempat dan dijalankan dengan sistematik supaya alam sekitar tidak tercemar" kata Adly yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat.

Beliau mendedahkan bahawa walaupun mungkin penternak babi tidak mempunyai lesen, tetapi tanah yang digunakan oleh mereka sesetengahnya adalah dikhususkan untuk penternakan babi. Menurut Adly di atas geran tanah tertera bahawa tanah itu adalah untuk penternakan babi.

Adly membuat kenyataan di atas pada pertemuan dengan Pewaris di D'Nelayan Resort Padang Kamunting di sini hari ini.
Turut hadir pada pertemuan tersebut ialah Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md Haron; Timbalan Pengerusi 1 Pewaris Hj Zakaria Othman; Timbalan Yang Dipertua PAS Masjid Tanah, Ustaz Imran Abd Rahman; Ketua Penerangan PAS Masjid Tanah Ustaz Julasopiyah Kasiim.

01 January 2009

PAS KETANDUSAN CALON, PILIH ADUN JADI WAKIL ~ Ref Malaysiakini

BN sudah tentu akan menuduh PAS ketandusan calon jika memilih seorang ADUN untuk mewakilinya pada Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.

Andaikata ADUN Wakaf Mempelam, YB Mohd Abdul Wahid Endut dipilih maka sudah tentu BN akan menyerang PAS dengan hujah tersebut.

Namun bagi saya tidak jadi salah untuk PAS memilih Wahid kerana undang-undang tidak menghalang untuk ADUN bertanding di kerusi parlimen. BN juga melakukan perkara yang sama apabila mencalonkan YB Arif Shah, ADUN Seberang Jaya bagi menentang Anwar Ibrahim pada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

YB Wahid merupakan seorang ahli Politik yang sangat berpengalaman dan dikenali ramai bukan sahaja di Terengganu malah diperingkat nasional. Beliau pernah menjadi pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat selain telah beberapa penggal menjadi ADUN Wakaf Mempelam.

Beliau berasal dari keluarga yang terkenal di Kuala Terengganu. Keluarganya merupakan ahli perniagaan yang berjaya dan mempunyai wisma sendiri. Wahid sebenarnya sangat digeruni di DUN Terengganu kerana berani berhujah dengan fakta dan isi yang bernas.

Tidak syak lagi pemilihan beliau merupakan suatu pilihan yang tepat. BN sudah tentu semakin gundah gulana dengan pemilihan beliau ini.

SYED AZMAN TAK DAPAT, MUSTAFA DAN WAN TALIB TAK DAPAT, WAHID YANG DIPILIH? ~ Ref Malaysiakini

Malam ini seperti yang saya posting sebelum ini bahawa PAS membuat kejutan dengan menamakan calon yang tidak ada dalam 'list'.

Banyak pihak meramalkan bahawa calon itu adalah YB Mohd Abdul Wahid Endut, ADUN Wakaf Mempelam. Tak percaya ke? Tunggu malam inilah .....

Siapa pun calon PAS saya sokong 100%. BN sudah tentu akan melalui jalan rumit untuk mengalahkan PAS.

Wahid pun bukan calang-calang orang, dikenali ramai, datang dari keluarga yang dihormati di Kuala Terengganu, berpengalaman luas dan mampu berhujah dengan baik di Parlimen.

Jika beliau yang menjadi calon, beliau merupakan pilihan yang tepat.

Takbir.

KERAJAAN TERUS GALAKKAN PROGRAM MAKSIAT SAMBUT TAHUN BARU 2009 ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan Islam Hadhari meneruskan tradisi menggalakkan rakyat melakukan maksiat apabila menganjurkan konsert menyambut tahun baru malam tadi.

Nampak jelas bala Allah yang menimpa negara pada tahun 2008 tidak menginsafkan Imam Hadhari Pak Lah Badawi apabila beliau turut sama menghadiri konsert menunggu detik 12 malam tadi.

Bala tanah runtuh, ekonomi merudum, perpecahan politik dan sebagainya langsung tidak diendahkan oleh pemimpin Umno apabila terus bersuka ria.
Malah kesengsaraan saudara kita di Gaza, Palestin yang dibunuh oleh Yahudi seolah-olah disambut dengan hilai ketawa oleh pemimpin kerajaan Malaysia dan sesetengah rakyatnya.

Tidak hairanlah pada setiap kali sambutan tahun baru akan ada remaja dan muda-mudi yang ditangkap kerana melakukan pesta seks, berzina dan bergaul secara bebas di hotel dan sebagainya. Ini semua kerana kerajaan sendiri menggalakkan program hiburan dan konsert di bandar-bandar besar hingga larut malam dan awal pagi.

Saya bimbang jika pemimpin yang perangai sebegini terus dipilih pada pilihanraya akan datang rakyat negara kita mungkin akan terus terjerumus ke kancah maksiat dengan lebih teruk.

Insaf lah wahai pemimpin Umno dan BN. Jangan gadaikan negara dan rakyat dengan hiburan dan program maksiat yang melalaikan.

MAMPU ATAU MAHUKAH OBAMA LAKSANAKAN SARANAN DR MAHATHIR ~ Ref Malaysiakini



Dr Mahathir dilaporkan menghantar surat terbuka berupa 9 saranan kepada Presiden baru AS, Barrack Hussein Obama.

Persoalannya mampukah Obama melaksanakan saranan tersebut?

Kalaupun Obama mempunyai kuasa untuk melaksanakan saranan itu, satu persoalan lain timbul, mahukah Obama menjalankannya?

Kita tahu di Amerika walaupun Presiden mempunyai kuasa mutlak namun seringkali mereka akan tunduk kepada kehendak Yahudi yang mempunyai pengaruh yang besar dan kuat di sana.

Jadi saya yakin anda juga sependapat dengan saya bahawa agak sukar untuk kita melihat seorang Presiden Amerika yang mampu menyelesaikan masalah kekejaman Yahudi serta kekejaman Amerika sendiri ke atas Iraq, Afghanistan dan negara umat Islam yang lain.
Dunia akan mengetahui jawapan tentang persoalan di atas dengan melihat kepada tindak tanduk Obama sejam dua ini tentang kekejaman Yahudi yang sedang membunuh umat Islam di Gaza, Palestin. Apakah Obama akan mengarahkan Yahudi menghentikan kekejaman itu atau sekadar berdiam diri malah menyokongnya seperti yang dilakukan oleh Bush sebelum ini.

Untuk rekod di bawah ini adalah 9 saranan Dr Mahathir dalam surat terbukanya kepada Obama.

1) Berhenti daripada membunuh orang.

2) Hentikan sokongan sembarangan kepada Israel dengan wang dan senjata. Pesawat dan bom yang membunuh orang ramai di Gaza adalah dari AS.

3) Henti daripada mengenakan sekatan ke atas negara-negara yang tidak boleh berbuat demikian ke atas AS.

4) Hentikan saintis dan penyelidik AS daripada mencipta senjata-senjata kejam untuk membunuh orang ramai secara lebih efisien.

5) Hentikan pengeluar-pengeluar senjata daripada menghasilkan senjata sedemikian. Halang mereka daripada menjualnya kepada dunia. Ia pendapatan diperoleh AS.

6) Hentikan daripada cubaan mendemokrasikan kesemua negara di dunia. Demokrasi kemungkinan bersesuaian untuk AS tetapi tidak semestinya padan untuk negara-negara lain. Jangan bunuh orang kerana mereka tidak mengamalkan demokrasi.

7) Hentikan kasino-kasino yang anda anggap sebagai institusi-institusi kewangan. Kawal selia bank-bank anda.

8) Iktiraf Protokol Kyoto dan perjanjian-perjanjian antarabangsa yang lain.

9) Hormati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

SIARAN LANGSUNG PENGUMUMAN CALON PAS ~ Ref Malaysiakini

Jemput semua rakyat Malaysia yang menjadi tetamu saya di blog ini untuk sama-sama mendengar ceramah pengisytiharan calon PAS bagi mewakili PR pada PRK P036 Kuala Terengganu malam ini.

Saudara-saudari boleh melayarinya di SINI.

Sama-sama kita mendoakan kemenangan Pakatan Rakyat.

MENJANA KEMENANGAN DI MELAKA ~ Ref Malaysiakini

"Sesungguhnya bahtera tidak berjalan diatas dataran".

"Kemenangan bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan kemenangan,"

Itulah diantara petikan ucapan dari Dr Zulkifli Ahmad sempena seminar pilihanraya anjuran JPN negeri Melaka baru-baru ini.

Satu ucapan yang menarik untuk difikirkan bersama oleh semua ahli dan penyokong PAS samaada dari peringkat cawangan , kawasan dan maupun negeri. Seminar yang telah diadakan di Beach Bidara Resort telah mengamit seramai hampir 130 peserta termasuk 7 wakil dari Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Katil.

PAS bukanlah satu pertubuhan politik semata-mata bahkan juga merupakan sebuah organisasi Islam yang mempunyai matlamat yang jelas yakni untuk menegakkan syariat diatas mukabumi ini bersumberkan Al Quran dan As Sunnah.

Sudah pastinya untuk mencapai matlamat yang besar ini, ia memerlukan kepada satu lonjakan dan anjakan paradigma yang cukup besar. PAS negeri Melaka masih belum memperolehi sebarang kerusi .

Ramai juga yang berkata bila PAS Melaka menang bererti Pakatan Rakyat akan memerintah Malaysia. Mungkin itu hanya satu ungkapan gurauan, namun kadangkala gurauan itu ada benarnya.

Sejarah akan berulang. Tiada ada kezaliman yang berkekalan lama. Sifat sombong dari pemerintah yang sentiasa menolak Al-Quran amat dibenci oleh ALLAH kerana kesombongan hanya layak bagi ALLAH. Pemerintah yang tidak meletakkan Al-Quran ditempat yang sebenarnya adalah satu kezaliman. "Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak mendapat kemenangan".(Al-Anam:21, Yusuf:23, Al-Qasas:37). Pasti ALLAH menukarkannya kepada kaum yang lebih baik untuk memerintah. Itu janji ALLAH yang tidak ada siapa dapat menafinya.Adalah mudah bagi ALLAH untuk melakukan perubahan dalam sekelip mata kerana hati manusia adalah milik ALLAH. FirmanNYA "..dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang beriman) .

Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi ALLAH telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" ( Al-Anfal:63).

Namun ALLAH tetap sengaja menguji ummatnya. Ujian yang silih berganti untuk memastikan bahawa adakah kita benar-benar ikhlas untuk memperjuangkan agamaNYA atau sekadar ucapan ditepi bibir.

Lihatlah dikala kita hampir berputus asa diatas segala penipuan serta segala kezaliman oleh parti pemerintah sehingga kita terpaksa memboikot pilihanraya Batu Talam akhirnya berkat doa seorang Tuan Guru yang benar-banar ikhlas dengan deraian air mata yang berjujusan untuk memastikan kemenangan dan Alhamdulillah akhirnya pada PR12 , 5 negeri jatuh ketangan Pakatan Rakyat.

Sesuatu yang berlaku diluar jangkauan fikiran manusia, orang kata "terkejut beruk".Itulah kegembiraan yang paling nyata yang mengembalikan semangat untuk meneruskan perjuangan.

Marilah kita mengimbau kembali kepada sirah Rasulullah S.A.W dikala Rasulullah dikeji , dihina ,dibaling batu, terseksa di Taif. Sememangnya sebagai manusia biasa Rasululah agak kecewa dengan umatnya yang menolak seruannya dan berkat doa Rasululluah ..akhirnya Rasulullah diberikan kegembiraan dengan peristiwa Israk Mikraj.

Kegembiraan yang memberikan semangat untuk Rasulullah meneruskan perjuangan yang suci lagi murni ini. Lihatlah juga ketika Nabi Ibrahim telah pun meletakkan pisau dileher Nabi Ismail untuk disembelih atas arahan ALLAH SWT lalu tiba-tiba turunnya wahyu untuk ditukarkan penyembelihan Nabi Ismail kepada penyembelihan kepada seekor kibas. Itulah kegembiraan yang nyata bagi Nabi Ibrahim apabila anak kesayanganya Nabi Ismail bebas dari penyembelihan dikala menghadapi perasaan untuk menyembelih anaknya sendiri.

Lihatlah betapa ALLAH menguji keikhlasan hamba-hambanya yang benar-benar ingin kepada Syiar Islam sehingga peringkat yang terlalu kritikal. Juga sering disebut-sebut " Melaka ini kecil, PAS susah nak menang, sebab kerajaan Melaka senang nak pantau dalam negeri yang kecil. Pemerintah senang nak kawal".

Mungkin tidak keterlaluan untuk dinyatakan bahawa ungkapan itu tidak relevan. Meletakkan kesilapan pada orang lain adalah menunjukkan kelemahan pada diri sendiri. Menuding jari pada orang lain juga adalah menunjukkan kekurangan pada diri sendiri. Sedangkan kalau diamat-amati bahawa sahabat yang terbaik adalah diri sendiri. Guru yang terbaik adalah pengalaman yang dilalui.

Kejayaan yang hakiki datangnya dari pemimpin yang berilmu, berjiwa besar lagi berani. Pemimpin yang bijaksana untuk menguruskan pengurusan dalam sesebuah organasasi. Pemimpin yang peka lagi prihatin dengan apa yang ada disekelilingnya yang pandai menyesuaikan diri mengikut peredaran zaman. Pemimpin yang bertaqwa lagi amanah."

Sesungguhnya ALLAH sukakan mu'min yang pakar"(Al muhtarif). Rasanya seperti sukar untuk memperolehi ciri-ciri pemimpin yang sebegini namun apa yang penting adalah pergantungan kepada ALLAH SWT untuk diberikan skill dan ilmu ini semua. Itulah kelebihan yang ada ada pada kita. Meletakkan ALLAH sebagai tempat pergantungan semata-mata setelah berusaha.

ALLAHlah yang meninggikan langit tanpa tiang sebagaimana yang kamu lihat, kemudian DIA bersemayam diatas 'Arsy dan menundukkan matahari da bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. ALLAH mengatur segala urusan.." (Ar Rad:2).

Mungkin tidak keterlaluan untuk dinyatakan ciri-ciri pemimpin dan penggerak yang mampu membawa perubahan diantaranya adalah kekuatan iman dan amal agar dapat memastikn peningkatan akhlaq dan terus mengekalkan kesegaran hubungan dengan ALLAH.

Kekuatan ilmu dan fikrah pula diperlukan agar ia mampu mengintegrasikan fikrah yan didukungnya kedalam masyarakat secara yang benar-benar berkesan.

Mempunyai visi keupayaan mengurus. Eksekutif yang berkesan yang berani membuat sebarang keputusan.

Komunikator yang berkesan, mampu menjadi PRO yang berkesan.


"Sesungguhnya ALLAH itu suka jika seseorang daripada kamu membuat sesuatu kerja dengan cekap"(Bukhari , Muslim)

Dan akhirnya, sudah tentu peranan media juga amat penting dalam menjana kemenangan negeri Melaka. Bak kata Dr Zulkifli ahmad "Jangan takut untuk engage" tapi jangan engage kerana takut.

"Marilah sama-sama kita fikir-fikirkan kerana amanah ini amat berat sehinggakan gunung ganang pun tak sanggup nak memikulnya. Dia memerlukan kerjasama pemimpin dan pengerak dari semua peringkat.

"Aku tidak bermaksud kecuali untuk melaksanakan islah dengan segala kesungguhanku. Dan tidak ada taufik dan bagiku melainkan dengan (pertolongan) ALLAH. Hanya kepada aLLAH aku bertawakkal dan hanya kepadaNYA aku kembali."

Masturah Hassan
DMPBKATIL

SIAPA KATA KERAJAAN PR PENIPU ~ Ref Malaysiakini

Hanya media pengampu dan kaki fitnah sahaja yang berani menuduh kerajaan PR di lima negeri pembohong dan penipu. Hakikatnya rakyat di negeri-negeri PR terus tersenyum lebar dengan bantuan dan habuan yang diperolehi mereka seperti yang dijanjikan dalam manifestoPR bagi PRU 2008.

Semalam rakyat miskin di Pulau Mutiara mula mendapat apa yang dijanjikan oleh kerajaan PR sebelum ini.
Bernama melaporkan bahawa Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) mula mengkreditkan bantuan kewangan RM100 kepada keluarga miskin di Pulau Pinang sebagai rebat bil air.
Pengurus Hal Ehwal Korporat K Jeyabalan berkata RM100 itu dikreditkan dalam empat bayaran sebanyak RM25 bagi setiap bil bermula 15 Nov.
"Sebanyak 143,197 pengguna layak menerima RM3.58 juta dalam bayaran ansuran pertama," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata 14,000 permohonan lain masih dinilai dan akan siap pada akhir bulan depan.
Katanya, semua pengguna yang tinggal di rumah kos rendah dan kos sederhana rendah serta keluarga yang menerima bantuan kebajikan dan kumpulan di bawah kategori miskin tegar akan secara automatik menerima bantuan kewangan ini.
Rakyat negeri BN jangan cemburu. Jika kita semua inginkan sebuah kerajaan yang prihatin dan menjaga kebajikan rakyat jangan lupa undi parti-parti komponen PR pada PRU ke 13 nanti.

ISU PEMILIHAN KETUA KAMPUNG : 'KICIK' PUNYA LUBANG DIPERBESAR-BESAR

Sudah menjadi adat media pengampu, kicik punya isu walau belum 'confirm' terus diperbesar-besarkan untuk menangguk di air keruh.
Apa sahaja isu yang berlaku di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang walau sekecil manapun akan dicipta menjadi isu besar dan hangat seolah-olah boleh menggugat kerajaan PR di kelima-lima negeri tersebut.
Puak-puak ini mencipta cerita dan laporan demi untuk memporak perandakan kerajaan PR. Nampaknya pihak ketua pengarang, pengarang dan editor media-media ini tidak takut kepada amaran Allah tentang penyebaran berita palsu dan berunsur fitnah ini.
Saya teringat akan amaran yang diberikan oleh Presiden PAS dalam suatu ceramah tidak lama dahulu bahawa selagi tulisan dan berita fitnah dan bohong itu terlekat di kepala para pembaca dan pendengarnya selagi itulah pihak terbabit menanggung dosa pembohongaan, fitnah dan umpatan itu. Mereka mesti memohon maaf kepada sesiapa yang diumpat dan penafian dan cerita sebenar mesti disiarkan. Akhirnya pihak terbabit mesti meminta maaf kepada orang yang diumpat dan difitnah.
Sehari dua ini media sibuk melaga-lagakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dengan Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye dan ADUN Simpang Pulai, Chai Ming Kai.
Mohammad Nizar berkata, beliau tidak pernah menyatakan beliau terkilan atau marah dengan tindakan Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Simpang Pulai, Chan Ming Kai meneruskan proses penamaan calon pemilihan ketua kampung tersebut seperti yang dilaporkan media.

"Saya hanya minta laporan berhubung perkara tersebut. Media telah menyalah tafsir apa yang saya katakan.

"Mereka akan meneruskan pemilihan calon ketua kampung baru itu esok kerana itu hak ADUN untuk melaksanakannya," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Isnin lalu, Mohammad Nizar dilaporkan melahirkan rasa terkilan dengan tindakan kedua-dua wakil rakyat PKR itu yang enggan mematuhi larangan kerajaan negeri tidak membenarkan proses penamaan calon bagi pemilihan ketua kampung baru tersebut.
Inilah sikap media pengampu hari ini yang suka melaga-lagakan pemimpin PR. Saya mengharapkan semua tuanpunya media dan pengamal media supaya takut kepada Allah dan beretika dalam melaporkan berita.

TAHUN 2009 : BERARAK MENDUNG KELABU? ~ Ref Malaysiakini

Apakah awan mendung kelabu 2008 terus menyelebungi negara seperti mana tahun 2008. Demokrasi dilacurkan, ISA terus mengganas, SPR disalahguna, jentera kerajaan macam harta sendiri, rakyat ditindas dan sebagainya.

Adakah awan mendung kelabu akan berarak meninggalkan Malaysia digantikan dengan awan putih bersih belum dapat kita ramalkan. Namun saya pasti jika parti yang memerintah sekarang (kerajaan pusat) terus bertakhta, awan mendung kelabu hampir pasti terus menjadi 'bumbung' kita semua, malah mungkin ianya digantikan dengan awan hitam pekat.

Walaupun dikatakan Mac 2009 menjadi titik permulaan peralihan kuasa antara pengasas Islam Hadhari dan Timbalannya, namun ramai pihak meramalkan penggantinya lebih teruk dari Imam Hadhari.

Semua orang kenal siapa Najib Razak. Dari kecil sampai besar, dari hujung kaki sampai hujung rambut, luar dan dalam orang kenal. Jika hendak dibandingkan dengan Imam Hadhari semasa mengambilalih tampuk pemerintahan dari Dr Mahathir dulu, Imam Hadhari jauh lebih baik dan dilihat bersih berbanding Najib.
Kita tidak pernah dengar Imam Hadhari mempunyai kontroversi ketika itu. Tiada skandal, tiada apa pun hingga beliau digelar Mr Clean. Walaupun akhirnya gelaran 'Clean' tersebut wajar diganti dengan 'Dirty' akibat beberapa insiden yang dilakukan oleh Imam Hadhari dan anak buahnya termasuk keluarga terdekat beliau.
Harapan saya di awal tahun baru masehi ini, rakyat Malaysia akan sedar dan bangkit meneruskan kesinambungan proses mentalkinkan BN seperti yang ditunjukkan pada PRU 2008 dan PRK Permatang Pauh. Malah pertama diberikan oleh Allah kepada pengundi dan rakyat Kuala Terengganu untuk melakukan proses itu di sana pada 17 Januari ini.

SYED AZMAN ATAU WAN MUTALIB? ~ Ref Malaysiakini

Siapa yang akan terpilih antara 2 AJK PAS Pusat ini hanya Allah dan Presiden yang tahu serta juga mungkin beberapa orang lagi pemimpin kanan PAS.
Namun apa yang pasti PAS mesti memilih calon-calon yang disukai oleh pengundi. Petunjuk dari kajiselidik, referendum dari PAS Cawangan-cawangan, cakap-cakap kedai kopi, survey spontan dari mulut ke mulut harus juga diambil kira.
Kita tidak mahu kelebihan yang ada di pihak PAS sekarang tidak dapat dimaksimumkan dek kerana kesilapan kita memilih calon.
Bagi saya sesiapa sahaja yang dipilih tidak menjadi soal asalkan calon tersebut diterima oleh sebahagian besar pengundi. Tidak cacat cela bagi Wan Mutalib ataupun Syed Azman. Kedua-duanya jauh lebih baik dari calon BN, Wan Farid. Jaraknya bagaikan langit dengan bumi.....
Sama-sama kita kerahkan tenaga, wang ringgit, idea dan sebagainya bagi membantu calon kita yang akan dipilih dan diumumkan malam ini ...........
Allahu Akhbar !!!!!

31 December 2008

PAS AKAN BUAT KEJUTAN DI KUALA TERENGGANU ~ Ref Malaysiakini

Walaupun BN sudah pun memulakan kempen sejak awal lagi namun itu tidak melemahkan keyakinan PAS untuk merampas kerusi yang pernah dikuasai oleh PAS sebelum ini.
Keyakinan bukannya omongan kosong tetapi bersandarkan riak dan 'mood' pengundi di sana yang terang-terang bersedia menyatakan sokongan terbuka kepada PAS. Dari tinjauan beberapa firma kajiselidik bebas jelas rakyat di sana bersikap terbuka dan boleh menerima pandangan dari sesiapa sahaja termasuk PAS.
Mereka juga jelas merupakan rakyat yang bermaklumat dengan memperolehinya pelbagai sumber seperti media cetak, elektronik, web, blog dan lain-lain. Rata-rata dari pengundi yang ditemui menyatakan bahawa mereka sudah menetapkan pendirian masing-masing dan tidak akan berubah dari pendirian tersebut kerana menurut mereka ianya berdasarkan Islam dan fakta yang tepat.
Dari tinjauan itu juga ada pihak meramalkan bahawa kira-kira 70-80 % pengundi sudahpun menetapkan parti mana yang akan mereka undi berdasarkan situasi semasa dan pegangan kuat mereka kepada Islam.
Ini bermakna parti-parti yang bertanding hanya perlu mengubah minda dan mempengaruhi kira-kira 20-30% pengundi yang belum menetapkan pendirian masing-masing.
Kebanyakan pengundi menyatakan mereka berada dalam keadaan tertekan akibat harga barang yang tinggi, inflasi yang kian memuncak, mata pencarian yang semakin sempit, sikap kerajaan yang boros dan pemimpin yang jarang menjenguk rakyat.
Dari pemerhatian yang dibuat kira-kira 60-70% pengundi kesal dengan sikap kerajaan yang gagal menurunkan harga barang dan pada masa yang sama berbelanja boros dengan membina dan menjalankan projek-projek membazir seperti monsoon cup dan Pulau Wan Man.
Pengundi-pengundi ini juga mendakwa bahawa pihak luar jangan terkejut jika PAS dapat menawan kerusi ini dengan majoriti yang besar akibat dari ketidakpuasan hati rakyat kepada Kerajaan BN pusat dan negeri Terengganu.

EXPEDISI TAHUN BARU ~ Ref Malaysiakini

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menjalankan aktiviti tahunannya iaitu mengedarkan risalah tahun baru kepada rakyat Melaka khususnya pemuda dan pemudi yang bersedia untuk menyambut tahun baru malam ini.

Pemuda PAS Melaka akan memulakan program ekspedisi ini di kawasan tumpuan antaranya di Dataran Pahlawan Bandar Hilir, MITC, Dataran MBMB dan lain-lain.

Objektif program antara lain untuk menyedarkan remaja tentang gejala sosial, maksiat dan hiburan yang melampau dan melalaikan. Selain itu Pemuda PAS ingin menganjurkan para pemuda dan pemudi supaya kembali kepada Islam sebagai jalan penyelesaian semua kemelut yang berlaku sekarang.

Ekspedisi ini akan diketuai pimpinan Dewan Harian Pemuda PAS Melaka.

Program akan bermula pada jam 11.00 malam ini.

PAS MELAKA TEKAD BANTU MENANGKAN PAS ~ Ref Malaysiakini

Badan Perhubungan PAS Melaka bertekad untuk bekerja kuat membantu kemenangan PAS pada PRK Kuala Terengganu 17 Januari ini.
Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka, Hj Bakrin Sidek berkata PAS Melaka akan menghantar rombongan seramai 150 orang bagi melaksanakan amanah PAS Pusat yang mengharapkan seluruh jentera PAS seluruh negara berkampung di Kuala Terengganu bermula pada 6 Januari ini iaitu sebaik sahaja penamaan calon berlangsung.
Menurut Haji Bakrin PAS Melaka diamanahkan untuk bertugas di 3 Peti Undi dalam DUN Batu Burok. Ketiga-tiga peti undi itu menunjukkan saingan sengit antara kedua-dua parti pada PRU 2008 dahulu.
Sementara itu seorang petugas dari Bukit Katil, Hj Yasim Musa berkata beliau sudah tidak sabar lagi untuk bertugas di Kuala Terengganu.
"Insya Allah saya akan mencurahkan segala pengalaman yang ada untuk bekerja kuat bagi membantu calon PAS nanti".
"Saya bersama-sama sahabat dari Bukit Katil akan bertugas secara rasmi dari 12 hingga 14 Januari ini bagi mewakili PAS Kawasan Bukit Katil" kata Hj Yasim yang juga merupakan Pengarah Majlis Tindakan DUN Bukit Baru.


Difahamkan PAS Kawasan seluruh negeri Melaka yang berjumlah 6 kesemuanya akan bertugas secara bergilir-gilir bermula 6 Januari hingga 17 Januari 2009 iaitu sehingga selesai proses pengundian.

HARGA BARANG TINGGI : PM KESAL TAPI TIADA TINDAKAN ~ Ref Malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kesal kerana harga barangan masih tinggi walaupun harga petrol turun tujuh kali sejak Ogos lepas, malah lebih rendah daripada harga sebelum ia dinaikkan pada Jun.
Acapkali Pak Lah kesal dengan situasi ini tetapi malangnya tiada tindakan drastik dan agresif diambil bagi mengatasi masalah ini.
Pemimpin kerajaan dilihat hanya pandai bercakap tetapi tiada tindakan yang benar-benar berkesan diambil. Setiap kali turun bertemu rakyat mereka menjanjikan bermacam-macam bantuan dan langkah untuk membantu rakyat. Tetapi hakikatnya 'habuk pun tarak.'
Rakyat sudah muak dan bosan dengan ucapan dan syarahan sebegini tetapi hasilnya kosong. Kerajaan seolah-olah takut untuk bertindak ke atas pembekal dan penjual. Akhirnya rakyat yang menjadi mangsa penjual dan peniaga.
Adalah diharapkan selepas ini kerajaan BN benar-benar dapat menyelesaikan isu kenaikan harga barang ini dengan menggubalkan undang-undang yang sesuai untuk semua rakyat. Selain itu jawatan kuasa pemantauan dan penguatkuasaan undang-undangh.

KEPUTUSAN SOALSELIDIK ILHAM CENTRE TENTANG CALON PAS ~ Ref Malaysiakini

Pihak Ilham Centre sebuah kaji selidik telah menjalankan soalselidik ke atas pengundi Kuala Terengganu melalui telefon tentang siapa calon PAS pilihan mereka. Sebanyak 130 panggilan telefon telah dibuat setakat ini. Keputusan menunjukkan bahawa pengundi memilih Dr Syed Azman melebihi Dato' Wan Abdul Muttalib Embong.

Antara soalan yang diajukan kepada mereka ialah :'Sekiranya Dr Syed Azman Syed Ahmad dan Dato' Wan Mutalib Embong disenaraipendekkan sebagai calon PAS bagi Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, siapakah pilihan anda?

1) Dr Syed Azman Syed Ahmad 2) Dato' Wan Abdul Mutalib Embong

Keputusannya :-

Penemubual A - Dr Syed Azman - 52 ; Dato' Wan Abdul Mutalib Embong - 4 ; Tidak mahu jawab - 8 dan Tidak angkat telefon - 7

Penemubual B - Dr Syed Azman - 42 ; Dato' Wan Abdul Mutalib Embong -8 ; Mengaku Umno -2 ; Tidak mahu jawab - 1 ; Tiada komen - 6.

PEMUDA BUKIT KATIL BUKTIKAN PAS TIDAK DIPINGGIRKAN ~ Ref Malaysiakini

Bandaraya Melaka : Kejayaan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menganjurkan Kejohanan Bowling Terbuka Piala Ketua Pemuda Negeri Melaka membuktikan bahawa PAS terus diterima oleh masyarakat. Tohmahan yang mengatakan orang PAS hanya bergaul di kalangan sesama mereka adalah tidak benar.

Kejohanan Bowling yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menarik minat 92 peserta dari seluruh pelusuk negeri Melaka. Ianya telah diadakan di Ampang Superbowl, Mahkota Parade, Melaka Sabtu lalu

Pengarah Program, Jauhar Dawi berkata kesudian pemuda dari seluruh Melaka menyertai kejohanan ini membuktikan bahawa PAS terus diterima masyarakat walaupun pelbagai tohmahan dan tuduhan dilemparkan kepada PAS oleh media.

"PAS juga membuktikan PAS tidak anti sukan, kesenian dan lain-lain kegiatan sosial sebaliknya PAS menampilkan suatu kelainan dalam penganjurannya dengan penyertaan peserta yang semuanya menutup aurat, menghormati waktu solat, menjaga akhlaq dan tiada pergaulan bebas lelaki dan perempuan".
"Kita akan meneruskan program ini dari masa ke semasa bagi mendekatkan PAS dengan masyarakat dan pemuda" kata Jauhar yang juga merupakan Bendahari Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.
Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek berkata Pemuda PAS akan sentiasa berusaha untuk mendekati pemuda di negara ini dengan menganjurkan program-program yang bermanfaat sebagai alternatif kepada program-program maksiat yang dianjurkan oleh kerajaan BN yang memerintah sekarang.

"Ramai anak-anak muda yang hanyut dalam dunia khayalan dan hiburan semata-mata, malangnya kerajaan yang ada tidak mengambil perhatian serius kepada masalah ini malah mereka menggalakkan program-program melalaikan terus dianjurkan".

"Pemuda PAS wajib menangani perkara ini dengan tampil menganjurkan program berbentuk sukan, kesenian dan rekreasi yang sesuai dengan Islam" kata beliau dalam ucapan perasmian sebelum pertandingan dimulakan.

Dalam pertandingan itu Adam Ronny diisytiharkan sebagai pemain terbaik dengan jatuhan pin sebanyak 628 pin manakalan kumpulan Fireball menjuarai acara beregu dengan jatuhan pin sebanyak 2359 pin. Tempat kedua dimenangi oleh beregu Keliru dan ketiga beregu Rabbani masing-masing dengan jatuhan pin sebanyak 2210 dan 2117 pin.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek.
Keterangan gambar :
Atas - Juara pertandingan beregu kumpulan Fireball bergambar bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari.
Tengah : Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek bermesra dengan para peserta.
Bawah : Adly sedang menyampaikan hadiah kepada Peserta Terbaik kejohanan Adam Ronny yang menjatuhkan pin sebanyak 626 pin.

MELAKA NAK BINA JAMBATAN TERPANJANG DI DUNIA PULA? ~ Ref Malaysiakini

Setelah Melaka membina beberapa projek yang gah dan besar-besar tetapi sesetengahnya menjadi Gajah Putih kini, Ketua Menterinya berangan-angan untuk membina jambatan terpanjang di dunia pula.

Dalam keadaan sekarang pun hutang Melaka mencecah lebih dari RM1 bilion, saya yakin jika jambatan itu pula dibina mungkin hutang Melaka meningkat berkali ganda. Hutang yang ada pun belum dilangsaikan bagaimana jika hutang itu terus meningkat nanti.

Mohd Ali dalam ucapan pada Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam Ke-9 yang diadakan 23 Disember lalu berkata, jika jambatan sepanjang 52 kilometer menghubungkan Melaka-Dumai dibina nanti ia akan muncul sebagai jambatan terpanjang di dunia.

Kos pembinaannya dianggarkan berjumlah US$11 bilion.

Dalam reaksi balas kepada cadangan Mohd Ali, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Kerajaan akan mengambilkira segala aspek termasuk kesesuaian dan faktor ekonomi terhadap cadangan Kerajaan Melaka untuk membina jambatan yang merentasi Selat Melaka bagi menghubungkan Malaysia dan Indonesia.

IKHTIARKAN CARA UNTUK ATASI KESESAKAN ~ Ref Malaysiakini

Sejak cuti sekolah hujung November sehingga sekarang, Bandaraya Melaka dilihat sesak dengan pelancong. Akibatnya jalanraya seringkali mengalami kesesakan lalulintas akibat kehadiran kenderaaan pelancong yang datang ke negeri ini.

Saya berkesempatan beberapa kali meninjau keadaan ini. Kerajaan negeri mesti mencari kaedah penyelesaian bagi mengatasi masalah ini yang saya lihat akan menyebabkan pelancong rimas dan tidak berminat lagi untuk datang semula ke Melaka.

Mungkin antara sebab utama kesesakan lalulintas ini ialah jalan yang kecil, masalah kenderaan yang diletakkan di bahu jalan dan sebagainya.

Untuk itu saya mencadangkan supaya kenderaan pelancong ini tidak dibenarkan di bawa masuk ke tempat-tempat popular di Bandaraya ini. Kenderaan mereka harus diletakkan ditempat parkir yang disediakan dan ianya tidak jauh dari kawasan tersebut.

Mungkin pihak MBMB boleh mengenalpasti tempat-tempat yang sesuai untuk dijadikan kawasan parkir. Saya yakin pelancong boleh berjalan kaki sahaja ke kawasan pelancongan di sekitar Bandaraya Melaka umpamanya di Bandar Hilir, ini kerana ianya terletak tidak jauh antara satu sama lain.

Cadangan pembaca blog ini untuk atasi kesesakan :

jalan sesak???apa yg susah sgt nk atasi masalh ini.Buat la bas pelancong 'bus4tour' bermula sebelum taman mini lebah.

Tetapi kerajaan negeri perlulah membuat tempat parkir kereta bertingkat terbesar selepas pintu masuk Tol Ayer Keroh.

Dibawah parkir itu letaklah bus pelancong supaya mudah pelancong boleh menaikinya dengan tidak berjalan jauh.Bas berikutmya perlu diadakansetiap 10-15 minit sahaja.bas2 ini pula akan bergerak mengikut zon warna cth merah(a.keroh meliputi tmn mini,zoo,dataran,JKM,Rumah Ketua Menteri,Watercity,king hotel,Melaka Mall,dan bukit peringgit.

Di bukit peringgit perlu ada satu perhentian bas zon biru,yang akan membawa pelacong bermula dari bukit peringgit ke bandar melaka.dan diikuti zon2 lain yg terlibat.Harga tiket bas perlu untuk semua zon pelancong termasuk peta tempat hentian bas.tempat hentian juga perlu ada bumbung,berlampu,atau mungkin letak cooler dgn menggunakan sistem solar.

tiket aprkir pula perlulah dinaikkan di kawasan pelancong dgn ini kita menggalakkan rakyat guna bas.tapi bas perlu banyak jgn sampi pelancong tggu smpi 30 minit atau sejam.Perkhidmatan teksi perlu diperbanyakkan juga dan harga perlu la berpatutan.Teksi di Melaka adalah diantara paling mahal dr Melaka Sentral ke Bkt Katil cecah Rm30.00.Potong leher pelancong.tiada benda yg mustahil semua boleh buat klu kerajaan pintar idea.

Cadangan oleh Saadon_penipu


KONTRAK MENARA TAMING SARI DAN TNB PERLU DISEGERAKAN ~ Ref Malaysiakini

Kira-kira 5,000 pengunjung dari dalam dan luar negeri, termasuk para pelancong daripada negara luar kecewa apabila mereka gagal menaiki Menara Taming Sari akibat bekalan elektrik terputus pada 26 Disember lalu.

Kejadian tersebut mengakibatkan kalangan pengunjung dari luar Melaka berasa kecewa kerana ini lah kali pertama mereka ingin merasakan pengalaman menaiki menara berkenaan.

Media melaporkan bahawa Pihak Menara Taming Sari mengalami kerugian anggaran dalam RM8,000 akibat kejadian tersebut.

Saya mencadangkan kepada pihak Menara Taming Sari supaya bersedia untuk menghadapi kemungkinan bekalan elektrik terputus pada masa hadapan.

Mungkin terdapat jalan penyelesaian lain bagi mengatasi masalah seumpama ini. Antara cara yang mungkin boleh diambil ialah penggunaan janakuasa alternatif dan sebagainya.

Selain itu saya mencadangkan supaya pihak Pengurusan Menara Taming Sari membuat perjanjian dan kontrak dengan TNB di mana jika terdapat gangguan elektrik seperti ini maka TNB mestilah membayar pampasan dengan kadar tertentu kepada Menara Taming Sari bagi menampung kerugian yang dialami.

MEDAN SELERA BUKIT BERUANG JADI GAJAH PUTIH? ~ Ref Malaysiakini

Medan Selera Bukit Beruang yang dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka pada 28 Disember lalu tidak mendapat sambutan dari peniaga apabila hanya 2 gerai dari 8 gerai disediakan mula beroperasi. 6 gerai lagi kosong tiada peniaga.

Projek pembinaan medan selera ini telah dimulakan pada 27 Februari 2007 dan mengandungi lapan unit gerai perniagaan terletak di atas Lot 1830, Bukit Beruang. Ianya dibina di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mengikut pelan pembangunan setara.

Projek ini telah disiapkan sepenuhnya pada 30 Jun 2008 dengan kos pembinaan sebanyak RM418,400 tidak termasuk kos tambakan tanah.

Pada peringkat awal, pembinaannya pada Mac 2007, projek ini melibatkan pemindahan 13 kubur lama yang berusia lebih 60 tahun. Pemindahan itu mendapat kelulusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka, di mana 13 kubur tersebut telah dipindahkan ke Tanah Perkuburan Jelutong, Sungai Putat dan dipantau Setiausaha MAIM.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam ucapan perasmian Medan Selera tersebut, ternyata kesal apabila mendapati banyak gerai kosong di Medan Selera Bukit Beruang semasa majlis pelancarannya tempohari.

Menurut beliau, perkara tersebut tidak seharusnya berlaku sekiranya pegawai yang berkenaan segera meluluskan geran pelancaran gerai tersebut

Kegagalan pihak yang menguruskan gerai ini untuk mendapatkan peniaga menjadikan projek ini seolah-olah menjadi Gajah Putih. Adalah diharapkan pihak terbabit segera mengatasi masalah ini.
Gambar diatas sekadar hiasan tiada kaitan dengan artikel ini.

KESAL KENYATAAN PEWARIS ~ Ref Malaysiakini

Saya kesal dengan kenyataan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) yang mendakwa bahawa PAS menolak kehadiran Pewaris yang ingin menyerahkan memo pada majlis Malam Himpunan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi 2 hari lalu.
Kenyataan Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md. Harun di dalam media hari ini jelas membuktikan beliau berbohong dan membuat tuduhan mengelirukan.
Pada malam tersebut 5 orang wakil Pewaris dibenarkan untuk masuk ke stadium dan menyerahkan memo tersebut kepada Naib Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu. Unit Amal hanya bertindak mengawal suasana dan mereka menghalang kesemua penyokong Pewaris masuk bagi mengelakkan suasana yang tidak diingini berlaku. Pihak Polis juga turut sama mengawal keadaan ketika itu.
Satu perkara lagi yang menghairankan saya ialah mengapa Pewaris tidak menghantar memo kepada kerajaan negeri Melaka yang bertanggungjawab terhadap isu penternakan babi ini, Pewaris hanya menyerahkan memo mereka kepada Pengerusi Pemantau sahaja iaitu Abu Seman Yusop. Apa ada udang di sebalik 'mee' yang menyebabkan mereka tidak berbuat demikian.
Pewaris sepatutnya menghantar memo ini kepada pihak yang berkuasa di Melaka. Dalam konteks ini kerajaan negeri Melaka yang paling berkuasa dan berhak menentukan samada babi boleh dihapuskan atau dipindahkan dari Paya Mengkuang.

30 December 2008

BN BAKAL BERKUBUR DI KUALA TERENGGANU? ~ Ref Malaysiakini

Akibat takut kepada bayang sendiri Umno/BN terpaksa memulakan kempen awal dengan bakal calonnya, Wan Ahmad Farid bertukar menjadi sangat mesra rakyat dan 'friendly'.

Selain itu pagi-pagi lagi di Wan Ahmad Farid dilihat masuk ke kampung bertemu rakyat di kedai-kedai kopi dan bergerak dari rumah ke rumah bertemu orang kampung. Hebat betul calon BN ini memang bekerja kuat nampaknya untuk menang.

Beliau terpaksa berlakon dan bekerja keras bagi memastikan karier politiknya tidak terbantut andai beliau kalah di Kuala Terengganu. Kalau kalah jawatan Timbalan Menteri melayang dan yang pasti kedudukan sebagai senator akan dilepaskan lebih awal. Mahu tidak mahu beliau mesti menang.
Oleh kerana BN tidak yakin akan kemampuannya sendiri, BN terpaksa berkempen habis-habisan dari awal bermula sebaik sahaja Allahyarham Dato' Razali Ismail meninggal.
Bukan setakat lakonan ala aktor Bollywood, kini wang ringgit dan habuan mula melimpah-limpah datang ke Terengganu. Wang royalti berjumlah lebih dari RM400 juta sudahpun dikembalikan kepada negeri Terengganu oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap 'Santa Klaus' kempen pilihanraya terhebat, Najib Razak.
Pengundi Cina di Kuala Terengganu menerima RM300 seorang sebagai ang pow untuk memancing mereka mengundi BN.
Hari ini Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato' Haji Mustafa Ali pula memberitahu bahawa sejumlah RM6.1 juta akan diagihkan sebagai habuan untuk pengundi Cina di sana.
Pada 27 Disember 2008 lalu, kerajaan BN meluluskan peruntukkan sebanyak RM3.3 juta untuk Dewan Perhimpunan Perhubungan Cina Terengganu di Pulau Kambing dan RM2.8 juta lagi bagi menyiapkan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin.

Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said dipetik sebagai berkata sekiranya BN menang cemerlang dalam pilihan raya nanti pihaknya memberi 'jaminan' memastikan lebih banyak pembangunan kepada masyarakat Cina di negeri ini.
Namun dilihat kepada riak-riak awal dan 'mood' pengundi Kuala Terengganu ramai pemerhati percaya BN tersilap taktik memperbodohkan rakyat dengan duit dan projek. Rakyat Kuala Terengganu merasa terhina dengan tindakan BN ini.
Insya Allah mereka akan bangkit menumbangkan BN di Kuala Terengganu dengan kekalahan yang memalukan.

KEKEJAMAN YAHUDI : UMAT ISLAM BANGKIT NYATAKAN BANTAHAN ~ Ref Malaysiakini

Rakyat Malaysia khususnya umat Islam hari ini bangkit menunjukkan kebencian kepada kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel yang membunuh rakyat Palestin di Gaza. Kemarahan umat Islam Malaysia terhadap yahudi ini diterjemahkan pada demonstrasi aman yang diadakan tengahari tadi.

Kira-kira 500 aktivis dari pelbagai NGO dan parti politik menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat.

Satu memorandum diserahkan kepada wakil kedutaan Amerika antara lain menuntut Amerika segera campur tangan dalam memaksa Israel menghentikan segera serangan ke atas penduduk Palestin.

Mari sama-sama kita berdoa supaya Allah menyelamatkan rakyat Palestin dari kekejaman Yahudi dan memusnahkan tentera dan kerajaan Yahudi yang jelas zalim dan kejam.

Gambar : Ihsan Harakahdaily

ISU BABI : MEMO UNTUK KERAJAAN NEGERI MELAKA ~ Ref Malaysiakini

Setelah 50 tahun penternakan babi dijalankan di Masjid Tanah, kerajaan negeri Melaka terus gagal menanganinya sehingga menyebabkan berlakunya bantahan dan rasa tidak puashati penduduk setempat dan penternak-penternak babi itu sendiri.
Saya hairan bagaimana isu ini dibiarkan berlarutan oleh kerajaan negeri pimpinan Umno. Mungkinkah mereka sengaja membiarkan isu ini berlanjutan bagi mendapatkan 'political mileage'.

Untuk itu saya ingin mengambil perhatian kerajaan Melaka supaya mempertimbangkan cadangan dan gesaan di bawah demi untuk kebaikan bersama :-

1) Kerajaan negeri mesti mengambil perhatian serius terhadap bantahan Pewaris yang menggesa supaya babi dipindahkan dari Masjid Tanah dan dalam masa mencari kawasan lain yang sesuai untuk penternak meneruskan penternakan mereka.

2) Kerajaan negeri dan agensi kerajaan mesti mengeluarkan lesen dan permit di kawasan baru bagi membolehkan penternak meneruskan kegiatan penternakan mereka. Pada masa yang sama kerajaan negeri dan agensi kerajaan boleh menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan.

3) Kerajaan negeri mesti membayar pampasan kepada apa sahaja kerugian yang dialami oleh penternak dalam proses pemindahan kawasan penternakan tersebut. Ganti rugi itu meliputi prasana dan lain-lain.

4) Agensi kerajaan mesti memberi tunjukajar dan khidmat nasihat kepada penternak untuk menjalankan kegiatan penternakan yang sistematik, teratur dan tidak mengotori alam sekitar.

5) Kerajaan negeri dan agensi terbabit mesti melaksanakan pemulihan alam sekitar di kawasan Paya Mengkuang dan sekitarnya yang terjejas akibat penternakan babi yang sudah berlarutan selama 50 tahun.

6) Sebelum sesuatu tindakan diambil, kerajaan negeri, agensi kerajaan dan penternak mesti duduk semeja berunding bagi menyelesaikan isu ini secara baik demi menjaga kebajikan penduduk setempat dan penternak-penternak babi.

7) Kerajaan negeri mesti mencari suatu kawasan alternatif untuk dijadikan kawasan penternakan babi khusus untuk bekalan negeri Melaka sahaja. Manakala bilangan babi mesti dihadkan untuk kegunaan penduduk Cina negeri Melaka sahaja.

8) Kerajaan negeri dan pihak keselamatan mesti memantau kegiatan pihak-pihak tertentu yang mengaitkan isu ini dengan perkauman yang sangat merbahaya.

KESAL DENGAN TINDAKAN INDIVIDU YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Saya sangat kesal dengan individu yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama saya untuk membuat komen diruangan Chatting Box (bincang/muzakarah) di blog ini.

Setelah saya memberikan amaran beberapa kali individu terbabit terus juga menggunakan nama saya untuk membuat komen yang kontroversi.

Oleh itu saya terpaksa menutup ruangan perbincangan/muzakarah tersebut.

Sekian, harap maklum. Segala kesulitan amat dikesali. Jika tuan-puan mempunyai pesanan, kritikan, pandangan dan maklumat sila email atau sms kepada saya :-

Email : sofiwahab@gmail.com , 019-682 1318

PENDUDUK MARAH MBMB KENAKAN CAJ PARKIR ~ Ref Malaysiakini

Batu Berendam : Penduduk di sekitar Taman Merdeka membantah tindakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengenakan caj parkir yang di kawasan tersebut.
Setiausaha PAS Cawangan Taman Merdeka, Fuad Abdul, 39 berkata Tindakan MBMB ini merupakan suatu langkah yang tidak masuk akal dan tidak bertanggungjawab.
"Nak pergi ke kedai beli rokok pun kena pakai kupon parkir, nak pergi kedai kopi letak kereta sebelah kedai kopi kampung pun kena bayar".
"MBMB kena fikir sedikit tentang kesusahan rakyat yang sedang teruk dihimpit masalah harga barang naik, kini kena bayar parkir pulak, mana logik" keluh Fuad.
Seorang penduduk berdekatan, Amat Alang, 40 pula berkata MBMB sepatutnya mencari jalan untuk tidak membebankan rakyat dalam keadaan kegawatan ekonomi bukannya mencari jalan mudah 'merompak' duit rakyat.
"Kami sudah tinggal di sini begitu lama, sepatutnya kami tidak dibebankan dengan bayaran parkir seperti ini, takkan kami hendak berjalan kaki dari rumah untuk ke kedai akibat untuk bawa kereta kerana dikenakan caj parking".
"Jadi mencadangkan supaya MBMB menarik balik penguatkuasaan caj parkir di Taman Merdeka ini serta merta" gesa Amat yang tinggal di Taman Angkasa Nuri bersebelahan dengan Taman Merdeka.
Seorang pekerja swasta, Khairul Salleh, 30 pula kesal dengan sikap MBMB dan kerajaan negeri Melaka yang tidak bertimbangrasa dengan rakyat.
"Mungkin kerana MBMB dan kerajaan negeri sudah tidak ada sumber maka rakyat pula yang menjadi korban".
"Akibat mereka terlalu boros berbelanja akhirnya duit dah habis, maka mereka paksa rakyat bayar parking pula" katanya yang tinggal di Taman Merdeka.

Isnin lalu kira-kira 100 penduduk sekitar Taman Merdeka mengadakan demonstrasi aman di taman tersebut membantah keputusan MBMB yang mula mengenakan caj parkir di kawasan tersebut. Demonstrasi aman itu diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong (gambar) dari DAP.

HAPUS BABI, PERTAHANKAN ISA ~ Ref Malaysiakini

Babi adalah makhluk Allah yang dijadikan Allah. Mustahil ianya dapat dihapuskan kerana sudah tentu Allah maha mengetahui mengapa ia dijadikan olehNya. Babi dihukumkan sebagai Najis Mughallazah yang perlu disamak. Ada babi yang diternak dan ada babi liar. Jika betul dengan cara penternakan dan pengawalan alam sekitarnya ia tidak membawa mudarat kepada manusia. Namun jika ianya tidak diternak dengan betul dan sistematik maka ia boleh memudaratkan manusia. Maka menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengawal selia dan menguatkuasakan undang-undang.

ISA pula adalah undang-undang ciptaan manusia yang zalim dan tidak berperi kemanusiaan di mana manusia ditahan sesuka hati tanpa diberi hak membela diri. Ia seumpama undang-undang drakonian yang tidak bertamadun. Malangnya ISA terus di'ternak' oleh kerajaan BN yang mengaku mengamalkan Islam Hadhari yang kononnya mengagungkan kebebasan dan kemerdekaan. ISA terus diberi 'makan' dan di'subur'kan oleh kerajaan BN kerana ia ternyata merupakan senjata ampuh untuk mempertahankan kuasa mereka.

Kalau babi adalah haram hukumnya jika di makan, ISA juga haram hukumnya kerana di dalam Islam si tertuduh mesti dibicarakan dan diberikan peluang untuk membela diri. Selagi ia tidak dibuktikan bersalah selagi itulah si tertuduh belum dikategorikan penjahat.

Malangnya Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) yang sibuk-sibuk menggesa babi dihapuskan hanya melihat mudarat yang dibawa oleh babi tetapi tidak nampak mudarat dan haramnya ISA.

Sebab itu mereka sibuk-sibuk menggesa babi dinyahkan dari Melaka tetapi ISA yang terbukti zalim dan bertentangan dengan Islam disanjung dan dipertahankan.

PAS MELAKA TIDAK PINGGIRKAN ISU BABI ~ Ref Malaysiakini

Pelbagai pihak cuba menuding jari mengatakan PAS Melaka bersifat lepas tangan terhadap isu babi di Melaka. Ini tidak benar sama sekali.

PAS Melaka mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu babi. Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman (gambar) dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Adly Zahari sememangnya dari awal isu ini berbangkit sentiasa memantau isu ini bagi memastikan semua pihak yang terlibat tidak dizalimi dan ditindas. PAS Melaka telah mencadangkan pelbagai kaedah penyelesaian namun ianya tidak diendahkan oleh pihak terbabit.

Malah PAS Kawasan Masjid Tanah sendiri sentiasa mengikuti perkembangan isu ini disamping mengambil beberapa jalan dan langkah sesuai bagi menangani isu ini yang kerapkali dieksploitasi oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Adly Zahari bersama-sama pimpinan PAS Kawasan Masjid Tanah seperti Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Ustaz Imran Abdul Rahman (gambar) dan Ketua Penerangan Kawasan Ustaz Julasopiyah Kassim sudah beberapa kali turun padang bertemu penduduk setempat termasuk para penternak babi bagi menyelesaikan isu ini.

Namun PAS Melaka tidak mahu terjebak dengan isu perkauman yang dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan orang Melayu dan orang Cina serta penternak-penternak babi. Oleh kerana itu pemimpin PAS Melaka tidak mahu terlibat dengan demonstrasi yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu yang jelas cuba mengheret isu ini menjadi isu perkauman.

Banyak kain rentang yang dipasang di kawasan terbabit memperlihatkan bahawa isu ini cuba dijadikan isu perkauman yang merbahaya kepada keharmonian rakyat Malaysia.

Bagi PAS Melaka isu ini mesti diselesaikan dengan baik bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar dan bau busuk yang menganggu penduduk bukan sahaja orang Melayu malah semua kaum dan pada masa yang sama kebajikan penternak babi juga perlu diambil kira.

Kerajaan Negeri Melaka mesti mencari kaedah yang tepat, adil dan diterima semua pihak dalam usaha untuk menyelesaikan isu alam sekitar dan isu penternakan haram babi di Masjid Tanah.

Pelbagai kaedah boleh dilakukan antaranya mencari tapak baru penternakan babi, memberi insentif kepada penternak yang menghapuskan ternakan mereka, memberikan lesen kepada penternak dengan menghad jumlah ternakan untuk kegunaan negeri Melaka sahaja dan lain-lain kaedah yang sesuai.

Kerajaan negeri Melaka juga mesti memulihara alam sekitar teruk tercemar di kawasan tersebut demi menjaga kebajikan penduduk setempat.

PAS KAWASAN BUKIT KATIL ROMBAK AJKNYA

PAS Kawasan Bukit Katil melakukan rombakan kabinetnya dengan melantik Ramli Dalip sebagai Ketua Penerangan yang baru menggantikan Khairul Che Salleh dan Amran Kassim mengambilalih tugas sebagai Pengarah Majlis Tindakan DUN Bukit Baru dari Ramli.
Rombakan AJK ini dibuat selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kawasan Bukit Katil baru-baru ini. Ianya berkuatkuasa serta merta.

Seorang jurucakap PAS Kawasan yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, rombakan ini bertujuan untuk memantapkan lagi gerakerja PAS Kawasan bagi menghadapi tahun baru 2009 yang lebih mencabar.

BUKAN PAS TIADA ISU TETAPI BN YANG MISKIN ISU ~ Ref Malaysiakini

Calon BN Wan Farid Wan Salleh berkata bahawa PAS tiada isu untuk digunakan pada PRK Kuala Terengganu.
Saya hairan bagaimana seorang yang terpelajar dan kononnya hebat tidak nampak betapa susahnya rakyat untuk meneruskan kehidupan akibat harga barang yang melambung, indeks jenayah yang meningkat, kedudukan ekonomi yang semakin teruk, gejala sosial membarah, pengangguran yang semakin membimbangkan dan sebagainya.
Adakah perkara-perkara di atas bukan isu.?
Apakah Wan Farid sangka bahawa rakyat akan berdiam diri dengan masalah tersebut?
Wan Farid juga kena ingat bahawa rakyat Kuala Terengganu bukannya buta dan pekak tidak perasan dengan pembaziran kerajaan BN yang membina masjid kristal dan Pulau Wan Man serta menganjurkan kejohanan Piala Monsun yang menghanguskan duit rakyat bernilai ratusan juta.
Wan Farid jangan terkejut jika rakyat tidak menunjukkan reaksi mereka sekarang tetapi menterjemahkan protes di dalam peti undi-peti undi pada 17 Januari nanti.
Hari ini media pengampu melaporkan bahawa Wan Farid yakin Parti pembangkang khususnya Pas tidak mempunyai isu untuk diketengahkan kepada rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari depan.

Beliau juga berkata, Pas juga tidak mungkin mampu meraih undi lebih besar apatah lagi mencatatkan kemenangan.
Namun bagi pendapat saya, Umno/BN yang miskin isu sekarang sehingga terpaksa 'recycle' semula isu lama iaitu hudud sehingga isu ini memakan diri mereka sendiri.

29 December 2008

PRK KUALA TERENGGANU : PAS CALONKAN PROF KHAZANI ? ~ Ref Malaysiakini

PAS calonkan Prof Khazani sebagai calonnya pada PRK Kuala Terengganu? Itulah posting yang dinukilkan oleh sebuah blog antara beratus-ratus blog yang membicarakan tentang PRK Kuala Terengganu.
Dari mana sumber blog itu perolehi saya pun tidak tahu, mungkinkah blog tersebut dapat membaca hati dan gerak Presiden PAS yang dilaporkan akan memilih calon yang paling sesuai setelah mesyuarat AJK PAS Pusat 21 Disember lalu tidak membuat keputusan untuk memilih calon PAS.
Maka banyak pihak mendakwa bahawa kini tugas memilih calon diamanahkan kepada kebijaksanaan Presiden PAS. Ini kerana semua calon yang dikemukakan sudah tentu semuanya layak dan lepas tapisan Ahli Majlis Syura Ulama'.
Bagi saya tidak salah untuk blog-blog itu membuat ramalan dan telahan walaupun ianya mungkin betul atau tidak betul. Mungkin jika betul ia hanyalah secara kebetulan sahaja.
Pada pandangan saya, PAS perlu meneliti semua petunjuk dan maklumat sebelum memilih calon tersebut. Saya sangat bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Tuan Guru Presiden yang menyatakan semua pandangan akan diambilkira hatta surat layang dan blog yang mempunyai pandangan masing-masing.
Maka sudah tentu PAS akan mengambilkira pandangan dan cadangan cawangan-cawangan yang dengar khabarnya mahukan ADUN Batu Burok, YB Syed Azman Syed Ahmad dicalonkan bagi mewakili PAS pada PRK ini. Pandangan ini dikuatkan lagi dengan keputusan kajiselidik Firma bebas, Merdeka Centre; Centre for Election Reform (CERI) dan Ilham Centre semuanya menunjukkan bahawa Syed Azman mengatasi bakal-bakal calon lain.
Jadi bagi saya pandangan cawangan-cawangan dan firma bebas ini patut diambilkira dengan serius bagi memastikan akar umbi berpuashati dengan calon pilihan mereka. Malah adalah penting untuk PAS menampilkan calon muda dan professional bagi mengimbangi calon BN yang muda belia.

RAJA KOTAK BERSAMA KOTAK-KOTAKNYA BERKAMPUNG DI KUALA TERENGGANU ~ Ref Malaysiakini

Dalam politik Malaysia memang banyak gelaran istimewa diberikan kepada ahli-ahli politik. Antaranya Raja Katak yang diberikan kepada ahli politik yang suka melompat parti untuk cari makan.

Lalang jolokan kepada individu yang tidak ada pendirian politik di mana sana pun boleh sini pun boleh, mana yang bagi banyak itu yang dia pilih.
Kini timbul pula gelaran iaitu Raja Kotak. Diriwayatkan Raja Kotak ini mendakwa mempunyai 6 kotak rahsia berenaan salah laku dan rasuah pemimpin-pemimpin BN. Namun sehingga kini Raja Kotak belum membongkar rahsia tersebut. Malah saya yakin Raja Kotak sudah pasti tidak akan membuka keenam-enam kotak tersebut. Kemungkinan juga 6 kotak yang dinyatakan oleh Raja Kotak ada sandiwara sahaja untuk menyedapkan cerita semasa beliau masih bersama-sama PKR.
Kini Raja Kotak sudah melompat menyeberang menyertai parti yang beliau maki hamun, caci, cerca dan tuduh. Mana mungkin beliau berani membuka kotak-kotak tersebut (itu pun jika benar kotak itu ujud).
Maka saya yakin Raja Kotak ini akan membawa keenam-enam kotak tersebut di dalam mimpi beliau sahaja. Jika ada kotak-kotak itu pun mungkin kotak kosong yang tidak berisi tidak sebagaimana dakwaan Raja Kotak bahawa kotak tersebut penuh dengan informasi dan bukti-bukti salah laku dan penyelewengan pemimpin Umno/BN.
Hari ini media melaporkan bahawa Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Terengganu mengalu-alukan kehadiran Ezam Mohd Nor yang dijemput oleh calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Datuk Wan Farid Wan Salleh untuk membantu kempennya bulan depan.

TAHNIAH TUANKU MUKHRIZ ~ Ref Malaysiakini

Negeri Sembilan mendapat Yam Tuan Besar yang baru apabila Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 pada kira-kira jam 3.50 petang ini.

Pemasyhuran tersebut berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti dengan penuh istiadat diraja.
Patik mengucapkan tahniah ke bawah Duli Tuanku dan berdoa semoga Negeri Sembilan akan lebih makmur, aman dan sentosa pada masa depan.

Rakyat Negeri Sembilan sudah tentu gembira dan berbesar hati dengan perlantikan tuanku.

ISU BABI : APA PEWARIS MAHU? ~ Ref Malaysiakini

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dilaporkan akan menyerahkan memo meminta Presiden PAS dan Ketua Pembangkang berusaha untuk menghapuskan ternakan babi di Melaka.
Saya yakin tidak ada salahnya Pewaris menyerah memo tersebut kepada Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Majlis pelancaran kempen mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam ini di Stadium Bandar Baru Bangi.
Ini bermakna Pewaris menghargai peranan yang dimainkan oleh kedua-dua pemimpin PAS dan PKR itu dalam menyelesaikan isu melibatkan Islam dan rakyat terbanyak selama ini.
Cuma saya ingin mengingatkan Pewaris bahawa isu penternakan Babi di Melaka tidak akan dapat diselesaikan selagi kerajaan BN sendiri tidak serius, lemah, lembap dan sebagainya. Malah saya yakin isu ini berpanjangan disebabkan agenda puak-puak tertentu yang sengaja melengah-lengahkan penyelesaian isu agar ianya dapat dijadikan modal politik untuk memancing undi selain turut dijadikan alat untuk mengalihkan tumpuan rakyat kepada isu-isu yang lebih penting dan hangat sekarang.
Jadi elok kiranya Pewaris terus mendesak kerajaan BN Melaka supaya mencari jalan penyelesaian dengan tidak menzalimi sesiapa samada penduduk Melayu dan juga penternak babi itu sendiri.

HORMATI ULAMA' - TIMBALAN AGONG ~ Ref Malaysiakini

Timbalan Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah bertitah bahawa sikap tidak menghormati para ulama, suka mengambil jalan mudah dengan mengenepikan ajaran agama, malas berfikir dan berusaha, bermusuhan sesama umat Islam dan mengutamakan kepentingan peribadi tanpa mempedulikan hukum halal dan haram perlu ditinggalkan oleh semua umat Islam kerana unsur-unsur inilah yang telah menjadi kekangan bagi membangunkan ummah yang gemilang.
Baginda bertitah demikian pada majlis sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1430H/2OO8M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putra Jaya hari ini.
Saya sangat bersetuju dengan titah baginda yang jelas menampakkan baginda begitu prihatin dengan sikap umat Islam hari ini termasuk pemerintah yang tidak menghormati ulama' dan sering membelakangkan fatwa, pandangan dan nasihat ulama'.
Sudah peristiwa bagaimana pandangan ulama' diketepikan antaranya larangan bertafakur dan menghormati tugu negara, pengharaman program jom heboh dan lain-lain.
Jadi saya mengharapkan rakyat dan pemimpin taat dan setia dengan titah baginda ini demi kesejahteraan dan kedaulatan Islam.

WINNING TEAM MESTI DIBENTUK SEGERA ~ Ref Malaysiakini

PAS terutamanya diperingkat kawasan mesti membentuk 'Winning Team' diperingkat kawasan, MTD dan UPU secepat mungkin bagi memastikan kerja-kerja mendekati rakyat, kebajikan dan sebagainya dapat disegerakan dengan teratur dan sistematik.
Tanpa komitmen dan kerja-kerja berterusan dan istiqamah saya bimbang kita akan kempunan lagi.
PAS Melaka sebenarnya tidak ketandusan 'resources' dan prasarana. Apa yang penting ianya perlu digarap dan disuburkan dari masa ke semasa.
Sesebuah organisasi yang ingin maju dan berkembang sudah pasti memerlukan 'resources' yang mantap, terlatih, cukup lengkap dan up to date. Paling penting tenaga yang ada mestilah istiqamah, bertaqwa dan terlatih.
Lantaran itu budaya latihan, kursus, bengkel, usrah gerakerja dan sebagainya mesti digerakkan segera. Saya sebagai salah seorang anggota jemaah sanggup dan bersedia untuk mewaqafkan tenaga, wang ringgit, idea dan apa sahaja yang ada dan termampu untuk membantu jemaah.
Kepada sesiapa yang ingin sama-sama berkongsi pengalaman, idea, sedikit ilmu (jika bermanfaat) sila hubungi saya bila-bila masa. No problem.
Takbir.

MULAKAN TAHUN BARU DENGAN KEMENANGAN ISLAM DAN RAKYAT ~ Ref Malaysiakini

Saya mendoakan tahun baru Hijrah 1430 dan Masehi 2009 akan bermula dengan kenangan manis kemenangan perjuangan Islam dan rakyat pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu 17 Januari ini.
Tidak ada yang lebih manis dan syahdu bagi sebuah perjuangan selain dari mendapat keredhaan Allah dan mengalahkan golongan zalim dan bongkak yang bermaharajalela meminggirkan hukum Allah dan menindas rakyat sesuka hati.
Kalau Yahudi di Asia Barat menzalimi umat Islam di Palestin, Umno/BN pula menzalimi Islam dan rakyatnya di sendiri dengan pelbagai tekanan dan penindasan. Walaupun rakyat dilihat hidup aman damai senang lenang di mata orang luar hakikatnya adalah tidak sedemikian. Rakyat dikongkong dan dihina oleh undang-undang drakonian ISA, AUKU, OSA dan lain-lain.
Rakyat berada dalam ketakutan dek kerana indeks jenayah yang meningkat saban hari samada rompakan, pembunuhan, perogolan dan sebagainya.
Ibubapa bimbang untuk melepaskan anak remaja mereka keluar dari rumah lantaran persekitaran yang tidak menjanjikan suasana kondusif untuk remaja. Maksiat berlaku berleluasa, gejala dadah tidak pernah susut, khalwat berlaku saban hari malah jam, pergaulan bebas digalakkan, program hiburan melampau-lampau dan seribu satu macam ancaman kepada anak remaja.
Rakyat terus tertekan dan tertindas dengan harga barangan yang melambung tinggi tidak masuk akal. Dalam masa yang sama semakin ramai rakyat yang akan kehilangan pekerjaan akibat krisis ekonomi yang melanda negara dan global. Harga dua komiditi utama iaitu getah dan kelapa sawit terus merudum menjadi mimpi ngeri kepada pekebun dan peladang.
Harga minyak sudah mencecah paras terendah juga tidak memberikan berita gembira kepada rakyat. Kerajaan terus menagih subsidi dari rakyat dengan mengenakan harga minyak lebih tinggi dari harga sepatutnya iaitu di bawah RM1.50 seliter sedangkan harga yang dikenakan ialah RM1.80 seliter untuk minyak petrol. Ini bermakna kerajaan 'merompak' duit rakyat lebih dari 30 sen seliter.
Kerajaan BN pusat terus menekan kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat. Peruntukan dan peluang pelaburan disekat, program-program pusat dihentikan, peruntukan kepada wakil rakyat dinafikan dan macam-macam lagi.
Paling malang kerajaan BN yang dipimpin oleh orang yang bernama Islam terus meminggirkan Islam dan undang-undang Islam. Islam dikurung di dalam pejabat agama. Islam bukannya memerintah tetapi diperintah menurut kemahuan pemimpin.
Bahasa Melayu yang sepatutnya menjadi teras komunikasi dan pendidikan di Malaysia terus dihina dan dipijak-pijak. Ianya terus menjadi bahasa kedua ditanahair sendiri lantaran kemaruk kerajaan BN yang kononnya ingin maju tetapi dalam masa yang sama menguburkan bahasa ibunda sendiri.
Hasrat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hudud terus dihalang oleh kerajaan Islam Hadhari kerana kebongkakan mereka tidak mahu meminda perlembagaan persekutuan yang membolehkan enakmen negeri digunapakai di peringkat negeri. Kerajaan pusat sebenarnya bukan menentang undang-undang hudud tetapi menentang dan menghina Islam itu sendiri.
Jadi saya mendoakan tahun 1430 H dan 2009 M ini akan memberikan sinar kebahagian dan kemanisan kepada perjuangan Islam. Ini tidak mustahil untuk dicapai oleh kita semua dengan komitmen dan kesungguhan perjuangan yang ditunjukkan oleh pejuang Islam dan pejuang rakyat di Malaysia ini.
Mari sama-sama kita bergabung untuk mengajar kerajaan BN pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu sebagai isyarat awal supaya mereka insaf dan menjadi sebuah kerajaan yang mendaulatkan Islam dan menjaga kebajikan rakyat.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter