BN BAKAL BERKUBUR DI KUALA TERENGGANU? ~ Ref Malaysiakini

Akibat takut kepada bayang sendiri Umno/BN terpaksa memulakan kempen awal dengan bakal calonnya, Wan Ahmad Farid bertukar menjadi sangat mesra rakyat dan 'friendly'.

Selain itu pagi-pagi lagi di Wan Ahmad Farid dilihat masuk ke kampung bertemu rakyat di kedai-kedai kopi dan bergerak dari rumah ke rumah bertemu orang kampung. Hebat betul calon BN ini memang bekerja kuat nampaknya untuk menang.

Beliau terpaksa berlakon dan bekerja keras bagi memastikan karier politiknya tidak terbantut andai beliau kalah di Kuala Terengganu. Kalau kalah jawatan Timbalan Menteri melayang dan yang pasti kedudukan sebagai senator akan dilepaskan lebih awal. Mahu tidak mahu beliau mesti menang.
Oleh kerana BN tidak yakin akan kemampuannya sendiri, BN terpaksa berkempen habis-habisan dari awal bermula sebaik sahaja Allahyarham Dato' Razali Ismail meninggal.
Bukan setakat lakonan ala aktor Bollywood, kini wang ringgit dan habuan mula melimpah-limpah datang ke Terengganu. Wang royalti berjumlah lebih dari RM400 juta sudahpun dikembalikan kepada negeri Terengganu oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap 'Santa Klaus' kempen pilihanraya terhebat, Najib Razak.
Pengundi Cina di Kuala Terengganu menerima RM300 seorang sebagai ang pow untuk memancing mereka mengundi BN.
Hari ini Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato' Haji Mustafa Ali pula memberitahu bahawa sejumlah RM6.1 juta akan diagihkan sebagai habuan untuk pengundi Cina di sana.
Pada 27 Disember 2008 lalu, kerajaan BN meluluskan peruntukkan sebanyak RM3.3 juta untuk Dewan Perhimpunan Perhubungan Cina Terengganu di Pulau Kambing dan RM2.8 juta lagi bagi menyiapkan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin.

Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said dipetik sebagai berkata sekiranya BN menang cemerlang dalam pilihan raya nanti pihaknya memberi 'jaminan' memastikan lebih banyak pembangunan kepada masyarakat Cina di negeri ini.
Namun dilihat kepada riak-riak awal dan 'mood' pengundi Kuala Terengganu ramai pemerhati percaya BN tersilap taktik memperbodohkan rakyat dengan duit dan projek. Rakyat Kuala Terengganu merasa terhina dengan tindakan BN ini.
Insya Allah mereka akan bangkit menumbangkan BN di Kuala Terengganu dengan kekalahan yang memalukan.

Comments

~PakKaramu~ said…
Selamat menyambut tahun baru hijrah dan mengubah azam terus agsasif
bn bukan bakal berkubur di terengganu tapi bakal berjirat(tempat tanam mayat orang yg melawan islam)....tak layak bn ni kita letak dengan berkubur...sbb berkubur untuk org islam...kita tanam santa klaus bn ni dalam jirat mereka...bn lakanatullah selalu umpan ngan duit dan hadiah...cara islam ke gitu?
kekwa66 said…
Orang bagi angpau terima je...bila pangkah nanti...hmmmm...buka mata besar-besar ya!
Anonymous said…
Kalau PAS letak Mustapha Ali - BN akan menang. Kalau letak Dr Syed Azman atau Mat Sabu - ada harapan menang.
Ni apasal lambat sangat nak umumkan calon?