IKHTIARKAN CARA UNTUK ATASI KESESAKAN ~ Ref Malaysiakini

Sejak cuti sekolah hujung November sehingga sekarang, Bandaraya Melaka dilihat sesak dengan pelancong. Akibatnya jalanraya seringkali mengalami kesesakan lalulintas akibat kehadiran kenderaaan pelancong yang datang ke negeri ini.

Saya berkesempatan beberapa kali meninjau keadaan ini. Kerajaan negeri mesti mencari kaedah penyelesaian bagi mengatasi masalah ini yang saya lihat akan menyebabkan pelancong rimas dan tidak berminat lagi untuk datang semula ke Melaka.

Mungkin antara sebab utama kesesakan lalulintas ini ialah jalan yang kecil, masalah kenderaan yang diletakkan di bahu jalan dan sebagainya.

Untuk itu saya mencadangkan supaya kenderaan pelancong ini tidak dibenarkan di bawa masuk ke tempat-tempat popular di Bandaraya ini. Kenderaan mereka harus diletakkan ditempat parkir yang disediakan dan ianya tidak jauh dari kawasan tersebut.

Mungkin pihak MBMB boleh mengenalpasti tempat-tempat yang sesuai untuk dijadikan kawasan parkir. Saya yakin pelancong boleh berjalan kaki sahaja ke kawasan pelancongan di sekitar Bandaraya Melaka umpamanya di Bandar Hilir, ini kerana ianya terletak tidak jauh antara satu sama lain.

Cadangan pembaca blog ini untuk atasi kesesakan :

jalan sesak???apa yg susah sgt nk atasi masalh ini.Buat la bas pelancong 'bus4tour' bermula sebelum taman mini lebah.

Tetapi kerajaan negeri perlulah membuat tempat parkir kereta bertingkat terbesar selepas pintu masuk Tol Ayer Keroh.

Dibawah parkir itu letaklah bus pelancong supaya mudah pelancong boleh menaikinya dengan tidak berjalan jauh.Bas berikutmya perlu diadakansetiap 10-15 minit sahaja.bas2 ini pula akan bergerak mengikut zon warna cth merah(a.keroh meliputi tmn mini,zoo,dataran,JKM,Rumah Ketua Menteri,Watercity,king hotel,Melaka Mall,dan bukit peringgit.

Di bukit peringgit perlu ada satu perhentian bas zon biru,yang akan membawa pelacong bermula dari bukit peringgit ke bandar melaka.dan diikuti zon2 lain yg terlibat.Harga tiket bas perlu untuk semua zon pelancong termasuk peta tempat hentian bas.tempat hentian juga perlu ada bumbung,berlampu,atau mungkin letak cooler dgn menggunakan sistem solar.

tiket aprkir pula perlulah dinaikkan di kawasan pelancong dgn ini kita menggalakkan rakyat guna bas.tapi bas perlu banyak jgn sampi pelancong tggu smpi 30 minit atau sejam.Perkhidmatan teksi perlu diperbanyakkan juga dan harga perlu la berpatutan.Teksi di Melaka adalah diantara paling mahal dr Melaka Sentral ke Bkt Katil cecah Rm30.00.Potong leher pelancong.tiada benda yg mustahil semua boleh buat klu kerajaan pintar idea.

Cadangan oleh Saadon_penipu


Comments

Greaser4ever said…
jalan sesak???apa yg susah sgt nk atasi masalh ini.Buat la bas pelancong 'bus4tour' bermula sebelum taman mini lebah.Tetapi kerajaan negeri perlulah membuat tempat parkir kereta bertingkat terbesar selepas pintu masuk Tol Ayer Keroh.Dibawah parkir itu letaklah bus pelancong supaya mudah pelancong boleh menaikinya dengan tidak berjalan jauh.Bas berikutmya perlu diadakansetiap 10-15 minit sahaja.bas2 ini pula akan bergerak mengikut zon warna cth merah(a.keroh meliputi tmn mini,zoo,dataran,JKM,Rumah Ketua Menteri,Watercity,king hotel,Melaka Mall,dan bukit peringgit.Di bukit peringgit perlu ada satu perhentian bas zon biru,yang akan membawa pelacong bermula dari bukit peringgit ke bandar melaka.dan diikuti zon2 lain yg terlibat.Harga tiket bas perlu untuk semua zon pelancong termasuk peta tempat hentian bas.tempat hentian juga perlu ada bumbung,berlampu,atau mungkin letak cooler dgn menggunakan sistem solar.tiket aprkir pula perlulah dinaikkan di kawasan pelancong dgn ini kita menggalakkan rakyat guna bas.tapi bas perlu banyak jgn sampi pelancong tggu smpi 30 minit atau sejam.Perkhidmatan teksi perlu diperbanyakkan juga dan harga perlu la berpatutan.Teksi di Melaka adalah diantara paling mahal dr Melaka Sentral ke Bkt Katil cecah Rm30.00.Potong leher pelancong.tiada benda yg mustahil semua boleh buat klu kerajaan pintar idea.
kekwa66 said…
Ya, saya setuju dengan cadangan Saadon_penipu tu.....hantar kertas cadangan kpd KM kita. Mungkin diterima!