Kerajaan Islam Hadhari meneruskan tradisi menggalakkan rakyat melakukan maksiat apabila menganjurkan konsert menyambut tahun baru malam tadi.
Nampak jelas bala Allah yang menimpa negara pada tahun 2008 tidak menginsafkan Imam Hadhari Pak Lah Badawi apabila beliau turut sama menghadiri konsert menunggu detik 12 malam tadi.
Bala tanah runtuh, ekonomi merudum, perpecahan politik dan sebagainya langsung tidak diendahkan oleh pemimpin Umno apabila terus bersuka ria.
Malah kesengsaraan saudara kita di Gaza, Palestin yang dibunuh oleh Yahudi seolah-olah disambut dengan hilai ketawa oleh pemimpin kerajaan Malaysia dan sesetengah rakyatnya.
Tidak hairanlah pada setiap kali sambutan tahun baru akan ada remaja dan muda-mudi yang ditangkap kerana melakukan pesta seks, berzina dan bergaul secara bebas di hotel dan sebagainya. Ini semua kerana kerajaan sendiri menggalakkan program hiburan dan konsert di bandar-bandar besar hingga larut malam dan awal pagi.
Saya bimbang jika pemimpin yang perangai sebegini terus dipilih pada pilihanraya akan datang rakyat negara kita mungkin akan terus terjerumus ke kancah maksiat dengan lebih teruk.
Insaf lah wahai pemimpin Umno dan BN. Jangan gadaikan negara dan rakyat dengan hiburan dan program maksiat yang melalaikan.
Insaf lah wahai pemimpin Umno dan BN. Jangan gadaikan negara dan rakyat dengan hiburan dan program maksiat yang melalaikan.
Comments
saudara, sudah daftar diri untuk jadi askar relawan untuk perang irael?
saudara, pernahkah tanya keluarga anda adakah mereka hidup bahagia denganmu tanpa sebarang comment langsung?
saudara, bolehkan bagi tarikh yang tepat untuk kami berhenti sedih pasal tanah runtuh, israel, etc?
saudara, boleh izinkan kami untuk bergembira pada satu malam tahun baru 2009 tanpa syakwasangka kami akan melakukan pesta seks. kami remaja dah berpelajaran dan arif berfikir. kami bukan sezaman u. tolonglah sedar.
terima kasih kerajaan, terima kasih DSAI, pembangkang. teruskan usaha unutk menaiktaraf ekonomi negara dan perpaduan yang merangkumi semua malaysian.