PRK KUALA TERENGGANU : LEBIH BAIK WAN FARID TARIKH DIRI ~ Ref Malaysiakini

Bakal calon BN pada PRK Kuala Terengganu masih mempunyai peluang untuk mengekalkan jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri jika beliau menarik diri dari menjadi calon mewakili BN pada 6 Januari ini.

Beliau masih mempunyai pilihan demi untuk kesinambungan karier politiknya. Andai kata beliau meneruskan hasrat untuk bertanding belum tentu beliau akan menang. Jika kalah maka putihlah mata Wan Farid di mana beliau tidak akan dilantik semula sebagai senator lantaran beliau sudah meletakkan jawatannya sebelum 6 Januari ini.

Bagi saya adalah lebih baik Wan Farid tarik diri demi untuk menjaga rekod baiknya dalam politik. Tidak ada gunaya beliau meneruskan hasrat untuk bertanding jika beliau sendiri tidak yakin 100 % akan menang.

Lebih baik beliau mengekalkan apa yang telah ada dalam genggaman dari mengharapkan kepada

Comments

Anonymous said…
Tak mengapa. Wan Farid pun nak jadi macam Arif Shah, sanggup bertanding. Kalau kalah, dia pun senyap, tak ada sepatah kata pun mahu diungkapkan.
dariana said…
Ya benar, arif shah dah kalah tapi masih ADUN, wan Farid juga akan kalah sebab itu dia angkat sampah mahu lagi SENATOR!