ISU BABI : MEMO UNTUK KERAJAAN NEGERI MELAKA ~ Ref Malaysiakini

Setelah 50 tahun penternakan babi dijalankan di Masjid Tanah, kerajaan negeri Melaka terus gagal menanganinya sehingga menyebabkan berlakunya bantahan dan rasa tidak puashati penduduk setempat dan penternak-penternak babi itu sendiri.
Saya hairan bagaimana isu ini dibiarkan berlarutan oleh kerajaan negeri pimpinan Umno. Mungkinkah mereka sengaja membiarkan isu ini berlanjutan bagi mendapatkan 'political mileage'.

Untuk itu saya ingin mengambil perhatian kerajaan Melaka supaya mempertimbangkan cadangan dan gesaan di bawah demi untuk kebaikan bersama :-

1) Kerajaan negeri mesti mengambil perhatian serius terhadap bantahan Pewaris yang menggesa supaya babi dipindahkan dari Masjid Tanah dan dalam masa mencari kawasan lain yang sesuai untuk penternak meneruskan penternakan mereka.

2) Kerajaan negeri dan agensi kerajaan mesti mengeluarkan lesen dan permit di kawasan baru bagi membolehkan penternak meneruskan kegiatan penternakan mereka. Pada masa yang sama kerajaan negeri dan agensi kerajaan boleh menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan.

3) Kerajaan negeri mesti membayar pampasan kepada apa sahaja kerugian yang dialami oleh penternak dalam proses pemindahan kawasan penternakan tersebut. Ganti rugi itu meliputi prasana dan lain-lain.

4) Agensi kerajaan mesti memberi tunjukajar dan khidmat nasihat kepada penternak untuk menjalankan kegiatan penternakan yang sistematik, teratur dan tidak mengotori alam sekitar.

5) Kerajaan negeri dan agensi terbabit mesti melaksanakan pemulihan alam sekitar di kawasan Paya Mengkuang dan sekitarnya yang terjejas akibat penternakan babi yang sudah berlarutan selama 50 tahun.

6) Sebelum sesuatu tindakan diambil, kerajaan negeri, agensi kerajaan dan penternak mesti duduk semeja berunding bagi menyelesaikan isu ini secara baik demi menjaga kebajikan penduduk setempat dan penternak-penternak babi.

7) Kerajaan negeri mesti mencari suatu kawasan alternatif untuk dijadikan kawasan penternakan babi khusus untuk bekalan negeri Melaka sahaja. Manakala bilangan babi mesti dihadkan untuk kegunaan penduduk Cina negeri Melaka sahaja.

8) Kerajaan negeri dan pihak keselamatan mesti memantau kegiatan pihak-pihak tertentu yang mengaitkan isu ini dengan perkauman yang sangat merbahaya.

Comments

kekwa66 said…
mereka tu tau..bukan tak tau jalan penyelesaiannya, tak payah ajar pun...buang masa je...
Anonymous said…
dulu UMNO sibuk menghentam kerajaan PR dekat selangor dan kedah pasal isu nih..walhal di melaka yg di pimpin kerajaan UMNO pun xbole nak selesaikan..kah..kah..kah..
pemimpin UMNO melaka bacul ker atau dah termakan suap?
klu dah susah sgt org kampung bakar je ladang babi tuh..kah..kah..kah..itu yg UMNO inginkan supaya org melayu bersatu di bawah ketiak busuknyer dan menjadi jaguh melayu..kah.kah.kah..
Isu ternakan babi umno nak tunjuk tapi isu rasuah tak mahu tunjuk.
Orang Islam lemah sebab rasuah.
Rasuah memakan diri.
Tanpa rasuah , negara ni boleh lebeh maju dari Singapora dan lebeh kaya dari Brunei.Hari ini Melayu boleh hidup tanpa tongkat bernama DEB/NEP jika pemimpin islam negara ni tak tagih dengan rasuah.
isu kaum,isu agama , isu rasuah dan isu babi ini semua dari keturunan umno. parti-parti lain dalam bn cuma pak turut dan pak sedekah.
Tapi PR juga yang akan selesaikan dengan cara baik.
Kita percaya dengan adanya kerajaan baru akan ada azam baru dengan niat untuk kerja betul.