HARGA BARANG TINGGI : PM KESAL TAPI TIADA TINDAKAN ~ Ref Malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kesal kerana harga barangan masih tinggi walaupun harga petrol turun tujuh kali sejak Ogos lepas, malah lebih rendah daripada harga sebelum ia dinaikkan pada Jun.
Acapkali Pak Lah kesal dengan situasi ini tetapi malangnya tiada tindakan drastik dan agresif diambil bagi mengatasi masalah ini.
Pemimpin kerajaan dilihat hanya pandai bercakap tetapi tiada tindakan yang benar-benar berkesan diambil. Setiap kali turun bertemu rakyat mereka menjanjikan bermacam-macam bantuan dan langkah untuk membantu rakyat. Tetapi hakikatnya 'habuk pun tarak.'
Rakyat sudah muak dan bosan dengan ucapan dan syarahan sebegini tetapi hasilnya kosong. Kerajaan seolah-olah takut untuk bertindak ke atas pembekal dan penjual. Akhirnya rakyat yang menjadi mangsa penjual dan peniaga.
Adalah diharapkan selepas ini kerajaan BN benar-benar dapat menyelesaikan isu kenaikan harga barang ini dengan menggubalkan undang-undang yang sesuai untuk semua rakyat. Selain itu jawatan kuasa pemantauan dan penguatkuasaan undang-undangh.

Comments

Anonymous said…
Parti Barang Naik.. memangpun hanya tahu naik harga segalanya dan tak tau turun. Syabas! bagi mereka yang sudah jutawan dalam situ, memanglah tak tau kesusahan rakyat yang berpendapatan rendah.
Harga bahan api masih tidak berpatutan walaupun sudah di turunkan. Ada kah kerajaan bn sengaja tambah GST pada harga minyak tanpa beritahu rakyat.

kem.perdagangan gagal kawal harga , terutama harga makanan dan minuman yang di perlukan harian.
Makanan yang dijamu di kedai kopi tidak murah dan tidak di turunkan.
Kerajaan yang prihatin akan ambil langkah segera dan bukan nya tunggu macam tugu yang tidak bergerak.
Untuk PM kata kesal,rakyat lagi kesal dapat PM dan para menterinya yang tiada hala tuju.

beban boleh di kurangkan sekira nya harga electrik , air , cukai pintu , cukai bahan alat ganti kenderaan dan cukai pada bahan makanan asas di turunkan.
Kerajaan bn cuma pandai dan aktif untuk sebar hal agama, kaum , seksa rakyat , ambil rasuah dan beli peralatan dengan harga termahal tanpa rujuk kepada rakyat atau Parliament.

kalau negara amal kan sistem demokrasi yang tulus dan demokrasi yang benar, sudah lama bn masuk bakul sampah.