.

.

27 July 2013

KEADAAN INI TAK AKAN DITEMUI DI NEGERI LAIN......BETUL TAK?

Kelantan Darul Naim dimana negeri yang di kata "MISKIN" tapi 

Di negeri "miskin' itulah,
Mempunyai seorang Sultan, kesayangan rakyat.

Di negeri miskin itulah,
Jual beli dihentikan bila azan berkumandang..

Di negeri miskin itulah,
Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu..

Di negeri miskin itulah,
Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad Tahfiz Sains..

Di negeri miskin itulah,
Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba..

Di negeri miskin itulah,
Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa..

Di negeri miskin itulah,
Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama..

Di negeri miskin itulah,
Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari..

Di negeri miskin itulah,
Elaun Menteri Besar dipotong untuk Tabung Serambi Mekah..

Di negeri miskin itulah,
Amalan memberi cenderamata kepada pemimpin dihentikan..

Di negeri miskin itulah,
Waktu bekerja pada bulan Ramadhan dipendekkan..

Di negeri miskin itulah,
Cuti iddah diberikan khusus kepada kakitangan wanita yang kematian suami..

Di negeri miskin itulah,
Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan..

Di negeri miskin itulah,
Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan..

Di negeri miskin itulah,
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan..

Di negeri miskin itulah,
Ramai orang mengenal mula mengenal Tuhan..

Di negeri miskin itulah,
Lahirnya tokoh-tokoh islam terkenal..

Di negeri miskin itulah juga,
Saim-saim ambo dilahirkan dan dibesarkan..

Kredit : Tee.R.W & I Love Kelantan

GAMBAR INI PEMIMPIN UMNO DAN MCA TAK SUKA LIHAT

Gambar ini sudah tentu tidak disukai oleh pemimpin dan pendokong Umno serta juga pimpinan MCA. Parti-parti rasis dan pelampau bangsa memang tidak suka gambar-gamabr macam ini. Sebab mereka berjuang bangsa bukan berjuang untuk agama.

Gambar ihsan fb Saudara Mazlan Aliman.


Mazlan menulis dalam FB 

.......Bersama YB Wong Su Qi, ADUN DAP Senai, Sdr Hisham Mohd Zin dan pimpinan PAS Kawasan Kulaijaya. Selesai berbuka puasa di Bandar Putra, Kulai.


Seronok tengok YB DAP ni pakai baju kurung. Beliau selalu bertanya mengenai perjuangan PAS. Anak muda DAP yg belajar lama di Taiwan. Terpelajar tapi merendah diri.

Alhamdulillah...

MANUSIA SANGGUP MEMBELI KEGELAPAN DENGAN CAHAYA ALLAH


Apabila manusia takut kepada manusia maka mereka akan melakukan apa sahaja perbuatan hatta perbuatan yang menyanggah perintah Allah. 

Mereka sudah tidak lagi mengenali halal dan haram, yang penting keredhaan manusia mengatasi keredhaan Allah. 

Mereka membeli kegelepan dengan cahaya Allah. Hari terlalu ramai manusia yang mencari keredhaan manusia sehingga lupa kepada perintah Allah. Mereka sanggup membodek dan mengiyakan apa sahaja yang manusia kata hatta ianya jelas bertentangan dengan perintah Allah. 

Mereka sanggup mencari nas dan dalil untuk menghalalkan apa yang haram dan mengharamkan apa yang halal.

SIARAN LANGSUNG DARI MESIR DI SINI

SILA KLIK DI SINI UNTUK MENONTON SIARAN LANGSUNG LIVE DARI MESIR. PERHIMPUNAN DITERUSKAN DI SANA. DIDOAKAN SEMUA SELAMAT DAN KUASA RAKYAT DIKEMBALIKAN KEPADA DR MOHAMAD MORSI.

SELURUH BERDOA MOGA ALLAH MENGHANCURKAN KUDETA DAN AS-SISI YANG ZALIM DAN GANAS ITU.

MALANGNYA SEHINGGA KINI NAJIB DIAM SERIBU BAHASA TENTANG KEGANASA KUDETA MESIR INI.

KASIHAN ALI RUSTAM, SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA

Setelah tewas pada PRU 13 lalu di kerusi Parlimen Bukit Katil, hari ini Ali Rustam digugurkan pula dari jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Melaka. Begitu cepat Najib menggantikan Ali dengan Idris sebagai orang nombor satu Umno Melaka. Jelas sekali kepimpinan Ali sudah tidak diperlukan dalam Umno dan wajar sekali beliau berundur terus dari politik.

Sudah tentu ini 'hukuman' yang dikenakan kepada beliau terhadap kezaliman dan kesombongan beliau menekan pembankang semasa beliau berkuasa dahulu. Apa yang beliau tidak lakukan, runtuhkan PASTI, rampas markas PAS, ganggu ceramah, ganggu ustaz hendak mengajar di masjid dan surau serta lain-lain.

Kita harap beliau sedar dan bertaubat dari segala kerja-kerja zalim dan tidak berhati perut tersebut.

Najib hari ini mengumumkan senarai Pengerusi Perhubungan Umno negeri-negeri di mana Idris dilantik sebagai Pengerusi dan Ketua Umno Bahagian Jasin, Ahmad Hamzah sebagai Timbalan.

26 July 2013

SEDARKAH ANDA ADA STRATEGI LICIK MATIKAN PAKATAN RAKYAT SEDANG DIATUR


Apakah tindakan di bawah ini strategi pihak tertentu untuk mematikan Pakatan Rakyat???

1. Cubaan mengharamkan DAP menerusi manipulasi berita pemilihan parti itu tahun lalu.

2. Memainkan isu Syiah bertujuan mengaitkan PAS dan berpotensi parti Islam itu diharamkan. Ia strategi sama ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir cuba mengharamkan nama Islam dalam pertubuhan suatu ketika dahulu.

3. Cubaan memenjarakan Ketua Umum Parti keADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui kes Fitnah 2 pada 1 Ogos ini, beberapa hari menjelang sambutan Aidilfitri.

Nota : Namun mereka lupa, Allah sentiasa bersama golongan yang benar

Sumber : FB era pakatan

KENALKAH ANDA SIAPA ADNAN MENDERES


Mari kenali siapakah Adnan Menderes...

Ali Adnan Ertekin Menderes (lahir di Aydin tahun 1899 – meninggal di Imrali, 17 September 1961 pada umur 62 tahun) merupakan seorang negarawan Turki dan pimpinan pertama yang dipilih secara demokratis dalam sejarah Turki. Ia menjawat jawatan Perdana Menteri Turki antara tahun 1950–1960. Salah seorang pengasas Parti Demokrat pada tahun 1946, parti oposisi rasmi ke-4 di Turki.

Masyhur di kalangan masyarakat Turki tersebar kisah Adnan Menderes menaiki sebuah pesawat terbang. Semasa di angkasa, salah satu mesin pesawat mati. Pilot pesawat mengumumkan keadaan emergency. Menderes bersumpah, jika Tuhan selamatkan dirinya, dia berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki. Akhirnya pesawat pun terbakar. Satu-satunya penumpang yang selamat, hanya dirinya. Allahu a’lam.

Dia dikenali sebagai orang yang pertama kali mengembalikan azan ke dalam bahasa Arab, dimana sejak lama diubah oleh Kamal Attaturk ke dalam bahasa Turki.

Tahun 1950 bergabung dengan Parti Demokrat Turki dan menjadi calon untuk pilihanraya.Amerika pada masa itu mensasarkan bahawa Menderes akan kalah dengan manifesto-manifesto yang dibawanya. Antara kempen Menderes ialah:

-Azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab.
-Ibadah haji diizinkan.
-Pembukaan kembali sekolah-sekolah agama (Islam) dan pengajaran agama di sekolah-sekolah umum.
-Membatalkan dasar yang melarang hijab bagi Muslimah.

Dan hasilnya sangat mencengangkan! Parti Attaruk menurun 32 keursi. Manakala Parti Demokrat meraih 318 keursi. Adnan Menderes dipilih menjadi PM Turki, dengan presiden Celâl Bayar

Semenjak dilantik menjadi PM, Menderes memenuhi janji-janji di dalam manifesto. Pelantikannya bertepatan dengan awal Ramadhan dan dalam masa yang sama, Menderes mengisytiharkankan azan dengan bahasa Arab, kebebasan berpakaian untuk muslimah, pengajaran di masjid-masjid, dan dibolehkan memakmurkan masjid.

Pada pilihanraya 1954, parti Attatruk sekali lagi menurun secara drastik hingga tinggal 24 keursi. Pada masa yang sama, Menderes mengizinkan peraturan yang membolehkan pengajaran Bahasa Arab, pengajaran Al-Qur’an di seluruh sekolah menengah, membangunkan 10,000 masjid dan 22 maahad Islam di Anatolia, dalam rangka akselerasi program para khatib, da’i, dan guru-guru Al-Qur’an. Menderes juga megizinkan penerbitan buku-buku Islam, majalah-majalah, atau lebaran yang menyerukan agar kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam. Lebih dari itu, Menderes mengaktifkan kembali masjid-masjid yang dijadikan gudang-gudang untuk kembali menjadi tempat ibadah dan membuka 25 madrasah tahfiz Al-Qur’an.

Menderes mulai aktif menjalin hubungan dengan Dunia Arab melawan Israel. Antaranya, melaksanakan aturan ketat untuk setiap kargo yang masuk dari Israel, baik kargo ubat-ubatan atau barang yang 'Made in Israel'. Malah Menderes pernah mengusir Duta Israel di Turki tahun 1956.

Arus Islamisasi yang begitu deras, membuat golongan anti Islam di Turki kepanasan. Didalangi oleh para jeneral dari zaman Kamal Attatruk banyak menikmati kucuran dollar dari Israel, Jeneral Kamal Joe Russel menangkap dan menghukum gantung Menderes.

Sebab-sebab Menderes dihukum gantung telah ditulis oleh seorang wartawan bernama Sami Kohen, "Penyebab hukuman mati Menderes adalah, kebijakan politiknya yang teramat dekat dengan dunia Islam, sebaliknya dingin dan kaku dengan Israel. Selain itu, kunjungan terakhirnya ke beberapa negara Teluk, yang kemudian dilanjutkan beribadah haji, menjadi sebab kemarahann militer tentera Turki."

Dengan izin Allah, Menderes syahid di tali gantung

Seorang Adnan Menderes, hanya dalam 10 tahun perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan yang idikembalikan dalam bahasa Arab, ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan kemunculan Necmettin Erbakan, dan sehingga penghujung tahun 2006, benih-benih dakwah Menderes muncul seperti: Abdullah Gull, Recep Tayip Erdogan, dan generasi terbaik Turki saat ini.

Tak ramai yang mengenal dan pernah dengar tentang Adnan Menderes di dalam dunia Islam. Mungkin sebab Menderes tak pandai mengarang buku-buku, hingga tak ada yang menggelarnya 'Allamah Mujtahid Mutlaq Syaikh.' Tetapi pengorbanannya menjadi teladan bagi generasi muda Turki, sejajar dengan Imam Syahid Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb, Raja Faisal dan lain-lain lagi

-Wallahua'lam-

MEDIA PUTAR BELIT FAKTA


Media memutar belit fakta. Sekali lagi penunjuk perasaan Pro Mursi dikatakan penunjuk perasaan Pro As Sisi dalam surat khabar 'Al Ahram'.

Sumber : rightnow.io

PERHIMPUNAN JUMAAT FURQAN BERMULA


Jam satu pagi tadi, perhimpunan Jumaat Furqan telah pun bermula di Kaherah.

Sumber : rightnow.io

25 July 2013

PANTUN KUALA BESUT

Makan nasi lauk kawah
Lauk disimpan takut basi
PAS kalah tapi bermaruah
BN menang penuh kontroversi

Tiada gaduh tiada kelahi
Berkempen dengan cara hormat
Che Long syukur pada Ilahi
Terus berbakti bantu rakyat

Pergi berkempen di rumah Dayang
Singgah sebentar di tepi taman
Umpan di makan sampai kenyang
Batang pancing sama ditelan

Rakyat ditipu rakyat diperalat
Tak kira pahala tak kira dosa
Ratusan juta janji dibuat
Duit diberi dengan selamba

Beri ceramah sambil berpeluh
Minum sebentar hilangkan dahaga
Barang naik rakyat mengeluh
Tiba pilihanraya pangkah juga



LUAHAN SANG ISTERI : SEDIKITPUN AKU TAK KESAL SUAMIKU SYAHID


[Luahan salah seorang isteri syuhada’]

Sedikitpun aku tidak terkilan atas khabar kesyahidan suamiku yang aku sayangi.

Sebelum kesyahidannya kami sempat berbual melalui telefon di mana aku bertanya kepadanya,”Tenangkanlah diriku yang risauakan keadaan kalian di sana’’.

Dia menjawab dengan tenang,”Semuanya dalam keadaan baik”.

Tanyaku lagi kepadanya,”Aku terdengar bahawa di sana berlakunya pertempuran tembak-menembak”.

Balasnya dengan tenang,”Semuanya dalam keadaan baik”.

Tambahku lagi,”Tersebar berita bahawa di sana, dua orang telah gugur syahid”.

Jawabnya ,”Mereka berdua juga dalam keadaan baik”. Air mata membasahi pipiku.

Demi untuk menenangkan diriku dia pun berkata,” Teguhlah, walau apa jua yang tejadi, kamu akan sentiasa dalam keadaan baik… Negara kita ini akan sentiasa dalam keadaan baik… Anakanda kita juga akan sentiasa dalam keadaan baik dan katakan kepadanya setiap malam yang ayahnya ucapkan selamat malam”.

“Baiklah, ini dia anak kita, dia mahu mendengar suara kau”, balasku sambil memberikan telefon kepada anak perempuan kami. Namun anakku mengembalikannya kepadaku dengan berkata, “Ayah sedang sembahyang, aku dengar dia berkata لا إله إلا الله ’’.

Tiba- tiba aku terdengar suara asing berkata kepadaku,” Tabahlah wahai saudari, suami saudari sudah syahid.”

Lantas kudakap anak perempuanku dan berbisik kepadanya,” Ayah dalam keadaan baik, wahai sayangku”.

Namun apa yang membuatku sedih ialah apabila setiap kali bertambahnya bilangan nama para syuhada’, mereka (pihak kudeta) akan berkata ,” Kamu ini adalah musuh negara”.

Akan tetapi tetap kuulangi kata- katamu wahai suamiku dalam lubuk hatiku ini,” Negara kita akan sentiasa dalam keadaan baik”.

Sumber : حزب الحرية والعدالة بالمعادى والبساتين _ الصفحة الرسمية

MESIR : 339 ORANG TELAH SYAHID


Suasana di Mesir semakin serius, setiap hari semakin ramai yang dibunuh oleh Tentera dan Pembunuh Upahan, begitu juga yang tercedera, sehingga kini bilangan yang syahid seramai 339 orang manakala yang ribuan telah tercedera termasuk kanak-kanak dan wanita.

Semalam Ketua Tentera As Sisi telah membuat beberapa kenyataan yang berupa hasutan untuk mengajak penyokong berkumpul dan menyeru kepada perang saudara. Beliau telah memulakan dengan membuat beberapa provokasi dengan balai polis yang menyebabkan kematian dan ramai yang tercedera.

Kita semua perlu memberi sokongan kepada rakyat Mesir yang memperjuangkan hak mereka yang yang dirampas dan demokrasi yang adil.

Satu Perhimpunan Aman bagi membantah rampasan kuasa tentera serta pembunuhan orang ramai akan diadakan selepas solat Jumaat, 26 Julai 2013 di Kedutaan Mesir, Kuala Lumpur.

Perhimpunan aman ini anjuran bersama Parti-parti Politik dan Ngo-Ngo Islam.

Ayuh, keluar beramai-rami bagi menunjukkan solidariti kita dengan saudara kita di Mesir!

~ Mesirkini

24 July 2013

PRK KUALA BESUT : KEPUTUSAN TAK RASMI BN MENANG MAJORITI 2642

KEPUTUSAN TIDAK RASMI

PAS = 4324 undi
BN = 6966 undi
majoriti = 2642


Ternyata rakyat Kuala Besut terus terpedaya dengan umpan kebendaan. Lepas ini kena sembelih .............

KEPUTUSAN PRK KUALA BESUT : UPU KG BAHARU, BN MENANG TIPIS

BN MENANG MAJORITI UNDI MEROSOT DI UPU KG BHARU.

BN MENANG 21 UNDI, DENGAN UNDI MEROSOT 40 UNDI DI UPU KG BHARU, KUALA BESUT.

# Saluran 1 Kg Bharu.
Pas: 144
Bn: 177
Majoriti Bn: 33 Undi

# Saluran 2 Kg Bharu 

Pas: 220
Bn: 256
Bn Majoriti 36 undi.

# Saluran 3 Kg Bharu;
Pas: 227
Bn: 208
Pas Majoriti 19 Undi

# Saluran 4 Kg Bharu
Pas 198
Bn 168
Pas Majoriti 30 Undi

Saluran 5 Kg Bharu;
Pas: 196
Bn: 197
BN majoriti 1 Undi.

TOTAL: BN MENANG 21 UNDI.

PAS berjaya mengurangkan majoriti Undi Bn 40 undi drpd PRU13 lalu yg berjumlah 61 Undi Majoriti pd PRU13 lalu.


Sumber : FB syam ghaz

PRK KUALA BESUT : PAS DIJANGKA MENANG DI PETI UNDI KG BAHARU

PAS dijangka menang di kampung Che Long iaitu di Kg Baharu sumber tidak rasmi menyatakan Che Long sedang mendahului sekarang.

5.3O PETANG : HANYA 79.76 % YANG KELUAR MENGUNDI.

Seramai 14,108 pengundi atau 79.64 peratus keluar mengundi pada PRK Kuala Besut pada kali ini ianya jauh kurang dari jumlah yang mengundi pada PRU 13 lalu iaitu seramai 15,380 orang.

Apa sebabnya? Mungkin ramai pengundi luar yang tidak pulang mengundi kerana ia dijalankan pada hari bekerja ditambah pula dengan bulan puasa dan hampir dengan hari raya.

GEMPAR !!!!!!! PRK KUALA BESUT : PENGUNDI HANTU DITANGKAP

Inilah wajah pemuda yang ditangkap di tempat pengundian PRK Kuala Besut hari ini. Tidak dapat dipastikan apakah pemuda ini pengundi hantu.

Namun kami difahamkan pemuda ini ialah orang Indonesia.

5.20 PETANG : PROSES PENGIRAAN SEDANG RANCAK DIJALANKAN

Sebaik sahaja tamat proses pengundian jam 5.00 petang tadi, Ketua Tempat Mengundi (KTM) telah mengarahkan petugas menyusun meja untuk proses pengiraan. 

Sekarang proses pengiraan sedang berjalan dengan rancak di kesemua tempat mengundi. Keputusan tidak rasmi di beberapa saluran akan diketahui seawal-awalnya dalam masa satu setengah jam dari sekarang.

PRK KUALA BESUT : PERATUS KELUAR MENGUNDI KIRA-KIRA 79 %

Setakat jam 4.00 petang tadi SPR mengesahkan 78.14% atau pun 12,919 pengundi biasa sudah keluar mengundi, termasuk 911 pengundi awal menjadikan keseluruhannya 13,839 orang sudah menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Pada PRU-13, seramai 15,380 orang telah keluar mengundi di mana BN memperolehi 8,809 sementara PAS 6,375 undi. Majoriti kemenangan BN ialah 2,434 undi manakala undi rosak 144 dan undi tak dikembalikan berjumlah 52 undi.

PRK KUALA BESUT ; PAS KALAH TERUK DI PETI UNDI PULAU PERHENTIAN

PAS KALAH DI PDM PULAU PERHENTIAN. SUMBER MYKMU.NET (web umno)

Keputusan PRK N.01 Kuala Besut – PDM Pulau Perhentian

SALURAN 1 
BN – 222 
PAS – 93 
Undi Rosak – 3 
Jumlah = 318   


SALURAN 2 
BN – 232 
PAS – 86 Undi
Undi Rosak – 1
Jumlah = 319


JUMLAH KESELURUHAN UNDI  PDM  PULAU PERHENTIAN

BN =  454
PAS = 179
UNDI ROSAK = 4
JUMLAH = 633
MAJORITI BN = 275

...ada sesiapa boleh sahkan keputusan ini.

PRK KUALA BESUT : KEPUTUSAN PENGIRAAN UNDI AWAL DAN PETI UNDI PULAU PERHENTIAN SUDAH DIKETAHUI???

Pengiraan undi untuk pengundian awal dan Peti Undi Pulau Perhentian sepatutnya telah diketahui lebih awal. Pada kebiasaannya seperti PRU 13 yang lalu undi awal akan dikira lebih awal dari undi biasa. Biasanya pengiraan undi akan bermula pada jam 4.00 atau 4.30 petang. Jadi jika semuanya berjalan lancar, keputusan tidak rasmi bagi undi awal yang jumlah undinya hanyalah 911 undi dijangka diketahui pada pukul 6.00-6.30 petang.

Begitu juga dengan pengiraan undi di peti undi yang ditutup awal, biasanya ia akan terus dikira sebaik sahaja proses pembuangan undi selesai. Jadi adalah dijangkakan keputusan bagi peti undi Pulau Perhentian dijangka diperolehi pada bila-bila masa sekarang.

Proses pengiraan undi biasa di Pusat Pengundian biasanya akan bermula kira-kira jam 5.15-5.30 petang dan dijangka tamat sebelum jam 8.00 malam bagi mana-mana pusat pengundian yang jumlah pengundinya kurang dari 3,000 orang.


4.00 PETANG : 74.24 % SUDAH MENGUNDI, PETI UNDI PULAU PERHENTIAN TELAH DITUTUP


SPR mengumumkan bahawa 12,207 atau 73.93 % pengundi sudah membuang undi. Jadi sehingga sekarang jumlah keseluruhan ialah 13,127 atau 74.24 % termasuk undi awal. 

Peti undi Pulau Perhentian telah ditutup jam 3.00 petang iaitu 2 jam lebih awal. Ia adalah satu-satunya peti undi yang ditutup awal dari jumlah kesemua 8 peti undi dalam Dun Kuala Besut.

GEMPAR !!!!!!!!! : PRK KUALA BESUT : CALON BN DIBATALKAN PENCALONANNYA????

Jelas sekali calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman telah melakukan kesalahan dengan menunjukkan kertas undinya yang telah berpangkah kepada umum ketika mengundi pagi tadi. 

Sila rujuk kepada undang-undang pilihanraya di bawah. Kita harap SPR dan pihak berkuasa dapat membuat siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya kepada calon BN ini yang jelas telah melanggar undang-undang pilihanraya.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA 
Akta 5 AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954 
Memelihara kerahsiaan dalam pilihan raya 5. 
(1) Tiap-tiap pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen dan mana-mana orang lain (kemudian daripada ini disebut “orang yang dibenarkan” dalam seksyen ini) yang dibenarkan hadir dalam mana-mana urusan yang berkaitan dengan pengeluaran atau penerimaan kertas undi pos, atau di sesuatu tempat mengundi, atau pada masa pengiraan undi, hendaklah, sebelum hadir sedemikian, mengangkat sumpah kerahsiaan yang pada keseluruhannya mengikut Borang A dalam Jadual Pertama. 
(2) Tiap-tiap pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen dan orang yang dibenarkan yang hadir di sesuatu tempat mengundi hendaklah memelihara, dan membantu dalam memelihara, kerahsiaan pengundian di tempat itu, dan tidak boleh menyampaikan, kecuali bagi sesuatu maksud yang dibenarkan oleh undang-undang, sebelum pengundian itu ditutup, apa-apa maklumat tentang nama atau nombor mana-mana pemilih dalam daftar pemilih yang telah atau belum memohon untuk mendapatkan suatu kertas undi atau yang telah atau belum mengundi di tempat itu, atau tentang tanda rasmi, kepada manamana orang tetapi jumlah bilangan pengundi yang telah mengundi di mana-mana tempat pada bila-bila masa sebelum pengundian ditutup boleh, menurut budi bicara ketua tempat mengundi, dizahirkan kepada seseorang calon atau ejennya atau seseorang pegawai polis yang dibenarkan hadir atau yang bertugas di tempat mengundi itu. 
(3) Tiada pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen, pegawai polis atau orang yang dibenarkan itu dan tiada seorang jua pun boleh di tempat mengundi cuba mendapatkan maklumat tentang calon yang akan atau telah diundi oleh mana-mana pengundi di tempat itu, atau pada bila-bila masa menyampaikan apa-apa maklumat yang didapati di sesuatu tempat mengundi tentang calon yang akan atau telah diundi oleh mana-mana pengundi di tempat itu kepada mana-mana orang, atau tentang nombor kertas undi yang diberikan kepada mana-mana pengundi di tempat itu. 
Kesalahan terhadap Bahagian ini 6. 
(1) Tiap-tiap orang yang menyubahati pelakuan atau yang cuba melakukan sesuatu kesalahan yang dinyatakan dalam Bahagian ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman dan hilang kelayakan yang ditetapkan bagi kesalahan itu. 
(2) Tiap-tiap kesalahan di bawah Bahagian ini ialah kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]. 

(3) Dalam sesuatu pendakwaan bagi sesuatu kesalahan berhubung dengan kertas penamaan, peti undi, kertas undi atau alat penanda dalam sesuatu pilihan raya, hak pemunyaan terhadap kertas penamaan, peti undi, kertas undi atau alat penanda itu, dan juga hak pemunyaan terhadap kaunterfoil mana-mana kertas undi, boleh dinyatakan sebagai ada pada pegawai pengurus dalam pilihan raya itu. 

3.00 PTG : 68 % SUDAH MENGUNDI

Sehingga jam 3.00 petang kira-kira 68 % pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka. Dengan angka ini adalah dijangkakan jumlah pengundi akan keluar sehingga pukul 5.00 petang iaitu ketika tamat proses pengundian adalah di sekitar 78-80 %.

Sementara itu di beberapa peti undi petugas kedua-dua parti mula penat dan berehat di bawah khemah atau di bawah pokok.

Namun di SK Kg Baharu perayu undi PAS masih bersemangat merayu undi di bahu jalan manakala petugas BN semuanya sudah berehat di pondok panas mereka.

12.45 TENGAHARI : 56 % TELAH MENGUNDI

Maklumat dari SPR menyatakan bahawa pada jam 12.45 tengahari tadi kira-kira 55 % atau kira-kira 9,919 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka. 

Adalah dijangkakan peratusan yang keluar mengundi meningkat sehingga lebih 80 %. Kebiasaannya jika peratusan keluar mengundi meningkat BN akan menang besar kerana dikhuatiri berlaku salah laku dan sebagainya.

PRK KUALA BESUT : APA YANG BN SEDANG BUAT NI!!!!!

Gambar ini diambil di Peti Undi Kg Nail. Selepas mengundi kelihatan para pengundi mengunjungi sebuah bangsal BN. 

Apa yang berlaku tidak diketahui. Diharap puak-puak kita yang berada di kawasan tersebut segera membuat penyiasatan.

PRK KUALA BESUT : BERLAKU SEDIKIT KEKECOHAN

Keadaan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu iaitu tempat calon PAS membuang undi agak riuh dengan perang mulut kedua-dua jentera parti yang berdiri di bahu jalan. 

Begitu juga di SK Kampung Nangka berlaku perbalahan antara peraih undi PAS dan BN kerana perebutan garisan sempadan kempen. 

Polis meredakan perbalahan ini dengan berdiri ditengah-tengah antara kedua-dua kawasan parti.

11.45 PAGI : CHE LONG LAWAT PUSAT PENGUNDIAN KG NAIL

Calon PAS Che Long melawat Peti Undi Kg Nail. Beliau kelihatan keluar dari kawasan sekolah tempat pengundian tersebut dengan diiringi oleh 2 penyokong PAS.

PRK KUALA BESUT :BEKAS IMAM MASJID TUDM UNDI PAS


Haji Mohd Ali, 80an bekas Imam Masjid TUDM pertama kali mengundi PAS kerana terlalu sayang kepada Che Long.Sebelah beliau adalah Hj halim Tausah, AJK Pas Kawasan Besut.

11.3O PAGI : HAMPIR 45% TELAH KELUAR MENGUNDI

Menurut sumber jumlah pengundi yang telah membuang undi menghampiri 40 % sekarang.

Setakat ini belum ada laporan tentang insiden dan salah laku semasa pengundian.

Perayu-perayu undi dari kalangan kaum Tionghua juga turut berkempen di beberapa peti undi. 


10.30 PAGI : JUMLAH PENGUNDI YANG MEMBUANG UNDI MENGGALAKKAN


Sehingga jam 10 pagi, jumlah yang keluar mengundi amat mengalakkan bagi semua saluran, kebanyakkan pengundi mengambil peluang untuk mengundi di awal pagi bagi mengelakkan cuaca panas di sebelah petang.

Suasana harmoni ditunjukkan oleh kedua-dua penyokong dalam mereka meraih undi walaupun kedudukan mereka hanya bersebelahan.

PRK KUALA BESUT : GAMBAR-GAMBAR MENARIK SUASANA HARI INI


PRK KUALA BESUT : USTAZ AZHAR LAWAT KUALA BESUT

Pagi ini Ustaz Azhar Idrus melawat Kuala Besut memberikan sokongan moral kepada calon PAS, Che Long.

Beliau kelihatan bersalam dengan calon PAS, Che Long dan penyokong-penyokong PAS. 

10.00 PAGI : KEADAAN SEMAKIN MERIAH


Suasana di kebanyakan Pusat Pembuangan undi semakin meriah dengan sorak menyorak antara kedua-dua penyokong parti yang kadang-kadang agak panas. Keadaan masih terkawal, tetapi ianya tidak hangat kerana masing-masing menghormati bulan Ramadhan agaknya.


Menteri Terengganu juga sekarang sedang melawat pusat-pusat pengundian. Penyokong-penyokong PAS bertakbir sebaik sahaja pemimpin BN atau PAS tiba di tempat mengundi. Ianya dibalas dengan laungan hidup BN. Namun dikebanyakan tempat laungan hidup BN tenggelam oleh laungan takbir penyokong PAS.

9.50 PAGI : TUAN GURU TIBA DI PUSAT MENGUNDI KG NANGKA

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba di pusat pengundian Kg Nangka sebentar tadi. 

Beliau kelihatan ceria mengangkat tangan kepada penyokong-penyokong parti yang berada di sepanjang jalan.

9.15 PAGI : SUASANA SEMAKIN MERIAH DI LUAR TEMPAT PENGUNDIAN

Jumlah perayu-perayu undi semakin ramai di kesemua Pusat Pembuangan Undi.

Berbagai gelagat ditunjukkan oleh perayu undi di kedua-dua pihak. 

Pengundi yang tiba ada yang kelihatan kurang selesa dengan jumlah perayu undi yang terlalu ramai.

PRK KUALA BESUT : CHE LONG BUANG UNDI


8.50 PAGI : CHE LONG TIBA DI SK KAMPUNG NANGKA

Calon PAS, Che Long tiba di Pusat Mengundi SK Kg Nangka disambut dengan laungan takbir oleh penyokong PAS yang berbaris di sepanjang jalan berhampiran sekolah tersebut.

Beliau kelihatan bersalaman dan diberi kata-kata semangat oleh penyokongnya.

PRK KUALA BESUT : PAS DAPAT 2 UNDI

Pengurus Kempen Che Long, Hanafiah Mat berkata PAS akan dapat 2 undi iaitu undi kepada PAS (yang akan diperolehi dari ahli dan penyokong PAS) dan undi kepada Che Long (yang akan diterima dari penyokong BN dan pengundi atas pagar yang memang menyukai Che Long).

"Hari ini kita akan mendapat undi PAS dan undi Che Long (daripada pengundi). Dapat dua undi. Kalau ada penipuan, itu yang menyebabkan kita jatuh.

"Rakyat teruja dengan Che Long kerana beliau sangat friendly, kebaikan dan kemurahan hati yang terjalin sebelum itu.

"Sentimen politik itu tak ada dengan rakyat di sini. Semua orang didampingi oleh Che Long mungkin kerana dia seorang kontraktor," kata Hanafiah yang ditemui Malaysiakini di luar sekolah dipetik dari Malaysiakini.

PRK KUALA BESUT : CHE LONG SAYA SUDAH MENGUNDI

Che Long menunjukkan jari telunjuknya yang bertanda dakwat yang dicelupkan ketika membuang undi jam 8.00 pagi tadi.

Dalam kenyataan ringkasnya kepada wartawan diluar pusat pengundian di SK Kg Baharu pagi ini beliau sekali lagi melahirkan keyakinan PAS akan menang

'Kita (PAS) yakin menang, kita tunggu keputusan" ujar beliau ringkas,

8.50 PAGI : CALON BN UNDI DIRI SENDIRI

Calon BN, Tengku Zaihan mengundi di Sek Men Kuala Besut. Beliau tiba jam 8.15 pagi ditemani oleh isterinya dengan baju Melayu terang benderang warna merah.

Paling mencuit hati ialah beliau menunjukkan kertas undinya kepada media. 

Undi beliau bukan rahsia lagi kerana beliau mengundi dirinya sendiri.

8.45 PAGI : PRK KUALA BESUT, GELAGAT PENYOKONG MENCERIAKAN SUASANA

Ini gelagat salah seorang penyokong PAS di hadapan Sek Men Kuala Besut.

Beliau mendapat tumpuan orang ramai dan pihak media.

PRK KUALA BESUT : BERDOA SEBELUM MELANGKAH KE MEDAN

Gambar calon PAS PRK Kuala Besut, Che Long bersama Pengurus Kempen, Hj Hanafiat Mat, YDP PAS Besut dan YB Ustaz Hassan Mahmood, Adun Tawang sebelum melangkah gagah ke pusat pengundian di Sek Keb Kg Baharu kira-kira 1 jam yang lalu.

8.30 PAGI : PRK KUALA BESUT, PEMIMPIN PAS YAKIN CHE LONG AKAN BUAT KEJUTAN

Beberapa orang pemimpin PAS mula melawat peti-peti undi untuk memantau perjalanan pembuangan undi di beberapa peti undi.

Sementara itu Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefli Ahmadmelahirkan keyakinan bahawa PAS akan membuat kejutan melalui calon popularnya iaitu Che Long.

Beliau yang ditemui di sini berkata PAS yakin berada akan membuat kejutan dengan mengecewakan BN" dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut ini.

Semalam Malaysiakini melaporkan Dr Dzulkefli berkata berdasarkan kajian mereka, calon PAS Azlan Yusof mempunyai kelebihan kerana dikenali hampir 70 peratus daripada pengundi di Kuala Besut.

Data tersebut selari dengan dengan kajian yang dilakukan sebuah firma penyelidikan bebas Ilham Centre - yang menumpukan pengkhususan dalam bidang kajian lapangan.


Zulkefly (kanan) yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS juga berkata, agenda 16:16 yang menjadi tema kempen mereka berjaya "menekan, menggigit dan menggugat" BN pada minggu kedua berkempen.

"Dalam kajian yang kami lakukan dan maklumat rahsia daripada sebelah sana (BN), bahawa mereka takut, kalau-kalau kami dapat mampu mengurangkan majoriti mereka.

"Dengan berkat Ramadan dan kesungguhan calon dan jentera, tidak mustahil kemenangan mampu berpihak kepada kami.

"Jadi pada kami takrif menang itu adalah (bermaksud) mengurangkan majoriti 2,434 mereka.

"Tetapi sepertimana saya sebutkan, dengan keberkatan Ramadan, usaha, gigih, cekal dan sebagainya, kita berada dalam kedudukan untuk mengecewakan mereka dalam pilihan raya kecil ini" katanya.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter