.

.

16 October 2010

CERAMAH UMNO TIADA SAMBUTAN

Walaupun diupah dan dijamu dengan makanan ceramah Umno malam ini gagal menarik penduduk Kampung Bukit Katil dan sekitarnya untuk hadir. Rata-rata pendengar yang berjumlah 100 orang adalah anak-anak muda bermotor yang diupah.

Ceramah yang sebahagian besar mengutuk dan mengeji PAS ternyata tidak mempunyai isu besar hendak diketengahkan. Penceramah luar iaitu Ghazali Ahmad bekas Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu yang dipecat dari PAS kerana masalah akhlaq ternyata merapu dan tidak ada modal.

Malangnya Umno menggunakan bekas pemimpin PAS yang dipecat dan sudah menjadi 'tikar buruk' dalam PAS.

Khemah-khemah kosong kerana tiada sambutan dari orang kampung.

Ceramah ini yang diadakan secara terbuka bersebelahan dengan markaz PAS Kawasan Bukit Katil

BAJET 2011 : BONUS TIADA TETAPI PROJEK MEGA BOLEH BUAT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa kerajaan tidak dapat memberikan sebulan bonus kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam dalam Bajet 2011 kerana ia membabitkan perbelanjaan besar iaitu RM3.1 bilion.

Oleh itu, katanya pemberian bantuan khas kewangan RM500 setiap seorang adalah wajar. Najib cuba memperbodohkan rakyat khususnya penjawat awam kononnya dengan bayaran bonus itu kerajaan akan mengalami masalah kewangan kerana terlalu banyaknya jumlah. Tetapi pada masa yang sama kerajaan hendak melaksanakan projek-projek mega seperti projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat dan lain-lain projek bernilai bilion ringgit.

Nampaknya kerajaan amat berkira dengan kakitangan awam yang banyak berjasa tetapi boros melaksanakan projek mega yang belum tentu manfaatnya kepada rakyat khususnya kakitangan awam.

CERAMAH UMNO MALAM INI ADA PERMIT KE?

Umno mengadakan ceramah umum malam ini di kawasan rumah ahlinya bukannya di premis Umno. Saya cuma ingin bertanya kepada pihak keselamatan ceramah ini ada permit ke??? Kalau tiada sila halang ceramah ini jangan diberikan kebenaran kerana kalau PAS yang adakan ceramah di tempat umum pihak keselamatan ganggu dan halang mengapa pula Umno boleh mengadakannya.

Kalau ceramah ini diberikan permit maka pihak keselamatan juga wajib memberikan permit kepada setiap ceramah PAS selepas ini yang di adakan di rumah ahli dan penyokong PAS.

Persoalannya beranikah pihak keselamatan bertindak ke atas Ali Rustam yang mereka sanjungi itu?????

UMNO MELAKA GUNA PENCERAMAH 'RECYCYLE'

Malam ini Umno Melaka khususnya Bahagian Bukit Katil mengadakan ceramah umum di kawasan terbuka bukannya premis Umno atas tajuk Dulu Membangun Bersama Islam kini Membangun Bersama DAP.

Penceramah yang akan berceramah ialah Haji Mohd Ghazali Ahmad bekas Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri Terengganu.

Umno menggunakan penceramah 'recycled' iaitu Ghazali yang semua orang PAS tahu siapa beliau ini sebenarnya. Latarbelakang sehingga dipecat dari PAS memang diketahui ramai cuma tidak manis untuk saya nyatakan di sini. Beliau memang sesuai untuk duduk bersama Umno sebab itulah beliau dipecat dari PAS.

Saya memang sudah lama mengenali dan mengetahui latarbelakang beliau yang dulunya seorang guru agama yang berpengaruh di Losong, Kuala Terengganu.

Biarlah beliau berceramah cuma saya minta berceramahlah secara ikhlas dan berdasarkan fakta bukannya emosi.

DEMO : MEDIA CINA LEBIH BERANI DAN TELUS

Demonstrasi menentang perobohan Surau dan PASTI di hadapan Masjid Bukit Katil semalam mendapat liputan meluas media berbahasa Mandarin. Sebaliknya tidak ada satupun media Melayu yang berani menyiarkannya.

Akhbar Nanyang Siang Pau, Sin Chiew Daily, China Press dan lain-lain menyairkan berita bantahan rakyat ini dengan laporan yang lengkap serta gambar berwarna-warni.

Terbukti media berbahasa Mandarin lebih telus, peka, berani dan bersedia membela rakyat sedangkan media melayu hanya membodek kerajaan.

Berita-berita penganayiaan dan kezaliman yang dialami rakyat tidak disiarkan sebaliknya hanya berita kebaikan kerajaan BN yang sering menghiasi dada-dada akhbar mereka.

Sudah sampai masanya media cetak Melayu ini diboikot dan dipulaukan kerana ternyata ianya langsung tidak peka kepada masalah rakyat sebaliknya tunduk dan patuh membuta tuli kepada kerajaan BN.

Saya juga menyanjung portal berita internet seperti Malaysiakini dan harakahdaily yang sentiasa melaporkan berita yang telus, tepat demi kesejahteraan rakyat

MELAKA MAJU 2010 : MASIH RAMAI YANG DHAIF???

Gara-gara keluarga tidak mampu membayar yuran, seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah terpaksa ponteng kelas kerana tidak sanggup berdepan guru yang setiap hari menagih bayaran tersebut daripadanya.

Keadaan itu, diluahkan bapanya, Azmi Lim Abdullah, 50, yang kini menderita selepas mengalami masalah ketumbuhan usus sejak Januari lalu dan kini hanya mampu duduk di rumah.

Azmi berkata, dia yang dikurniakan lima anak, berusia antara 5 hingga 13 tahun kini hanya mengharap kepada hasil pendapatan menjual kuih yang diusahakan isterinya, Sahaniah Arshad, 32, di halaman rumah sewanya di Taman Limbongan Permai.

“Sebelum ini, saya menetap di Kluang, Johor dan bekerja sebagai pemandu lori. Sebaik mendapat tahu saya mengalami ketumbuhan usus, saya berpindah ke Melaka pada Januari lalu dan menyewa rumah di taman ini dengan sewa berjumlah RM250 sebulan.

“Punca saya dapat tahu penyakit ini setelah sering mengalami kesakitan di bahagian perut dan kerap membuang air besar setiap hari yang adakalanya bercampur darah, sehingga memaksa saya membuat pemeriksaan di hospital,” katanya.

Azmi berkata, doktor menyarankannya supaya menjalani pembedahan untuk diambil sampel tisu usus tetapi dia enggan berbuat demikian kerana bimbangkan risikonya.

“Sejak itu, saya hanya mengambil ubat-ubatan tradisional berikutan ubat hospital yang dibekalkan sebelum ini mendatangkan kesan pada telinga saya sehingga gagal mendengar dengan sempurna.

“Bagaimanapun untuk membeli ubat berkenaan saya terpaksa mencari wang sekurang-kurangnya RM25 seminggu dan disebabkan saya tidak bekerja, saya tidak mampu sehingga terpaksa meminjam wang seorang rakan baik,” katanya.

Azmi berkata, dia pasrah dengan nasib yang menimpanya sekali gus merentap segala impian kebahagiaan bersama keluarga tersayang.

“Berikutan masalah kewangan yang terus menghimpit, saya tidak mampu bayar bil elektrik, bil air dan bayaran sewa rumah yang sudah lama tertunggak.

“Kami juga masih belum mampu hendak jelaskan bayaran yuran beberapa orang anak yang sepatutnya dibayar pada awal tahun sehingga mereka berasa malu ke sekolah kerana sering ditanya guru,” katanya.

Menurutnya, pendapatan bersih daripada hasil menjual kuih isterinya yang secara puratanya hanya sekitar RM10 sehari juga tidak banyak membantu berubah keadaan hidupnya.

“Kesukaran hidup yang dilalui sekarang ini menyebabkan kami hanya makan apa sahaja yang mampu tetapi kami tidak berapa kisah dengan keadaan ini.

“Apa yang membimbangkan kini adalah soal perbelanjaan anak seramai lima orang. Kami makan apa yang termampu sahaja kerana yang penting adalah soal persekolahan lima anak kami ini,” katanya.

Benarkah negeri Melaka Maju sedangkan masih ramai yang dhaif dengan pendapatan yang tidak mampu menampung kos hidup seharian.

Apakah dengan indikator pendapatan isi rumah RM750 mampu mengeluarkan keluarga tersebut dari kategori miskin atau fakir. Apa yang mereka boleh makan dengan pendapatan RM750 sebulan????

Sumber : Sinar Harian

BAJET 2011 : PROJEK MEGA ADAKAH IA BERMANFAAT UNTUK RAKYAT???

Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2011 semalam.

"Kita berasa sungguh bangga kerana ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas.

Satu lagi mercu tanda yang akan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Bhd ialah Warisan Merdeka, yang dijadual siap pada 2020," katanya.

Menara itu akan menjadi menara tertinggi di Malaysia. Projek itu akan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan negara.

Kos projek berjumlah RM5 bilion, dengan menara dijangka siap pada 2015.

Projek berkenaan adalah sebahagian daripada tiga projek pembinaan mega yang diumumkannya.

Persoalannya apa manfaat projek mega itu kepada rakyat khasnya Orang Melayu.????

PR BAWA USUL KE DUN MELAKA BANTAH ROBOH SURAU DAN PASTI

Pakatan Rakyat(PR) Negeri Melaka membuat usul membantah perobohan PASTI dan surau serta rumah rakyat di Bukit Katil. Usul tersebut akan dihantar kepada Speaker DUN untuk persidangan DUN Melaka yang bermula pada 1 November ini.

ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong berkata semalam, beliau akan mengemukakan usul ini untuk dibahaskan pada persidangan DUN kali ini.

Dalam kenyataannya semalam, YB Khoo menyelar sikap kerajaan Melaka yang rakus mengambil tanah rakyat sehingga mengorbankan surau dan institusi pendidikan dengan alasan untuk dibuat jalan sedangkan tidak jauh dari kawasan tersebut terdapat tanah kosong yang lebih sesuai untuk dibuat jalan.

"Mengapa mereka ingin ambil kawasan itu sedangkan ada kawasan lain yang lebih sesuai dan kos pampasannya sudah tentu lebih rendah dari tanah yang ada bangunan dan rumah" jelas YB Khoo.

Beliau menggesa kerajaan membatalkan hasrat tersebut bagi membuktikan slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Beberapa penduduk di Kampung Bukit Katil akan kehilangan rumah akibat pengambilan tanah ini. Selain itu sebuah surau dan PASTI juga akana ranap. Kerajaan telah memanggil semua tuan tanah pada 3 Nov ini untuk urusan pembayaran pampasan.

Semalam kira-kira 500 penduduk di kawasan itu mengadakan demo membantah tindakan rakus kerajaan negeri yang ingin mengambil tanah mereka untuk dibuat jalan.

BAJET 2011 : KERAJAAN CUBA KELIRUKAN RAKYAT

Ramai yang gembira dengan pengumuman cuti bersalin 90 hari dalam bajet semalam.

Walaupun cuti bersalin yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam iaitu 90 hari, tapi jangan kita lupa keseluruhan cuti bersalin yang layak sepanjang perkhidmatan masih sama iaitu 300 hari.

Ini bermakna jika seseorang kakitangan mengambil cuti bersalin 90 hari mereka hanya layak untuk 3 orang anak sahaja dan bakinya tinggal 30 hari untuk anak keempat.

Sekali lagi kerajaan cuba mengelirukan rakyat dengan angka.

SEKITAR DEMO BANTAH ROBOH PASTI DAN SURAU BUKIT KATIL

Demonstrasi yang dianjurkan oleh Badan Bertindak Perobohan PASTI dan Surau Bukit Katil semalam berjaya memberikan gambaran kepada pihak berkuasa bahawa rakyat menolak kezaliman dan penindasan mereka. Mereka bukannya menolak pembangunan tetapi pembangunan itu mestilah memberikan manfaat serta tidak menjejaskan kepentingan rakyat.

Tindakan kerajaan BN Melaka yang dilihat sengaja mengambil tapak PASTI dan surau untuk dibuat jalan menimbulkan kemarahan penduduk Kampung Bukit Katil kerana bagi mereka kerajaan boleh mengambil tanah kosong yang ada di kawasan untuk dibuat jalan. Malah tindakan itu juga disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.Demo semalam dikatakan berjaya kerana berjaya mengumpulkan kira-kira 500 orang penduduk setempat dan kawasan sekitarnya termasuk tuan-tuan tanah yang terlibat
Demo yang diadakan selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Bukit Katil petang tadi telah diganggu oleh pihak Polis selepas hanya kira-kira 5 minit dimulakan. Polis meminta pihak penganjur menhentikan program tersebut atas alasan menganggu ketenteraman awam dan tiada permit.Semua pemimpin utama PR hadir antaranya Pesuruhjaya PAS Negeri,Ustaz Abd Ghani Abdul Rahman; Pengerusi DAP Negeri YB Goh Leong San; ADUN Ayer Keroh YB Khoo Poay Tiong; ADUN Bachang YB Lim Jak Wong; ADUN Bandar Hilir YB Tey Kok Kiew; Ketua AMK Melaka Hairiz Nordin serta Ketua Pemuda PAS Negeri Ustaz Kamaruddin Sidek






BAJET 2011 : ANAK EMAS TERUS DAPAT DURIAN RUNTUH

Sabah dan Sarawak yang menjadi anak emas BN khasnya selepas PRU 12 terus mendapat durian runtuh dan habuan.

Kalau sebelum ini mereka mendapat keistimewaan dengan mendapat jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat, tambahan bilangan menteri dan timbalan menteri hari ini sekali lagi Perdana Menteri 'memujuk' rakyat Sabah dan Sarawak dengan peruntukan RM2.1 bilion untuk membina dan menaik taraf jalan luar bandar sedangkan hanya RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia.

Ternyata Najib tampil dengan tawaran menarik kepada negeri-negeri 'Post Dated' cheque iaitu Sabah dan Sarawak.

BAJET 2011 : KERAJAAN BOROS LAKSANAKAN PROJEK MEGA

Kerajaan BN dilihat boros apabila mahu menjalankan projek-projek mega sedangkan ianya belum tentu akan memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Apa yang pasti projek-projek mega sebegini sudah tentu memberikan impak kepada ekonomi negara dan ekonomi 'kroni-kroni' orang tertentu.

Antara projek mega yang disebut oleh Najib dalam pembentangan bajet 2011, ialah projek pembangunan Warisan Merdeka di kawasan Stadium Merdeka dan Stadium Negara membabitkan pembinaan menara setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion, transit beraliran berkapasiti tinggi (MRT) bernilai RM40 bilion dan juga projek Perkongsian Awam Swasta (PPP) bernilai RM12.5 bilion di mana kerajaan akan menyediakan dana fasiliti berjumlah RM1 bilion

BAJET 2011 : BANTUAN SAR - PERJUANGAN PAS BERJAYA

Perdana Menteri mengumumkan bahawa bantuan perka pita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) akan diberi pada tahun 2011 setelah dihapuskan beberapa tahun lalu. Walaupun bantuan untuk SAR hanyalah RM95 juta berbading Bajet untuk Permata RM111 tetapi setidak-tidaknya ia dapat membantu SAR yang dhaif.

Terbukti bantahan dan serangan PAS kepada BN yang menzalimi SAR akhirnya berjaya apabila kerajaan terpaksa mengembalikan semula bantuan ini.

Apa yang penting kita mahukan bantuan diberikan secara menyeluruh tanpa mendiskriminasikan SAR tertentu.

PRK GALAS : UMNO GAGAL PUJUK KU LI JADI CALON

Umno gagal memujuk Ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk menjadi calon PRK Galas.

Ku Li yang diminta dan dirayu oleh AJK Umno Bahagian Gua Musang untuk menjadi calon BN di Galas pada mesyuarat Umno Bahagian Khamis lalu, menolak dan meminta orang lain dipilih menjadi calon.

Ternyata Umno kempunan untuk memilih Ku Li yang mungkin mereka sifatkan calon terbaiknya di Galas.

Ku Li mungkin mempunyai bacaan politik yang jauh kerana jika beliau kalah sudah tentu imejnya terjejas.

BAJET 2011 : BAJET ROSMAH?


Rosmah 1

“Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut...” kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen.

Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan “Rosmah!” disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka.

Rosmah 2

Najib juga mengumumkan peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA yang dinaungi oleh Rosmah.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dengan kuat menjerit “Rosmah! Rosmah!”, sambil sekali lagi disambut Najib dengan senyuman sinis.

Peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.

Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

Rosmah 3

"Pengurangan cukai untuk beg, penyembur rambut, minyak wangi... hadiah Krismas awal Najib untuk Rosmah? Tulis MP Serdang Teo Nie Ching.

"Ini macam Bajet RM (Rosmah Mansor)," jawab MP Bukit Bendera Liew Chin Tong.

15 October 2010

DEMO BANTAH ROBOH PASTI DAN SURAU BERJAYA

Demo membantah perobohan PASTI dan surau Bukit Katil selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Bukit Katil petang tadi dihadiri kira-kira 500 orang.

Semua pemimpin utama PR hadir antaranya Ustaz Abd Ghani Abdul Rahman, YB Goh Leong San, YB Khoo Poay Tiong, YB Lim Jak Wong, YB Tey Kok Kiew dan Hairiz Nordin serta Ustaz Kamaruddin Sidek

14 October 2010

DEMO BANTAH ROBOH PASTI DAN SURAU ESOK

Demontrasi membantah perobohan PASTI dan Surau Bukit Katil akan diadakan esok, 15 Oktober jam 1.40 petang selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Bukit Katil.
Demo itu diadakan sebagai tanda memprotes tindakan pihak berkuasa yang mahu membina jalan di atas tapak PASTI dan Surau sedangkan tidak jauh dari tapak tersebut terdapat tanah kosong yang boleh dibina jalan.

Seluruh pencinta Islam dirayu untuk sama-sama menyuarakan bantahan di atas tindakan zalim pihak berkuasa yang mahu memusnah institusi mulia iaitu sekolah dan surau tempat beribadat yang sangat berjasa dengan kuliah-kuliah pengajian agama dan program-program kemasyarakatan.

PILIHANRAYA MENGEJUT TAHUN DEPAN??

Keputusan Kerajaan BN menarik balik pelaksanaan GST serta memasukkan beberapa langkah yang dilihat mesra rakyat dan menguntungkan rakyat menjadi tanda bahawa Pilihanraya Umum ke 13 akan diadakan secara mengejut. Kemungkinan besar ia akan berlaku pada awal atau pertengahan tahun depan.

Memang sebelum ini ramai yang menjangkakan bahawa PRU 13 akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat kerana BN tidak boleh dan tidak sanggup lagi menunggu dengan lebih lama lantaran kedudukan mereka yang semakin tergugat kerana masalah ekonomi, politik, social dan sebagainya.

Maka tidak hairanlah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sendiri menjangkakan ianya akan dilaksanakan secara mengejut kerana Najib merasakan imejnya semakin meningkat dan PKR parti komponen PR sedang bermasalah.

Najib akan cuba melonjakkan sokongan rakyat dengan pembentangan bajet yang sudah tentu dijadikan beliau sebagai azimat untuk menarik semula sokongan rakyat. Sudah tentu aka nada ‘ubat’ dan ‘penawar’ yang akan diumumkan Najib kepada rakyat yang bisa menggugat hati rakyat yang semakin goyang dari menyokong BN.

Apa agaknya ‘ubat’ dan ‘penawar’ yang akan diumumkan oleh Najib kita sama-sama tunggu besok.

TARIKH PRU 13 : KENYITAN 'FIRST LADY' PENTING

Saya tertarik dengan bahasa yang digunakan oleh sahabat saya Prof Hamirdin yang menulis di blognya bahawa kenyitan first lady sangat penting dalam menentukan tarikh PRU 13.

Maknanya 'approval' dari 'first lady' akan menentukan segalanya termasuk tarikh penting seperti PRU 13.

Bukan itu sahaja kenyitan 'first lady' sudah tentu juga dinantikan oleh rakyat untuk mendapat kenaikan gaji, bonus dan sebagainya.

Sebab itu ramai pembesar luar negara menyedari akan pentingnya kenyitan 'first lady' termasuk negara-negara jiran.

Tidak lama dulu seorang Menteri Kanan (mentor) negara jiran melawat negara kita dan membuat kunjungan hormat bertemu 'first lady'.

Sekarang inipun ramai pemimpin Umno cuba mencuri hati 'first lady' dengan pelbagai hadiah dan pingat kebesaran kerana mereka tahu jika 'first lady' suka kepada mereka maka umur politik mereka akan panjang kerana KENYITAN 'FIRST LADY' AMAT BERBISA DAN BERKUASA.

GST : RAKYAT MENANG LAGI

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang menentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) , sehingga kerajaan menangguhkan perancangan tersebut. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan semalam berkata, langkah berkenaan diambil bagi membolehkan kerajaan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat untuk memastikan penguatkuasaan GST kelak akan diterima dengan baik oleh semua pihak.

Inilah hikmahnya apabila kuasa rakyat semakin terserlah dan bilangan ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ramai, menyebabkan mereka merasa gerun perkara ini akan ditentang di dalam sidang Parlimen yang sedang berlangsung. Mereka juga memahami isu penderitaan rakyat jika tidak ditangani dengan sempurna akan membawa padah kepada BN dalam pilihanraya akan datang.

PAS mengharapkan kerajaan janganlah mencari jalan pintas untuk mendapatkan wang, dengan mengenakan GST semata-mata, kerana ia melibatkan semua lapisan rakyat di negara ini, terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah. Kerajaan perlu membetulkan pengurusan kewangan negara dahulu, supaya lebih telus dan memerangi rasuah. Kos yang tiris inilah sebenarnya yang menyebabkan kerajaan pada hari ini tercekik sehingga memikirkan perlunya GST dilaksanakan. Janganlah merasa malu untuk belajar daripada pemimpin negeri Pakatan Rakyat yang telah terbukti kewibawaannya dalam menguruskan ekonomi di negeri masing-masing.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

BANNER UNSUR FITNAH : TARIK BALIK ATAU KAMI SAMAN

Umno cuba memfitnah PAS dengan menggantung banner di beberapa tempat di kawasan Parlimen Bukit Katil dengan kata-kata 'Dulu Membangun Bersama Islam' kini 'Membangun Bersama DAP'.

Kata-kata jelas berniat jahat dan cuba mengelirukan rakyat. PAS tidak pernah menukarkan matlatmat perjuangan dan slogannya. Malah slogan "Membangun bersama Islam' terus digunapakai dulu, kini dan selamanya.

Saya memberikan tempoh 2 hari kepada Umno supaya menurunkan banner tersebut dan memohon maaf kepada PAS dan rakyat negeri Melaka. Jika Umno gagal berbuat demikian, insya Allah kita akan menyaman Umno kerana ianya berniat jahat.

Saya akan siarkan gambar banner tersebut dalam masa terdekat.

SEKOLAH RUNTUH, APA JAMINAN KESELAMATAN ANAK-ANAK KITA

Lantai simen bilik darjah Sekolah Kebangsaan (SK) Gunung di Alor Setar runtuh semalam. Satu kejadian mengejutkan kita semua.

Sejak akhir-akhir cerita bangunan sekolah runtuh ini amat menggerunkan kita. Sebelum di beberapa tempat bangunan komputer sekolah dan sebagainya runtuh.

Persoalan timbul mengapa perkara ini berlaku dan apakah jaminan kerajaan bahawa anak-anak selamat ketika berada di sekolah kalau bangunan sekolah sendiri pun tidak selamat.

Saya menggesa seluruh bangunan sekolah di seluruh negara diperiksa dan disahkan bahawa ianya selamat!!!

MELAKA MAJU 2010 : CADANGAN BUAT KERAJAAN NEGERI

Bagi saya sesebuah negeri yang dikatakan maju bukan sahaja maju dari segi pembangunan fizikal tetapi juga maju dari segi pembangunan insan dan kesejahteraan rakyat

Melihat kepada situasi sekarang kerajaan negeri lebih banyak menumpukan kepada pembangunan fizikal tetapi meminggirkan pembangunan insan.

Oleh kerana itulah kita maksiat berlaku dengan berleluasa, buktinya 393 anak luar nikah dilahirkan, pusat-pusat pelacuran terus beroperasi, pusat-pusat hiburan tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan, program-program hedonisme digalakkan dan berbagai lagi bentuk maksiat berlaku di negeri ini.

Kita bimbang jika kita maju tetapi manusia tidak dibangun dan tidak dimajukan, negeri kita menghadapi masalah sosial dan maksiat yang kritikal.

Andainya masalah sosial, maksiat dan keruntuhan akhlaq ini tidak dibendung dan dibasmi kita bimbang banyak duit rakyat akan hangus untuk dibelanjakan untuk menangani masalah ini.

Selain itu kita juga melihat masjid dan surau tidak diimarahkan dengan sepenuhnya. Banyak masjid dan surau yang hanya digunakan untuk solat tetapi tidak banyak program ilmu dijalankan. Ustaz-ustaz disekat dari mengajar walaupun mereka kelulusan Al-Azhar dan IPTA tempatan. Apakah Al-Azhar dan IPTA tempatan tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri.

Rakyat negeri ini sebenarnya masih ramai yang miskin. Paras garis kemiskinan yang diletakkan oleh kerajaan negeri iaitu RM750 adalah tidak munasabah. Cukupkah RM750 untuk kehidupan sebuah keluarga sekarang dengan harga barangan dan perkhidmatan semakin naik.

Selain dari perkara di atas terdapat juga masalah-masalah lain yang perlu dilihat oleh kerajaan negeri, antaranya masalah jenayah dan perpaduan.

Jenayah semakin membimbangkan. Walaupun saya tidak mempunyai statistik jenayah tetapi secara umumnya rakyat masih berada dalam ketakutan kerana kes jenayah seperti pembunuhan, rompakan, ragut, rogol dan sebagainya masih tinggi.

Masalah perpaduan juga tidak kurang hebatnya. Bagaimana perpaduan di dalam negeri ini hendak ditingkatkan jika sebahagian rakyat dipinggirkan. JKKK, Pegawai Masjid dan sebagainya hanya dilantik dikalangan ahli dan pemimpin Umno sedangkan ada antara mereka yang tidak layak dan tidak patut menjawat sesuatu jawatan.

Manakala rakyat yang menyokong PR diketepikan terus. Maka jurang perpaduan menjadi semakin besar sedangkan sepatutnya institusi-institusi seperti JKKK, masjid, Surau, persatuan penduduk dan lain-lain sepatutnya bebas dari pengaruh politik kepartian.

Oleh itu saya mencadangkan beberapa langkah diambil oleh kerajaan negeri bagi merealisasikan Melaka sebagai sebuah negeri maju. Jika pada tahun 2010 pun status negeri maju ini tidak dicapai rakyat boleh bersabar. Apa yang penting negeri ini benar-benar maju dari segi fizikal dan spiritual.

Cadangan saya :-

PEMBANGUNAN INSAN DAN CEGAH MAKSIAT

1) Tutup pusat-pusat pelacuran dan pusat maksiat yang menjadi punca keruntuhan akhlaq dan masalah sosial dan jenayah.
2) Hadkan premis-presmis penjualan arak seperti yang dijalankan oleh kerajaan Kelantan
3) Tutup pusat-pusat perjudian seperti Toto, Magnum dan sebagainya
4) Imarahkan masjid dan surau dengan kelas-kelas pengajian.
5) Perbanyakkan program-program keagamaan khas untuk anak-anak muda supaya kita dapat bangunkan mereka menjadi rakyat yang baik dan mempunyai jati diri
6) Berikan bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat bagi meningkatkan lagi prasarana dan motivasi kepada guru-guru dan murid-murid.
7) Berikan lebih banyak tauliah kepada ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah lepasan timur tengah dan IPTA bagi memberikan peluang kepada mereka mengajar agama.
8) Perbanyakkan slot untuk pembangunan Insan dan Islam dalam silibus IPT dibawah kerajaan negeri.
9) Tambahkan bajet untuk pembangunan insan

PERPADUAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

1) Bebaskan institusi masyarakat dari campurtangan politik
2) Libatkan semua lapisan masyarakat dalam semua program dengan tidak membezakan antara ahli dan penyokong parti-parti politik
3)Naikkan paras garis kemiskinan dari RM750 kepada RM1,500 supaya rakyat yang benar-benar miskin dapat dibantu dan dinaikkan taraf hidup mereka
4) Bebaskan pengaruh politik dalam perlantikan staff agensi kerajaan negeri
5) Bebaskan skim bantuan kepada rakyat dari pengaruh politik dan kronisme

EKONOMI

1) Kurangkan pergantungan kerajaan negeri kepada kerajaan pusat dan mencari sumber pendapatan sendiri untuk projek-projek pembangunan bukannya terus menambahkan hutang kepada kerajaan pusat

2) Batalkan semua projek-projek yang mungkin menjadi pembaziran sepertimana yang berlaku kepada Eye On Malaysia, Melaka Digital dan lain-lain.

3)Tutup mana-mana anak syarikat kerajaan negeri yang tidak berdaya maju dan sering mengalami kerugian kerana dikhuatiri lebih banyak wang rakyat hangus.

4) Perbanyakkan projek-projek keusahawanan dan perniagaan dengan membuka seluas-luasnya peluang kepada rakyat tanpa mengira ideologi politik, agama dan warna kulit.

5) Perbanyakkan skim galakan keusahawanan kepada rakyat miskin dengan memberikan modal perniagaan, skim bantuan khidmat nasihat dan lain-lain tanpa mengira fahaman politik.

PEMBANGUNAN FIZIKAL

1) Projek-projek tebatan banjir dikawasan-kawasan yang dikenalpasti sering mengalami masalah tersebut mesti disegerakan.
2) Dirikan premis-premis perniagaan untuk peniaga-peniaga kecil dengan sewa yang sangat minima.

MELAKA MAJU 2010 : ULANG TAYANG 1

Tidak lama lagi kerajaan negeri Melaka akan mengisytiharkan negeri Hang Tuah ini sebagai negeri maju. Khabarnya ia akan diisytiharkan secara rasmi pada jam 8.10 minit malam ( 20.10) pada 20 haribulan 10 (Oktober) tahun 2010 atau ringkasnya 20:10, 20.10.2010. Cantik sekali nombor tersebut sesuai dengan anugerah sebagai sebuah negeri maju.

Sebagai salah seorang rakyat yang tinggal di negeri Melaka saya tidak ketinggalan berasa syukur dengan pengumuman bahawa negeri ini adalah negeri maju jika ia benar-benar maju dari semua segi samada fizikal atau spiritual. Cuma masalahnya benarkah negeri ini maju dari semua segi.??

Cuba kita teliti statistik jenayah, gejala zina, kelahiran anak luar nikah, bilangan kelab malam, pusat pelacuran, Spa dan program-program maksiat, adakah ianya benar-benar menggambarkan negeri Melaka sebagai sebuah negeri maju dari semua segi?

Seterusnya mari kita teliti program dan aktiviti keIslaman di masjid dan surau di seluruh negeri Melaka, apakah benar ianya diimarahkan dengan sebaik-baiknya sehingga ia boleh diklasifikasikan sebagai institusi di sebuah negeri yang dikatakan maju.

Bagaimana pula dengan institusi-institusi seperti JKKK, Persatuan Penduduk, Jawatankuasa Masjid/Surau dan sebagainya, apakah pemilihan dan perlantikannya dibuat secara demokratik tanpa ada diskriminasi dan atas kepentingan diri dan politik. Apakah ianya benar-benar layak digelar sebagai sebuah pentadbiran yang telus yang sesuai dan layak duduk di bawah pemerintahan negeri maju.

Apa pula halnya dengan minda pemimpin kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan negeri dan lain-lain. Apakah mereka benar-benar adil dan tidak mengamalkan kronisme, nepotisme sehingga layak di gelar pemimpin negeri maju.?

Bagaimana dengan rakyat yang menyokong parti-parti politik yang sah selain dari komponen BN, adakah mereka ini dilayan sama seperti penyokong BN dengan mendapat layanan saksama dari segi peluang perniagaan, memegang jawatan di agensi-agensi kerajaan negeri, jawatan dalam institusi-institusi masyarakat seperti JKKK, JK masjid/surau, persatuan taman/penduduk dan sebagainya. Sedangkan kita masih mendengar rungutan parti-parti politik bahawa banner/poster program mereka dikoyak dan direntap oleh pihak-pihak yang kita semua tahu siapa dibelakangnya. Ceramah-ceramah mereka juga diganggu. Apakah ini standard minda pemimpin negeri maju??

Bagaimana dengan rungutan parti-parti komponen PR yang sering dianaktirikan dari segi penggunaan fasiliti awam seperi balai raya, padang permainan dan sebagainya, hendak menyewa pun tidak dibenarkan. Apakah sesebuah negeri dikatakan maju tetapi mengamalkan system pentadbiran kolot dan tidak bertamadun yang masih mengamalkan politik dendam. Cuba bandingkan dengan system yang diamalkan oleh negeri maju di seluruh dunia apakah cara politik sebegini diamalkan oleh mereka.

Rungutan tentang masalah banjir masih belum padam. Setiap kali hujan lebat rakyat di negeri ini berada dalam keadaan trauma kerana takutkan banjir. Layakkan sesebuah negeri dikatakan maju sedangkan masalah perparitan, taliair dan sebagainya masih juga belum beres.

Seperkara ini yang saya pinta kepada kerajaan negeri, sila keluarkan laporan terperinci INDEK dan INDIKATOR yang digunakan oleh kerajaan negeri untuk mengukur status samada negeri benar-benar maju. Apa indek/indicatornya dan apa status yang dicapai oleh kerajaan negeri sekarang. Serta dari mana indeks/indicator ini diperolehi adakah ianya direka atau dimanipulasi sendiri oleh kerajaan negeri tanpa ada badan bebas yang bertauliah/berautoriti membuat audit/penilaian samada ianya benar-benar telus dan diterimapakai oleh badan akreditasi dunia.

ROBOH PASTI DAN SURAU : PENDUDUK BUKIT KATIL TETAP LAWAN

Penduduk Kampung Bukit Katil akan tetap menentang usaha untuk merobohkan PASTI Jaya Insan dan Surau di Lorong Dato Demang Hussein.

Walaupun pihak berkuasa telah mengeluarkan arahan supaya tuan-tuan tanah tersebut hadir bagi membincangkan isu pampasan tanah mereka pada 3 November ini, mereka tetap tidak akan menerimanya kerana pengambilan tersebut bagi mereka tidak munasabah dan mempunyai agenda tersembunyi.

Salah seorang terlibat dengan isu ini yang tidak mahu namanya disiarkan berkata tindakan kerajaan memgambil tanah atas alasan untuk membina jalan adalah tidak logik dan berbaur politik.

"Mengapa tapak PASTI dan surau serta rumah rakyat yang diambil sedangkan terdapat tanah kosong berhampiran kawasan ini yang boleh diambil untuk membuat jalan."

"Kami akan tetap mempertahankan tanah kami ini walau dengan apa cara sekalipun" tegas beliau dengan penuh semangat.

Pengerusi Badan Bertindak perobohan PASTI dan Surau ini, Haji Mohd Yassin Abdul Ghani pula berkata mereka akan mengunakan pelbagai saluran untuk menyelamatkan institusi yang sangat berjasa kepada penduduk setempat di Bukit Katil.

"Kita akan bawa kes ini ke mahkamah dan saluran tertentu bagi memberitahu rakyat akan kezaliman dan kerakusan pihak berkuasa cuba merobohkan PASTI dan surau yang amat disayangi ini".

"Kedua-dua institusi ini dibina dengan jerih payah rakyat menginfakkan duit dan tanah untuk kemudahan beribadat dan mengajar agama kepada anak-anak dan penduduk setempat, mengapa ada orang yang begitu dengki dan cemburu dengannya" ujar Hj Mohd Yassin.

DEBAT SEKOLAH MENGANDUNG : ALI RUSTAM BERDIAM DIRI

Selepas seminggu Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman menyahut cabaran Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Mohd Ali Rustam untuk berdebat, beliau masih berdiam diri tidak memberikan respon kepada kesanggupan PAS untuk berdebat.

Apakah Ketua Menteri takut atau tidak yakin akan kemampuannya sendiri untuk berdebat mencari kebenaran bagi mengatasi masalah yang berkaitan.

Rata-rata rakyat Melaka yang ditemui menyatakan pandangan mereka bahawa Ketua Menteri sebenarnya tidak berani untuk berdepan dengan PAS dalam apa juga isu. Lebih malang lagi beliau sendiri yang mencabar PAS tetapi akhirnya beliau yang takut.

Seorang pemuda, Azmi Aziz, 24 dari Peringgit kesal dengan sikap Ketua Menteri yang seolah-olah berani dan bersungguh-sungguh untuk berdebat tetapi bila PAS menyahutnya beliau pula yang tidak berani.

"Memang ramai menjangkakan bahawa Ketua Menteri tidak berani berdebat dengan PR dalam apa juga isu, ini bukan kali pertama beliau takut, sudah banyak kali PR ajak debat tapi Ali larikan diri".

"Saya masih ingat suatu waktu dulu, ADUN Ayer Keroh pernah mengajak beliau berdebat atas isu siapa memalukan Melaka, dia tak berani, lepas itu PAS Bukit Katil ajak debat atas isu menganggu ceramah, Ketua Menteri juga takut" kata Azmi.

Salleh Osman Ali, 56 dari Batu Berendam pula menyokong penuh tindakan PAS Melaka yang berani menyahut cabaran Ketua Menteri kerana ianya dapat menyambahkan pemikiran rakyat supaya tidak hanya terdedah kepada maklumat sebelah pihak sahaja.

"Sebagai rakyat kita mesti peka dan memikirkan akan buruk baiknya segala dasar dan program kerajaan supaya kita dapat menentukan ianya bermanfaat atau tidak kepada rakyat".

"Dengan adanya debat rakyat dapat mendengar pandangan kedua-dua pihak, malangnya Ketua Menteri baling batu sembunyi tangan, bila orang setuju, dia pulak takut" tegas Salleh seorang ahli perniagaan.

Seorang suri rumah Mahani Basir, 40 dari Pengkalan Minyak pula berpendapat isu ini adalah wajar dibincangkan secara terbuka dan ilmiah kerana sebelum inipun ianya tidak dibincangkan secara menyeluruh.

"Apa yang saya tahu ramai rakyat tidak setuju dengan penubuhan sekolah ini kerana ianya seolah-olah menggalakkan remaja berani untuk mengandung luar nikah kerana ada tempat perlindungan".

"Sudah pasti pro dan kontra jadi eloklah debat dijalankan, jangan takut untuk berdebat mungkin hasilnya dapat memberikan manfaat kepada semua". tambah beliau.

13 October 2010

SEKOLAH MENGANDUNG : ALAH BISA TEGAL BIASA

Kita sedia maklum, kerajaan negeri Melaka memulakan langkah dalam pembinaan dan pembiayaan sebuah sekolah khusus untuk pelajar hamil yang dinamakan Sekolah Harapan.

Sekolah yang ditempatkan di daerah Jasin, Melaka ini bahkan boleh menampung sehingga 40 orang pelajar. Ketika sekolah ini mula dilancarkan, saya berfikir untuk menyediakan masa membuat 'pemerhatian'.

Ternyata setelah lebih kurang 3 minggu sekolah ini dibuka, hipotesis saya benar; akan berlaku pertambahan pelajar dari semasa ke semasa. Walaupun di peringkat permulaan kita tahu tiada yang berani mendaftarkan diri. Sehingga saat ini, media melaporkan bilangan pelajar sudah melebihi 10 orang bahkan ada yang telah melahirkan.

Apa yang perlu kita risaukan soal kuantiti?

Inilah perkara pokok dalam isu ini. Pada pandangan saya, sekolah yang pada awalnya hanya diperuntukkan untuk 40 orang pelajar sahaja ini begitu 'berisiko' besar untuk menambah bilangan kerusi dan meja untuk pelajar lain lagi.

Saya begitu bimbang, sikap 'keterbukaan' para menteri kita ini akan menjadikan pepatah 'alah bisa tegal biasa ' diterjemahkan dalam isu ini. Mula-mula malu, kemudian ramai yang mahu. Lama-kelamaan, tiada apa lagi yang akan menjadi 'isu' kerana ia telah menjadi sebati dalam masyarakat kita.

Para remaja yang gemar bersosial tanpa batasan akan mula berasa 'selamat' setelah ada jaminan bahawa mereka tetap boleh 'menjadi manusia' seperti rakan-rakan sekolah mereka yang lain walaupun sebenarnya nilai hidup sebagai seorang manusia berakhlak itu makin terhakis dalam diri.

Saya juga ingin menimbulkan dua persoalan yang nyatanya akan memberi kesan berbeza. Pertama, jika benar seorang pelajar itu hamil sebelum sekolah ini diwujudkan dan beliau benar-benar menginsafi perbuatannya, mungkin benar dirinya 'layak' ke sekolah harapan ini (jika berpandukan matlamat penubuhan).

Tetapi kedua, jika pelajar tersebut hamil setelah wujudnya sekolah ini akibat rasa selamat akan 'terjaminnya' masa depannya walau hamil di luar nikah, ini yang bermasalah. Bahkan masalah ini memberi kemudaratan yang lebih besar kepada masyarakat kita berbanding keadaan pertama. Bukankah mengelakkan kemudharatan yang lebih besar itu adalah lebih perlu kita utamakan berbanding mewujudkan kebaikan yang sedikit?

Benar, kita tidak akan mampu menjangkakan masa depan. Tetapi, jika jalan yang kita gunakan lebih berisiko dalam mengundang nilai negatif berbanding nilai positif untuk masyarakat, tindakan kita perlu dikaji semula.

Bernilai lagikah masyarakat kita jika hidup dalam budaya 'keterbukaan tanpa batasan' hingga mengurangkan nilai sensitiviti terhadap maruah dan kehormatan?

Dipetik dari Malaysiakini. Penulis adalah TYDP Persatuan Mahasiswa Islam Universiti malaya merangkap Timbalan. Pengerusi Srikandi Gerakan Muslimat Muda 2010/2011

Kecenderungan Politik : Orang Melayu sukar berubah, benarkah?

Benarkan orang Melayu sukar untuk berubah dan menukar kecenderungan politik mereka? Orang Melayu mudah lupa, kata Dr Mahathir.

Namun bagi saya orang Melayu juga boleh berubah. Contohnya orang Melayu Kelantan. Mereka boleh berubah samada menyokong Umno atau menyokong PAS. Cuma mungkin ianya berdasarkan faktor tempat, kemudahan menerima maklumat, latarbelakang ilmu, kecelikan berpolitik dan sebagainya.

Sebagai contoh semasa Pilihanraya Umum 1999 sebenarnya sebahagian besar orang Melayu menyokong BA dan menolak BN. Ada tempat di mana peratusan undi Melayu kepada BA adalah kira-kira 60-70 %. Tetapi pada waktu itu pengundi bukan Melayu majoritinya menyokong BN. Jika sekiranya pengundi bukan Melayu turut sama ‘swing’ kepada BA sudah tentu kerajaan pusat baru ditubuhkan pada waktu itu.

Maknanya orang Melayu boleh berubah pada waktu-waktu dan keadaan tertentu jika mereka mendapat maklumat tepat dan sahih. Malangnya pihak lawan sudah lama tahu bahawa maklumat yang tepat, sahih dan telus ini amat merbahaya jika diketahui oleh rakyat. Maka mereka mengenakan pelbagai cara, undang-undang, dan kaedah untuk menyekat maklumat ini dari tersebar dengan mudah. Pelbagai akta digunakan untuk menyekat maklumat ini dari sampai. Ceramah disekat, Surat Khabar dihadkan penjualannya, himpunan aman dihalang, tiada liputan dalam semua jenis media dan sebagainya.

Begitu juga dengan pengaruh isu semasa kepada kecenderungan politik. Sebagai contoh isu Anwar menyebabkan orang Melayu berubah; isu Hindraf menyebabkan orang India berubah dan sebagainya. Kita seharusnya sedar bahawa isu-isu besar tidak selalu terjadi. Jangan kita mengharapkan isu besar untuk mengubah kecenderungan politik tetapi sebenarnya sekarang inipun memang banyak isu di sekeliling kita yang perlu kita sebarkan kepada rakyat.

Oleh kerana itu kita semua mesti memikirkan bagaimana cara untuk menyampaikan maklumat dan isu-isu ini kepada rakyat.???

Ayuh gerakkan jentera kita untuk menyedarkan rakyat!!!!!!!!!!!!!!!!!!

IBRAHIM ALI DARI '3 DATUK' JADI '2 DATUK'

Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Namun Ibrahim masih bergelar Datuk kerana beliau ada 3 gelaran Datuk sebelum ini iaitu dikurniakan oleh Sultan Kelantan, Selangor dan Yang Dipertua Negeri Melaka.

Jadi kini Ibrahim jadi '2 Datuk' bukan lagi '3 Datuk'.

BILA KEMALANGAN BARU BERTINDAK

Setiap kali kemalangan ngeri berlaku maka bergegaslah pihak-pihak terbabit menjalankan penyiasatan dan kajian. Pelbagai kaedah dan cara dicadangkan tetapi pelaksanaannya tidak seberapa.

Cadangan untuk menghadkan kelajuan bas sudah lama diperkenalkan. Ingatkah lagi kita semua tentang penguatkuasaan pemasangan lampu isyarat kelajuan berwarna kuning pada semua bas ekspres suatu ketika dahulu. Lampu itu berfungsi untuk memberikan isyarat dan amaran bahawa bas sudah melebihi kelajuan 90km/jam. Lampu itu akan menyala dan berbunyi jika bas itu dipandu laju melebihi had.

Namun ianya hanya tinggal arahan dan kenangan. Sekarang ini tidak nampakpun lampu itu digunapakai dan dikuatkuasakan. Hanya hangat-hangat tahi ayam. Bila kemalangan berlaku masing-masing menuding jari menyalahkan antara satu sama lain.

Nyawa rakyat dan pengguna jalanraya bagaikan nyawa ayam dan kucing di tepi jalan yang bila-bila masa sahaja terdedah kepada kemalangan.

Bas terus dipandu laju dan tiada siapa yang mengambil kira akan perkara ini secara serius. Sehari dua ini sementara isu ini masih hangat maka mungkin Badan Penguatkuasa hebat menjalankan kerjanya selepas beberapa lama ........semua orang tahu apa akhirnya kisah ini.

12 October 2010

Rakyat jangan mudah ditipu

Rakyat Malaysia memang mudah tertipu apa juga kempen yang dijalankan.Samada barangan maupun kempen dan slogan. sebab setiap kali Perdana Menteri baru dilantik maka sudah pasti mereka memperkenalkan slogan baru. Maka rakyat pun ternganga terlopong dengan slogan itu.Begitu pada setiap kali pilihanraya samada kecil atau besar Umno juga akan membuat slogan dan janji baru.Itu sudah jadi tradisi bagi Umno.Lepas pilihanraya pemimpin Umno ghaib dan ghuyub.

Jadi kali ini di Galas kita harap rakyat tidak tertipu umpama di Manek Urai janji buat jambatan tetapi sekarang jambatan ke mana apa pun ke mana.

SIAPA WANITA PERTAMA

Sehingga kini rakyat tertanya-tanya siapa wanita pertama Malaysia. Ini kerana nampaknya hanya Rosmah Mansor yang terlibat dan menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama hari ini.

Malah dalam program itu hanya Perdana Menteri dijemput merasmikan program tersebut tanpa melibatkan pembesar lain. Ucaptama juga disampaikan Datin Seri Rosmah Mansor.

Seramai 15 Wanita Pertama menghadiri Sidang Kemuncak dengan tema “Anak Hari ini, Pemimpin Hari Esok” yang diadakan buat julung kali, turut dihadiri enam perwakilan Wanita Pertama dan 20 menteri.

Kita mengharapkan kerajaan dapat membuat kenyataan siapa sebenarnya Wanita Pertama Malaysia.

Jangan Percaya Rayuan Presiden Umno

Parti Islam Se-Malaysia PAS menyeru rakyat Malaysia jangan terima rayuan Datuk Seri Najib Razak supaya rakyat member mandat kepada Umno BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. Beliau mengajak rakyat berkongsi impiannya untuk menjadikan Malaysia negara kelas pertama bertaraf dunia pada abad ke-21. Katanya lagi kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.

PAS menyeru rakyat menggembelingkan tenaga untuk menolak kerajaan Umno BN, kerana sudah cukuplah setengah abad, kehidupan rakyat semakin tenat dengan tekanan hidup yang memuncak. Indeks pengguna semakin menekan rakyat terutama, yang berpendapatan rendah. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan Umno BN jujur dan amanah dalam mentadbir negara. Pemimpin Umno BN pada hari ini merasa tidak berdosa dengan pengkhianatan amanah yang diberikan kepada mereka. Sepatutnya pemimpin Umno BN merasa malu kenapa negara jiran seperti Singapura walaupun tidak mempunyai khazanah alam tetapi mampu memacu ekonomi setaraf dengan negara maju.

Rakyat perlu bangkit menolak BN untuk membentuk kuasa politik baru dengan meninggalkan kerajaan yang ada pada hari ini. Sukar untuk mengubat penyakit misteri yang tidak boleh dikesan dengan x-ray, penyakit ini hanya dapat diketahui apabila kerajaan BN jatuh. Pengalaman kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang apabila bertukar kerajaan baru kita mengetahui banyaknya” jerangkap samar” yang ditanam dalam pentadbiran BN selama ini. Kelantan yang telah lama memerintah sejak 1990 terpaksa membuang jerangkap samar secara berdikit-dikit seperti hutang yang ditinggal sebanyak RM740 juta. Alhamdulillah dengan berkat kebijaksanaan dan ketelusan hutang lapok yang ditinggalkan oleh kerajaan Umno dapat diselesaikan sikit demi sedikit. Begitu juga dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang baru mengambil alih telah menjumpai terowong yang tersembunyi sewaktu 51 tahun memerintah, sekarang cuba untuk menutup kembali.

Rakyat sudah mual dengan janji dan slogan pemimpin Umno BN untuk membela rakyat, tetapi dari segi amalannya tidak berlaku. Malahan kesusahan rakyat iniah yang dikeskploit untuk memancing undi. Tambahan pula dengan Perdana Menteri pada hari ini yang kaya dengan slogan yang retorik tetapi, keberhasilannya tidak ada. Rakyat tidak boleh menerima dengan tindakan Perdana Menteri hari ini dalam menyelesaikan tanah Keretaapi Tanah Melayu yang diberi kepada Singapura seluas 217 hektar dan menyerahkan telaga minyak RM320 bilion blok L dan M kepada Brunei dalam sekelip mata. Orang mula membandingkan dengan kepimpinan Tun Abdulllah Ahmad Badwi walaupun nampak lembut tetapi sekurang-kurangnya sewaktu hendak menyerahkan Pulau Batu Putih beliau tidaklah menyerah selepas makan buah durian sahaja. Sekurang-kurangnya ada juga usaha membawa kes ini ke Mahkamah Antarabangsa, walaupun terpaksa berbelanja berjuta-juta ringgit untuk mempertahankan maruah negara. Kenapa perkara ini tidak dilakukan oleh Datuk Seri Najib, hanya Allah dan beliau sahaja yang mengetahui.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

11 October 2010

DUIT INI BOLEH AMBIL DAN MAKAN KE?

Kalau kerajaan Pulau Pinang dituduh memberikan duit dari hadil judi kepada warga emas bagaimana pula dengan gambar ini.

Boleh atau tidak duit ini diambil dan digunakan????? Umno jangan hipokrit. Malah dalam isu ini Umno sepatutnya merujuk kepada Ulama' dan Majlis Fatwa Kebangsaan tentang hukum duit hasil dari sumber haram yang disatukan kemudian diberikan kepada rakyat dalam bentuk gaji dan pembangunan. Semua orang tahu kerajaan Umno/BN sudah lama bergelumang dengan judi, berkawan dengan taukeh judi, mendapat 'sponsor' dari taukeh judi dan sebagainya.

BAJET 2011, BAJET PILIHANRAYA & BAJET GALAS?

Perdana Menteri, Najib Tun Razak akan membentangkan Bajet 2011 Jumaat ini. Ramai sedang menunggu pembentangan tersebut kerana banyak perkara akan terjawab dan terungkai dengan pembentangannya.

Bagi kakitangan awam mereka menunggu apakah Najib akan mengumumkan pembayaran bonus kepada mereka. Kaki rokok dan kaki botol pula sudah tentu mahu tahu berapa banyak harga rokok dan arak mereka akan dinaikkan.

Ahli perniagaan sudah tentu menanti-nanti apakah insentif dan peluang-peluang untuk mereka mengembangkan empayar perniagaan mereka.

Bagi rakyat miskin sudah tentu mengharapkan kasihan belas dari kerajaan BN yang sudah memerintah negara begitu lama.

Dan bagi ahli politik dan pemerhati politik mereka ingin melihat apakah bajet 2011 ini bajet pilihanraya atau tidak. Atau mungkin juga bajet untuk memancing undi di Galas.

TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA KEMALANGAN

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucap takziah buat keluarga mangsa kemalangan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang semalam.

Mereka yang meninggal dunia ialah pemandu bas ekspres R. Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar; penumpang bas ekspres Muhammad Farizuddin Talib, 19, dari Balai Panjang, Malim; Azizi Ajis, 19, dari Kampung Japis, Nyalas; Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung Pondok Kempas, Selandar; Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dari Semabok Perdana; dan Nur Shafika Baba, 29, dari Pokok Mangga di Melaka.

Tiga lelaki warga Myanmar itu ialah Pau Khan Tual, 21; Kam Khaw Tual, 28; dan Cin Thawa Tuang, (umur tidak diketahui, kenderaan yang mereka naiki belum disahkan).

Pemandu van Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat, Pang Shi Moei dari Taman Segar, Segamat, 57, dan Eng Sok Kuan dari Kuala Lumpur, 52.

Saya mengharapkan seluruh keluarga mangsa sabar dalam menghadapi ujian ini.

SELOKA GALAS 3

Ku Li balik ramai yang sambut
Dulu dibuang kini disanjung
Banyak fikir makin berserabut
Umno dikendong Umno dijunjung

Ku Li tak sedar taktik Umno
Cuba gunakan pengaruh peribadi
Tradisi kempen cara kuno
Apa jawapan isu royalti

Ku Li terima jawatan pengarah
Apa habuan tidak diketahui
Ramai rakyat sudah marah
Tarik bantuan tarik royalti

Jawatan Pengarah bukannya besar
Cuma sekadar di DUN Galas
Ramalan Umno jauh tersasar
Rakyat tahu Tok Guru ikhlas

Dulu Ku Li dipandang sepi
Diumpat dicaci petang dan pagi
Sudah tersepit baru sedari
Muhyiddin Yassin larikan diri

Jadi pengarah jadi calon
Tiada yang lain lebih layak
Umno pening kena balon
Rakyat ketawa terbahak-bahak

Diumpat dicaci petang dan pagi
Rakyat ketawa terbahak-bahak
Umno cerdik atur strategi
Ku Li terpaksa mendukung biawak

Dukung biawak bukannya senang
Dukung kucing rasa malas
Ku Li hidup senang lenang
Apa dikejar jawatan di Galas

Umno riuh pukul canang
PAS relaks nampak tenang
Rakyat hidup aman dan senang
PAS tetapi mereka pandang

Orang Asal akan berubah
Sudah lama tinggal di Galas
Umno sedih dan rasa gundah
Apa isu hendak dibahas

150 PETUGAS GEMPUR DUN AYER MOLEK

Kira-kira 150 petugas pilihanraya PAS turun padang 'menggempur' DUN Ayer Molek pada program Mesra Rakyat semalam. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi tersebut berakhir pada 1.00 petang selepas jamuan makan.

Program rutin ajuran Badan Perhubungan PAS Negeri dan Jentera Pilihanraya Negeri (JPN) kali ini disifatkan berjaya kerana berjaya mengumpulkan petugas dari kalangan pimpinan PAS Negeri dan ahli-ahli PAS di peringkat cawangan.

Di akhir program para petugas menyerahkan data-data yang amat berguna untuk kegunaan JPN dan PAS Kawasan.

Pada Program tersebut Pesuruhjaya PAS Negeri Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman sendiri menziarahi beberapa orang pimpinan masyarakat bagi bertanya khabar dan menziarahi mereka yang telah lama berjasa kepada masyarakat.Beliau juga sempat mengunjungi majlis perkahwinan dan melawat kedai kopi yang menjadi tumpuan orang ramai.

Saya bagi pihak PAS Kawasan Bukit Katil dan MTD Ayer Molek mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh pimpinan PAS negeri, kawasan, Dewan-dewan dan semua peringkat.

JAMUAN HARI RAYA TAMAN BUKIT KATIL MERIAH

Jamuan Hari Raya pada hari terakhir Syawal Jumaat lalu disambut meriah oleh penduduk di sekitar Taman Bukit Katil.

Kira-kira 300 penduduk setempat hadir memeriahkan jamuan tersebut di mana sebahagian besar dari mereka ialah masyarakat Tionghua yang tinggal di taman tersebut.

Seorang penduduk taman tersebut, Maarof Abdullah berkata jamuan yang julung kali diadakan di taman tersebut yang dianjurkan oleh PAS benar-benar menggambarkan bahawa PAS semakin diterima oleh rakyat khasnya masyarakat Cina.

"Sebelum ini orang Cina susah untuk hadir dalam program anjuran PAS tetapi kini semuanya sudah berubah sejak PR menang besar pada Pilihanraya lalu".

"Saya sendiri menyaksikan bagaimana mereka tanpa segan silu datang ke jamuan ini dan begitu mesra dengan pemimpin PR" kata Maarof yang membenarkan rumahnya dijadikan tapak jamuan.

Penyelia DUN Bukit Baru, Cikgu Yusof Wahab melahirkan perasaan terharu dan syukur dengan sambutan masyarakat setempat.

Program tersebut dimeriahkan lagi ucapan pemimpin PR terdiri dari ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong dan Timbalan Ketua Penerangan PKR Cabang Bukit Katil, Freddie Lim.

TUTUP PUSAT SEMBELIHAN : PIHAK BERKUASA BUAT KERJA SAMBIL LEWA

ALOR GAJAH: Majoriti peniaga gerai makan di Pekan Alor Gajah, di sini terkilan dan tidak berpuas hati apabila proses menutup sebuah pusat penyembelihan ayam tidak dilaksanakan secara menyeluruh sehingga meninggalkan satu `kudis' kepada mereka dan orang ramai yang berkunjung ke situ setiap hari.

Ini disebabkan kegagalan pihak berkuasa terbabit menutup sebuah kolam takungan yang menempatkan sisa buangan ayam berhampiran pusat berkenaan, sehingga menimbulkan bau busuk terutama selepas hujan.

Justeru, saya mengharapkan supaya pihak berkuasa membantu mengatasi masalah itu supaya tidak berlarutan, berikutan kolam takungan berkenaan sudah beroperasi sejak lapan tahun lalu.

Pihak berkuasa mesti mengatasi masalah itu dengan segera bagi mengelak ia terus menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan peniaga dan orang ramai yang berkunjung ke situ.

Berita Harian yang dibawa meninjau ke kawasan itu sebaik menerima aduan pihak terbabit, bagaimanapun gagal mendapatkan sebarang ulasan daripada pengurusan pusat memproses ayam berkenaan.

Difahamkan, pusat memproses ayam itu membekalkan 50 peratus keperluan ayam proses kepada peniaga dan penduduk di pekan itu membabitkan kira-kira 600 hingga 1,500 ayam sehari sejak lapan tahun lalu.

Perniagaan aktif itu bagaimanapun diakui meninggalkan kesan negatif ke atas kebersihan alam sekitar apabila pemiliknya kurang prihatin mengenai kaedah pelupusan sisa industri, sebaliknya mengambil jalan mudah dengan mengalirkan air kotor ke kawasan tanah rendah di belakangnya.

RAKYAT KERJA DI LUAR : MUHYIDDIN GUNA MODAL LAMA

Ketua Penerangan Parti Islam Se-Malaysia PAS, Ustaz Idris Ahmad mengingatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa seramai 700 ribu rakyat rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara bukan sahaja rakyat daripada Kelantan.

Muhyiddin dilaporkan berkata demikian di Sydney Australia dalam pertemuannya dengan penuntut Malaysia.

Beliau menggesa penuntut yang telah pun menamatkan pengajian di luar negara supaya pulang berkhidmat dalam negara sendiri.

"PAS ingin mengingatkan kepada pemimpin Umno yang selalu menjadi modal kempen dalam setiap kali pilihanraya kecil Kelantan, menuduh kerajaan Kelantan gagal memberi peluang pekerjaan sehingga ramai rakyatnya berhijrah ke luar Kelantan. Modal inilah juga yang akan didendangkan dalam pilihanraya kecil Galas pada 4hb Nov 2010 nanti."

"Rayuan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno menunjukkan bahawa bukan rakyat Kelantan sahaja yang berhijrah daripada Kelantan, malahan rakyat Malaysia daripada negeri yang Umno perintah. Contohnya setiap hari berpuluh ribu rakyat Johor yang di bawah Umno terpaksa berulang alik ke Singapura bekerja disana. Bukankah ini juga penghijrahan. Kenapa pihak Umno tidak menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Johor yang memang negeri Umno. Kenapa hendak sibuk dengan rakyat Kelantan." kata Ustaz Idris dalam kenyataan akhbar beliau hari ini.

Menurutnya, PAS mengharapkan isu penghijrahan rakyat Kelantan usahlah dijadikan kempen, kerana ia akan menjadi paku buah keras kepada Umno kembali.

GALAS : KU LI TERTIPU LAGI

Akhirnya Ku Li tertipu lagi dengan tawaran Umno. Mungkin Ku Li tidak serik dipermainkan Umno ataupun memang Ku Li suka untuk menjadi 'Gurka' Umno.

Persetujuan yang beliau berikan untuk menjadi Pengarah PRK Galas bagi Umno sebenarnya amat dinanti-nantikan BN kerana BN sudah tidak ada calon lain yang lebih sesuai kerana semuanya tidak sanggup untuk tewas sekali lagi umpama di Manek Urai. Jadi pimpinan Umno bersorak apabila Ku Li setuju.

Strategi serampang dua mata mereka mengena di mana jika menang nama Umno dan Najib melonjak naik tetapi andaikata kalah nama Ku Li akan terus terpadam dalam kamus politik Umno di Kelantan kerana Ku Li sudah hilang taringnya sehingga tersungkur di kubu kuatnya sendiri. Jadi selepas Ku Li tidak boleh mendabik dada bahawa beliau pemimpin berpengaruh kerana buktinya beliau sendiri selaku Pengarah PRK Galas tewas di DUN tersebut.

Saya mencadangkan kepada Ku Li melihat kembali strategi dan mainan politik Umno ini yang seringkali mengamalkan dasar habis madu sepah dibuang. Ku Li sudah tentu akan disisihkan terus jika BN kalah di Galas. Jangan harap Umno akan memuliakan beliau sebagaimana beliau dipandang seperti pengemis setiap kali musim pemilihan Umno.

PRK GALAS : BN BERJANJI LAGI?

Apa lagi yang boleh BN kempen kepada rakyat selain menjanjikan pembangunan dan kebendaan. BN sudah pasti akan menggunakan senjata tradisional mereka iaitu duit, janji, ugut, tipu, fitnah dan sebagainya.

Dalam hal berjanji ini saya ramalkan antara yang mereka akan janjikan ialah :-

1) Jambatan baru - seperti di Manek Urai
2) Jalan baru
3) Baiki rumah
4) Baiki surau/masjid
5) Hospital Baru
6) Sekolah baru
7) Pembangunan untuk Orang Asal
8) Bantuan orang miskin
9) Politeknik baru
10)IKBN baru
11) Kolej Komuniti baru
12) dan sebagainya

Yang pasti akan ada program merasmikan bangunan atau institusi yang telahpun dirasmikan sebelum ini .........
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter