.jpg)
Program rutin ajuran Badan Perhubungan PAS Negeri dan Jentera Pilihanraya Negeri (JPN) kali ini disifatkan berjaya kerana berjaya mengumpulkan petugas dari kalangan pimpinan PAS Negeri dan ahli-ahli PAS di peringkat cawangan.
Di akhir program para petugas menyerahkan data-data yang amat berguna untuk kegunaan JPN dan PAS Kawasan.
Pada Program tersebut Pesuruhjaya PAS Negeri Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman sendiri menziarahi beberapa orang pimpinan masyarakat bagi bertanya khabar dan menziarahi mereka yang telah lama berjasa kepada masyarakat.

Saya bagi pihak PAS Kawasan Bukit Katil dan MTD Ayer Molek mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh pimpinan PAS negeri, kawasan, Dewan-dewan dan semua peringkat.
Comments